KUDA-KEPANG DI RTM
HARI AHAD 18 MEI 2008
Saya telah dijemput untuk sessi RTM bersama bloggers pada Ahad 18 Mei 2008, jam 8.45 malam.
Saya amat menghargai jika sahabat-sahabat surfers sudi berikan saya inputs untuk sessi tersebut. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad
HARI AHAD 18 MEI 2008
Saya telah dijemput untuk sessi RTM bersama bloggers pada Ahad 18 Mei 2008, jam 8.45 malam.
Saya amat menghargai jika sahabat-sahabat surfers sudi berikan saya inputs untuk sessi tersebut. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad
18 comments:
A.kum Datuk,
1. Wau...Wauu..Wauuu> Pelan Eksekutif Celcom.
2. Tahniah Datuk..Tahniah Datuk..Tahniah Datuk.
3. Input saya seperti berikut:
a. Blog adalah rumah kita sendiri. Kita lebih bebas untuk menulis. Manakala akhbar pula adalah 'Rumah Sewa' kita terikat dengan syarat tertentu. Maksudnya kita tak boleh bebas.
b. Bloggers hari ini lebih berfaedah dan lebih bernilai dari Artis.
c. Tugas Bloggers hari ini ialah untuk menyampaikan kebenaran kepada masyarakat.
d. Sedangkan Artis kerja mereka asyik hanyut dengan nyanyian, berlakon, cinta, kahwin dan cerai.Tetapi mereka masih disanjung oleh masyarakat dan ramai pula yang dianugerahkan pingat Datuk.
e. Selepas ini saya layak dapat Datuk. Saya nak Datuk Panglima.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
A.kum Datuk,
Tuesday, May 13, 2008
Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendung, Keciciran
Awang rasa keciwa bila Awang bersiar-siar, meronda-ronda disekitar Putrajaya dan Cyberjaya. Awang dapati masih banyak Presint-Presint di Putrajaya serta kawasan-kawasan di Cyberjaya yang tergantung, beku, tidak bergerak projek pembangunannya.
Apa sudah jadi? Putrajaya dan Cyberjaya sebenarnya adalah satu projek yang melambangkan kemajuan dan perubahan pembangunan dan tamadun bangsa dan rakyat Malaysia. Ia akan menjadi salah satu ikon pencapaian Wawasan 2020 nanti. Tapi jika berdasarkan kepada progress sekarang, Nampak gayanya sebahagian projek di Putrajaya dan lebih teruk lagi di Cyberjaya akan menjadi GAJAH PUTIH. Lebih mengeciwakan Awang tengok keadaan di Cyberjaya semakin teruk. Nilai komersil semakin hilang. Projek tak bergerak, Awang dimaklumkan ramai pelabur telah beralih arah.
Tapi yang memuatkan Awang dan golongan Marhain serta Orang Kampung hairan ialah kenapa disibuk-sibukan nak buat WPI, NCER, ECER dan bermacam macam lagi ER. Benda yang dah ada tapi belum dijayakan sepenuhnya di biarkan terkonteng-konteng, sedangkan benda yang dirancang tidak jelas hala tujunya serta masih kelam mekanisme pelaksanaannya. Awang dapat input Kedai Kopi katanya WPI bertujuan memberi banyak favor kepada orang Singapura. Apa betul perkara ini?
Oleh itu, untuk mengelak sebarang spekulasi negatif dan fitnah masyarakat, elok lah AAB dan barisan kepimpinannya menjelaskan perkara ini sejelas-jelasnya.
Jika tidak, rumusan yang Awang boleh buat ialah:
AAB nak tunjukkan legacynya, sebab itu beliau sanggup pinggirkan Putrajaya dan Cyberjaya yang mana menurut beliau adalah legacy TDM.
Semua projek-projek baru di bawah AAB mempunyai kepentingan besar dan ekslusif kepada AAB, Kamaludin, Khairy dan segala konco-konconya.
Nampak jelas AAB hanya dilihat baik dari segi luaran, tetapi hakikatnya seorang yang rakus dengan kuasa dan harta. Sebab itu beliau bermati-matian mempertahankan kedudukannya. Kata-kata perancangan peralihan sekadar untuk menyedapkan hati orang UMNO yang sedang marah. hakikatnya, jauh sekali KJ dan Kamaludin untuk membenarkan AAB berundur. Orang UMNO di"kencing" (maksudnnya ditipu) hidup-hidup oleh AAB,KJ, Kamaludin dan konco-konconya.
