KUASA MELAYU BELUM TERHAKIS
Mingguan Malaysia
Hari ini UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-62. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, sambutan kali ini dianggap menjadi pentas terbaik untuk parti berkenaan bermuhasabah berikutan prestasi dalam Pilihan raya Umum ke-12, baru-baru ini.
Pelbagai tafsiran dibuat mengenai kekuatan UMNO berikutan keputusan berkenaan, apatah lagi apabila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen manakala empat negeri terlepas kepada pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Di Wilayah Persekutuan pula, BN hanya menang tiga daripada 13 kerusi dan BN juga gagal menawan kembali Kelantan. Sokongan yang diterima oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dijadikan sandaran untuk menimbulkan persepsi bahawa UMNO kini semakin ditolak oleh orang Melayu.
Walaupun pelbagai tafsiran dibuat berhubung kedudukan UMNO, namun Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai pandangan beliau sendiri.
Dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang dijawab secara bertulis oleh Perdana Menteri, beliau mengulas pandangan-pandangan yang dilemparkan kepada UMNO.
Bagi Abdullah, UMNO tidak mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu biarpun prestasi parti itu agak menurun dalam pilihan raya umum.
‘‘UMNO masih kekal tunjang kekuatan Melayu,’’ itulah hujah Abdullah.
Bagi Perdana Menteri, UMNO tetap dengan perjuangan asal dan tetap mempertahankan maruah Melayu. Menurut beliau, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO dan kuasa Melayu belum terhakis.
Dalam wawancara itu juga, beliau turut mengulas mengenai dakwaan kononnya UMNO tunduk kepada tekanan parti komponen BN. Bagi Perdana Menteri tidak timbul soal tunduk kerana apa juga keputusan yang dibuat dalam BN ia dilakukan secara konsensus.
Sempena sambutan ulang tahun UMNO hari ini, Abdullah memberikan pesanan kepada ahli-ahli parti dengan berkata, “Kita tidak ada masa untuk bertelagah atau memikirkan mengenai apa jawatan yang perlu kita pegang semata-mata kerana ada Mesyuarat Agung.’’
Untuk membaca wawancara yang diberikan jawapan secara bertulis ini sila akses:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Mingguan Malaysia
Hari ini UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-62. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, sambutan kali ini dianggap menjadi pentas terbaik untuk parti berkenaan bermuhasabah berikutan prestasi dalam Pilihan raya Umum ke-12, baru-baru ini.
Pelbagai tafsiran dibuat mengenai kekuatan UMNO berikutan keputusan berkenaan, apatah lagi apabila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen manakala empat negeri terlepas kepada pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Di Wilayah Persekutuan pula, BN hanya menang tiga daripada 13 kerusi dan BN juga gagal menawan kembali Kelantan. Sokongan yang diterima oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dijadikan sandaran untuk menimbulkan persepsi bahawa UMNO kini semakin ditolak oleh orang Melayu.
Walaupun pelbagai tafsiran dibuat berhubung kedudukan UMNO, namun Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai pandangan beliau sendiri.
Dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang dijawab secara bertulis oleh Perdana Menteri, beliau mengulas pandangan-pandangan yang dilemparkan kepada UMNO.
Bagi Abdullah, UMNO tidak mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu biarpun prestasi parti itu agak menurun dalam pilihan raya umum.
‘‘UMNO masih kekal tunjang kekuatan Melayu,’’ itulah hujah Abdullah.
Bagi Perdana Menteri, UMNO tetap dengan perjuangan asal dan tetap mempertahankan maruah Melayu. Menurut beliau, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO dan kuasa Melayu belum terhakis.
Dalam wawancara itu juga, beliau turut mengulas mengenai dakwaan kononnya UMNO tunduk kepada tekanan parti komponen BN. Bagi Perdana Menteri tidak timbul soal tunduk kerana apa juga keputusan yang dibuat dalam BN ia dilakukan secara konsensus.
