Friday, May 02, 2008

ABDULLAH PESONGKAN OBJEKTIF
MENGENAI EGM UMNO BAHAGIAN?

Ruhanie Ahmad


Nombor keahlian UMNO saya adalah: 00003472. No kod keahlian saya adalah: J07152. Jadi, kalau pada hari ini terdapat lebih tiga juta ahli UMNO, kedudukan saya adalah dalam lingkungan tiga ribu ahli yang pertama di seluruh negara.

Saya menghuraikan hakikat di atas bukan untuk bermegah-megah diri. Tetapi, saya ingin membuktikan kepada Presiden UMNO Malaysia bahawa saya adalah daripada kalangan individu yang senior keahliannya dalam parti. Ini bermakna, kalau saya memilih untuk bersuara, suara saya bukan suara sumbang, suara saya bukan suara remeh, suara saya bukan suara budak hingusan dalam UMNO.

Sewaktu UMNO terumbang-ambing dilanda beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor pada 1987 dan 1988, saya salah seorang gurkha UMNO yang berhempas pulas untuk membantu kepimpinan UMNO Johor - khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Dato’ Abdul Ghani Othman - dan UMNO Malaysia, bagi memenangkan calon BN. Memang kita tewas di Parlimen Johor Bahru. Tetapi, kita berjaya di DUN Parit Raja dan DUN Tambatan.

Sesudah itu, kita berhempas pulas membantu kepimpinan negeri untuk mewujudkan jawatankuasa penaja UMNO di seluruh Johor. Kita pernah dimaki hamun. Kita pernah dihalau. Kita pernah diadang dengan barisan pemuda yang menghanyun-hayunkan parang panjang untuk melarang kita mengendalikan suatu mesyuarat penajaan UMNO cawangan.

Sesudah itu, kita sama-sama menjadi pemain di sebalik tabir untuk mengatur serta menguruskan Perhimpunan Melayu Johor (PMJ) yang kemudiannya merintis jalan perpaduan majoriti Melayu Johor untuk pulang ke pangkuan UMNO. Mereka termasuklah beberapa nama yang kini menjadi menteri dalam kabinet Abdullah.

Berasaskan cebisan sejarah ringkas di atas, hari ini saya mahu menegur Abdullah selaku Presiden UMNO. Kenyataan beliau seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia 29 April 2008, adalah satu kenyataan yang mengelirukan warga UMNO.

Saya tidak pasti sama ada Abdullah sedar bahawa kenyataan itu sangat-sangat mengelirukan. Atau, mungkinkah Abdullah memang sengaja mahu mengelirukan warga UMNO menerusi kenyataan berkenaan atas sebab-sebab tertentu. Kenyataan tersebut berbunyi demikian:

Pemesongan?

Abdullah meminta semua bahagian UMNO tidak mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan, sebaliknya memusatkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.

“Lebih baik tindakan seperti ini (EGM) tidak dilakukan kerana kita pada waktu ini memahami pandangan rakyat dan faham sangat apa yang rakyat mahukan, jadi kita tumpukan pada hal yang diperlukan oleh rakyat.”

Begitulah bunyinya kenyataan Abdullah sesudah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur, Isnin 28 April 2008. Kenyataan tersebut adalah suatu penyelewengan fakta. Kenyataan itu adalah suatu pemesongan hakikat. Kenyataan seperti itu tidak seharusnya disuarakan oleh seeorang berjawatan Presiden UMNO.

Bagaimanakah Abdullah selaku Presiden UMNO mendapat idea bahawa EGM yang pertama kali dicadangkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, selaku Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, adalah “bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan” UMNO?

Mana pernah soal pemilihan pucuk pimpinan UMNO dibincangkan dalam mana-mana EGM UMNO sebelum ini? Adakah saya bermimpi kerana tidak mengetahui adanya EGM untuk hal ini? Atau, mungkinkah Abdullah yang sebenar-benarnya sedang bermimpi untuk mengatakan bahawa pemilihan pucuk pimpinan parti memerlukan suatu EGM parti? Peruntukan Perlembagaan UMNO yang manakah yang jadi rujukan kenyataan Abdullah ini?

