Siri Dua:
ABDULLAH DAN GEOPOLITIK:
Tekanan Awal Dari Amerika Syarikat
Ruhanie Ahmad
Di akhir siri satu, saya kemukakan soalan, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara sukarela membuat kenyataan mengenai anti-zionis selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 6 November 2003, kerana beliau ditekan oleh pihak tertentu. Persoalan tersebut mendorong saya untuk merungkai kenyataan Abdullah mengenai anti-zionis itu dengan lebih mendalam dan serius.
Walaupun kenyataan yang dibuat oleh Abdullah pada 6 November 2003, seperti dihuraikan dalam siri satu, kelihatan seolah-olah membela Mahathir, saya khuatir ia dikeluarkan oleh Abdullah kerana sebab-sebab tertentu, termasuklah mungkin akibat tekanan daripada sesetengah elemen asing, atau akibat ugutan yang kononnya AS “mahu menghentikan bantuan ketenteraan kepada Malaysia.”
Saya khuatir ugutan dan tekanan seperti ini mungkin sengaja dilakukan sebagai usaha awal pihak-pihak terbabit untuk menggertak Abdullah. Saya juga khuatir bahawa gertakan berkenaan mungkin bermatlamat supaya lama-kelamaannya Abdullah akan tunduk sepenuhnya kepada kuasa atau elemen asing terbabit.
Sensitiviti saya terhadap kenyataan Abdullah mengenai isu anti-yahudi ini kian memuncak bila pada 7 November 2003, Abdullah pula menerima perutusan tahniah daripada George Bush selaku Presiden AS. Bush mengirimkan perutusan tahniahnya kepada Abdullah sehari sesudah Abdullah membuat kenyataan mengenai isu anti-semitik. Kandungan laporan Utusan Malaysia mengenai perutusan berkenaan adalah seperti berikut:
KUALA LUMPUR 7 November 2003: Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush mengirim perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Akhbar, Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini, Bush berkata sebagai negara Islam sederhana, Malaysia menjadi contoh penting kepada rantau ini dan seluruh dunia.
“Saya bersetuju sepenuhnya dengan banyak perkara yang anda timbulkan dalam ucapan sulung anda di Parlimen, terutama tentang perlunya usaha menghapuskan keganasan, menolak sikap melampau, membanteras rasuah, memupuk toleransi dalam beragama dan melindungi hak serta maruah setiap individu,” katanya.
Bush juga berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Abdullah dan kerajaan Malaysia dalam semua isu penting di samping meningkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan negaranya.– Bernama
Saya yakin banyak pihak menganggap perutusan di atas adalah perkara biasa. Mungkin ada juga pihak menyifatkannya sebagai pengiktirafan AS terhadap kepimpinan Abdullah.
Bagaimanapun, saya sifatkan perutusan itu sebagai mengandungi “udang di sebalik batu.” Perutusan itu juga mengundang pertanyaan, mengapakah ianya dikirimkan sehari sesudah Abdullah membuat kenyataan untuk tidak mengambil pendekatan berkonfrontasi dalam menangani isu anti-yahudi? Dan, adakah perutusan itu sebagai tanda terima kasih AS kepada Abdullah yang memilih pendekatan lembut dalam soal-soal anti-zionis? Mungkinkah begitu hakikatnya?
Saya jadi lebih musykil bila pada 8 November 2003, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, pula membuat kenyataan bahawa Malaysia menyifatkan perutusan tahniah dari Bush kepada Abdullah “sebagai kenyataan positif yang membuktikan kepentingan hubungan antara kedua-dua buah negara” serta “Malaysia menyambut baik perutusan itu dan akan terus bekerjasama erat dengan AS.”
Reaksi Syed Hamid mungkin remeh untuk dikupas. Tetapi, adakah perlu perutusan tahniah Bush kepada Abdullah diberikan ulasan oleh Syed Hamid? Adakah kenyataan balas Syed Hamid cuba menggambarkan bahawa Malaysia di era Mahathir mempunyai hubungan bilateral dengan AS yang kurang erat? Adakah kenyataan Syed Hamid itu dikeluarkan kerana Abdullah berbangga menerima perutusan tahniah daripada Bush? Atau, adakah Syed Hamid diarah atau dipaksa oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan kenyataan itu bagi mengelakkan AS daripada melaksanakan apa yang dilaporkan sebagai “mahu menghentikan bantuan ketenteraan kepada Malaysia”?