Sempena sambutan ulang tahun UMNO hari ini, Abdullah memberikan pesanan kepada ahli-ahli parti dengan berkata, “Kita tidak ada masa untuk bertelagah atau memikirkan mengenai apa jawatan yang perlu kita pegang semata-mata kerana ada Mesyuarat Agung.’’
Untuk membaca wawancara yang diberikan jawapan secara bertulis ini sila akses:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
7 comments:
A.kum Datuk,
1. Apa dia..Kuasa Melayu belum terhakis? Sedap cakap..!
2. Tepuk dada perlahan-lahan sebab dada dah tua, takut nanti terasa penat...terus tumbang.
3. No. problem Pak Lah, baru 60 lebih, kita ikut Dr. Mahathir la umur 77 tahun baru resign.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
‘‘UMNO masih kekal tunjang kekuatan Melayu,’’ itulah hujah Abdullah.
Jelas sekali Abdullah masih belum sedar dari lena yang menjadi tabiat semulajadinya sejak dahulu.
Ke mana suara veteran UMNO yang berpengalaman itu? Tidakkah mereka bermaksud mengejutkannya? Atau mereka takut terkena penangan kependekarannya?
Tidak terfikirkah mereka untuk membawa UMNO kembali ke landasan perjuangan yang asal?
Tak usahlah kalangan tertentu berkokok bertalu-talu atau menyalak kuat-kuat berkaitan dengan perkara Karpal Singh yang dikata boleh menimbulkan kekacauan itu!
Sebenarnya ada lagi perkara lain yang patut dititikberatkan dan masih belum menemui jalan penyudah.
Antaranya:
Kes keceluparan pihak yang mengeluarkan istilah biadap terhadap Sultan Terengganu.
Kes angkuh dan biadap Khairy menantu Paklah yang benyebabkan orang Melayu meluat kepada UMNO. Kemudian Dato Hishamudin pula dituding sebagai puncanya kerana dia menghunus dan megucup keris.
Kes pembaziran wang rakyat bagi membina jalan raya yang pernah saya ceritakan terdahulu.
Kes pembinaan 10 buah banglo RM40 juta dan mungkin lebih oleh mantan Exco Selangor serta banglo RM4 juta oleh mantan MB Kedah, Mahzir Khalid.
Kes pergolakan dalam UMNO yang kritikal.
Saya juga adalah salah seorang AJK UMNO di satu cawangan dalam Bahagian Kuala Kedah tetapi semacam tidak dipedulikan. Mungkin ramai ahlinya tidak akan aktif selagi landasan UMNO tidak diperbetulkan.
Untuk makluman, rakyat di seluruh Kedah kini sebenarnya sedang berada di 'zon selesa' di bawah MB yang baru, Ustaz Azizan Abdul Razak yang didoakan bergelar Dato Julai 2008 akan datang iaitu sempena sambutan Jubli Emas baginda Sultan Kedah nanti.
Keberanian Kerajaan Negeri yang baru memberikan tiket percuma menyaksikan perlawanan bola sepak baru-baru ini biarpun hendak disensasikan oleh media arus perdana tidak menggoyahkan.
Kemasukan pelabur luar biarpun tiada laporan pihak media terutama arus perdana adalah sesuatu yang memberangsangkan.
Salam Datuk!
saya kagum dengan pendirian Pak Lah yang terus mempertahankan kedudukan dan prinsip beliau walaupun ditekan oleh pelbagai pihak.cuma saya tertanya-tanya,benarkah dakwaan beliau bahawa UMNO masih mendapat sokongan padu dikalangan Melayu?kalau benar hal ini mengapa undi majoriti 52% jatuh kepada pembangkang disemenanjung.
jangan sampai 'nasi menjadi bubur' sudahlah.
seperti mana dakwaan mahathir bahawa sekali kerajaan pusat jatuh kepada pembangkang,jangan harap BN dapat memerintah lagi.salam.
http://egimbb.blogspot.com
Askm datuk.Saya kutu marhain @ haprak ni cuma akan balik sokong umno kalau yang diatas tu turun.Bawak keluar semua kaum kerabat dia keluar umno pun tak pe.Walaupun saya ni bukan umno tapi dua kali pilihanraya undi saya kesana tapi pilihanraya kali ni sorry.Biar miskin duit jangan jual negara.Hapuskan WPI.Hapuskan WPI.Hapuskan WPI Hoi reti bahasa ke ????.Askm.
