Monday, May 19, 2008

“Singkirkan Abdullah” – Tun Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku ahli UMNO No: 000000001, menyarankan pada Sabtu 17 Mei 2008, supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi “disingkirkan” daripada persada kekuasaan negara dan UMNO.

Menurut Mahathir, perjuangan UMNO adalah demi mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Bukannya untuk mempertahankan Abdullah yang mementingkan “keluarga dan konco-konconya.”

Kata Mahathir lagi, soal pengganti Abdullah tidak perlu dibimbangkan. Sesiapa sahaja yang diberikan kepercayaan pasti mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dalam konteks ini, Mahathir membayangkan bahawa Perdana Menteri selepas Abdullah perlu dinasihati oleh satu “Council of Elders” atau “Majlis Penasihat”.

Mahathir membuat saranan di atas sewaktu berucap untuk merumuskan buah fikiran para panelis Forum UMNO Pasca PRU 12 : Suara Hati Rakyat, anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar UMNO UMNO Johor dengan kerjasama Mykmu.net Johor di Johor Bahru.

Para panelis forum tersebut adalah Datuk A. Kadir Jasin, YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Dato' Zainal Abidin Zain dan saya sendiri (Ruhanie Ahmad). Bekas Duta, Datuk, Syed Hussein Al-Habshee, bertindak sebagai moderator.

Menurut Mahathir, ahli-ahli UMNO wajar bersatu untuk memulih dan memperkasakan parti, bukannya bersatu untuk mempertahankan mana-mana individu di dalam parti.

Kata Mahathir, terdapat seratus satu cara untuk “menyingkirkan” Abdullah. Pokoknya, ahli-ahli UMNO perlu komited, berani bersuara, berani ambil risiko dan berani bertindak. Bagaimanapun, beliau tidak menghuraikan cara-cara tersebut.

Maka, ahli-ahli UMNO perlu menggunakan kebijaksanaan untuk “menyingkirkan” Abdullah. Cara yang dipelopori oleh Tengku Razaleigh Hamzah, menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) adalah diizinkan oleh Perlembagaan UMNO. Tetapi, ia berhadapan dengan pelbagai aral dan rintangan.

Lantas, apakah cara yang terbaik, menyeluruh dan berkesan? Mampu dan beranikah pemimpin UMNO di seluruh peringkat menyahut cabaran Mahathuir seperti di atas?

Jika Majlis Tertinggi UMNO dan Perhubungan UMNO di negeri-negeri keberatan untuk “menyingkirkan” Abdullah demi agama, bangsa dan tanahair, mampu dan beranikah pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan melakukan saranan Tun Mahathir? – Ruhanie Ahmad

7 comments:

Letting the time pass me by said...

Assalamualikum Datuk,

Minta maafla kalau komen saya nie agak tajam sikit...

Pada pandangan saya, orang UMNO sebenarnya mungkin sudah panik, fobia dan sudah hilang keyakinan diri.. Dengan kebangkitan semula DSAI dan PR, serta kejayaan PR menwan 5 negeri, UMNO sudah jadi panik...

Jika orang UMNO benar-benar bijak, jujur amanah dan ikhlas, mereka tak mungkin membenarkan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu disalah tafsirkan menjadi perjuangan mengumpul harta, mengumpul banglo mewah dan kereta mewah serta bersenang lenang...

Tapi itula yang saya nampak trend dalam UMNO, ade banyak wakil-wakil rakyat dan exco-exco UMNO yang dulu pencen cikgu, kini hidup macam CEO public listed company.

Saya pun tak tahu macam mana formula kejayaan mereka, tetapi yang saya pasti, pencen guru takkan sampai RM10k sebulan..

Nak kata bisness besar, tak tau pulak sejak bila ade meniaga...

Mungkin itu rezeki masing-masing, tetapi persoalan yang lebih penting ialah, apakah arah perjuangan UMNO kini? Adakah anak tukang kebun, dan anak konduktor bas mampu menikmati taraf hidup yang lebih baik...

Apakah kita hanya ingin mengumpul kekayaan tanpa memikir untuk merapatkan jurang kekayaan/ kemiskinan antara rakyat-rakyat...

