Monday, May 19, 2008

Update Daripada Utusan.com

Pemimpin UMNO Johor Terkejut Dr. Mahathir Keluar Parti
19/05/2008 5:16pm


JOHOR BAHRU 19 Mei – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terkejut dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO kerana sebelum ini bekas Perdana Menteri itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan berbuat demikian.

Beliau tidak menyangka sama sekali Dr. Mahathir mengambil tindakan berani itu dan turut mengakui menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli-ahli cawangan yang berhasrat mengikuti langkah tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak akan mengikuti langkah berkenaan kerana lebih suka menyelesaikan sesuatu masalah secara dalaman.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Johor, Razali Ibrahim kecewa dengan apa yang berlaku di antara Dr. Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku amat merugikan UMNO terutamanya ahli yang terdiri daripada generasi muda kerana sepatutnya mereka diberi teladan yang baik.

Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali yang turut terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir bagaimanapun menegaskan pemimpin dan ahli bahagian berkenaan tidak akan mengikuti jejak langkah itu.

Menurutnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. - Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm


DAP Terkejut Dr. Mahathir Keluar UMNO
19/05/2008 4:07pm


KUALA LUMPUR 19 Mei – Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO.

Menurut Ahli Parlimen Kepong itu, beliau tidak faham mengapa Dr. Mahathir secara tiba-tiba mahu keluar UMNO.

``Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya. Kita pun tidak faham.

``Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi,’’ katanya. – Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

5 comments:

Husin Lempoyang said...

Husin harap janganlah Dr Mahathri itu dibiarkan sorang! sorang! macam mana peristiwa Dol Said tewas dalam Perang Naning ke II.

dolahkayu said...

pak lah lemah sudah diketahui semua, namun sikap bacul ahli dan penyokong lebih menyedihkan .. sudah masanya umno ditalkin semula ..sejak ditalkin kali pertama dulu ..(che det jugak dulu kan..)

Harris said...

Apakah Pak Lah dan budak-budak di Tingkat 4 terkejut dan sedih dengan pemergian pengkritik nombor wahid mereka ? Atau mereka terkejut tetapi meraikan kemenangan kerana berjaya menewaskan ahli UMNO Baru bernombor 01 tersebut ?

lambunau said...

Alhamdulillah..

Dengan penguumuman penting Tun Mahathir itu, maka punahlah segala senjata dan peluru UMNO/BN untuk menyerang sekiranya benar MP dan ADUN Sabah hendak keluar dari BN.

Apa lagi nak dikata jika ahli bernombor 0000000001 pun tidak percaya pada kepimpinan UMNO lagi.

Afham said...

sah UMNO sudah bercerai berai..inilah akibatnya jika amar makruf nahi mungkar x dilakukan..permerintahan x berasaskan landasan syariat islam..