Wednesday, August 27, 2008

TIBA SAATNYA ABDULLAH BERUNDUR SERTA-MERTA


Ruhanie Ahmad

Kekalahan BN dalam PRK di Permatang Pauh membawa implikasi serius kepada kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di era pasca PRU 12.

Kekalahan ini membuktikan majoriti pengundi di Permatang Pauh menolak Abdullah selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN, Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Kekalahan ini juga membuktikan tsunami politik yang meledak mulai PRU 12 adalah satu force yang masih bertenaga dan tidak akan reda selagi Abdullah masih terus berkuasa.

Lebih jelas lagi, jika PRU12 pada 8 Mac 2008 memberikan mesej supaya Abdullah segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 adalah endorsement dan re-enforcement kepada mesej tersebut.

Lantaran itu, Abdullah perlu bertindak decisive untuk mengosongkan kerusinya di Putrajaya dengan serta-merta. Jika tidak, krisis keyakinan rakyat terhadap Abdullah akan berpanjang dan boleh menjejaskan kekuasaan BN di negara ini menerusi PRU 13.

Kekalahan BN di PRK Permatang Pauh juga menimbulkan pelbagai persoalan strategik mengenai kekuatan UMNO dan komponen-komponen BN di Malaysia Semenanjung dalam era pasca PRU 12.

Ahli UMNO

Baru-baru ini banyak pihak amat yakin, BN akan menang kerana UMNO Permatang Pauh mempunyai 27,500 orang ahli. Kata mereka, jika 50 peratus atau 13,750 orang ahli UMNO mengundi BN, dicampur dengan sokongan ahli-ahli parti komponen lainnya, pasti PKR akan tewas.

Hari ini BN hanya memperolehi 15,524 undi. Berapa ramaikah antara mereka ini ahli UMNO? Seramai 13,750 orang? Jika ini hakikatnya, betulkah hanya 4,577 orang sahaja ahli komponen lainnya yang mengundi BN?

Jika andaian hanya 4,577 ahli komponen BN yang mengundi BN adalah mustahil, tidakkah ini bermakna bahawa sebilangan ahli UMNO juga tidak menyokong BN? Mengapa? Kerana mereka kecewa dengan formula peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah baru-baru ini? Atau, kerana mereka juga sudah hilang keyakinan terhadap Abdullah selaku Presiden UMNO yang mahu terus mengekalkan kedudukannya dalam pemilihan parti pada Disember 2008 kelak?

Jika andaian di atas pula benar, tidakkah ini bermakna sebilangan anggota komponen BN juga sudah hilang keyakinan terhadap BN? Mengapa? Kerana mereka kecewa dengan kepimpinan Abdullah yang lemah dan tempang? Atau kerana mereka kesal, walaupun sudah kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU 12, Abdullah masih tetap berdiam diri tidak memperkasakan semula BN?

Seluruh persoalan di atas adalah relevan untuk dijadikan asas oleh anggota UMNO dan BN mempertikaikan kepimpinan politik Abdullah mutakhir ini. Hakikatnya begitu kerana mustahil keseluruhan 31,195 undi yang diperolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya datang daripada komponen PR dan pengundi atas pagar.

Ke Putrajaya

Maka, Abdullah juga perlu bertindak decisive dengan mengundurkan diri daripada kepimpinan UMNO dan BN dengan serta-merta. Jika tidak, kelemahan UMNO dan BN akan jadi kekuatan kepada PR untuk menguburkan UMNO dan BN menerusi PRU 13.

Kali ini, Abdullah tidak perlu lagi mendengar desakan mana-mana pihak dan individu tertentu yang mengatakan beliau masih lagi diperlukan oleh rakyat dan negara. Beliau juga perlu bebaskan dirinya daripada sindrom penafian bahawa UMNO dan BN masih tetap perkasa dan tidak perlu dipost-mortemkan selepas PRU12.

Sebaliknya, Abdullah mesti insaf. Hakikat rakyat hilang keyakinan terhadap dirinya adalah benar. Hakikat rakyat mahu beliau berhenti sebagai Perdana Menteri adalah benar. Hakikat UMNO dan BN lemah adalah benar. Hakikat sebilangan besar anggota UMNO akar umbi menolak beliau selaku Presiden UMNO adalah benar. Hakikat BN memerlukan kepimpinan tertinggi yang baru adalah juga benar.

