Saturday, May 24, 2008

JADIKAN KEKALAHAN DI ICJ SEBAGAI KEKUATAN KITA BERSAMA. KEPADA ALLAH BERSERAH!

Salam Perjuangan Anak Johor. Tulisan ini tidak berniat menghasut. Juga tidak mencerminkan kekecewaan. Tetapi, inilah lagu jiwa anak Johor pada saat dan ketika menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, yang hari ini menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih - dari segi sejarahnya adalah milik kesultanan Johor - kepada Singapura.

Keputusan ini muktamad. Sampai kiamat pun kita hilang kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih yang terletak hanya 7.7 batu nautika dari Johor, tetapi 25 batu nautika dari Singapura.

Jika apa yang diputuskan dalam ICJ hari ini diibaratkan satu peperangan, ini bermakna kita sudah benar-benar tewas. Bendera Malaysia dan Bendera Johor sudah ditawan pihak asing secara perundangan.

Kalau dalam peperangan sebenar, para askar kita yang masih hidup sudah mengalunkan irama “last post” atau irama sedih yang mengiringi pengunduran mereka daripada wilayah berdaulat dan merdeka yang sudah ditawan musuh. Bayangkan betapa hina, sedih, pedih dan pilunya perasaan kita pada ketika itu!

Saya rasional dan terpaksa menerima keputusan muktamad ICJ. Tetapi, saya kesal dengan pembohongan dan kepura-puraan oleh pembesar negara kita mengenai keputusan ini.

Kita tewas. Jadi, kalau kalah, terus terang katakan kita kalah. Saya pasti Allah SWT Yang Maha Kaya, Maha Besar dan Maha Agong memberikan sebesar-besar hikmah di sebalik kekalahan itu untuk menjadikan rakyat Malaysia dan warga Johor bersikap positif, proaktif, sensitif dan prihatin terhadap kedaulatan dan kemerdekaan tanahair kita di masa mendatang.

Saya amat pasti Allah SWT memberikan kita kekalahan ini untuk menguji sejauh manakah kebijaksanaan kita untuk mentafsirkan hikmah di sebalik kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih.

Saya pasti, Allah SWT mesti memberikan kekalahan ini untuk menduga kepintaran kita untuk menyedari dan menginsafi wilayah mana lagikah yang boleh dirampas kedaulatannya daripada kita oleh pihak asing di hari muka.

Bagaimanakah kedaulatan kita ke atas Pulau Pisang di Barat Daya Johor yang rumah apinya juga kini diuruskan oleh pihak asing yang sememangnya amat dahagakan tanah?

Bagaimanakah kedaulatan Iskandar Malaysia di hari muka yang kini disifatkan oleh rakyat jelata sebagai wilayah Singapura Raya?

Bagaimanakah kedaulatan wilayah kita sendiri yang dicadangkan jadi lokasi Jambatan Bengkok bila projek itu tiba-tiba sahaja dibatalkan kononnya atas desakan negara jiran kita?

Sebagai anak Johor, saya mencabar diri saya sendiri, fikirkanlah di manakah dan bagaimanakah kedaulatan kita ke atas ketiga-tiga wilayah di atas?

Adakah kita mahu terus menangis dan berduka kerana kehilangan kedaulatan kita ke atas Pulau Batu Putih? Tidak wajarkah kita jadikah kekalahan itu satu hikmah yang mencabar kita untuk memperkukuhkan azam dan cita-cita kita mendesak kerajaan membatalkan Iskandar Malaysia dengan serta merta?

Tidak wajarkah kita gunakan kekalahan itu untuk mendesak pemerintah kita lebih berhati-hati dengan jiran kita di seberang Tambak Johor?

Tidakkah kita mahu memberitahu pemerintah kita bahawa Negeri Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri frontline Malaysia di selatan. Dengan itu, sebarang tindakan, program, keputusan dan dasar yang membabitkan pihak jiran di selatan mestilah dikaji sehalus-halusnya sebelum dilaksanakan?

Lantas, apakah tindakan segera kita berbangkit daripada keputusan ICJ ini? Memasang dan mengibarkan bendera Johor dan Jalur Gemilang di seluruh bumi Johor secara besar-besaran untuk menghantar mesej kepada dunia bahawa kita masih tetap berdaulat dan merdeka?

Adakah kita akan mengadakan penggeloraan minda dan pencambahan fikiran untuk merangka memorandum mendesak pemerintah kita membatalkan Iskandar Malaysia dengan serta merta?

Adakah kita akan menrangka memorandum mendesak pemerintah kita laksanakan semula projek Jambatan Bengkok di wilayah kita yang berdaulat dan merdeka?

