Beranikah Ahli UMNO Ambil Risiko
Ikuti Jejak Tun Mahathir Mohamad?
Bila Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan di Alor Star, Kedah, bahawa beliau keluar daripada UMNO, banyak pihak yang sayangkan parti ini jadi gempar.
Soalnya, kalau beratus-ratus atau beribu-ribu ahli UMNO keluar parti dan banyak pula cawangan UMNO dibubarkan di seluruh negara, mungkinkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi gempar dan mula memahami mesej di sebalik tindakan ini?
Saya tanyakan soalan di atas kerana tindakan Tun Mahathir yang saya pasti akan diikuti oleh beribu-ribu ahli UMNO akar umbi, adalah usaha terakhir untuk memahamkan Abdullah bahawa beliau wajar meninggalkan gelanggang perjuangan parti dan persada kekuasaan kerajaan dengan serta merta.
Sebenarnya, mesej untuk Abdullah ini sudah pun diberikan menerusi keputusan PRU 12. Namun Abdullah terus menafikan kehendak rakyat. Sebaliknya, Abdullah menyatakan beliau akan terus berkuasa kerana kononnya dapat sokongan penuh pemimpin UMNO.
Oleh itu, bila segolongan besar para pemimpin UMNO terus bersatu untuk mempertahankan Abdullah, pilihan yang ada pada ahli-ahli UMNO akar umbi adalah untuk bersatu demi menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair.
Lantas, bila Mahathir keluar daripada UMNO, mungkinkah ahli-ahli UMNO akar umbi akan bersatu mengikuti jejak Mahathir dan secara beramai-ramai keluar parti bagi dijadikan tekanan supaya Abdullah berhenti serta merta?
Saya keluarkan persoalan ini kerana cara yang dipelopori oleh Tengku Razaleigh Hamzah, menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), walau diizinkan oleh Perlembagaan UMNO, adalah berhadapan dengan pelbagai rintangan.
Lantas, mungkinkah cara yang terbaik, menyeluruh dan berkesan adalah cara yang dilakukan oleh Mahathir? Kalau begitu, mampu dan beranikah pemimpin UMNO di seluruh peringkat menyahut cabaran Mahathir untuk keluar parti?
Jika Majlis Tertinggi UMNO dan Perhubungan UMNO di negeri-negeri keberatan untuk “menyingkirkan” Abdullah demi agama, bangsa dan tanahair, mampu dan beranikah pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan mengikuti jejak Mahathir?
Di Johor Bahru Sabtu lalu, Mahathir menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO wajar berani bertindak dan berani mengambil risiko besar demi menyelamatkan UMNO yang sepatutnya memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, dan bukan UMNO yang mempertahankan kedudukan Abdullah. Fikir-fikirkanlah. – Ruhanie Ahmad

7 comments:
minta datuk update sentiasa isu keluar umno oleh Tun M ni, pasti seluruh bloggers ingin mendapatkan info terkini
A.kum Datuk,
1. Hanya ahli-ahli yang tak ada apa-apa jawatan sahaja yang akan ikut TDM.
2. Bagi yang memegang jawatan Exco, Tim Menteri dan Menteri.."Ohh sorry periuk nasi kami lebih penting"
3. Saya rasa selepas ini lagi mudah untuk Pak Lah menyusun semula parti UMNO.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Tuan Hamba,
Seperti kedinginan ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua bahagian di Johor hadir semasa Forum SUARA HATI RAKYAT sabtu lepas. Apabila mulut mereka diikat serta ditutup. Saluran suara ahli akar umbi tidak disampaikan kepada pucuk pimpinan. Hamba turut cabar, sila keluar parti jika suara anda gagal diterjemahkan dengan baik oleh parti perjuangan bangsa melayu. Ayuh, kita bangun untuk tuntut Pak Lah letak jawatan di luar UMNO. Demi bangsa AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU dan NEGARA MALAYSIA yang tercinta. Berdiam diri adalah seperti merelakan atau meng'ia'kan setiap tindakan beliau sebelum ini.
MAAF DATUK , BAGUSLAH KALAU MAHATHIR DAH KELUAR UMNo...ALHAMDULILAH KALAU SEMUA BEROK BEROK DAN BADUT BADUT LAIN TURUT KELUAR SAMA, INI KERANA SEMBAHYANG HAJAT RAKYAT TELAH MAKBUL TERUTAMA YANG DI INAYAI.... BAGI SAYA TANPA UMNo MALAYSIA AKAN BERTAMBAH MAKMUR DAN RAKYAT TIDAK AKAN DI TIPU DI HINA DAN DI INAYA LAGI ... AMIN YA ALLAH DOA HAMBA HAMBA RAKYAT SUDAH NAMPAK KEBERKESANAN NYA.
Datuk,
saya selalu pegang kata2 ini..."setiap perbuatan akan dapat balsan.."jadi disini saya yakin semua ini adalah balasan terhadap ketidakadilan terhadap rakyat yang memilih mereka2 ini sebagai pemimpin..jadi apalagi tak paham2..kuar arr..!!
tak ramai yang akan mengikut jejak TDM. Masa di Johor hari tu pun tak ramai yang berani hadir. Ingat kalau setakat ahli biasa sahaja yang keluar parti, ahli MT UMNO akan ambil tindakan? risau? pening kepala? Saya rasa tak mungkin. Mereka khayal dengan lamunan dan cita-cita masing2..... Ketua cwgn dan ketua bhgn pun tak akan berani......renungkanlah. Kan TDM kata terdapat 100 mcm cara..... Bukan mudah nak dapat org seberani TDM.
03466198..ini nombor ahli saya ...dari kg.bharu pemuda umno...ikut tun 100 % pak lah resign baru saya daftar balik...Datuk Mukhriz jgn rungsing ...budak-budak bendera saya support Datuk..we walk with u until death..
Post a Comment