Tidakkah Abdullah insaf bahawa Razaleigh, menerusi surat edarannya kepada seluruh ketua cawangan UMNO di seluruh negara, bertarikh 12 Mac 2008, sebenarnya mencadangkan diadakan EGM oleh bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara, antaranya adalah atas matlamat berikut:

Supaya seluruh warga dan pemimpin UMNO di semua peringkat melakukan proses muhasabah diri secara serius, tenang dan sabar untuk membincangkan agenda: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 dan masa depan UMNO dan orang Melayu dan memeriksa di manakah kesilapan kita, apakah kelemahan kita, mengapakah kebanyakan pengundi Cina dan India menolak MCA dan MIC dan mengapakah calon-calon “incumbent” UMNO dikalahkan oleh calon PKR dan PAS.

Keputusan

Tidak terdapat sepatah pun ayat dalam surat Razaleigh yang mengatakan EGM UMNO perlu diadakan untuk membincangkan “isu pemilihan pucuk pimpinan” seperti yang ditegaskan oleh Abdullah. Sebaliknya, Razaleigh turut menyatakan seperti berikut:

Memandangkan betapa penting dan mendesaknya perkara ini (keputusan PRU12) kita bincangkan dengan segera dan tidak membiarkan apa-apa kesilapan dan kelemahan kita yang fundamental berlalu begitu sahaja atau disorok atau disimpan dalam dada masing-masing, tidak diluahkan, saya mengesyorkan supaya semua Bahagian UMNO, dengan menggunakan peraturan yang ada dalam Perlembagaan UMNO, iaitu Fasal 14.6.1 dan Fasal 8.5.3, meminta atau mendesak diadakan Perhimpunan Agung Khas untuk membincangkan perkara ini sebelum Persidangan Agung UMNO tahunan diadakan dalam tahun ini. Saya syorkan supaya tarikhnya ialah 11 Mei 2008.

Oleh itu, izinkan saya bertanya kepada Abdullah yang mendakwa kononnya pada ketika ini beliau “memahami pandangan rakyat dan faham sangat apa yang rakyat mahukan” mengapakah pesongkan matlamat EGM yang disarankan oleh Razaleigh?

Dan, kalau Abdullah memang benar-benar “memahami pandangan rakyat dan faham sangat apa yang rakyat mahukan” sesudah PRU12, adakah Abdullah insaf bahawa majoriti rakyat sebenarnya mahukan kepimpinan negara dan kepimpinan UMNO ditukar dengan segera demi masa depan agama, bangsa dan negara?

Kalau Abdullah benar-benar “memahami pandangan rakyat dan faham sangat apa yang rakyat mahukan” tidak insafkan Abdullah bahawa majoriti rakyat sudah bersuara bahawa UMNO tidak akan pulih selagi kepimpinannya tidak ditukar pada ketika ini.

Begitu juga dengan kerajaan. Insafkah Abdullah bahawa keyakinan sebilangan rakyat terhadap kerajaan semakin tipis selagi Perdana Menterinya masih orang yang lama?

Memang sejak 9 Mac 2008 hingga sekarang Abdullah mendakwa bahawa beliau menerima sokongan padu daripada para pemimpin UMNO dan BN. Tetapi, adakah para pemimpin UMNO dan BN sahaja yang mesti diambilkira dalam memastikan sesuatu kerajaan itu mantap dan disokong rakyat jelatanya?

Jika Abdullah masih yakin akan sokongan berkenaan, analisalah kajian yang dikemaskinikan oleh Merdeka Center mengenai sokongan kepada BN dan pembangkang seperti berikut:

Sokongan

Mulai September 2007: Mereka yang menyokong BN adalah 59 peratus dan menyokong pembangkang 40.8 peratus. Pada Oktober 2007: Mereka yang menyokong BN adalah 56 peratus dan menyokong pembangkang 43.8 peratus. Pada Disember 2007: Mereka yang menyokong BN adalah 54 peratus dan menyokong pembangkang 46.4 peratus.