Adakah kita mahu berarak beramai-ramai ke Istana DYMM Sultan Johor untuk menyatakan kepada Baginda bahawa kita masih berdaulat dan merdeka dan sentiasa bersiap sedia untuk menangkis apa juga ancaman kepada kedaulatan dan kemerdekaan tersebut di hari muka?

Fikir-fikirkanlah seluruh persoalan di atas. Bertindaklah secara berani, ikhlas, berpasukan dan bersatupadu. Yang hilang jangan kita tangisi. Yang tinggal mesti kita pertahankan secara bijaksana.

KEPADA ALLAH BERSERAH. DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! – Ruhanie Ahmad

35 comments:

MatKodiang said...

"Barang yang lepas jangan dikenang..." Itulah bait lagu P.Ramlee yang bermain diminda saya apabila membaca keputusan ICJ terhadap kedudukan Pulau Batu Putih yang sudahpun terlepas ke tangan Singapura. Keputusan oleh ICJ samalah seperti memberitahu Malaysia pergi main jauh-jauh dan jangan cuba bermain mata lagi dengan si Batu Putih itu. Malaysia tak layak memilikinya dan keputusan ini adalah muktamad. Hanya Allah SWT yang dapat mengubahnya!

Hakikatnya Malaysia sudah dilondehkan oleh Singapura di mata dunia. Kalau 1511 memulakan detik penjajahan kuasa barat terhadap Tanah Melayu,2008 akan tercatat dalam sejarah bermulanya penjajahan negara jiran terhadap kedaulatan negara kita yang tercinta ini. Wahai pemimpin negara yang bijak sana dan bijak sini, bukalah mata seluas-luasnya. Melepas Pulau Batu Putih dan mendapat "Middle Rocks" bukanlah "win-win situation" namanya tapi ia sebenarnya ialah seperti merampas ikan dalam tangan kita. Isinya dimakan dan kita diberikan tulang.Dalam lain perkataan Malaysia dah KALAH.Toksah beri 1001 alasan untuk menyedapkan hati rakyat. Dah terbukti pemimpin yang ada hari ini terlalu bacul dan gementar dengan kuasa sebuah negara yang lebih kecil dari Pulau Langkawi. Tak payahlah menjulang dan mencium keris untuk tunjukkan kejantanan kita kepada dunia kerana keris dicipta hanyalah untuk wira Melayu yang berani mati untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa dan tanah air.....

Badrul said...

Dato',

saya selalu mengikuti penulisan dlm blog Dato' nie. sebagai org muda, saya lebih cenderung kepada sifat melihat kepada sesuatu tindakan daripada drpd terus merintih dan bercanda yg akhirnya tiada sebarang tindakan (mungkin juga sebab saya tak berapa pandai bersastera - sbb saya org sains gamaknyer). Kalau baca drsg tulisan Dato'(buleh dikatakan semua penulisan dato' yg original dan dipostingkan di sini), menyebabkan darah Melayu saya betul-btul melonjak utk mempertahankan kedaulatan melayu yg dato' utarakan, tp apabila saya menilai drsg tindakan (mungkin tindakan yg tidak dihebahkan melalui media perdana dan sbb itu mungkin saya tak tahu), tiada sbrg tindakan yg diambil utk memertabatkan maruah melayu terutama tanah Johor dan yg nyata,para pemimpin yg dtgnya dr negeri Johor, rata-ratanya masih mengampu dan mengipas pihak atasan! dan akhirnya,yg berdegar2 mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dan org melayu, adalah org bawahan yg mana bukan pemegang kepada kuasapengubah dasar! akhirnya, maruah melayu tetap begitu, bangsa melayu tetap begitu, kedaulatan Johor masih begitu! sbg contoh, kita lihat kepada isu wilayah iskandar dan sekarang iskandar malaysia (setelah tukar nama 3 kali)..berdegar2x kita dengar yg tanah johor dikangkangkan utk pembesaran wilayah singapura...tp apa yg kita buat? cukup ker sekadar kita bising2x? kalau betul kita tak sokong, kenapa kita tidak minta bantuan DYMM Sultan utk menolak cdgn WPI? bukankah DYMM Sultan berkuasa ke atas negeri, sekiranya maruah negeri dijajah, kita patut tolak!

Wassalam.

Badrul Yahaya

usabukata said...