Sikap sinis saya terhadap Abdullah dan Syed Hamid ini terjawab, juga pada 8 November 2003, bila Jabatan Negara AS mengeluarkan satu kenyataan di Washington D.C. Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia 9 November 2003, seperti berikut:
WASHINGTON 8 November 2003: Amerika Syarikat (AS) semalam melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan rakyatnya di Malaysia dan berkata mereka mungkin menjadi mangsa kumpulan-kumpulan pengganas Asia Tenggara.
Inilah amaran pertama dibuat oleh AS sejak persaraan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, minggu lalu.
Dalam satu pengumuman, Jabatan Negara mengulangi “kebimbangannya yang berterusan terhadap keselamatan rakyat dan kepentingan Amerika, terutamanya di sepanjang pantai timur negeri Sabah.”
Kebimbangan itu didorong oleh “kehadiran pertubuhan-pertubuhan pengganas di Asia Tenggara.”
Amaran itu dibuat sebulan selepas enam pekerja warga Filipina dan Indonesia diculik daripada sebuah pusat peranginan di pantai timur Sabah.
Polis berkata penculikan itu dilakukan oleh penjenayahpenjenayah tempatan dan menolak tanggapan kumpulankumpulan pengganas luar terlibat.
Jabatan Negara AS bagaimanapun mengakui Malaysia elah mempertingkatkan usaha-usaha antipengganas sejak penculikan pada 2000 oleh kumpulan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pejuang pemisah berpusat di selatan Filipina.
“Sejak itu, kerajaan Malaysia mempertingkatkan kehadiran tentera dan polis di kawasan itu, terutamanyadi pusat-pusat peranginan yang sering dikunjungi olehpelancong-pelancong Barat,” kata Jabatan Negara. – AFP
Kenyataan di atas adalah fitnah. Malaysia tidak pernah terlibat dengan mana-mana organisasi teroris Islam antarabangsa. Apa yang terjadi di selatan Filipina juga tidak pernah membabitkan Sabah.
Hakikat ini diketahui oleh AS kerana pasukan tentera AS sudah pun berada di selatan Filipina sejak Januari 2001, kononnya atas alasan memerangi teroris Islam antarabangsa di wilayah tersebut.
Anehnya, laporan di atas tidak disangkal sekeras-kerasnya oleh Malaysia. Pemerintah Malaysia juga tidak bertanya kepada AS, walaupun Jabatan Negara AS mengakui Malaysia telah mempertingkatkan usaha-usaha anti-pengganas sejak insiden penculikan yang terjadi di selatan Filipina pada 2000, mengapakah AS mengeluarkan kenyataan di atas, tiga tahun sesudah insiden itu berlaku?
Lebih tepat lagi, tiada siapa bertanya, mengapakah kenyataan di atas dikeluarkan sebaik sahaja Abdullah jadi Perdana Menteri? Apakah muslihat di sebalik kenyataan tersebut?
Tetapi, kerana kenyataan di atas langsung tidak disangkal oleh sesiapa, saya pun mula mengesyakki bahawa pada ketika itu AS mungkin memulakan satu gerakan untuk menggertak Abdullah supaya tunduk kepada AS. Dan, oleh kerana AS mempunyai sekutu rapatnya di seberang Selat Teberau, maka tidak mustahil kalau sekutu berkenaan juga akan mula memanipulasikan Abdullah dan Malaysia.
Oleh itu, sementara menunggu hujah saya dalam siri tiga, fikir-fikirkanlah. Fikirkanlah mengapa sejak di peringkat awal kepimpinan Abdullah, AS memang kelihatan seolah-olah mahu mencampuri urusan dalaman negara ini? - [bersambung dalam siri tiga]

4 comments:
ya memang AAB lemah.di satu masa nanti WPI akan menjadi pengkalan tentera amerika yang paling strategi dari serangan tentera indonesia kepada singapura.WPI bukan utuk pembangunan sbenarnya .in future ianya adalah pengkalan tentera amerika.
Datuk,
Saya tak terkejut kalau agenda subversion dan tekanan asing ini sedang berlaku di negara kita hari ini.
Neoimperialis memang selalunya berjaya di sesebuah negara yang pemimpinnya lemah. Sebab itu mana-mana negara yang pemimpinnya kuat, pemimpin itu kena guling - ada regime change.