Pola sokongan ini berterusan sesudah Parlimen di bubarkan pada 13 Februari 2008, sewaktu proses kempen PRU12, dan beberapa hari menjelang pembuangan undi bagi PRU12. Sebab itulah peratusannya pada tempoh 9 Februari hingga 19 Februari 2008: Mereka yang menyokong BN adalah 55 peratus dan menyokong pembangkang 44.7 peratus. Pada tempoh 23 Februari 2008 hingga 27 Februari 2008: mereka yang menyokong BN adalah 57 peratus dan menyokong pembangkang 42.6 peratus. Pada tempoh 29 Februari hingga 4 Mac 2008: Mereka yang menyokong BN adalah 54 peratus dan menyokong pembangkang 46.1 peratus. Dan, pada tempoh 5 Mac hingga 7 Mac 2008: Mereka yang menyokong BN menurun kepada 48 peratus dan yang menyokong pembangkang meningkat kepada 51.9 peratus.

Kini PRU12 sudah berlalu. Adakah Abdullah yakin sokongan terhadap BN yang kian merosot seperti di atas dapat dipulihkan jika beliau masih jadi Pengerusi BN, Presiden UMNO dan Perdana Menteri? Tidakkah Abdullah insaf bahawa rakyat jelata Malaysia mutakhir ini terus mempertikaikan kehadirannya sebagai Perdana Menteri?

Tetapi, jika Abdullah enggan berundur dan bimbang EGM yang dicadangkan oleh Razaleigh mungkin menjejaskan kedudukannya yang umpama telor di hujung tanduk, janganlah sampai tergamak untuk memperbodohkan seluruh warga UMNO kononnya EGM yang dicadangkan oleh Razaleigh adalah membabitkan isu pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Bagaimanapun, kenyataan Abdullah ini boleh ditakrifkan sebagai: ketiadaan minat beliau untuk memulihkan UMNO, dan kesambil-lewaan beliau dalam menggarap masalah serta musibah yang menimpa UMNO sesudah PRU12. Adakah begini sikap orang nombor satu UMNO? Tidakkah sikap dan pendirian seperti ini lebih mengecewakan warga UMNO seluruhnya?

Maka, demi negara Malaysia dan demi bangsa Malaysia, apakah Abdullah wajar perlu terus memimpin UMNO pada saat dan ketika ini? Tidakkah beliau bijaksana membaca segala mesej rakyat yang dimanifestasikan menerusi keputusan PRU12? Bukankah kenyataan mengenai peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sekadar satu muslihat untuk membolehkan sesuatu tindakan dilakukan demi mengekalkan kuasa Abdullah walaupun tanpa mandat penuh rakyat jelata?

Abdullah, ingatlah bahawa senario siasah Malaysia di era pasca PRU12 bukan senario biasa. Ia senario luar biasa. Ia senario darurat. Ia senario yang bergelut dengan soal hidup dan mati, soal survival dan soal tuntutan yang utama daripada rakyat jelata. Dan tuntutan itu ialah: Abdullah berundurlah secara bermaruah dan segera!

19 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Aitt Datuk, nampak ada garang dan berani sikit nih?

2. Sebenarnya bukan garang tapi kita kena ada identiti tersendiri bila bergelar 'Blogger'.

3. Kesimpulannya:

a. Keputusan PRU-12 yang lepas ada hikmahnya.
b. Sama ada EGM diadakan atau tidak diadakan, ia tetap tidak akan mengubah wajah Umno yang ada pada hari ini.
c. Jika Umno mahu mengubah wajahnya yang sudah tercalar teruk, ia memerlukan masa yang agak panjang dan bukan sekadar mengadakan EGM atau Perhimpunan Agong Umno.
d. Saya percaya Pak Lah mahu meletak jawatan tetapi ada sesuatu yang menjadi halangan kepada beliau pada waktu ini yang memaksa Pak Lah terus menerajui Umno dan Kerajaan.
e. Jika Datuk berada ditempat Pak Lah sekarang ini, adakah Datuk akan serah jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Najib?
f. Seluruh ahli Umno perlu bertanggong jawab diatas apa yang telah berlaku dinegara ini semenjak Umno/Bn memerintah dan bukannya Pak Lah seorang sahaja yang perlu memikulnya.
g. Anyway saya lihat sejak akhir-akhir ini, terdapat perubahan pada diri Pak Lah jika dibandingkan sebelum PRU-12 yang lalu.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

