Friday, May 23, 2008

Ralat: 101 Pendekatan Bukannya 1001

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan, terdapat 101 pendekatan untuk “menyingkirkan” Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO, asalkan ahli UMNO komited dan berani mengambil risiko – bukannya 1001 pendekatan sebagaimana dalam posting saya terdahulu. Jutaan maat dan salam perjuangan. – Ruhanie Ahmad

3 comments:

pek percubaan said...

kuda kepang bila lagi nak lompat keluar umno dan masuk pas

mata-mata pencen said...

Salam Dato'

Agak sukar tapi bukan mustahil untuk menyingkirkan Awang Lena (merujuk kepada orang yang kuat tidur oleh org Kedah) tu. Sekarang ni nampaknya semakin banyak juak2 dan konco yang ada sikit kuasa politik sanggup mengiyakan apa sahaja yang dimahukan oleh Awang Lena tu. Semuanya demi perut. Lihat saja Menteri KPDN tu, dulu garang semacam sekarang sudah mellow down!

Awang Lena ni masih enggan berudur walaupun orang putih kata the message written on the wall is very large and clear. Ramai orang tak paham apakah yang beliau ingin buktikan kepada rakyat. Sejak jadi PM aku tak nampak apa sangat jasa atau sesuatu idea yang bagus sewajarnya keluar dari seorang yang bergelar PM.

Walaubagaimanapun di sini aku ingin senaraikan jasa2 Awang Lena untuk dikenang oleh rakyat Malaysia:
1. Cuti pada hari Sabtu kepada kakitangan kerajaan. Dulu Tun tak bagi kata Tun kalau nak maju kena kerja kuat, cuti kurang sikit tak pa. Sekarang boleh promote pelancongan tempatan, ialah cuti Sabtu dan Ahad boleh balik kampong..
2. Perkenalkan slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang, tapi sekarang dah pecah tembelang siapa tak tahu kontraktor utama jambatan PP yg kedua tu, projek petronas luar negeri
3. Islam Hadhari tapi PAS bertambah kerusi dalam PRU12, dan BN hilang 5 negeri
4. Tarik balik pertuduhan yang kes ahli Hindraf yang dah masuk mahkamah pun tapi MIC kalah teruk
5.Beri tumpuan kepada biotek dan lupa jaga sektor manufacturing tapi beras semakin mahal. Banyak kilang elektronik terpaksa tutup. Samsung Seremban dulu operate 10 line sehari sekarang cuma 2 saja
6. Nak jadikan Malaysia hub halal dunia. Tugas Jakim diberi kepada HDC. Siapa di belakang HDC?.Siapa KasehDia? Siapa Pengerusi World Halal Forum sebelum ini? Setahu aku produk makanan Malaysia sampai sekarang pun tak boleh masuk pasaran EU dan USA serta Jepun sebab tak boleh capai piawaian GMP dan HACCP. Bahan mentah pun kurang. Daging tempatan RM18-RM20 sekilo. Daging Australia yang ada GHP/HACCP jauh lebih murah. Daging India baru RM8 sekilo. Jadi langkah mudah nak jadi hub halal dunia ialah jual sijil halal Malaysia di seluruh dunia. Janji dapat duit lepas itu siapa nak pantau di luar negeri belakang kira.Aku tak boleh bayangkan macamana nak ambil tindakan ke atas misalnya sebuah kilang di China gunakan logo halal Malaysia palsu untuk eksport kari babi dalam tin ke luar negara. Semua orang tahu China adalah pakar kalau pasal tiru meniru ni. Lihatlah di Petaling Street semua barang berjenama baik pakaian, alat tulis, jam tangan dan sebagainya ada di sana. Kebanyakannya adalah dari China, Korea, Thailand...malah orang Indonesia pun boleh jahit baju Versace tak ubah macam yang dijahit di Milan, Itali. Jadi takkan susah sangat kalau depa nak tiru sijil halal Malaysia.
7.Ketokohan Awang Lena di mata dunia. Ada ka? Masa jadi Pengerusi OIC apa yang menonjol?
8.Tapi yang pasti Awang Lena ni suka ambil pot benda yang kecil-kecil. Dulu aku masih ingat dia campur itu bidang tugas Dato' Kadir Sheikh Fadzir bekas Menteri Penerangan, bila RTM mainkan lagu2evergreen inggeris dalam slot klasik nasional
9.Orang bukan Islam kalau nak masuk Islam kena maklumkan kepada keluarga terlebih dahulu. Alasan bimbang nanti berlaku kejadian berebut mayat antara ahli keluarga dengan Jabatan Agama Islam
10. Beri kebebasan tanpa kawalan, Sekarang Ong Ka Ting yang macam sotong pun dah berani isytihar MCA tak iktiraf hak keistimewaan bumiputera.
11. Lagi apa? time management zero. Selalu lambat tiba dalam function.

UMNO SEJATI said...

DATUK SEBENARNYA LAYAK KELUAR UMNO PERGILAH MASUK PAS JANGAN MEROSKKAN UMNO.SAYA SERTA SERTA AHLI UMNO YANG LAIN MENANGKIS SEMUA YANG DATUK TULIS.KENAPA TAK DAPAT JADI CALON KE ?SAYA DAN KELUARGA AKAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADU PADA PAK LAH DAN NAJIB.TOLONG SIARKAN KALAU BERANI JADI BLOGGER...