Apakah jaminan bahawa jika Pak Lah turun, UMNO akan diterajui oleh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang bermentaliti rakyat?Bolehkah UMNO melantik seorang pemimpin yang benar-benar zuhud, jujur dan ikhlas yang hidup sederhana yang yakin dengan keikhlasan dan kejujuran dan bukan dengan berapa banyak wang yang akan ditabur?

Atau kita akan mendapat pengganti yang rakus dan boros berbelanja dan membolot semua peruntukkan kerajaan untuk mengayakan diri, keluarga dan kroni sendiri?

Saya rasa tanpa jaminan atau arah tuju yang jitu, ahli UMNO juga akan merasa keliru dan sangsi, lebih-lebih lagi dengan kemelut kini yang melanda, dengan isu kehakiman, kes linggam, isu kedaulatan diraja, isu DEB, isu DSAI, isu dakwat kekal dan pelbagai-bagai isu yang tak berhujung.....

Unknown said...

Salam Datuk. Saya sokong usul mantan PM Tun Dr Mahathir itu.

Tapi kurang setuju dengan siapa yang ganti, bukan persoalan.

Maaf, Najib Tun Razak tidak layak menjadi PM. Jika Najib dipilih, saya pasti mereka yang menyokong Pakatan Rakyat tidak akan berganjak.

Rakyat tahu siapa Najib. Dia bukanlah gambaran Allahyarham Tun Razak, jauh sekali bagai bumi dengan langit.

ahli Umno perlu berani seberaninya untuk membuat perubahan pradigma dalam melakar politik orang Melayu dan negara.

Ramai tokoh-tokoh pemimpin yang sudah 'dipancung' kerana takutkan kelibat mereka, akhirnya Umno sendiri yang rugi.

Jika dibandingkan dengan beberapa tokoh dalam PR, terutama PKR dan PAS, ternyata saf kepimpinan Umno sekarang agak selekeh.

Fikir-fikirkanlah.

Fikir Tajam said...

Apalah sangat Abdullah Ahmad (Badawi saja dibubuhnya menurut Sang Kelembai yg tak semena-mena mencium tangan beliau).

Salam Datuk,

Saya melihat merenung menelaah dan merapi sisir setiap kebobrokan kepimpinan Abdullah dan merungkai kedangkalan minda beliau TERNYATA tak berisi/nol/kosong!

Abdullah dan Anwar umpama an empty barrel always make noise all the time. Setelah menelusuri blog Anwar kata-kata yg dihamburkannya penuh dendam kesumat tak kesudahan dan LOMPONG. Malah untaian kata serangkap cuma tak upaya menyajikan suatu wadah pemikiran yang mencabar minda dan menjana ide baru buat santapan masyarakat. Bait-bait kata Anwar bagaikan tulisan budak Darjah 6. Hanya si bengong dan tongong yg malas berfikir bisa menelan apa saja yg disajikan beliau.

Begitu juga Abdullah yg rapuh, poroi, reput mindanya. Lihatlah bagaimana satu demi satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk membantu beliau menguruskan negara. Sebenarnya jika kita teliti secara kilas pandang (hindsight) pun dapat melihat yg negara kita tanahair tercinta ini diperintah oleh Lim Kit Siang. Tidakkah LKS yg beriya-iya menyarankan penubuhan pelbagai suruhanjaya demi merealisasikan cita-citanya. yg sibongok Abdullah ini hanyalah bagaikan budak suruhan DAP!

Jelas Abdullah adalah TONG KOSONG malah lebih teruk daripada itu adalah alat propaganda Zionist (Zionist machine) yg diperkudakan oleh Singapura demi survival mereka. Percayalah Datuk Ron, si pedendam dan berhati kesumat seperti Abdullah dan Anwar sanggup menjilat punggung Zionist dan Neokolonial demi mencapai hasrat dan melepaskan dendam busuk lagi mahing itu!

Hari ini UMNO telah diuruskan oleh seorang yg sangat pro Zionist malah ianya turut didokong oleh juak-juak proletariat di kalangan Menteri Besar seperti Adnan Yaakob dan Ketua Menteri seperti Ali Rustam yg BERJIWA HAMBA! UMNO tidal lagi dilihat demokratik malah cenderung mengamalkan ciri-ciri komunis dengan menutup mulut akar umbi dan ahli yg berani bersuara menegur kepincangan kepimpinan 'topsy turvy' semenjak era Abdullah ini.