Bro Ron,

memang kita kalah bukan menang-menang. memang betul kita kena belajar daripada episod ini. kita kena belajar sejarah semula. kita kena ajar anak cucu kita apa itu perjanjian 1824. kita kena ajar mereka apa itu perjanjian negeri-negeri selat dan sebagainya serta selanjutnya.

fakta-fakta kes ini memang tidak menyebelahi kita. 1953 ada surat yang menyatakan kita tidak menuntut pulau berkenaan. selanjutnya kita tidak berbuat apa-apa keatas pulau berkenaan selama berpuluh tahun sedangkan singapour menjalankan berbagai aktiviti. kita kena belajar dari episod ini. jangan kita relakan tanah kita kepada singapour. sebab nanti dia kata tanah milik dia. apakah bentuk perjanjian yang akan ditandatangan di Iskandar. sebagai rakyat saya mahu tahu. saya tak nak 100 tahun kemudian anak cucu kita akan menyumpah kita kerana 'menyerahkan' wilayah ini.

kita kena desak kerajaan mengkaji semula semua isu-isu berkaitan singapour dan menyatakan pendirian yang tegas.

Bro Ron,

sebagi anak johor saya cadangkan untuk diujudkan kumpulan pendesak yang berwibawa untuk menilai dan mengkaji isu-isu berkaitan kepentingan negeri dan anak johor didalam wilayah Iskandar bermula dari sekarang. memang kita perlu pelabur tapi bukan dengan cara menggadai maruah kita.

di selangor selain shah alam ada kawasan baru dikenali shah alam 2, di negeri sembilan selain seremban ada kawasan dikenali seremban 2 dan seremban 3. jangan nanti di johor ada kawasan dikenali dengan singapour 2.

Anonymous said...

Salam Sejahtera Dato'

Saya teramat sedih bila Malaysia kehilangan kedaulatan atas batu putih.Saya saya juga amat bersetuju atas pandangan dato'atas jambatan bengkok yang saya jika diteruskan ia pasti ia akan menjana ekonomi yang lebih memberansangkan untuk negeri johor khususnya.Bagaimana dengan pembangunan iskandar dato'?adkah ini juga penaklukkan singapura secara tidak langsung keatas johor.

The Eugenist said...

Salam, Tok..

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Dato' sebagai anak Johor. Ya, kita telah kehilangan secebis daripada hak kita.

Secara teknikalnya, adakah kita patut menyalahkan datuk nenek kita kerana tidak bersikap proaktif dari awal lagi?

Atau pun kita memang bersikap "take things for granted" ke atas perkara-perkara ini?

Tok, kini telah jelas dan nyata kita mungkin akan kehilangan lagi sebahagian daripada sovereign kita andai kata Pak Lah a.k.a the most most imbecile Prime Minister in the history of Malaysia ingin meneruskan projek Iskandar itu.

UMNO, adakah mereka masih hendak bersikap "setia kepada pemimpin" walaupun secara jelas dan nyata, pemimpin ini tidak lagi layak memimpin parti yang disayangi lagi?

ternyata, pemimpin UMNO sekarang sudah menjadi seperti "UMNO Terminators" (baca artikel saya di www.hesmel.blogspot)

Dato', revolusi perlu diteruskan dan perlu dilakukan dengan segera!

HESMEL FAZNEE FAISAL

Dr. Hamizi said...

saya ternanti-nanti komen para pembesar yang hari sebelumnya begitu confident dengan keputusan yang akan menyebelahi Malaysia...

apasal diam agaknya... berkokok lebih hasil tak ada...

CULA TUPAI said...

Yg BerBahagia Dato'
------------------
Dengan keputusan ini bermakna pemimpin Singapura/wakil wakil singapura yang berjaya menyangkal alasan peguam peguam malaysia bagi saya Singapura lebih cerdik dan "WorkSmart" TAHNIAH RAKYAT SINGAPURA kerana anda bertuah mempunyai pemimpin yang bijak dan TAKZIAH buat malaysia kerana mempunyai Pemimpin yang Kolot dan ketinggalan zaman (Sudah Expired)

Kita perhatikan siapa wakil yang singapura hantar bagi perbicaraan itu, kesemuanya bertaraf DUNIA manakala wakil Malaysia bertaraf GLOKAL mereka mereka ini memalukan negara patut di pecat dari jawatan masing masing. Mereka mereka ini hanya bijak dalam mengendalikan kes kes perhimpunan yang di anjurkan pembangkang sahaja. Saya sebagai rakyat johor amat malu dan terasa hina sekali yang mana tak sepatut nya kita kalah dalam perbicaraan ini???? Apa kata UMNo Dulu,Kini,Selamanya masih Relevant?

Carl said...