Segala perancangan dan tindakan yang dibuat selepas PRU12 ini adalah usaha untuk membeli balik keremukan hati Marhain/Orang Kampung yang sebelum ini tidak dipedulikan oleh AAB. Tapi, silap, Marhain/Orang Kampung sekarang dah lain, kami bukannya dungu dan tak boleh menilai. Malah isu judiciary pun kami tahu apa yang tersirat disebaliknya. Tak payah lah AAB nak bermain wayang. Melalui input Kedai Kopi (Orang Kampung macam kami mana mampu nak bersembang kat hotel) pun kami dah boleh membuat analisis dan konkulsif terhadap apa yang terjadi disekeliling.
Untuk itu, mohon sesiapa dapat memberi penjelasan kepada perkara tersebut. Ingat! Orang Kampung pun berhak nak tahu. Jangan ingat kami boleh diketepikan begitu sahaja.
Awang tak mahu peribahasa Melayu “ YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG KECICIRAN” terhadap semua projek yang direncanakan untk kebaikan rakyat Malaysia.
Awang Maya
Posted by Awang Maya at 10:14 PM 0 comments
awangmaya.blogspot.com
Tanya pada penerbit kenapa buat rancangan utk beruk .... dulu dikatakan bloggers ini beruk tapi sekarang dok tagih pulak mereka ini ....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis... ada artikel baru aku tulis ....
Salam Dato'
Dato' cakap camni bila org RTM tanya..blog adalah tempat luahan hati majoriti org yang tak berpeluang mencurah pendapat di akhbar perdana yang dikonkong oleh pemimpin yang jumud lagi baghal walaupun diminta letak jawatan masih berkokok kuat tak sedar ekor penuh dengan tahi...heheheh.Berani Dato' cakap cam tu? Kita sama2 hisap Kent di Jalan Dato' Onn dulu saya tahu Dato' berani
Congrats. Hope you consider my humble thoughts.
1. Propose tambah time...tak masuk akal kalau rancangan tak berfaedah mcm Rentak Juara (disiar selepas Blog)dapat air time 1 1/2 jam - 90 minit!!!
2. RTM harus ubahkan orientation orang melayu supaya jagn taksub sangat dengan rancangan hiburan n dunia artis aje. Very sad to see bangsa kita khayal bila di sajikan rancangan yang tidak membuka minda. balik-balik tengok artis dapat award!!
3. Finally..most important!! Be well prepared. Do not be nice. get your point across..jangan bagi host take the limelight. you are the guest...jangan bagi can..ada 15 minit aje.
Remember what happened to nuraina. Raja Petra did well, insyalah you will do better.
Best of luck!!
a'kum dato,
tahniah kerana dijemput oleh rtm,mmg btul nmpk mcm rtm dah telus..tp hosnya masih lagi cuba nak potong cakap, lari ke topik lain..
harap dato' dpt kawal situasi,usah bg dia kawal situasi.
persetankan ape diorg nak cakap,dato' cakaplah ape yg terbuku dihati dato'
saya percaya dato' mampu!
ashrafkhidzar.blogspot.com
Tuan Hamba,
Hamba merasa amat gembira bahawa Tuan Hamba akan ke'udara' di rancangan Blog terbitan RTM 18 Mei ini. Hamba akan pastikan akan menontonnya bersama keluarga. Akan Hamba beritahu inilah Blogger Idola Hamba.
Semasa Nuraina diwawancara, kelihatan Hos mempertikaikan kenapa isu negatif yang melibatkan BN sahaja yang mendapat tempat di blog beliau, padahal di pihak terdapat isu 'negatif' melibatkan PR tidak dikupas. Apakah jawapan Tuan Hamba jika ditanya soalan yang sama?
Hos @ RTM tentu tertarik dengan Blog Tuan Hamba yang banyak mengkritik PM dan UMNO. Mungkin mereka mahu memahami dari mulut Tuan Hamba sendiri, "kenapa begitu"?