Memang malang nasib UMNO. Ada presiden macam patung. Tak boleh fikir tak boleh bertindak. Kalau dalam interbiu yang jawapannya pun secara bertulis, dia tak boleh nak kasi jawapan yang masuk akal, lebih baik dia berhenti.
Kita bayangkan, soalan interbiu tu mesti dah dikirimkan kepada Abdullah terlebih awal. Dia ada masa fikirkan jawapannya. Tapi, mana tau soalan tu dikirimkan ke pejabat Abdullah, orang lain yang jawab, dan Abdullah sendiri pun tak tau adanya interbiu itu atau adanya jawapan itu.
Kalau UMNO ditadbir macam ni, lengkup kita semua. Ahli-ahli UMNO, kita akan lengkup tak lama lagi. Satu cara kita tak nak lengkup, kita cari jalan Abdullah berundur. Selagi dia ada, tak taulah apa nak jadi pada UMNO dan kita semua.....
Salam hormat Datuk Ron,
Muslihat Abdullah & Anwar diterjemahkan oleh mantiq mudah Karpal Singh
Kenapa saya mengatakan demikian? Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ' "kalau tiada angin masakan pohon bergoyang?". Ramai khalayak di luar sana terpedaya baik di kalangan penyokong kuat BN mahupun PR. Hari ini ramai antara kita tak upaya membaca yang tersirat di sebalik yang tersurat. kenapa? Mudah saja jawapannya... ini adalah natijah daripada sikap Rakyat Malaysia yang malas berfikir, culas membaca, tiada keinginan yang kuat untuk menyelidik sesuatu fenomena di seputar hidup mereka.
Justeru bila Karpal Singh menjolok sarang tebuan sebenarnya dia telah lepaskan bom jangka yang dia sama sekali terselamat daripadanya. Ironinya sengatan berbisa terkena pada seluruh warga Melayu khususnya! Aneh bukan? Yang menjolok sarang tebuan tepuk tangan, yang disengat orang lain pula.
Ternyata sudah dan lengkaplah sudah permainan mantiq mudah Abdullah dan Anwar untuk membangkitkan kemarahan Melayu melalui kebiadaban Karpal Singh. Abdullah perlukan kebangkitan amarah Melayu dengan menggugah rasa Ketuanan mereka demi untuk mengembalikan sokongan terhadap kepimpinan beliau. Manakala Anwar dan PR amat perlukan Abdullah untuk terus menguasai keadaan tak menentu ini. Dengan kepimpinan Abdullah yang lemah ternyata mudah buat Anwar dan PR merancangkan sesuatu yang menuntungkan mereka. Mereka sedar sokongan yang diterima semasa PU12 yang lalu bukanlah mutlak. Ianya tak lebih daripada ekspresi rasa tak puas hati terhadap kebobrokan kepimpinan Abdullah. Justeru Anwar dan PR memerlukan Abdullah sebagai 'proxy' mereka untuk mewujudkan rasa tak senang Rakyat malah ahli UMNO sendiri yang dengan sendirinya akan memihak dan menguntungkan mereka.
Tidak ramai di kalangan kita yang upaya menerobos dan merungkaikan kebejatan nuansa politik akhir-akhir ini. Barangkali sikap partisan yang totok membelenggu sebahagian kita baik daripada golongan pro kerajaan mahupun pro pembangkang. Ramai anatara kita yang begitu obses dengan pandangan sendiri. Ketaksuban yang infiniti! Justeru keterbatasan ini menjadi halangan yang dicipta oleh mereka sendiri hinggakan jika orang/parti/kelompok yang begitu ditaksubkan itu mengatakan bahawa 'Madonna masih dara' bak kata RPK mereka turut percaya membabi buta. Lihat saja coretan Hishamuddin Rais, Dr Khir Toyo, Harakah daily dll yang begitu memualkan lantaran terlalu skema dan 'hairan' terhadap pandangan dan pegangan sendiri!