Salam DR,

Saya bersetuju jika projek WPI dan Jambatan Bengkok dikaji semula. Apakah faedahnya WPI kepada rakyat Johor dan jika ada, siapa yang menerima faedahnya. Jambatan bengkok memang perlu dilaksanakan. Keadaan selat tebrau sudah terlalu teruk dan masalah kesesakkan di tambak juga makin parah. Ingatlah kembali kata Tunku Abd. Rahman apabila singapura keluar dari malaysia. Janganlah pula kita masih terlalu baik hati untuk melepaskan segalanya.

Juraimi Zainal said...

Dato Kuda Kepang'

Bukan saja kecewa, tapi KALAH TERUK.. 12-4 (Macam pasukan bolasepak S'pore-12 dan M'sia-4). Yg menang tu 15-1. (Mawi - 15juta Undi, Taufik Batisha-1Juta Undi, AF-Msia/Spore).

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, perumpamaan yg paling sesuai.

Inilah perjuangan pemimpin2 UMNO selama 62 tahun. Dulu bagi Temasik.. Baru-baru ni bagi 5+1.. Esok WPI lak..

Mana lawyer2 pendekar dan sejarawan negara, lulusan Oxford ker..

mie said...

Salam Dato',

PRU 12, kita lihat DAP sudah tunjuk niat mereka selepas menang.

Sekarang kita (Malaysia) kalah pada Singapura. Bukannya situasi menang-menang.

TIba-tibalahkan Singapura menambak pasir samapi ke Pulau Batu Puteh???

huhu~

Sedih dengan kekalahan Malaysia.

zeme said...

Salam Datuk,

Keputusan milik Pulau Batu Putih, Malaysia berputih mata. Kalau Singapura memiliki Pulau Batu Putih melalui perundangan, tidak mustahil Singapura akan memiliki Iskandar Malaysia melalui perdagangan ekonomi. Berwaspadalah.

Wasalam.

slyderrose said...

Takziah pada Malaysia dan Negeri Johor. Kita bukan kalah cuma tak menang aje. Kesilapan pemimpin dulu haruslah menjadikan pemimpin sekarang lebih berhati-hati. Muhasabah diri. Jangan jadi munafik, menjual maruah dan harga diri dengan rasuah, menyalahguna kuasa dan memenuhi kantung masing-masing. Adillah pada diri sendiri dan rakyat.

mohamad kholid said...

Jangan pulau pisang jadi begitu sudah!

Tok Ketua said...

Dato'...saya yang tinggal jauh kat pantai timur nie pun rasa terkedu yang amat sangat bila mendengar keputusan yang kita telah kalah...ulang sekali lagi KITA TELAH KALAH!!! dalam mendapatkan hak diwilayah kita sendiri...bukan nya kemenangan win-win...

Cuba renungkan...dahulu kita ada Singapura.kita bagi percuma tanah air kita kepada kaum pendatang. Ingatkah lagi kita pada sejarah awal Singapura atau Temasik? saya masih ingat lagi siapa dia Parameswara... Masih ada lagi ke tidak nama ini dalam buku Tawarikh (cuba tanya pada anak kita apa itu Tawarikh...tenguk apa yang dia jawab) Kementerian Pelajaran Malaysia...saya tak tahu,sebab saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan...

Mulai hari ini, bermuhasabah lah wahai para pemimpin negara apa yang telah kamu lakukan keatas rakyat jelata dibawah jajahan takluk mu dan ingat saya tidak halal kan perbuatan kamu ini...saya akan tuntut diakhirat kelak...!!!

Kira nya kita tiada kemapuan unruk berlawan, serahlah kepada mereka yang mampu melaksanakan...jangan kerana projek,komisyen,anak beranak dan lain2 hal yang remeh menghalangmu...

UMNO... berhentilah menjulang dan mencium keris kalau semangat dalam diri mu itu tidak sehebat keris yang kamu kucup itu...!!!

Sekian Dato' ...hingga kini saya sebak bila mengenangkan peristiwa ini...wassalam!!!

awanza said...

Salam kepada Dato'
Ini akan menjadi sejarah atas kecuaian pemimpin........

artakus said...

Satu kekalahan yang begitu mengecewakan. saya telah menduga dari awal, melihat betapa mesranya hubungan kerajaan sekarang dgn kerajaan Singapore. Sy sentiasa beranggapan bahawa Singapura tidak lebih sebagai negara 'Israel' di asia tenggara. Negara mereka diketuai oleh pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh.

Satu ketika dahulu semasa Tun. Mahathir berkuasa, Singapura dihentam secara terus-terang oleh beliau. Tetapi sekarang, siap boleh main golf lagi bersam-sama. Saya sentiasa merasakan bahwa tidak perlu langsung untuk menjalinkan hubungan dengan Singapura. Negara ini dlm masa 43 tahun telah hampir menghapuskan orang melayu di sana. Jadi saya tidak namapak mereka akan memberhentikan dasar yang sama. Tetapi pemimpin kita buta dan alpa..dan terus alpa..

jojo51 said...

