Sunday, May 11, 2008

ASAS DAN TUJUAN UMNO
BUAT RENUNGAN SEMUA


Ada sesetengah pihak mempertikaikan bahawa UMNO bukannya berusia 62 tahun pada hari ini kerana UMNO yang diwujudkan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946 sudah pun dibatalkan pedaftarannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Jadi, oleh kerana UMNO yang wujud hari ini hanya lahir pada 15 Februari 1988, maka pihak-pihak terbabit pun mendakwa bahawa UMNO kini baru sahaja berusia 20 tahun.

Kepada saya UMNO tetap UMNO. Seperti juga bangsa Melayu-Islam, tetap Melayu dan Islam. Biarpun Melayu-Islam lama atau Melayu-Islam baru, mereka tetap Melayu dan Islam.

Oleh itu, terserahlah kepada warga UMNO untuk memilihnya. Adakah hari ini UMNO berusia 62 tahun atau masih remaja dan hanya berusia 20 tahun? Kalau usia UMNO diiktiraf sebagai 62 tahun, maka dewasakanlah perjuangan parti ini. Kalau sudah terbabas, baliklah ke pangkal jalan. Tapi, kalau ada pemimpinnya yang sudah terbabas jauh, nasihatilah beliau meninggalkan arena UMNO dengan serta-merta.

Begitu juga kalau UMNO ini baru berusia 20 tahun. Kalau hakikatnya parti ini masih remaja, maka dewasakanlah UMNO berasaskan akar dan tunjang Melayu-Islam. Perjuangannya mestilah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO – demi agama, bangsa dan negara. Bukan demi kuasa asing, sekutu zionis atau kuasa neoimperialis. Bukan untuk meng-elit-kan UMNO. Tetapi, untuk memasyarakatkan UMNO seperti dulu-dulu.

Bagaimanapun, kerana rata-rata warga UMNO mengiktiraf bahawa UMNO tetap UMNO, kembalikanlah UMNO kepada kedudukan asalnya, tetapi dengan adjustment dari segi pendekatan dan mindset pemimpinnya.

Maksud saya, iktiraflah akar umbi UMNO adalah di kampung-kampung. Kalau UMNO sudah berusia 62 tahun, janganlah kemewahan menjadikan UMNO lupakan kampung. Kalau UMNO baru berusia 20 tahun, janganlah pendidikan dan pelajaran menyebabkan pemimpin UMNO jijik menjejakkan kaki ke kampung-kampung.

Insaflah. UMNO peringkat akar umbi di kampung-kampung adalah sumber kekuasaan mereka yang memimpin UMNO. Dan, insaflah bahawa warga kampung lazimnya adalah kelompok yang sentiasa ikhlas dan jujur. Tetapi, sekali hati mereka terluka dan jiwa mereka tercalar, ubatnya bukan dari bahan-bahan kimia buatan manusia. Ubatnya adalah dari seribu satu rumput-rampai semulajadi dan pelbagai herba yang wujud di kampung-kampung. Ubat-ubatan ini memang tradisional. Tetapi, tidak mengandungi unsur-unsur racun yang membunuh secara perlahan-lahan.

UMNO ADALAH PARTI KAMPUNG! TAPI WARGA KAMPUNG PUN FAHAM AKAN TUNTUTAN-TUNTUTAN DI BAWAH INI:

FASAL 3: ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1: Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2: Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3: Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4: Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5: Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6: Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh itu, hormatilah aspirasi, tuntutan dan kehendak warga kampung. Oleh itu, peliharalah kesejahteraan dan kebajikan warga kampung. Oleh itu, hayatilah semula norma, budaya, dan pemikiran warga kampung, walaupun UMNO bercita-cita melahirkan generasi glokal dan towering Malays. Oleh itu, jangan anggap warga kampung hari ini kolot, kuno dan bodoh. - Ruhanie Ahmad



7 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Jika usia 'mati' diambil kira, Nabi wafat usia 63. Hari ini Umno lama 62 tahun kan?

2. Jika usia 'kuasa' diambil kira, TDM berkuasa sebagai PM selama 22 tahun. Tahun ini Umno baru 20 tahun kan?

3. Landasan mereka telah tercicir. Bukan lagi pertahankan kedaulatan negara, perlembagaan negara dan Raja2 Melayu. Tetapi pertahankan 'kroni' dulu. Ada kroni ada duit, tak ada kroni tak ada duit. Mereka lupa duit itu Allah yang akan tentukan, apatah lagi 'kuasa'?

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

LazerJuan said...

warga kampung ke, bandar ke....bila dah nampak duit, jadilah warga setan!

saya seorang ahli umno but amat disgusted dengan `dapat project mentality'.

selagi tak passionate and `truly fight for the cause', seperti kata Sinatra...My friend, the end is near, nad so I'll face the final curtain....seseuatu yg saya harap tak akan berlaku!