YB Datuk Ron,
Merungkaikan sesuatu yang tersurat seharusnya dilihat daripada segenap aspek danpandangan yang berbeza pula. Justeru saya bisa saja menyorot tulisan baik di Malaysia Today, Malaysiakini, Harakah daily, LKSiang, Screenshot, Rockybru, Bakrimusa, Mahaguru, Tunkuaishah, BigDog, Dr Khir Toyo, dll waima lontaran idea Hishamuddin Rais yang memualkan itu. Ya Datuk demi melihat daripada pelbagai perspektif dan mazhab/faculty of thought yang berbeda saya selongkar apa yang ada di minda mereka!
Memang benar kata-kata Michael Chang bahawa' "The enemy of my enemy is my friend". Jelas. terang lagi bersuluh! Abdullah dan Anwar saling memerlukan. Karpal Singh hanya melaksanakan pelan tindakan mereka!
Kewajarannya? Mudah saja. Abdullah memerlukan masa untuk terus berkuasa demi bukan saja survival bisnes anak menantunya malah turut demi menentukan hidup mati mereka. Ianya persoalan strategik sama ada 'hidup atau mati'. BSA Tahir ada jawapannya. Abdullah terlalu sayangkan kedua-dua anaknya. Itu saja yang beliau ada sebagai pewarisnya. Justeru beliau sanggup berbuat apa saja demi memastikan yang bisnes dan batang tubuh anaknya Kamaluddin itu terjamin selamat! Tidak hairanlah beliau tergesa-gesa menemui Bush sebaik saja nama beliau terpampang di internet sebagai antara yang berkepentingan dalam program Oil for Food di Iraq. Ternyata jelas sekali beliau bermati-matian membela anak menantu. Alasan beliau untuk memulihkan UMNO pasca PU12 hanyalah sandiwara semata-mata. Logik apa lagi mahu dipakai. Jika sebuah kerajaan yang kukuh diwariskan oleh YB Tun Dr Mahathir ditambah pula dengan mandat besar semasa PU11 lalu tidak bisa membantu beliau membina sebuah UMNO dan BN yang kuat. Menzahirkan kestabilan ekonomi dan kepercayaan Rakyat. Inikan pula tatkala PU12 membawa jentaka malah diburukkan lagi dengan pengunduran SUsaha UMNO & BN sendiri yang merupakan seorang kawan lama yang paling dipercayainya maka apakah harapan yang tinggal pada manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi ini?
Apa pula kewajaran Anwar? Terlalu mudah dibaca. Anwar ini seorang pendendam dan multi wajah. Benar kata-kata Chandra Muzaffar yang beliau ini ibarat sesumpah. Matlamat utama/priority beliau ialah untuk kembali berkuasa dan tampuk PM memang menjadi idamannya/igauannya! Beliau langsung tak memikirkan soal kelangsungan bangsa jauh sekali agama! Beliau begitu obses untuk menjadi PM yang nantinya akan dipekikkan dan dilengkingkan suaranya keseluruh benua bahawa dia sememangnya pemimpin yang hebat dan tiada tandingannya. Pemimpin yang bisa saja menterjemahkan cita-cita zionis dan Amerika demi matlamat peribadi. Amatlah menjengkelkan pabila seorang yang HANYA berkelulusan Pengajian Melayu menyatakan yang dia jauh lebih baik daripada PM yang berlatarbelakangkan doktor perubatan!
Justeru saya mengingatkan para bloggers sekelian dan Rakyat di luar sana agar menggunakan matahati. Renungkanlah hakikat ini. Permainan ini baru saja dimulakan. Babak pertamanya ialah pabila Karpal Singh menyalak menutup mulut Tun Dr Mahathir agar jangan mengkritik Abdullah dan kerajaan! Kelakar bukan? Babak keduanya bila dia mempersoalkan tindakan Sultan Perak. Babak ketiganya bersikap bongkak dan sombong bodoh membicarakan penulis ucapan titah SPB Yang Dipertuan Agong.