Amat terasa sekali kehilangannya. Pulau Batu Putih yang telah menjadi milik kita sejak berkurun-kurun abadnya kini menjadi milik negara Singapura. Sedihnya, Singapura satu ketika dulu juga menjadi milik kesultanan Melaka dan kemudiannya kesultanan Johor.

Tergamak Pak Menteri kita Dato' Dr. Rais Yatim mendakwa keputusan ICJ itu adalah "menang-menang" untuk Malaysia dan Singapurs. Dia tak tahu ke yang Pulau Batu Putih selama ini milik kesulatanan Johor dan kemudiannya Malaysia. Kalau dah hilang kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih macam mana boleh kata kita menang.

Isunya sekarang adakah kita mahu sejarah berulang kembali. Sekarang Pak Lah dan Tun Musa Hitam telah memberi kunci kepada Singapura untuk memasuki Iskandar Malaysia (Selatan Johor). Bukan sahaja untuk masuk tetapi untuk membeli ribuan hektar tanah yang terdapat di Iskandar Malaysia. Sekali lagi tergadai tanah kita kat Singapura akibat pemikiran pendek Pak Lah. Pak Lah akan jadi seperti Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor tahun 1953.

Jangan terperanjat kelak Johor Selatan (Iskandar Malaysia) akan bertukar menjadi JOHORPORE ATAU JOHORPURA.

PAK LAH APA KISAH. NEGERINYA SENDIRI PUN DAH BERPINDAH MILIK KEPADA PEMBANGKANG.

Kalau kita tak berbuat sesuatu sekarang, generasi akan datang akan menyumpah kita sampai hari kiamat kerana telah mengadaikan Johor Selatan kepada negara jiran.

KAJI SEMULA PENGLIBATAN SINGAPURA DALAM ISKANDAR MALAYSIA. TAKUT KELAK ANAK JOHOR AKAN MENJADI SETINGGAN DI NEGERI SENDIRI.

anak mamak said...

hasy betul2 xleh nak tido..amat sedih sgt2..masa spore dilepaskan dr msia,sy lom lahir lagik, upanye mcm nie la prasaan bile kawasan kite gi kat org lain, amat pedih sgt2..mmg sedih sgt2..dr jhr ke Bt.putih 14.3 dan dr spore ke sana 46.3km..bayangkan berapa luas lps nie kawasan spore..Ya Allah..aku amat sedih....

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datuk Ron,

Kalau benarlah niat Abdullah, Khairy, Musa, Kamaluddin, Kalimullah dan kuncu-kuncu mereka untuk memalukan, mengandai dan menghakiskan Warisan Harta Pusaka Budaya Bangsa Dan Ketuanan Melayu, maka aku bersumpah dengan doa ini.

“Wahai Allah SWT, yang Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Mengasihi.

Wahai Allah SWT yang Ampunya zat semua yang berada di Bumi dan yang berada di Langit, aku bermohon kepada Mu Ya Rabb, sekiranya hamba Mu, Abdullah Ahmad Badawi, anaknya Kamaludin, menantunya Khairy Jamaludin, sahabatnya Musa Hitam dan Kalimullah Masheerul Hassan serta kuncu-kuncu mereka telah, sedang dan akan mengkhianati amanah Mu, sedangkan mereka dituntut menjadi pemimpin dan pentadbir yang baik, sebaliknya mereka telah memalukan, mengandai dan menghakiskan Warisan Harta Pusaka Budaya Bangsa Dan Ketuanan Melayu serta mencemari kemuliaan agama Mu, Islam, maka aku bermohon dan bermunajat kepada MU, Wahai ALLAH SWT, sebagai pembalasan yang Engkau lebih mengetahui, laknatilah mereka sehingga kezuriat ke tujuh mereka. Amin ya Rabbal a’lamin.”

Apakah orang Melayu masih lagi ingin bergantung harap kepada UMNO dan Barisan Nasional yang bersekongkol dengan pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara?

Salam takzim
Sofi.

mat terab said...

Harap jadilah pengajaran janganlah pemimpin kita senang-senang menyerahkan negara sendiri kepada bangsa asing...harap-harap Wilayah iskandar tidak menjadi pekara yang sama...

Pemerhati Dari Teluk said...