PulaiBistari said...

http://pulaibistari.blogspot.com

Tak taulah PM kita ni, makin bercakap, makin umno kurang popular, kalau senyap macam tidurlah pulak, anyway, itulah Pak Lah... susah kalau pemimpin tak ikhlas ni..
Bagi yang ada lebihan untuk berjariah, sila layari http://pulaibistari.blogspot.com/
Terima kasih untuk sumbangan anda, harap dapat dipanjang2kan kepada seluruh muslimin/muslimah sekalian.. TQ

http://pulaibistari.blogspot.com/

zeme said...

Salam Datuk,

Apakah Pak Lah ini insan yang tidak membaca? atau tidak pandai membaca? atau sengaja tidak belajar bijak membaca? atau dgn kata lain Pak Lah yg celik tapi tidak melihat?

Helah mainan politik Pak Lah jelas kini semakin ketara, cuba pula memperbodohkan ahli² UMNO dgn memesongkan matlamat sebenar EGM yg disarankan oleh YBM Ku Li. Jelas lagi terang dan bersuluh, EGM yg disarankan oleh YBM Ku Li adalah berkenaan agenda “Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 dan masa depan UMNO dan Orang Melayu” dan tidak dinyatakan pasal membincangkan soal peralihan kuasa seperti yang diprovokasi oleh Pak Lah. Buat Pak Lah, luang-luangkan lah masa untuk menjengok, seterusnya beristiqamah, berfikir, menilai intipati apa yang tersurat agar jgn sampai mengharamkan yang halal (dalam konteks ini umpama mengharamkan EGM wahal sudah termaktub dalam perlembagaan parti UMNO mengikut peraturan Fasal 14.6.1 dan Fasal 8.5.3).

Andai Pak Lah umpama “Melayu Mudah Lupa”, ambillah masa sejenak dan jengoklah kembali saranan yang terkandung dalam surat oleh YBM Ku Li ini ;

http://zarulzeme.blogspot.com/2008/03/umno-surat-perpaduan.html

Wasalam.

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. Minta laluan...


'PARTI MELAYU SEMANGAT 46' (Penghormatan buat UMNO LAMA)


Masih ingat lagi pada Parti Melayu Semangat 46? Ia telah terkubur tanpa nisan. Telah mati dibunuh pada Mei 1996. Dibunuh oleh tangan pengasasnya sendiri demi 'Perpaduan Orang Melayu'. Ku Li dengan sikap merendah diri telah mengisytiharkan sanggup untuk menjadi 'Gurkha' UMNO.

Kebanyakkan generasi muda yang dilahirkan ditahun-tahun 80'an dan 90'an memang tidak berapa tahu tentang asal usul dan sejarah perjuangan parti nasionalis tulen ini. Besar kemungkinan hanya ingat-ingat lupa.

Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bersama-sama bantuan dan pengorbanan besar juak-juak politik disekelilingnya; akibat daripada tewasnya beliau ditangan Tun Dr. Mahathir semasa perebutan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987. Ku Li sebenarnya menang moral walaupun hanya tewas tipis dengan 43 undi.

Pertembungan bersejarah yang menyaksikan UMNO terbahagi kepada 2 kem.

Team A yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Joned, Mohammad Rahmat dan lain-lain.

Sementara Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi.

Selepas pertandingan sengit tahun 87, hanya Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) sahaja satu-satunya calon dari Team B yang dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO.

Sila baca artikel seterusnya di:

theindiestory.blogspot.com

Berita dari gunung said...

UMNO wajar melihat fenomena PRU12 diluar sempadan UMNO sebagai pertubuhan. UMNO tidak boleh selama-lamanya melayan keperluan bepersatuan seperti yang digariskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

PRU12 bukan isu UMNO dan ahli-ahlinya. PRU12 adalah wadah rakyat memilih teraju negara.