Satu soalan cepumas daripada saya:
MANA DATANG KEKUATAN KARPAL TAK SEMENA-MENA MEPERSOALKAN HAK MUTLAK SULTAN?
SIAPAKAH DIBELAKANGNYA? TERNYATA ORANG DIBELAKANG KARPAL ITU BAGAI MEMBERIKAN (bukan lampu hijau lagi) KEKUATAN NAN AMPUH UNTUK KARPAL MEMBEDAL SIAPA SAJA/APA SAJA WAIMA KEDAULATAN SULTAN & YD AGONG SENDIRI.
Wahai Para Penyokong UMNO! Jangan ikut TIDUR sebagaimana Presiden kita yg kuat tidur! Buka mata. Buka Minda!
Syabas kapada ahli-ahli UMNO yang mendesak Pak Lah letak jawatan dengan segera. Tidak payah lagi nak berselindung dengan "cakap beralas" seperti "peralihan kuasa lah"dan sebagainya. BE DIRECT AND LET PAK LAH HEAR IT LOUD AND CLEAR. Kalau tak dengar juga memang lah Pak Lah "pekak, buta dan bisu". Dia mesti paham dimana sahaja mesyuarat UMNO diadakan memang telah jelas dinyatakan Pak Lah mesti letak jawatan dengan segera untuk membolehkan pimpinan baru melaksanakan reformasi atau rebranding of UMNO yang sekarang ini telah outdated atau dah "sakit tenat" kerana kredibiliti dibawah pimpinan Pak Lah dianggap telah tidak menyerlah lagi. Dah GROUND ZERO CREDIBILITY !!
Rakyat dan grassroot UMNO tidak lagi mengharapkan sesuatu dari Pak Lah. Hanya satu sahaja yang Pak Lah patut buat. LETAK JAWATAN !! Pak Lah sudah menghancurkan kepercayaan rakyat dengan prestasinya yang sungguh lemah menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Ini memang telah terbukti dalam pilihan raya lepas. Itulah tanda tidak keberkesanan kepimpinan Pak Lah. Faktor FEEL GOOD dan MR CLEAN serta ISLAM HADHARInya telah memakan dirinya sendiri. Tambahan pula Pak Lah tidak ada initiatifnya sendiri untuk melahirkan idea-idea yang boleh memaparkan aktiviti ekonomi negara kearah yang boleh meningkatkan kehidupan rakyat jelata. PAK LAH TIDAK BERJAYA DAN TERUS AKAN GAGAL JIKA MASIH INGIN KEKALKAN JAWATANNYA. Akhirnya yang jadi mangsa ialah UMNO. Pak Lah tidak mungkin akan dapat selesaikan kelemahan UMNO kerana Pak Lah sendiri dalam kedudukan yang lemah longlai dan terombang ambing dan mungkin fikiran tidak fokus lagi. Confident levelnya sudah tidak berfungsi cergas. Dia akan gagal dan seterusnya gagal.
Apa harus rakyat terima lagi 5 tahun untuk Pak Lah mengkhayalkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Cukuplah tu. Jangan habiskan wang rakyat untuk menanggung gaji dan segala kemudahan yang lumayan tapi hasilnya secebis saja. Mana ada moral !!
Adalah lebih baik Pak Lah fokuskan masanya untuk menyebarkan dakwahnya tentang konsep ISLAM HADHARI yang telah membuat orang Islam tidak faham langsung konsep yang Pak Lah cuba nak propagandakan . Sampai sekarang mungkin Pak Lah sendiri tak tahu apa konsep Islam Hadhari sebenarnya. Beliau ceduk idea orang lain tapi tak tahu ujung pangkalnya.
Please don't waste other peoples time by hanging on to your position. There is no way for you to revive UMNO to its respectable position. There is clear evidence that you don't have any more grassroot support. Face the reality , Pak Lah. Now UMNO members and the rakyat look upon you just like a “political clown” whenever you talk and appear on TV. They will just say " Apalah Pak Lah ni. Dah naik meluat aku tengok muka Pak Lah". That’s the true feeling of the rakyat and yet you still feel that you have support. I pity Pak Lahr for still in the state of denial. Sampai bila? Sampai UMNO lingkup!