Seluruh anggota Jemaah Menteri Malaysia, para pemimpin UMNO di semua peringkat dan para pemimpin kesemua parti komponen BN tidak perlu lagi mempertahankan Abdullah. Nyatakanlah dengan tegas dan jelas kepada Abdullah bahawa saat dan ketikanya sudah tiba untuk beliau mengundurkan diri daripada persada kepimpinan kerajaan dan parti dengan terhormat dan segera.

Jika tidak, jangan salahkan sesiapa jika ura-ura Anwar akan kembali ke Putrajaya jadi kenyataan. Jika tidak, terbuktilah bahawa Malaysia memang kini sedang dipimpin oleh sekumpulan insan yang sudah tidak lagi menghargai tuntutan majoriti rakyat jelata dan tidak lagi menghormati aspirasi demokrasi yang dimunculkan menerusi peti undi.

46 comments:

Lumu IX said...

pak lah turun bukan makna dia tak cukup baik tapi ada yang lebih baik. Kalau PKR/Pakatan rakyat berani kosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membuka laluan untuk pemimpin yang lebih "baik" takkan BN tak berani kot? Saya cadangkan BN kosongkan kerusi Parlimen Parit Sulong untuk membuka laluan kembali kepada Putera Sulong iaitu Datuk manakala PAS pula kosongkan kerusi Parit Buntar untuk membuka laluan bagi ahlinya di kalangan anak tempatan. Anwar menang pasal dia anak tempatan. Hanya anak tempatan yang sayang pada nusa dan bangsanya. Merdeka...merdeka...merdeka. kita buat PRK kedua2 tempat lepas raya puasa sebab ramai sanak-saudara akan berada sekeliling kita.

Amiiin....wallahu'alam.

//rashid

Money4Free said...

Datuk,

Kirim salam kepada MP Lenggong yang berdebat dengan Datuk tempoh hari.

Bagitahu kat dia, usahlah cakap berdegar degar, tapi tahi sangkut digelegar rumah.

anakbuah said...

Datuk,

Sudahlah, Umno/BN sudah tidak releven lagi. Kalau saya di dlm Umno skrg, dah lama saya keluar.

Kita hanya pressure PakLah dan Najib berundur. Sebenarnya, kalau kita faham aspirasi rakyat berdasarkan PRK Ptg Pauh ini, satu kabinet perlu ditukar - atau tukar shj kerajaan!

Adalah malang bg rakyat M'sia sekiranya ada ahli parti yg masih menopang dan masih percaya Umno/BN patut terus wujud atau terus releven. (Bunyi saya mcm ahli parti pembangkang, bukan? Tapi saya tidak - buat masa ini, saya tidak memerlukan parti utk membela agama, bangsa dan tanahair saya!)

Rakyat tidak perlu pressure PakLah dan Najib utk berundur lagi kerana kedua2nya "pekak" dan "buta". Masalah bukan pd mereka lagi tetapi ahli2 Umno/BN sendiri. Biarlah mereka di atas sana menantikan kehancuran Umno/BN. Diharap Mahathir panjang umur utk menyaksikannya.

Anakbuah

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

sudah terang lagikan bersuluh...Dia mana faham datuk...tidur tahu la...entah2 masih bermimpi di siang hari...

bat8 said...

Dato Ron

Meletak jawatan dalam parti dan kerajaan adalah langkah tepat untuk AAB. Malah keseluruhan kabinet perlu meletak jawatan bagi memberi fresh slate kepada bakal penganti beliau to pick up the pieces and move on with governing the nation.

Dalam seminggu ini, marilah kita perhatikan ulasan-ulasan dari pemimpin-pemimpin UMNO dan parti komponen BN yang lain untuk gauge kedudukan AAB.

Sebenarnya UMNO dan BN tidak mempunyai pilihan lain jika tidak mahu berkubur dalam PRU 13 sebagaimana kata Dato'. Lanskap politik negara isnt the same anymore.

Satu hakikat yang perlu diterima - keberanian rakyat Pematang Pauh menjadi catalyst kepada rakyat di tempat lain untuk bangkit menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada UMNO dan BN.

bat8

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya setuju dengan sesetengah pendapat bahawa kekecohan dan kekeliruan dalam politik Melaysia sekarang mungkin tidak berlaku, jika Mahathir tidak memecat Anwar dari jawatan TPM pada tahun 1998.

Jika Mahathir berundur secara terhormat dan Anwar mengambil alih tempat Mahathir selepas itu, besar kemungkinan politik Malaysia akan terus stabil dan ekonomi Malaysia akan terus berkembang maju sehingga kini.

