SELAMAT HARIJADI UMNO KE-62
TERUSKAN KUASA PASCA PRU 13
Ruhanie Ahmad
UMNO belum jalankan bedah-siasah ke atas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12). Kalau ada pun hanya satu usaha yang kelihatan tidak terperinci, tidak menyeluruh dan tidak bersungguh-sungguh.
Itulah kesimpulannya setelah meneliti wawancara bertulis Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO dengan satu akhbar perdana dan setelah mengkaji ucapan Abdullah sempena harijadi UMNO ke-62 tahun di PWTC Kuala Lumpur.
Dalam wawancara tersebut, antara lainnya, Abdullah telah ditanya soalan di bawah ini:
Sebagai Presiden UMNO, apakah yang dilakukan oleh Datuk Seri dalam usaha mengembalikan semula keyakinan orang Melayu terhadap UMNO di semua peringkat?
Maksud soalan berkenaan adalah, apakah usaha-usaha pemulihan yang dilakukan oleh UMNO sesudah PRU 12. Jawapan bertulis Abdullah kepada soalan ini adalah seperti berikut:
Sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, saya telah menemui semua ahli Perhubungan UMNO Negeri di seluruh negara yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di setiap bahagian. Mereka telah menyuarakan pandangan, saranan, pendapat dan cara-cara memperkukuhkan semula parti.
Pertemuan
Pertemuan ini telah diadakan di kediaman saya dalam beberapa siri secara tertutup. Pertemuan tersebut diikuti dengan lawatan Jawatankuasa Pengurusan ke negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pertemuan-pertemuan selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa.
Jawapan di atas membuktikan bahawa UMNO belum mengendalikan satu post-mortem khusus terhadap kekalahan BN dalam PRU 12 yang juga membabitkan calon-calon UMNO.
Apa yang telah dilakukan oleh Abdullah hanyalah menganjurkan beberapa siri pertemuan tertutup di Seri Perdana, Putrajaya, dengan “ahli Perhubungan UMNO Negeri di seluruh negara yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di setiap bahagian.”
Dalam pertemuan tertutup itu, kata Abdullah, seluruh pihak terbabit “telah menyuarakan pandangan, saranan, pendapat dan cara-cara memperkukuhkan semula parti.”
Kata Abdullah lagi: “pertemuan tersebut diikuti dengan lawatan Jawatankuasa Pengurusan ke negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pertemuan-pertemuan selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa.”
Musibah
Saya memfokus kepada soal post-mortem ke atas UMNO selaku induk BN berikutan PRU12 kerana tanpa usaha ini adalah sukar untuk UMNO melakarkan strategi tercancang, menyeluruh dan berkesan demi UMNO dan BN di hari muka.
Soal post-mortem ini juga saya bangkitkan kerana inilah usaha pertama yang sewajarnya diberi keutamaan oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO sesudah berlaku “musibah” atau “bencana” yang dimanifestasikan menerusi keputusan PRU 12.
Lebih mendesak lagi, post-mortem ini adalah amat penting kerana menerusi PRU 12, BN dan UMNO bukan sahaja gagal menawan semula Kelantan, malah kehilangan kuasa kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Lantaran itu, mengapakah UMNO belum mengadakan sebarang post-mortem menyeluruh ke atas kekalahannya dalam PRU 12? Mungkinkah kerana Abdullah amat yakin bahawa UMNO masih utuh, unggul dan kuat? Sebab itukah Abdullah juga menegaskan dalam wawancara bertulisnya seperti berikut:
Kalau diperhatikan secara teliti akan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, UMNO tidak mengalami kemerosotan seperti yang didakwa. UMNO memenangi 85 peratus daripada kerusi yang ditandinginya tetapi majoriti yang telah diperoleh oleh calon-calon UMNO kurang daripada yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004.
Terhakis
Walaupun begitu, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO secara total. Kuasa orang Melayu belum terhakis. Saya setuju jika prestasi kita diperkatakan menurun, tetapi UMNO masih kekal sebagai tunjang kekuatan Melayu.