Hishamuddin said "First, is the need for political will to change; second, a sense of urgency to institute the change, and third, the need to implement the transformation. Yes, to start the ball rolling the first thing of utmost importance is to get Pak Lah to resign immediately and then followed by other changes. That is priority. Remove the President. If the President is still sitting tight and expecting other things to change first then there will be no progress for changes to be implemented.I think that is what Hisham meant subtly to ask Pak Lah to resign now so that it will be easier to have changes without having to refer to a lame duck President to execute the changes.
The fact remains, Pak Lah has nothing to offer to turnaround UMNO into a vibrant party. He has made the party topsy turvy and yet he is still confident of trying to put UMNO in the right track. No, he just doesn't have the strong mental capacity to do anything to correct the situation. He is desperately trying to fall back at his hypocrite Ketua-Ketua Bahagian to salvage his dwindling support from UMNO grassroot and the rakyat.
Pak Lah kata UMNO kalah pasal kena sabotage. Kenapalah cetek pemikiran Presiden UMNO dan Perdana Menteri kita ini. Jangan lah nak cari helah yang tidak lojik. Pak Lah cuba hendak memperkecilkan kebijaksanaan pengundi-pengundi yang tidak memangkah BN. Jangan suruh orang lain cermin muka sendiri. Sepatutnya Pak Lah cermin muka dia juga. Janganlah nak salahkan rakyat tak mengundi BN, salahkanlah diri Pak Lah yang tidak pandai mentadbir negara hingga bukan sahaja ahli-ahli UMNO dah tak menghormatinya tapi rakyat pun dah tak ada sense of respect towards him anymore and yet he is still dreaming wanting to hold to his position.
Pak Lah kata beberapa kawasan yang sepatutnya UMNO menang telah disabotage. Kalau dah kalah terima sahajalah hakikat bahawa kekalahan UMNO adalah disebabkan kepimpinan UMNO dibawah pimpinan Pak Lah yang lemah, lembek, tak bermaya , haprak dan HP6. JANGANLAH NAK MENIDAKKAN KEBIJAKSANAAN PENGUNDI-PENGUNDI YANG TIDAK MEMANGKAH BN. Tomahan Pak Lah dengan sendirinya memperlihatkan bagaimana ceteknya akal seorang pemimpin UMNO yang tidak bermaruah. Akal yang tidak menonjolkan sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa.Sungguh memalukan melihat kebodohan Pak Lah. Kalau beginilah caranya Pak Lah memberikan jawapan atas kekalahan UMNO memang sahlah bahawa Pak Lah sepatutnya berundur diri. Pak Lah telah gagal untuk memberi alasan yang logical dan diterima oleh ahli-ahli UMNO yang lebeh bijak dari Pak Lah. Kesimpulannya Pak Lah tidak mempunyai modal untuk mempertahankan dirinya.
Pak Lah mesti sedar diri bahawa kepimpinannya sebagai Perdana Menteri bukan sahaja telah ditolak oleh orang Melayu dan UMNO, tapi orang Cina dan India dari MCA dan MIC. Pak Lah dan setengah menteri dan ahli Majlis Tertinggi masih lagi mimpi disiang hari cuba hendak mempertahankan kedudukan Pak Lah yang sudah tempang. Akhirnya nanti UMNO akan tersumbat dalam longkang termasuklah mereka semua juga akan terjerumus dalam longkang. Jika Ahli UMNO masih tidur lagi menyokong Pak Lah maka tanda-tanda UMNO akan kelongkang hampir nyata 5 tahun dari sekarang. Percayalah wahai ahli UMNO, jangan ikut Pak Lah yang dah terombang ambing tanpa pedoman kemana arah tuju dia nak bawa orang Melayu khasnya dan rakyat seluruhnya. Ahli UMNO janganlah terlampau sentimental terhadap pemimpin jika ia memudharatkan bangsanya sendiri. Jangan jadi BODOH SOMBONG. Anak cucu kita nanti akan sumpah kita kerana kebodohan kita! Allah Akbar !!!