Sebenarnya, disebalik keagungan dan kehebatannya sebagai PM, dasar dan tindakan Mahathir tidaklah sedikit yang merugikan kepentingan bangsa Melayu.

Sebagai misalnya, orang yang bertindak mengurangkan kuasa dan hak raja-raja Melayu bukanlah orang India dan Cina,tetapi seorang tokoh politik Melayu bernama Mahathir!

Adakah orang Melayu sudah lupa?

Pada zaman Mahathir berkuasa juga, Mahathir hampir menjadi seorang diktator yang semua orang tunduk kepada kata-kata dan kemahuannya.

Tidak ada sesiapa (?) yang berani menegurnya dan berbeza pendapat dengannya.

Pada zaman itu, golongan intelektual yang biasanya bersuara lantang dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan bangsa dan negara telah menjadi penakut dan menjadi golongan bisu!

Tidak ada sesiapa lagi yang berani berbeza pendapat, apalagi menegur dasar dan tindakan Mahathir yang jelas merugikan kepentingan bangsa Melayu.

Sekarang (tidak lama lagi) Anwar dijangka akan menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat. Tentunya beliau akan menjadi ketua pembangkang yang hebat, kalaupun lambat ataupun tidak berpeluang menjadi PM.

Bagaimana pula di pihak kerajaan? Sudah tidak perlu diulangi lagi, tentang kelemahan dan kekurangan wibawa PM sekarang. Beliau memang wajar berundur tanpa bertangguh lagi .

Tapi adakah tokoh UMNO yang setanding dengan Anwar yang boleh menjadi pengganti Pak Lah sebagai PM?

Kalau tidak ada, mungkin baik juga kita memberi jalan kepada Anwar untuk menduduki jawatan itu.

Fendy2177 said...

Salam Datuk,

Adalah amat tidak adil apabila sentimen kita yang kurang senang dengan PM (Datuk lebih mengetahuinya)
menyebabkan kita meletakkan 100% punca kekalahan di Permatang Pauh di atas bahu beliau.

Memang kita tidak nafikan bahawa ramai di kalangan ahli UMNO dan BN (pemimpin dan akar umbi) yang menolak Pak Lah. Tapi kita juga kena akur bahawa keputusan pilihanraya Permatang Pauh juga dipengaruhi oleh sentimen penolakan kepada Najib dan juga kebosanan rakyat terhadap kerajaan keseluruhannya. Rakyat juga mahukan Anwar kembali ke Parlimen untuk memperbetulkan sikap para pemimpin yang jauh dr perjuangan untuk memakmurkan rakyat Malaysia.

Jika nak dikupas, terlalu banyak isu yang menyebabkan kekalahan BN. Dari segi manapoli media yang menyiarkan berita yang tidak tepat dan berunsur provokasi serta berat sebelah menyebabkan rakyat merasa diri diperbodohkan oleh kerajaan.

Faktor Anwar juga tidak harus diketepikan, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan tidak mengoyahkan pendirian rakyat untuk mengundi beliau.

Saya berpendapat, jika tulisan Datuk menyatakan bahawa salah satu faktor kekalahan adalah disebab oleh ketidakpercayaan kepada PM, mungkin saya setuju. Tapi, apabila meletakkan 100% kekalahan di atas bahu PM, mungkin kita kena fikirkan semula.

Cuma saya harap beliau berundur kerana beliau terlalu lemah untuk memerintah Negara. Persoalannya, siapa yang layak untuk gantikan beliau?

Sekadar pendapat.

bat8 said...

Dato Ron

Memandangkan akta DNA telah diluluskan, perkara yang paling bodoh yang boleh dibuat oleh kerajaan post PKP Pematang Pauh adalah memaksa DSAI menjalani ujian DNA dan seterusnya meneruskan pendakwaan kes liwat 2.

Berdasarkan cara kempen kedua belah pihak, kemungkinan besar kerajaan akan menghadapi masaalah besar sekiranya diteruskan juga.

Persepsi umum bahawa tuduhan liwat 2 adalah satu konspirasi politik amat menebal dikalangan rakyat dan telah menjadi satu kepercayaan dengan kemenangan DSAI semalam.

jika kerajaan tewas dalam kes ini, kesannya lagi parah. Setiap langkah yang diambil pihak pendakwa akan diteliti oleh setiap rakyat.

Just hope the government tak pursue dengan pendakwaan ini. Tapi kalau kita lihat dari rekod tindakan kerajaan AAB, mereka akan meneruskan juga dengan pendakwaan ini. Reasonnya - mereka berharap untuk nail down DSAI sekali lagi which is like committing suicide.

bat8

kawe said...