Salam Buat Semua,

1. Saya dan rakan2 yang kini bertugas di Teluk Parsi mengikuti dengan dekat perkembangan terkini dengan rasa gusar dan bimbang.
1.1 Sedih dengan respon awal menteri berkaitan antaranya "win-win situation" atau "kita hanya hilang 0.2 hektar". Sedarlah wahai bangsaku, yg dimpikan Singapura itu bukanlah Pulau Batu Butih itu semata tetapi juga
1.1.1 Perluasan perairan antarabangsa Singapura setelah Batu Putih milik mereka
1.1.2 Lokasi strategik Batu Putih sendiri untuk mengawasi tindak tanduk tentera Malaysia di samping mengawal perairan mereka.
1.2.3 Apa yg bahaya di sini adalah Singapura kini berpeluang meluaskan keluasan negara itu setelah berjaya meluaskan perairan antarabangsa. Kerana kini keluasan perairan mereka bertambah dari pulau Singapura hinggalah ke Batu Putih.

2. Komen TPM M'sia yg Singapura tidak boleh bertindak uni-lateral jika mereka hendak menambak Batu Putih adalah ulasan budak sekolah darjah 4.

3. Apa yg berlaku menyerlahkan lagi belang Singapura yg mana mereka sewenang2nya telah membina kelengkapan tentera dan menghalau nelayan2 Malaysia walaupun hak Batu Putih masih dalam pertikaian.

4. Mengapa Malaysia terlalu bertolak ansur, beralah dan berlemah lembut? Lihat saja komen mereka Prof Jayaratnam mereka akan lebih gembira jika middle rock dan south ledge diistiharkan milik mereka.

5. Rakan2 yg punya kesedaran bangkitlah, hentikan semua ini sebelum terlambat. Batalkan WPI dan pertahankan perairan kita yg lain i.e. pulau pisang, kaji semula syarat pemilikan tanah di Malaysia oleh bangsa2 lain. Jangan sesekali berunding dengan yahudi Asia Tenggara ini. Pertahankan kedaulatan dan jangan benarkan seinci bumi kita di miliki oleh bangsa asing dengan cara penjualan hartanah dan perniagaan

Rakan2 warga Arab yang berkata analogi antara Malaysia - Singapura ada persamaan dengan Palestin-Israel.

Kalau Cina di halau mereka boleh balik Tanah Besar Cina, begitu juga India boleh pulang ke Asia Selatan. tapi kita ke mana hendak dituju.

Ma'asalamah

Mas said...

Dato
Malangnya pemimpin tertinggi negara ini tidak pernah mengendahkan atau memahami apa itu makna KEDAULATAN. Dia tidak pernah mamahami hati rakyat dan tidak pernah melakukan sesuatu untuk mempertingkatkan kedaulatan mahupun ketuanan rakyat negara ini.

Malang bagi penduduk Malaysia. Justeru itu sama-samalah kita bermatian-matian mempertahankan kedaulatan negara ini dengan menjatuhkan Abdullah Badawi yang sebenarnya adalah musuh rakyat!

Sutera Timur said...

Datok,

Saya rasa kita orang /masyarakat melayu perlu membentuk satu kumpulan pendesak yg kuat untuk menjadi kumpulan check and balance dalam menjaga kepentingan dan maruah ketuanan melayu di negara ini.Kalau kita hanya berbincg hanya diblog tidak semua org melayu yg tahu mengenai isu ini.Sepatutnya ada seseorg yg patut mewar-warkan permasaalhan ini untuk kita tidak terlepas pandg dan akhirnya menyesal.Saya rasa datok amat sesuai sekali untuk mengetuai kumpulan pendesak ini agar kita dapat sentiasa berwaspada dalam melihat aspek aspek yg merugikan bangsa dan negara ini khususnya.Buatlah sesuatu agar kita dapat sentiasa bersatu dalam menentukan halatuju negara agar tidak tersasar.

PENA WARISAN said...

Pemimpin yang diamanahkan menjaga kedaulatan negara perlu berfikir secara mendalam bahawa tindak tanduk kita hari ini akan memberi kebaikan atau musibah kepada semua rakyat Malaysia.

Tak layak menjadi pemimpin jika hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu belajar mengkaji. Kehilangan Batu Putih bukan situasi menang menang.. Jangan memomokkan rakyat dengan tipu muslihat murahan.

Kesedihan ini hendaknya jangan berulang... tidak perlu mengejar kemajuan hingga negara tergadai.

DOL G said...

Apa nak sesalkan hilang Batu Puteh, Pulau Singapura dulu kita bagi free aja, air pun almost free juga, Malu lah orang melayu.

joe penang said...

Datuk
Saya yg paling tak pueh hati ialah kita 12-4 kepada Singapura. Camna kerja wakil kita ke sana yg turut disertai Ghani Patail(4 tahil je?). Hujah kita terlalu lemah? Atau mmg niat nak bagi kat jiran seberang sana?

antubiul said...