Bila pemimpin lemah, neoimperialis atau proksi mereka senang masuk jarum, senang lakukan subversion, senang hasut, senang buat tekanan dalam macam-macam rupa, senang buat espionage, senang sabotaj.
Pendek kata, pemimpin lemah adalah favourite neoimperialis. Di Malaysia hari ini bagaimana?
rantau asia tenggara sejak dari dahulu lagi sebenarnya merupakan kawasan yang strategik. kalau tidak mengapa amerika melibatkan diri dalam perang vietnam. rantau ini tidak pernah dilepas pandang oleh kuasa-kuasa besar.
pengaruh amerika terhadap pemerintah negara-negara di rantau ini akan menentukan serta memastikan bertapaknya amerika di rantau ini.
bagi mereka yang mengkaji politik secara menyeluruh iaitu bukan sahaja dalam negara tetapi peringkat asean, asia serta dunia tentu dapat melihat serta mengaitkan bagaimana setiap peringkat politik ini sebenarnya saling berkait.
sebagai negara yang ingin berdaulat dalam erti kata yang sebenar malaysia tidak boleh menjadi sekutu mana-mana kuasa besar. malaysia mesti bebas bertindak mempertahankan haknya serta negara-negara lain. ini semuanya terletak pada pemerintah yang berwibawa dan bukannya entah apa-apa ucapannya.
sejak 2004 malaysia telah tidak lagi menjadi negara yang menjuarai hak negara-negara kecil khususnya yang lemah. tidak mustahil kita akan dijajah semula. soalnya ialah dalam bentuk yang macam mana. banyak negara-negara arab sebenarnya sedang dijajah. bentuk penjajahannya mungkin berbeza.
http://usabukata.blogspot.com
Salam Dato' Ron
Saya adalah pengunjung tetap setiap sidang parlimen sejak dulu lagi. Masa Dato' jadi MP Parit Sulong dulu dan ketua backbenchers saya lihat perbahasan ada klas tersendiri. Sekarang kenapa MP macam haprak apabila ingin mengketengahkan pandangan. Ini saya cakap mengenai MP BN, MP pembangkang biarlah sesetengah tu first timer jadi mesti cuba nak tunjuk terer. At least they want to prove something to their voters. Yang saya heran ini MP-MP BN khususnya UMNO, macam penjual ubat di Belakang Mati juga menjerit, memekik, terlolong.
MP KINABATANGAN adalah contoh paling klasik. Bersifat macam KEBINATANGAN dalam parlimen, menjerit, terlolong tak tentu pasal adalah trade mark dia.
Apa yang saya nak kaitkan di sini ialah kalaulah macam itu kualiti pemimpin UMNO yang kita ada sekarang saya tak fikir mereka boleh berfikir dan menganalisis sesuatu yang lebih berat, tersirat yang sedang disusunatur oleh musuh dan seteru kita termasuklah dari negara jiran yang AAB hamparkan permaidani merah untuk RAMPAS BUMI JOHOR cara halus atas nama pembangunan. Musuh YANG HEBAT akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita.
Mari kita renung peranan yang dimainkan oleh pekerja yang paling diharapkan oleh Presiden Nguyen Van Thieu dari Vietnam Selatan dalam membantu Vietcong. Salah seorang daripadanya ialah jurugambar istana merangkap pembantu peribadi. Beliau bebas dalam istana Presiden. Segala maklumat strategik disalurkan kepada musuh tanpa sekelumit syak pun di hati Presiden. Presiden hanya mengetahui peranan orang yang dipercayainya itu pada hari-hari terakhir Saigon jatuh kepada Vietcong. Tapi ia adalah terlalu lewat.
Kalaulah AAB membaca sedikit sejarah (tapi dia bukan seorang yang suka membaca, dia pasti tertidur. Ini masalah besar). AAB perlu menilai semua orang di kelilingnya. Apakah jadahnya
Dr.V L, seorang anak didik negara jiran itu dilantik sebagai orang paling penting di pejabatnya. Tidak terlintas ke hati AAB yang makhluk ini bersekongkol dengan negara jiran itu untuk menggadai bumi Johor atas nama WPI.
Dato' perlu teruskan analisis sesuatu isu untuk dikongsi bersama. Nak harapkan MP UMNO, kecuali seorang dua...it just like squeezing blood from a stone.Impossible, walaupun ada dua orang menteri Allah jadikan mulut mulut mereka besar tetapi hati mereka terlalu kecil. BACUL!!!
Post a Comment