Kalau UMNO masih mahu melihat pertubuhan dan ahli-ahlinya sahaja, UMNO boleh lupakan untuk kekal relevan pada masa depan.

Apabila Abdullah berkata bahawa beliau sedar punca kekalahan, dan tahu kehendak dan masalah rakyat, saya jadi khuatir.

Sebelum PRU12 lagi, jangan ada sesiapa kata tidak tahu dan tidak sedar masalah dan kehendak rakyat. Rakyat sudah bersuara lama sebelum PRU12.

Baru-baru ini, Abdullah dari Kuwait memaklumkan bahawa "Live from Parliment" wajar diberhentikan kerana beliau rasa malu.

Abdullah baru sedar?... Sejak beliau menerajui negara lagi, rakyat melalui media perdana sudah dapat mengesan betapa kebebasan dan keterbukaan digunakan secara memalukan. Watak-watak yang mengisi ruang media perdana sangat-sangat mengecewakan.

Orang politik melihat exposure sebagai publisiti. Rakyat umum melihat gelagat semuanya dengan rasa kecewa.

Apapun pemimpin dan orang politik diharap segera keluar dari kepompong PERSATUAN dan sepantas boleh, meninjau kedudukan UMNO dalam perspektif rakyat umum.

Jangan salah rakyat atau sesiapa kerana kalah beberapa negeri. Mohamad Hassan jangan tumpang mendabik dada seperti yang lain, kerana UMNO dan BN disitu adalah nyawa-nyawa ikan.

Lebih baik UMNO berterus terang saja. Kalau EGM tempat untuk berterus terang, apalah salahnya. Mesyuarat UMNO yang biasa, ahli-ahli dan perwakilannya sudah terbiasa untuk cakap berlapik.

Ini bukan waktunya untuk berlapik-lapik. Ini isu UMNO dan BN untuk terus kekal relevan. PKR, PAS dan DAP kini sudah melompat-lompat untuk memegang teraju negara!

Awang Degong said...

Salam Datuk,

Pak Lah dah berubah dah sejak PRU12sekarang mana ada dia sebut lagi istilah/konsep keramat ciptaannya tu....ISLAM HADHARI yang juga diucapkan oleh Presiden George Bush masa Persidang Apec. Cuma yang belum berubah ialah time management... kalau tak lewat tiba dalam satu2 majlis tak sah...

Sutera Timur said...

Apa khabar Datuk?Saya adalah peminat blog kuda kepang.Apabila berada dimaya pasti saya ingin mengetahui apa pandgn yg datuk ingin bentgkn dalam sesuatu isu.Nampaknya PL tidak tersedar lg dari lamunan semasa PRU12.Rakyat sangat berharap semuga PL prihatin terhadap situasi yg telah rakyat tunjukkan secara berhemah ini.
T.q.

Orang biasa said...

Datuk said,

"Bagaimanapun, kenyataan Abdullah ini boleh ditakrifkan sebagai: ketiadaan minat beliau untuk memulihkan UMNO, dan kesambil-lewaan beliau dalam menggarap masalah serta musibah yang menimpa UMNO sesudah PRU12. Adakah begini sikap orang nombor satu UMNO?"

Salam Datuk,

Rasa saya bukan tak minat atau sambil lewa, yg sebenarnya Pak Lah nak lepaskan jawatan cuma ada halangan..mcm kata su-kj.

Faham2 je lah.. semua kena beres dulu baru lepas jawatan.. Terengganu tanya pasal royalti minyak sampai skrg tak terjawab.. tup2 projek kat Penang stop dulu..
Ada hubungkait ke projek kat Penang dgn Duit Royalti Minyak T'ganu??
Saya tak tahu...

Kerajaan Rakyat said...

Salam,

Tidak ramai pemimpin UMNO Johor yang punyai jatidiri dan ketelusan seperti Dato' Ron dalam keadaan UMNO bergelumang dengan permasalahan.