Saad-Atie said...

baru aku memahami UMNO...
thanks kerana beri maklumat ttg UMNO..

Unknown said...

Dalam Mingguan Malaysia hari ini ada interbiu Abdullah pasal UMNO. Interbiu bertulis.. Tak sudah-sudah, merapu. Lain disoal, lain dijawab. Agak-agaknya, sapa tulis jawapan tu. Agak-agaknyalah, Abdullah baca dulu tak jawapan tu sebelum dikirimkan ke Mingguan Malaysia? Haru-biru betul!!!!

Unknown said...

Saya baru je habis baca wawancara tu. Memang dah sah. Abdullah memang tak layak jadi Presiden UMNO. Dia tak ada ummph... Dia mediocre... Dia memang buat kita semua rasa malu...

politica said...

Datuk,

Saya setuju UMNO memang parti kampung. Tapi itu pada sejarahnya sahaja. Hari ini UMNO parti orang gila kara-oke, gila golf, gila rasuah, gila projek, gila seribu satu macam gila.

Bila dia orang semua gila, macam mana tak uruskan parti? Urus parti dari kara-oke, dari kelab golf, dari mana-mana asalkan bukan pejabat UMNO?

mat terab said...

Pada pendapat saya Unno Telah lama berkubur Sejak di haramkan 4 Feb 1988.Umno yg baru ditubuhkan selepas itu bukan umno yg tulin lagi hanyalah umno celup atau dalam istilah sekarang 'copyright'. Umum semua tahu Umno sekarang hanya tinggal Jasad Rohnya telah lama tertanam setelah ia di haramkan satu ketika dulu.
faktanya kenapa saya berkata demikian kerana kalau kita lihat umno ditubuhkan salah satu sebabnya adalah untuk menperjuangkan nasib orang melayu, agama islam dan raja-raja melayu serta bahasa melayu sebagai bahasa ibunda.
Tetapi apa yang kita dapat lihat hari ini Umno tidak lagi menperjuangkan bangsa melayu tetapi hanya beberapa kerat bangsa melayu saja (kroni-kroni) mereka. tetapkalau kita lihat beberapa ramai lagi orang melayu yg hidup susah, melarat berapa ramai anak-anak orang melayu yg menpunyai kelulusan tinggi tetapi bekerja tanam anggur (mengangur), orang melayu paling ramai terlibat dengan masalah sosial seperti penagihan dadah dan sebagainya, orang melayu ramai duduk di ruman-rumah setingan dan macam-macam lagi masalah orang melayu apakah semua ini umno ambil pusing.?
Dalam hal agama islam kalau kita lihat perjuangan untuk memertabatkan agama islam hanya dilihat seperti melepaskan batuk di tangga. kalau sekadar membina masjid-masjid yang besar dan gah atau sekadar melaksanakan sistem perbangkan islam saja yang di utamakan islam tak akan ke mana.
pengutamaan untuk menhidupkan roh-roh islam tidak di beri keutamaan hanya sekadar membina UIA itupun jauh terkebelakang dibandingkan dengan unuversiti AL-Azhar, Penyebaran Roh-roh islam melalui sekolah agama rakyat harus lah diberi keutamaan dan diberi fokus penting kerana melalui mekanisma inilah islam berkembang apabila tokoh-tokoh islam tersohor seperti Tok Kenali, Abdullah Fahim dan ramai lagi dilahirkan di sini bukannya di sekat.
Masjid-masjid haruslah diutamakan pengisiannya bukannya masjid hanya dijadika tempat-tempat pelancung melawat. Undang-undang murtad haruslah digubal supaya tidak ada orang melayu yang murtad.
Raja-raja melayu hanya lah tinggal sebagai lambang dan hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama islam sahaja di masa ini. Terutama nya apabila orang Umno sendiri telah banyak menghapuskan Imuniti raja tidak tinggal apa lagi.Diburukan lagi apabila Insiden-insiden penderhakaan terhadap raja-raja melayu berlaku sejak kebelakangan ini yang mana orang melayu sendiri yang engkar atau menpersoalkan bidang kuasa raja dan ia menjadi contoh yang tidak baik terhadap bangsa-bangsa lain apabila bangsa lain juga berani menderhaka.
bahasa melayu juga tidak diutamakan dalam perjuangan Umno buktinya apabila tulisan jawi dihapuskan di sekolah-sekolah serta bahasa Inggeris dilaksanakan dalam matapelajaran sains dan matematik tetapi gagal.
contoh negara-negara maju seperti korea,jepun,perancis tetap mengutamakan bahasa ibunda walaupau negara jauh maju dari Malaysia.
kesimpulannya kita orang melayu tak boleh harapkan lagi Umno untuk menperjuangkan nasib Kaum melayu,agama raja dan bahasa melayu kerana umno sendiri telah tidak Ujud lagi yang tinggal hanyalah jasad umno atau abngkai yang tidak berguna lagi.