Umno vice president Tan Sri Muhyiddin Yassin has called on party members to be brave in stating the truth and not to tell lies to make the leaders feel good.Tapi masalahnya sekarang Presiden UMNO Pak Lah yang feel good. Ahli-ahli UMNO dah lama tak feel good. Jadi Pak Lah patut berundur barulah betul-betul ahli-ahli UMNO dan rakyat feel good. Tak susah. Puncanya datangnya dari Pak Lah. Semua dah sedar. Yang masih tak sedar Pak Lah.
Pak Lah ini sungguh bebal. Beliau sangat mengharapkan untuk mendapat belas kasihan dari ahli-ahli UMNO. Zaman sekarang taktik "muka tempe" tidak boleh diamalkan lagi seperti pepatah melayu kata "HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG". Kalau maksud pepatah ini Pak Lah tak ambil kira, memanglah nyata bahawa beliau ini dah mabuk kuasa.
What Tun said is the whole truth. The UMNO Supreme Council members don't behave like idiot and must listen to a wise man. Nobody can deny your wisdom, Tun, being a senior statesman. You know the serious implication of UMNO going to the drain if Pak Lah is still at the helm. You are feeling the "pulse" of the UMNO grassroot and the general public that Pak Lah is no more capable of getting respect as a Prime Minister. If he is still adamant to hold on to his position by hoping to get blind support from the Supreme Council members then UMNO is certainly going six foot under. Make no mistake about it !! So a gentle reminder to Supreme Council members to be brave enough to reject Pak Lah or else all of you will go to”under” for sure!!
Pak Lah sebagai Presiden UMNO telah gagal dengan slogan "cemerlang, gemilang dan terbilangnya" yang di laung-laungkan selama ini. Slogan Pak Lah tidak ada ertinya, hanya sebagai propaganda murahan yang boleh dibandingkan dengan seorang penjual ubat di tepi jalan Masjid India. Begitu juga dengan Islam Hadhari yang diperkenalkannya seolah-olah sebagai satu mazhab baru untuk orang Islam tapi telah gagal untuk diterjemahkan pengertian sebenar Islam Hadhari kapada rakyat. Rupanya idea ini bukan datangnya dari fikirannya tapi diciplak. Koridor-koridor wilayah yang ditonjolkan sebagai satu usaha Pak Lah untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi adalah angan-angan Mat Jenin.Satu idea TIN KOSONG dimana Pak Lah sendiri meraba-raba tidak dapat memberi penjelasan yang konkrit kapada rakyat bagaimana usahanya itu dapat dipraktikkan dan direalisasikan.Rupanya Pak Lah ini hanya menumpang idea dari orang lain tapi beliau sendiri tidak dapat memahami dengan jelas apa yang beliau sampaikan itu seolah-olah macam BURUNG KAKAK TUA !!
Does Pak Lahr know why he is a failure? Simple. Because after taking over as a prime minister he was too excited and overjoyed as if he is suffering from cultural shock without realizing that he is actually A PRIME MINISTER BY DEFAULT. Just lucky. But in terms of his ability as a prime minister he ended up "GROUND ZERO" !! So, no matter how long he wants to stay as President of UMNO and Prime Minister , you won’t be able to shine.He lacks the aura, charisma and intelligence to continue being a Prime Minister.
Pak Lahr is just wasting his time expecting miracle to come to turnaround his fate . Whatever effort he tries to convince the rakyat and UMNO members will fail. He has been tested and the results were dissater for the party and he expect us to give him a second chance. NO WAY. Too little too late Pak Lah !!
Kalau Pak Lah diberi peluang menyertai reality show THE APPRENTICE, dah lama Donald Trump kata " Well , Pak Lah you are not up to the mark. YOU ARE FIRED!!
Pak Lah pernahkah dengar lagu Melayu yang sungguh popular dulu. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA NANTI DI BENCI ORANG !! Dengarlah selalu!!
Post a Comment