Kenyataan berterus-terang seperti ini amat menyentuh perasaan mereka yang pernah menyayangi UMNO.

Terima kasih Dato' atas keikhlasan yang nyata.

Salam takzim
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

LazerJuan said...

Niatnya memang untuk memulihkan UMNO.That we can't deny. I doubt he has any hidden agendas...but he simply does not have the tools to repair the broken labu...or ha may not know where the lubang is! To ask him to resign does not solve the problem...nak suruh dia stay, lubang labu gets bigger...
Honestly, sebagai a half-johorean, i am worry about the future of UMNO...the party's survival (dlm context memerintah Malaysia)macam taking one day at a time...nak plan for esok pun tak tentu lagi. Datuk, and sesiapa yang baca komen ini yang sayangkan UMNO, lets start to change things. UMNO is very much alive but if it is still shrouded with `monetary' driven ideologies, its end will be near.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Dato'

Saya kagum dan hormati pendirian Dato. Maka itu, saya titipkan khusus buat Dato' disini:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

samurai melayu said...

Datuk,

Assalamualaikum
Ni protege arwah Sutan SL. We met once umpteen years ago.Hope the family is always in good health.
Anyway, I m one happy guy now that Ayahanda Tun BLOGGED!
What's your opinion if we the rakyat aknowledged Tun as our AYAHANDA RAKYAT? Pernah minta DSAI umumkan pada AGM 1996,tak kesampaian, hantar copies kat AKJ (NST) dan JJ(Utusan) tak juga kesampaian.
For your info, there's a move our there to form a party untuk MANGKU jika UMNO jadi masuk longkang!

p.s ada juga niat nak aknowledge Pak Lah sebagai Pak Long Rakyat, tapi memandangkan dia akan masukkan UMNO keLONGKANG tak jadi lah!

It takes a warrior with a lionheart to publish The Toyol Code.
Carry on brother for the sake of
the party and bangsa.

Al fatihah. Amin

Fikir Tajam said...

Salam Datuk Ron,

Tahniah kerana berupaya mengupas nuansa politik semasa yang kian gawat atas KEDEGILAN dan KESOMBONGAN Imam Besar Islam Hadhari (istilah yang diperkenalkan oleh Sang Kelembai yang tak semena-mena mencium tangan Abdullah).

Warga Malaysia yang prihatin dan cintakan tanahair tanpa rasa jemu dan mengaku kalah akan terus menegur, mengupas permasalahan sebenar yang melanda kepimpinan tertinggi negara demi kelangsungan bangsa. Kebodohan demi kebodohan yang dipamerkan di dada akhbar, manipulasi berita yang disajikan buat tatapan Rakyat sama sekali tidak upaya merobah pandangan (view) terhadap kebobrokan perilaku para pembesar negara (meminjam kata Datuk Kadir Jasin).

Penampilan sekonyong-konyongnya para polikus blogger seperti Ali Rustam yang mengemis domain blogspot ternyata GAGAL menjadi media alternatif dan wadah berita semasa buat tatapan Rakyat yang bukannya pekak dan buta. Layarilah mohdalirustam.blogspot.com dan bnmelaka.blogspot.com yang langsung tak memahami konsep blog yang sebenar. Sikap DUNGU mereka natijah daripada kebejatan minda lapuk yang barangkali hanya bisa disajikan buat keladak Sungai Melaka.

Blog apa mahu diberikan nama sekiranya komunikasi hanya sehala. Tanpa ruang bicara komentar para pengunjung. Agaknya Ali Rustam masih berperangai monyet di Kuala sungga gamaknya. Lawak apa ini wahai mamak bendahara?

independentman said...

Dear Dato,

Maybe time to form a new party?

http://independentman-malaysia.blogspot.com/2008/05/time-to-form-new-party.html

asalbayu said...

Saya setuju dengan su-kj.

Kita kena balik ke pangkal jalan kalau nampak lorongnya supaya kita dapat belajar dari kesilapan.

Namun kita kena ingat bahawa 'menghindar adalah lebih baik dari merawat' itupun kalau mahu.