Datuk, tak yah kecewa lah datuk. Apa nak dikecewakan. Apa yang terbukti dari keputusan ini ialah sikap melayu itu sendiri. Rupa rupa nya, sikap tak pa, tidak apa, biarkan, lantak lah,asal tak kacau kita udah, biak pi lah, semua ini bermula sejak zaman dulu lagi khas nya 1853 sampai lah la ni.. biakpi lah datuk.. 100 tahun orang kita tak kisah la ni asai kocek penuh udah , datuk nenek kita dulu pun maam kita juga zaman tu.. biak pi la, tak pa la..sampai ke zaman ni. Pasal Pulau Pisang tu, hmm biak pi lah datuk oooi..

TechieSavvie said...

Kita nih menyalak saja tahu...apa tindakan kita... kenapa Dr. M isytihar keluar UMNO tak ramai ikuti...saya percaya ini lah satu dari 101 cara yang paling efektif untuk menundukkan Pak Lah (i.e,punca segala isu ini)... kita kena make up our mind... 1. Kenali masalah. 2. Bincang cara penyelesain 3. Ambil tindakan yg unity. Jgn sorang buat tindakan ini dan sorang lagi buat tindakan itu. No time to play.

Yon said...

Assalamualaikum

Dato', rasa kesal didlm hati tidak terkata. Kesilapan yg lalu jangan dikenang. Batu putih kita dah berputih mata. Lepas ni nak bagi apa pulak? Pulau Pisang Pontian? WPI?
Tapi sedar tak sedar sekarang ni org UMNO yg banyak menjadi duri dlm daging. Ada tanah rezab melayu habis digadai ke org seberang tambak.

Hentikan dan bubarkan WPI. Ianya tdk menguntungkan rakyat malaysia terutamanya penduduk Johor. Ianya lebih menguntungkan Singapura dan juga suku sakat Pak Lah. Kalau sekarang org Melayu nak beli rumah kedai boleh dikira dgn jari. Tapi bila WPI dah siap org Melayu nak beli rumah kedai rasanya dah tak mampu. Inikah yg dinamakan membantu org melayu.

Harap Datuk dapat membuat sesuatu dan menyuarakan rasa hati rakyat yg makin hari makin pedih dan sedih dgn apa yg telah berlaku. Adakah apa yg berlaku semua ini menandakan berakhirnya era dan zaman UMNO....

Wassalam

Master Chief said...

Apa lagi nak ditangiskan. Masaalah kita Melayu ni, sangat emosional x bertempat, dan suka berpegang kepada tradisi yang lapuk.

Andainya pembesar Johor adalah dari golongan bijak pandai, masakan berlaku bukan sahaja kes Batu Putih, tapi kecurian pasir oleh kerajaan Singapura, harga air yang rendah etc.

Balik2 alasan 'Dulu Singapura milik kita' 'Dulu ini,dulu itu'. Inilah dia mentaliti Melayu tradisional lapuk, dengan alasan 'dulu'.

Apabila Singapura menyiapkan barisan lawyers, history experts etc dari universiti terkemuka didunia, Malaysia meletakan pegawai2 PTD lapuk half-past-six, pegawai2 kerajaan yang kelayakan akademik mereka jauh lebih rendah dari pihak lawan.

Kita kehilangan Pulau Batu Putih kerana kita lemah, atau senang cerita bodoh. Orang yang bijak akan dapat menengali aset2 strategik negara 100 tahun dahulu, bukan 10 tahun dahulu.

Sudahlah, cukuplah dengan retorik nak tubuhkan Pressure group ini, lobby group itu, selagi mana pemimpin serta pegawai kerajaan Malaysia bukan dari golongan2 elitist cerdik pandai, maka pekara2 seperti ini akan berulang lagi.

It's Me.. said...

salam dato'

pemimpin tau bercakap sahaja, yg datang dari Johor lagi kuat mengampu..sampai bila? saya sejak dahulu lagi tidak yakin kita akan menang. Nah betul seperti saya ramalkan. Di mana kekuatan pemimpin kita khusus dari Johor sendiri dalam mempertahan semua ini. Ini petunjuk Allah agar tidak berlaku kali ketiga selepas temasik..pulau batu putih..& mungkin Iskandar Malaysia. Apa untungnya kpd Malaysia khusus rakyat Johor wilayah ini? Tidak mustahil 10- 20thn lagi anak cucu kita akan menyalahkan kita jika Iskandar Malaysia turut tergadai..Ikhlas saya pintalah pemimpin kita mengkaji semula pembangunan ini untuk jangka panjang dan tidak merugikan tanah air tercinta.

mal887 said...