Semoga Allah memberi ketenangan Tuan Hamba semasa program Blog kelak.
Datuk,
Boleh bawak isu terbaru ke RTM ?
HDC (Halal Dev Corp) yang diberitugas control sijil halal dan halal hub dikonsgi oleh Paklah & family sdn bhd dan temasek holdings.
2. Kalau monopoli beras (BERNAS) dimansuhkan, kenapa tidak monopoli gula (Kuok family) dan tepung (Kuok & friends)
3. Cameraman Video Lingam kata itu cuma 30% je. Balance ada lagi kat negeri Cina (lihat The Star). Boleh ke main wayang sekerat- seketrat ? Sahih ke atau banyak di edit. Boleh ke terima kenyataan 30% ?
4. Ada juga blogger anti-melayu dan 'malay-bashing' memanjang. Apa tindakan ?
5. Camna nak kalahkan jin yg melindungi paklah supaya dia sedar & letak jawatan ?
Tahniah Dato,
Dari saya, Blog adalah kopitiam. Ada tajuk, ada interaksi. Ada masa interaksinya sihat, mengusik minda. Ada masa hentam semacam.
Interaksi dalam parlimen sekali pun ada masanya tak senonoh, lebih macam budak-budak.
Kita hidup dalam dunia tak sempurna. Secawan kopi, kongsi-kongsi isu, dengar cerita orang, orang dengar cerita kita, sesuatu yang menyegarkan.
Hari ini kena kopi di Kopitiam Parit Raja, esuk kena kopi dan beriani di Mat Shah seberang sungai, lusa kena kopi di rumah saudara di Parit Botak.
Blog adalah wadah interaksi secara maya. Menyegarkan dan kita akan kunjung lagi untuk secawan kopi dan sepinggan beriani.
Datuk;
RTM dan kerajaan sebenarnya telah mengiktiraf hasil karya dalam blog ini. Oleh itu Datuk hendaklah menunjukkan kewibawaan Datuk dalam menghadapi soalan-soalan 'membunuh' pengacara. Saya tidak berada di Malaysia untuk melihat rancangan tersebut tetapi saya akan menanti komen Datuk dalam blog ini. Terima kasih.
salam datuk..
tahniah sebab berpeluang untuk suarakan idea..
SEBAB APA RAKYAT BANYAK PERCAYA KAT BLOGGERS...
1. Lagi mudah untuk suarakan pandangan dan idea..hanya dengan satu klik shj. Pembaca dapat komen terus dan belasah atau bagi idea sendiri...
2. Jimatkan masa dan wang..tak payah nak ke Bukit Katil kalau x puashati dengan kenyataan Ali Rustam pasal ternakan babi di Paya Mengkuang
3. Peace of mind - X payah melepak kat warung@ starbucks, havana untuk sembang2 dan bgossip, cukup setakat pakai kain pelikat, t pagoda, nescafe..bini pun x marah, x der la yang kena raba...hehe
4. Maklumat yang terkini dan selari...Berbanding dengan media konvensional yang banyak tapisan dan kekangan...bergantung pada editor etc...suma jenis kaki kipas
5. Nak baca blog pun senang..x der protokol dan etika yang pelik2 kalau pegi majlis be end...
tak macam kat ceramah pemimpin be end...dahlah kos penyediaan mahal, bercakap tah apa2, pengisian x der(0 beb), tepuk tangan ramai2, jamu makan lagi, berebut beratur nak cium tangan...pemimpin balik.. kemaskan barang dan peralatan..apa barang pemimpin tu cakap???
ntah tak tau apa..orang jemput, punggah ramai2 keluar memo..trpaksa pegi..
SEBAB APA RAMAI BLOGGERS MENULIS DAN MENENTANG KERAJAAN
1. Kebetulan sahaja..kalau menulis untuk sokong kerajaan, baik saya keje kat b harian ke, utusan melayu ke, JASA ke, Kem. Penerangan ke...
2. Yakin dengan rezeki di tangan Tuhan yang Menguasai Alam...kalau keje kat tempat cam kat atas...rezeki murah, kenalan ramai..hehe tapi jiwa x tenang..kalau tulis idea yang lain dari aspirasi kerajaan, maknanya kami dari golongan kritis dan responsif dengan persekitaran semasa
hehe itu saja
askum datuk.....
saya ada dua cadangan bagi datuk membawa ketengah......
kesan dan kuasa serta pengaruh blogger tidak perlu dibincangkan lagi.....