Salam.

m r said...

Datuk,

Itu hari saya ada melawat dan beri komen di blog Che Det (Mahathir).. mungkin komen itu x disiarakan...jadi saya nak komen di sini 4 che det..

Bunyinyer komen saya:

Bro Mahathir,

Welcome to cyberworld...

Sekurangnya2 tun sempat juga memasuki alam cyber sebelum memasuki alam kubur....

Walaupun tun lama menjadi PM tapi tun tetap baru and junior as a blogger...ketika itu telah wujud blog mahazalim dan maha firaun...

Apa pun saya doakan semoga tun dan isteri sihat dan panjang unmor..wallahulamam

Takbirrrr!!!

MALAYSIA KOPI TIAM

m r said...

Senario Kedua: Pakatan Tengku Razaleigh Hamzah-Anwar? Mengapa tidak? Bukankah Ku Li berupa peneraju Umno yang instrumental kepada kemasukan Anwar ke dalam Umno pada tahun 1982?

DSAI kena baut mcm Revolusi Perancis, bagaimana Napoleon mengguling kerajaan ketika itu selepas mengumpul barisan kepimpinan baru...

Banyak fakta tamdun sejarah telah membuktikan...

Siapa cepat dialah yang akan jd PM...Ada terlalu banyak teori yg kita kena fikir diluar kotak..Jadi atau tidak, mugkin salah satu yg difikirkan itu akan mejadi...

Ketika ramai yg menduga DSAI menanti jd PM, mungkin ada calon baru yang menanti jawatan PM..mungkin bukan Najib/Muhyuddin/KJ... Siapa tahu rezeki ada pada orang spt Hishamudin/Mukhriz/Azmin Ali

===========================


Jadi siapa yang hendak kita percaya – bapa menteri atau akhbar Utusan Malaysia?
: Perosalan yang ni hanya wartawan utusan yang boleh jawapan...

Wartawan hanya menjalankan tugas..tapi ada beberapa `gatekepper' yang bubuh garam/gula untuk bagi sedap..

Kamalkamal said...

Datuk,

Selepas PRU-12, pelbagai episod drama UMNO telah ditayangkan kepada umum. Ramai yang berpendapat suara akar umbi perlu diberi perhatian. Makanya Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB) telah menjemput semua ketua-ketua UMNO Cawangan di Pulau Pinang mengadap beliau di Putrajaya. Apakah ini satu post mortem atau satu permohonan mandat dari yang berkenaan.

Nampaknya AAB cukup liat untuk turun takhta. Cuma ahli UMNO perlu membuat satu keputusan muktamat, siapakah pemimpin mereka selepas AAB. Apakah Tengku Razaleigh masih releven untuk memimpin UMNO setelah berehat sekian lama? Ramai kalangan kepimpinan Bahagian merasakan Datuk Najib wajar di ketengahkan. Sekiranya Datuk Najib boleh membersihkan dirinya sebarang masalah dan tuduhan, tentunya ahli UMNO merasakan Najib perlu diberi peluang.

Mungkinkah gandingan Najib dan Muhyiddin dapat mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO.

1) Persepsi utama yang perlu diberi perhatian adalah rasuah wang dalam UMNO. Sejauh mana gejala ini dapat ditanggani menjelang pemilihan UMNNO tidak lama lagi.

2)Penglibatan golongan korporat dalam UMNO terutama peringkat Bahagian, sejauh mana keikhlasan mereka untuk membela UMNO???

Mampukah ahli UMNO mengubah sesuatu yang telah menjadi darah daging mereka selama ini. Jika ya, UMNO masih releven. Jika tidak mungkin hanya negeri Johor sahaja yang akan kekal sebagai negeri UMNO dan merupakan muzium UMNO dimasa akan datang.

Bung Karno said...

Saya baru nak join circuit Datuk n.

Pasal dia yang degil tu, kalau payah sangat kita cari bomoh bagi pekena dia.

Bomoh siam,jawa,banjar,india,org sema,sakai. Apa saja lah, asal jangan jin atau jean.