Abdullah pasti mempunyai wisdomnya tersendiri untuk bersikap positif dan optimis seperti di atas. Tetapi, bila UMNO hanya “memenangi 85 peratus daripada kerusi yang ditandinginya” dalam PRU12 dan “majoriti yang telah diperoleh oleh calon-calon UMNO kurang daripada yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004”, adakah ini perkembangan biasa?
Tidakkah jadi satu keperluan dan keutamaan untuk mengkaji sebab-sebab UMNO dan BN kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor? Adakah kekalahan 15 peratus kerusi yang ditandingi UMNO bukan perkembangan luar biasa? Tidakkah UMNO perlu ketahui mengapakah prestasinya menurun dalam PRU 12?

Abdullah mungkin betul bila beliau mengatakan “orang Melayu tidak meninggalkan UMNO secara total” dan “kuasa orang Melayu belum terhakis.” Tetapi, bagaimanakah Abdullah memastikan hakikat ini secara objektif dan berwibawa?
Inilah ironinya Abdullah. Beliau amat yakin bahawa “UMNO tidak ditolak di akar umbi. Di luar bandar UMNO tetap kukuh.” Tetapi, keyakinan ini nampaknya hanya berasaskan laporan yang disampaikan kepada beliau dalam sesi tertutup di Seri Perdana.
Muhyiddin
Pada 13 April 2008, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku Naib Presiden UMNO, mencadangkan BN melakukan satu post-mortem terhadap kekalahan teruk BN dalam PRU 12. Post-mortem ini, kata Muhyiddin, wajar dilaksanakan “secara bebas supaya tidak ada pihak yang mengubah suainya untuk kepentingan sesiapa.”
Muhyiddin membuat cadangan itu kerana “kita hendak tahu, apakah sebenarnya yang menyebabkan kita kalah teruk walaupun di peringkat awal orang sudah membuat andaian-andaian. Pertama, mereka sebut soal kepimpinan, mereka menyalahkan Perdana Menteri yang juga Presiden parti dan Pengerusi BN. Mereka juga mengaitkan dengan apa yang sering disebut fakta KJ. Mungkin ia tidak betul atau persepsi, tetapi dalam pilihan raya dan politik, persepsi itu penting.”
Muhyiddin juga menegaskan: “Ada rakyat yang mengatakan kepimpinan BN tidak menyerlah, lemah dan tidak berupaya menangani keadaan semasa. Ada yang sebut soal-soal berkaitan ketelusan, hak kebebasan dan nilai-nilai baru yang mungkin kita tidak sedari mulai menyerap dalam pemikiran generasi baru. Kita masih berfikiran lama. Orang sudah berubah, kita tidak berubah.”
Begitulah hakikatnya Abdullah dan UMNO pada harijadi parti yang ke-62. Abdullah selaku Presiden boleh menyatakan apa sahaja yang beliau mahukan. Realitinya, UMNO hari ini bukan UMNO semalam. UMNO hari seolah-olah dalam keadaan darurat.
Kalau sikap Abdullah masih seperti kenyataannya di atas, saya hanya boleh menyatakan: “Selamat maju jaya UMNO.” Mudah-mudahan dalam PRU 13 kelak parti warisan bangsa ini masih survive dan terus berkuasa! – Disiarkan oleh Sinar Harian
5 comments:
Kalau Abdullah masih ikut perangai lamanya, susah UMNO nak dipulihkan. Apa taknya? Abdullah masih lagi kena sawan denial syndrome, dia asyik ikut kata dia sahaja (mungkin nasihat Aras 4), orang lain punya pendapat semuanya disifatkan bodoh belaka!
Kalam macam ini ceritanya, apa kita nak tunggu lagi? Kita kena jerit kuat-kuat kepada semua telinga yang patut mendengarnya bahawa ABDULLAH KENA DINASIHATI BERHENTI DENGAN SERTA-MERTA.
Kalau telinga-telingan yang berkenaan pun pekak badak, kita kena tawakal kepada Allah dan lihat sahaja apa akan jadi kepada UMNO tak lama lagi.
