Monday, May 19, 2008

Ahli UMNO 02832785 Ikut Jejak Mahathir

Di bawah ini adalah pengumuman keluar UMNO yang diterima menerusi ruan komen blog ini. Ramai lagikah yang akan ikut jejak Tun Mahathir? – Ruhanie Ahmad

Mustaqim Abdul Rahman: saya ahli umno 02832785 (Pemuda UMNO) menyahut saranan Tun Dr Mahathir Mohamad (keluar daripada UMNO) dan hanya akan kembali kepada UMNO selepas Abdullah turun.

Minta jasa baik sesiapa boleh mengetuai dan mengumpul nama-nama seperti saya untuk diketengahkan (kepada UMNO). - 2:03 pm

4 comments:

Letting the time pass me by said...

Wah... This is breaking and shocking news.. tak sangka Tun M akan keluar dari UMNO... memang sungguh tak terduga kerana beliau selama ini setia dengan UMNO...

Perkembangan selanjutnya pasti akan lebih menarik dan ditunggu..

Apakah taktik Tun M? Apakah strateginya? Atau Tun M sudah mahu melupakan terus politik?

azie said...

Perkembangan terkini. Tun Mahathir keluar daripada UMNO. Tidak terduga dan memeranjatkan. Mari kita ramai-ramai memberi sokongan kepada beliau. Kepimpinan UMNO di bawah Pak Lah lemah. Pembangkang mula membangkitkan isu-isu kaum dan perlembangaan. Jika kepimpinan begini berterusan Melayu akan hilang kuasa. Ayuh bangkit. Singkirkan kepimpinan UMNO.

midrees aziz said...

Assalamualaikum,

Demiuntuk kebaikan anak bangsa, boleh tak sesiapa sahaja atau mana-mana pemimpin yang mengambil initiatif bagi menyelesaikan perkara yang semakin kusut. Kalau ianya tak dapat diselesaiakn dengan cara yang baik, ini menunjukkan semua yang berada di atas tidak layak untuk memimpin kami semua. Buktikan bahawa kata-kata saya ini tidak benar. Mungkin juga tidak ada pemimpin Melayu yang benar-benar cintakan bangsa ini dan tanah air ini. Mereka berjuang di atas populariti, bukan di atas integriti. Sudah hilang kepercayaan saya kepada pemimpin Melayu yang ada, seandainya mereka gagal menyelesaikan kemelut ini. Bercakap, menulis, memberi pendapat semuanya pandai. Sipa yang akan mengambil tindakan? Percayalah, yang tetap rugi adalah Bangsa Melayu.

Unknown said...

Perkembangan yg sangat baik dan lama dinanti.

Semoga akan melunjur ke arah Pemerintahan yang lebih transparen, demokratik dan sejajar dgn perkembangan dan kenyataan dunia masakini.

Semoga menuju ke arah pembetukan Bangsa Malaysia yg sejati.

Daulat Tuanku!
Hidup Malaysia.