Datuk....
Kalau betul WILAYAH ISKANDAR penting kepada JOHOR.. kenapa rakyat JOHOR berdiam diri sahaja..... mana perginya PEMIMPIN2 UMNO JOHOR (saya hanya sentuh UMNO kerana mereka yang berkuasa, pembangkang tidak ada kuasa walaupun mereka bersuara)..... AYUH BANGKIT RAKYAT JOHOR pertahankan HAK KITA.... nilai pemimpin kita hari ni adakah mereka akan MENJAMIN TEMPAT ANAK CUCU KITA PADA HARI MENDATANG.... JANGAN SAMPAI KITA MENGEMIS DI NEGERI SENDIRI SUATU HARI NANTI.....

Hang-Jebat said...

petikan dari sms pemuda Bangsa Melayu Anak Johor ke Jebat.
"Yahooo!!!Batu Putih dah jatuh ke tangan Singapura, nantikan 1 lagi wilayah yang bakal jatuh ke Singapura. ISKANDAR SINGAPURA. Sorry Malaysian,...
Marilah kita masyarakat melayu berpecah belah. Kita boleh kaya cepat kalau jadi pengkhianat..
Mariii, esok waris kita jangan cerita, lantak diaorang nak jadi ape, nak ikut agama ape.. MEMANG MELAYU MUDAH LUPAA, sebab dalam minda kita sekaranf tidak PENTING SANGAT KITA ADA BANGSA, AGAMA DAN NEGARA."
Tuan Hamba, dasar imperialis AS dengan dinasihati ISRAEL diterjemahkan oleh Jiran Selatan kita telah berjaya setapak lagi. Bagai tidak percaya ada di kalangan pemimpin utama negara hari ini menyamainya seperti "situasi menang-menang". Malu hamba mendengar ulasan seperti itu. Kenapa tidak ditemuramah Pewaris Kesultanan Johor dan Jajahan Takluknya. Hamba menunggu-nunggu ulasan Duli Tuanku Sultan Johor. Apa yang Menteri Luar kita maklumkan kepada Baginda semasa perjumpaan rasmi menerangkan isu PBP seminggu sebelumnya? "PULAU BATU PUTIH: ADA HARAPAN POSITIF". Apakah sudi Menteri terbabit bersama jawatankuasanya termasuk AG untuk mengadap Tuanku bila Tanah Jajahan Takluk Johor telah bertukar tangan? Mereka menipu Tuanku Sultan, Mereka menipu Rakyat Johor. Sememangnya Jiran Selatan kita adalah "DURI DALAM DAGING" yang sebenarnya. Hamba mohon Tuanku Sultan Johor untuk mencemar duli untuk bersuara demi mengelakkan lebih banyak Tanah Jajahan Takluk Johor terlepas ke tangan Jiran Selatan kita yang serampang dua mata. Kaji semula semua urusan dua hala dengan Jiran Selatan, terutama ISKANDAR MALAYSIA. Halau mereka di pendudukan Pulai Pisang, PUB dan lain-lain. Jika ini berlaku, Hamba rela keris hamba ber'mandikan" darah pengkhianat dan musuh negara.
DAULAT TUANKU!!

BPee said...

Pulau Batu Putih, bagai kan pisang berbuah dua kali.

Dimana maruah...dimaan pepatah Alang-alang menyeluk perkasam biarsampai kepangkal lengan...diaman pepatah Biar putih mata jangan putih tulang.....dimana pepatah Patah sayap paruh sebagai ganti....

Tanah ku tergadai lagi

Bangkit lah saudaraku anak Johor tempat tumpah darah kita, ayah kita , ibu kita saudara kita. Bangkitlah berjuang.

Saifulnz said...

A'kum Dato;
Sehingga kini saya sebagai salah seorang rakyat Johor masih lagi kecewa dan kesal dengan kegagalan pihak kita mempertahankan Batu Putih.Sebagai orang biasa ,apakah kita wajar menyalahkan pemimpin terdahulu betapa dungunya mereka yang menyatakan bahawa Johor tidak akan menuntut pulau tersebut pada masa tersebut melalui surat berkenaan? Dan adakah pemimpin kita juga dungu kerana membuat perjanjian air dengan mereka dengan harga 2 sen untuk 1000 liter air mentah [ kalau tidak silap saya ] dahulu.Apa pandangan Dato ,adakah mereka ini dungu dan tidak pernah memikirkan masa depan generasi akan datang.Mengapa pemimpin kita dahulu tidak bijak - bijak orangnya yang dilantik ke jawatan tersebut.Nampaknya sebelum menyalahkan orang lain kita perlu menyalahkan diri sendiri.