Tetapi percayalah Datuk Ron permainan remeh (trivial) ini akan berakhir jua dengan checkmate! Bilamana Abdullah tersungkur di pintu makmur. Anwar tersembam di jerat sendiri. Kebenaran akan terserlah jua akhirnya. Percayalah dalam hati sanubari rata-rata pendukung UMNO tetap menyatakan yg UMNO kini telah diMUSNAHKAN oleh para pembesarnya sendiri.

Lihatlah bagaimana ahli UMNO veteran seperti Tan Sri Aziz Tapa telah mula turun ke bawah lantaran tidak rela membiarkan Abdullah dan konco-konco pengkhianat bangsa seperti Ali Rustam itu terus menenggelamkan perjuangan murni lagi suci pahlawan terdahulu. Bayangkanlah bagaimana Ali Rustam menjadi Raja Pembodek nombor satu yg hanya akan mengangguk demi tembolok! Apalah hinanya seorang Naib Presiden UMNO yg bagaikan telah dikasi anunya!

Percayalah Datuk,

Kami Rakyat khususnya ahli-ahli UMNO yg begitu sayangkan parti keramat ini akan memastikan yg Abdullah dan Anwar akan diseret ke muka pengadilan dan dihadapkan ke pelbagai Suruhanjaya yg ditubuhkan mereka kelak! Tidakkah Allah swt telah berfirmah yg antara mafhumnya:'sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangatlah remeh!'

Siapalah Abdullah dan Anwar itu Datuk. Harap melengkingkan suara aje yg kuat tapi tiada substance! What the shame!

phillix-starscreamer said...

"Sesiapa sahaja yang diberikan kepercayaan pasti mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut"

Saya SANGAT tidak bersetuju dengan statement ini. Sesiapa sahaja? Isn't it contradicting - Pak Lah menang dengan undi majoriti, bukankah itu diberi kepercayaan? Saya juga bersetuju dengan komen letting the time pass me by:

"Apakah jaminan bahawa jika Pak Lah turun, UMNO akan diterajui oleh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang bermentaliti rakyat?"

Bolehkah Tun M menjamin kita pemimpin yang jujur? Ya? Tidak? Maafkan ketajaman komen saya, tetapi Tun M, jangan lah bercakap besar lagi.

Berita dari gunung said...

I am of the opinion that Abdullah will step down soon, and he must be looking for safest option now.

A safe option will allow him to step down gracefully (elegently according to Musa) and without disturbance to his retirement, with no threat, no court case and no one should refer him as plain "orang tua itu".

He chooses the current path. When every thing is far too open and transparent, no one will be spared not even the chest hairs. Abdullah included.

With his misguided transparency, not only incompetencies will be exposed but plain stupidity too. Too many instances had caught public attention. It is open so there is no hiding place.

But folks in Terengganu are still perplexed as to the exact amount of Wang Ehsan, and not even Idris Jusoh can tell. At the end of the day they have beautiful MASJIDS, Monsoon Cup and its facilities, and realigned Beach Front and river mouth.

And households everywhere are struggling to meet the pressure of food price rise.

Tiga keratan ulam raja semalam harganya seringgit dua kupang. Melampau-lampau. Shahrir di Johor Baru mungkin tak kenal ulam raja, kerana setengah suku kaum suka makan lettuce sebagai ulam.

Dengan senario sekarang, dengan kurangnya undi dalam PRU12, pertelingkahan dalam UMNO dan BN, inflasi yang semakin mencengkam, rakyat biasa hanya mampu menjangka Abdullah akan berundur dengan laluan yang paling selamat.

Juraimi Zainal said...

Salam Dato',

Saya sebagai pemerhati, melihat perkara2 yg berlaku selepas PRU12 ni adalah pembalasan Allah keatas manusia2 yg ingkar keatas perintah2 Allah... Tangan2@Buah fikiran yg diterjemahkan sebelum ini telah melumpuhkan perjuangan UMNO itu sendiri...

Pemimpin merebut kekayaan, rasuah, hipokrit dsb nya telah hampir mustahil dpt dibendung... Tgklah sekarang perilaku2 pemimpin2 dan bekas pemimpin...

Saya lebih berpendapat, inilah akibatnya kalau syiar Islam tidak laksanakan sewajarnya...

Wassalam..

miaq_kpg said...

dialu-alukan bahawasanya jika tun mau keluar dari umno