Apa Keputusan Pulau Batu Putih?
Kita semua - khususnya warga Negeri Johor Darul Takzim yang sudah pun melakukan sembahyang hajat sejak berbulan lamanya - sedang menunggu dengan penuh debaran.
Hanya beberapa jam lagi RTM akan membuat siaran langsung keputusan ICJ mengenai kes Pulau Batu Putih yang dipertikaikan hak miliknya oleh Singapura.
Oleh itu, sama-samalah kita memohon kepada Allah SWT di saat-saat akhir ini semoga kita diberikan kemenangan. Hakikatnya, Pulau Batu Putih adalah sebahagian daripada bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka.
Tetapi, bagaimana jika keputusan itu memihak kepada kelompok di seberang Tambak Johor? Apa implikasinya kepada Malaysia? Dan, apa pula reaksi pembesar kita? – Ruhanie Ahmad
Kita semua - khususnya warga Negeri Johor Darul Takzim yang sudah pun melakukan sembahyang hajat sejak berbulan lamanya - sedang menunggu dengan penuh debaran.
Hanya beberapa jam lagi RTM akan membuat siaran langsung keputusan ICJ mengenai kes Pulau Batu Putih yang dipertikaikan hak miliknya oleh Singapura.
Oleh itu, sama-samalah kita memohon kepada Allah SWT di saat-saat akhir ini semoga kita diberikan kemenangan. Hakikatnya, Pulau Batu Putih adalah sebahagian daripada bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka.
Tetapi, bagaimana jika keputusan itu memihak kepada kelompok di seberang Tambak Johor? Apa implikasinya kepada Malaysia? Dan, apa pula reaksi pembesar kita? – Ruhanie Ahmad
4 comments:
A.kum Datuk..."Putih Mata"
Datuk, nampaknya kita dah terlepas Pulau Batu Putih .Nampaknya sedikit sebanyak maruah negara seolah dah tergadai.Sedih sangat sedih.Apa tindakan kita sekarg Datuk demi menjaga kedaulatan negara supaya tidak terlepas ditangan yg lain pula.Seluruh rakyat perlu fikirfikirkan untuk tindakan seterusnya.Masih selamatkah kita kini untuk servival anak cucu kita pd masa sekarg dan akan datg?Boleh kah kita harapkan KEPIMPINAN SEKARG
untuk kedaulatan rakyat keseluruhannya.
Datuk memang telah saya duga kalau yang disebut sebagai 'menang-menang' itu hanya untuk menyedapkan kita diatas kesilapan pentadbiran kita yang telah lalu. Orang orang kita memang suka suruh orang lain menjaga kawasan kita. Apabila mereka enggan melepaskan kedudukan, mereka menggunakan pengadilan antarabangsa.
Oleh itu kita perlu ingat bahawa kita perlu tegas didalam apa apa sahaja tindakan, bukan hanya berani bertegas dengan orang orang sendiri tetapi takut berdepan dengan orang luar dan memerlukan orang ketiga untuk menjadi pengadil.
Antara perkara perkara lain yang masih ditadbirkan oleh orang lain adalah pentadbiran ruang udara penerbangan dan pentadbiran perhubungan kapal laut jarak jauh
Salam Dato'
Keputusan ICJ itu adalah acid test kepada kerajaan sekarang di bawah kepimpinan AAB untuk menentukan halatuju negara. Adakah AAB masih releven dengan matlamat Wawasan 2020? 1001 satu alasan boleh diberikan mengapa kita kalah di ICJ. Paling mudah ialah kaitkan dengan sejarah. Salahkan Almarhum Sultan Johor yang telah pun mangkat beratus tahun dulu kerana menyerahkan pulau berkenaan untuk ditadbir oleh orang putih. Walaupun pahit kita terpaksa telan. Keputusan ini muktamad sehingga kiamat pun tak boleh diubah sebagaimana kata Dato' Ron.
Berputih mata kerana hilang Pulau Batu Putih 'mungkin' boleh juga kita redha tetapi bolehkan kita redha dengan kehilangan WPI akibat perancangan pemimpin UMNO sendiri.
Secara jujur saya ingin tanya Dato' Ron sendiri serta warga Melayu Johor keseluruhannya,bersetujukah anda semua dengan WPI ini? Saya rasa kalaulah idea untuk membangunkan WPI ini sememangnya tersangat baik tentu TUN telah lakukan lama dahulu. TUN walaupun telah mencipta banyak musuh dengan dasar-dasar beliau dulu tetapi hakikat yang kita tidak boleh nafikan ialah beliau memang ada WAWASAN. Sebagai contoh kecil, pada tahun 1983 ramai termasuk saya sendiri memperlecehkan TUN (Dr. M waktu itu) kerana perkenalkan perbankan Islam tetapi ternyata hari ini Singapura adalah antara yang paling agresif mempromosikan perbankan islamiknya. Mengapa? Mungkinkah ini ada kaitan dengan matlamat untuk menarik duit negara Arab pengeluar minyak supaya masuk ke negara seberang tambak itu. Almaklumlah harga minyak terus meningkat dan kekayaan negara2 tersebut berlipat berkali ganda. Malaysia bertuah kerana perbankan islamiknya telah mantap. Menjadi rujukan banyak negara termasuk dari negara2 Arab yang merasakan ia lebih Islam dari kita.
Sekiranya WPI itu merupakan idea untuk memperkayakan pihak2 tertentu maka sungguh malanglah nasib bangsa Melayu...
Sedarlah wahai pemimpin2 UMNO. Perbetulkan kesilapan/kelemahan masa ada kesempatan ini. Jika perlu tukar tampok kepimpinan UMNO lakukan SEGERA. Berilah anak-anak cucu kita sedikit ruang untuk hidup.
Kita mungkin tidak lama lagi untuk dipanggil Allah mengadapNya. Minta simpang malaikat agar kubur kita nanti tidak dikencing anak cucu sendiri kerana gagal melaksanakan amanah semasa hidup.
Post a Comment