Setakat ini bukan sedikit suara yang menyuruh Paklah berundur saja. Tapi nampaknya tidak dipedulikan langsung.
Sementara kaki-kaki ampu itu pula bertindak macam samseng. Konon menyokong Paklah terus menerajui UMNO yang dah tenat!
Saya di Kedah pernah berkali-kali lihat insan lidah bercabang yang macam tu.
Insan yang berkenaan sanggup keluarkan wang cetak 'bunting' pamer dalam salah satu mesyuarat, lepas tu berucap panjang merapu serta meleret-leret dan menghalang peluang orang lain yang juga nak luahkan perasaan yang terbuku di hati tapi tak dapat sebab masa dah suntuk.
Ada seorang lagi yang mengaku jadi wakil calon pada PRU12 dahulu tapi dia potong peruntukan lalu masukkan ke kantungnya. Sebelum itu dia mengaku pernah jadi 'orang kuat' VIP UMNO juga, songlap duit yang diperuntukkan untuk cawangn-cawangan UMNO. Kemudian kena lokap VIP yang berkenaan terus tak pedulikan dia, lalu dia ambil kesempatan atas orang lain pula.
Jangan ingat orang tak ambil tahu hal-hal begini. Pepatah Melayu ada berkata dinding juga ada mata dan telinga; cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Kalau beginilah keadaan yang terus wujud, jangan bermimpilah UMNO akan terus jadi tunjang/teras harapan orang Melayu.
Salam Datuk.
http://asalbayu.blogspot.com
"Jangan lupa diri - Ahli UMNO perlu tingkat integriti agar parti terus relevan" – Abdullah.
pak lah asyik dok suruh ahli tingkat kan itu tingkat kan ini... yang dia sendiri yang tak pernah meningkat tu.. apa kejadahnya pulak... kalau dia nak tau.. pasai ahli dah tingkatkan integriti ni lah yang menyebabkan pengundi UMNO diutara dah undi parti lawan... takan yg tu pun dia tak boleh nak paham... kalau dah tak reti sangat tak payah jadi presiden.. dok cakap melalut dalam wawancara tu buat apa... bagi ahli bertambah meluat...
pendek kata kalau yg diatas tak mau tingkatkan integriti, tak payah suruh yg dibawah ni buat... yg dibawah ni bukannya bodoh bagai yg dianggapkan... saya rasa yang diatas tu telah disalah anggap oleh yg dibawah, mereka semua ingatkan integriti mereka yg diatas tu tinggi... rupa-rupanya lebih rendah dari yg dibawah...
kalau tak caya kita tunggu pru-13.
macam-macam hal... dah kalah tak mau mengakukalah... sudahlah lah... kau rentikan saja niat kau nak menjadi tikus membaiki labu tu...
hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...
satu gerakan tersusun perlu diadakan untuk menyelamatkan UMNO dari pemimpin yang tak sedar diri. Memandangkan UMNO dilahirkan di Johor, UMNO Johor perlu menerajui pergerakan ini dan perlu berani untuk mengubah kedudukan sekarang. Seperti perjuangan untuk menentang Malayan Union yang akhirnya melahirkan UMNO, kini satu perjuangan untuk "reinvent" UMNO perlu digerakkan untuk menyelamatkan UMNO. Apa yang telah dilakukan oleh Ku Li, Khir Toyo, Mukhriz, Tun Mahathir, Zarkashi perlu disatukan untuk dijadikan satu pergerakan yang tersusun dan kuat. UMNO sedang tenat.. perlu dirawat segera sebelum nafas terakhir dihembuskan.
Salam,
Teori saya, mungkin tak dpt dipulihkan, sehingga barisan lain yg memerintah, kalau barisan tu tak ok dan pemimpin UMNO and akar umbi dipulihkan baru dapat dipulih kan... tak tau berapa tahun tunggu pulak, yg sbb dah bagi memerintah 50 tahun... fikir2kan.
Wasalam
Post a Comment