1) islam cyberlaw@undang2 islam alam maya.......perlu ada fatwa atau hukum dalam menyiarkan artikel yang tidak diketahui kebenaran nya...atau komen yang boleh menjurus kearah keburukan
2) rakyat perlu lebih bijak dalam menapis maklumat didalam blog....jelas minda rakyat malaysia lebih terarah ke arah "mental block" sehingga rakyat malaysia hanya suka mendengar apa yg suka mereka dengar dan percaya apa yg mereka mahu ia terjadi.....sebagai contoh konsert af....pujian sahaja yg suka didengar....begitu juga minda masyrakat kita......
saya amat berharap datuk dapat menengahkan isu terutama mengenai islam cyberlaw........sekian...
Minta Dato idea ini pada 18april di RTM nanti.
1) Saya minta RTM lebih terbuka seperti menyiarkan ucapan selamat hari kebesaran (hari raya, kemerdekaan dsbnya) dari 5 MB Pakatan Rakyat misalnya.
2) Meminta RTM menyediakan ruang untuk berdiskusi secara sihat antara wakil BN dan Pakatan Rakyat dengan seorang pengantara bebas (DrAgus atau Bloggers)
Harap Kuda Kepang dapat bawa
Assalaamualaikum Datuk,
5Kupaskan isu ketuanan Melayu yang dimainkan oleh UMNO/BN dan media kerajaan sekarang ni. Tanya mereka adakah ketuanan Melayu akan hilang jika bukan UMNO/BN perintah negara? Adakah PKR, PAS bukan orang melayu? Bagi saya hanya Islam akan menyelamatkan ketuanan Melayu. Kalau bukan kerana agama Islam, entah di mana kita Melayu berada sekarang? Islam adalah penyatuan semua tak kira Melayu, Cina, India - kalau Islam dijadikan tali pengikat, Insya Allah negara Malaysia akan kukuh, teguh, gemilang dan terbilang. Tapi bila gunakan Islam tambah lagi Islam Hadhari - inilah kesilapan UMNO.
a'kum dato'
harap guna peluang di RTM sebaik2nyer.
Nak beritau satu ler, 'orang atas pagar tidak suka propaganda', cth:
1. Tunjuk orang berjoget (point to DSAI), sya pun tak begitu suka pd DSAI
2. Tunjuk rumah orang daif di kawasan pembangkang tp kawasan PM n TPM pun bersepah
3. Tunjuk/umum projek bila dekat pilihanraya, muak dah...
4. Bila bercakap dok ngutuk orang sbb org UMNO ni keturunan baik2, klu pembangkang kutuk, biasa la sbb depa mmg tak reti jaga mulut masa ceramah.
5. Menulis dalam blog pun sama, tengok cara rosol wahid memulakan tulis, menyampah. tgk MP kota belud mula2 tulis blog, ok.
6. Bercakap jgn sedap mulut kalau tak tau fakta, isu karpal vs raja (sapa betul, ikut fakta, karpal ke orang yang membahaskannyer)
7. Betulkan diri sendiri, sebelum betulkan org lain.
8. Klu dlm UMNO tak ok, btulkan dulu, bru boleh ok kan org lain.
sribuat
Selamat ke udara Datuk @ RTM.
You know what to say!!!
Ikhlas,
www.warisantamar.blogspot.com
Datuk;
Pertama, jangan gagap macam panel minggu lepas (tak nak sebut nama)
Kedua, cakap apa saja asalkan benar.
Ketiga, sanggah apa sahaja yang tidak boleh diterima akal.
Keempat, biar datuk yang lebih cakap, jangan moderator.
http://harimau-menaip.blogspot.com/
slm Datuk,
rasanya sukup kalo Datuk kemukakan isi dlm article Datuk "BLOGGERS DI MAYAPADA MANUSIA DI BUMI NYATA" pun dah cukup tuntas.
yang lain-lain, mungkin pasal kebebasan, integriti dan tranprensi,dll
Post a Comment