Sekarang ini terlalu ramai yang
ingin PM meletak jawatan dengan
seberapa segera yang boleh. Tuan juga mempunyai pendapat yang sedemikian lebih-lebih lagi selepas kekalahan UMNO dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh P44. Saya ingin mendapat pandangan ikhlas tuan mengenai siapakah di hati tuan yang layak, patut dan wajar untuk menjadi PM sekiranya Abdullah meletak jawatan. Adakah Najib? Muhyuddin? Ku li? atau siapa lagi. Kalau boleh, tuan berikan sedikit justifikasi pada pilihan tuan. Terima kasih.

Juraimi Zainal said...

Biar kan jer Pak Lah tu Dato' Ron, pengampu2 disekelingnyer tu makeup lagi...

Tunggu jer la ... Memang masih tak paham2

Unknown said...

Salam PRK P44 buat semua,

Allah telah menetapkan kemenangan berpihak kepada Anwar. Lagipun, secara logik, Anwar memang harus menang di gelanggang sendiri. Walaupun ada ahli politik berpandangan "tidak jantan" kerana bertarung di laman sendiri. Jika begitu, Pak Lah, Che Det, Najib dan ramai lagi tokoh pun bukan jantan kerana 'bermain' di lama sendiri. Dato' dulu pun bertanding di Parit Sulong, bukan?

Hakikatnya, walaupun Pak Lah menunjukkan muka kesian di dalam komuter dan LRT tempoh hari, ia tidak menjamin apa-apa. Rakyat sudah bersuara buat kali yang ke-2, menerusi PRK ini. Sungguhpun ia hanyalah kawasan P.Pauh, sepatutnya pihak BN sedar apa yang sepatutnya dilakukan terhadap pimpinan mereka. Pak Lah serta Najib sama sekali tidak relevan lagi dan mesti berundur serta-merta.

nordin said...

Dato'

Saya amat menyokong saranan Dato' agar Pak Lah mengambil ikhtibar dari kekalahan BN di Permatang Pauh serta cepat berundur dari semakin dimalukan dengan kerenah berbagai konspirasi oleh Najib, khairy dan yang lainnya semata mata untuk memalukan DSAI tetapi semakin tidak dipercayai oleh hampir seluruh rakyat dan akhirnya terkena batang hidung sendiri diatas kelemahan pentadbiran Pak Lah selaku pemimpin BN.

Saya cadangkan sekiranya Pak Lah masih berdegil dengan pendiriannya, TSMY, Shahril Samad, Khalid Nordin, Hishamudin dan seluruh Ahli Parlimen dari Johor berpindah ke Pakatan Rakyat secepatnya sebelum semakin dimalukan dengan isu isu yang kononya untuk memalukan serta menidakkan ketokohan DSAI sedangkan mereka lupa rakyat memerhatikan terus dan semakin menampakkan kelemahan UMNO/BN dan biarkan Pak Lah, Najib dan Khairy mempertahankan UMNO untuk kepentingan mereka sendiri semata mata hendak menutup salah laku mereka.

Sekiranya Ahli Ahli Parlimen masih setia dengan Pak Lah, rakyat akan beranggapan yang UMNO/BN hanyalah parti yang mementingkan periuk nasi sendiri dan kroni tanpa memikirkan yang mereka adalah pilihan rakyat untuk menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.

Berfikirlah secara waras kerana rakyatlah yang menentukan wakil mereka yang dipercayai dan rakyat bukan semakin bodoh dengan mainan politik orang atasan dan jangan dicabar serta dibodohkan kuasa yang boleh dibuat oleh rakyat.

Bertindaklah demi kebaikan rakyat bukan untuk periuk nasi sendiri atau periuk nasi Pak Lah, Najib dan Khairy.

Kamalkamal said...

Salam Datuk,

Sebagai seorang ahli UMNO, saya cadangkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi(AAB) dan Datuk Seri Najib Razak(NR)sewajarnya melepaskan jawatan mereka. Semakin hari semakin jelas rakyat menolak mereka. Kalau semasa PRU-12, AAB dan NR merupakan dua insan yang menyebabkan kekalahan teruk BN, maka sekali lagi pengundi Permatang Pauh dengan jelas menolak kepimpinan mereka berdua.

Apakah AAB dan NR hendak tunggu peralihan kuasa 2010 atau hingga PRU-13, dimana BN akan jadi parti pembangkang. Pada masa itu apa jua tindakan yang akan dilaksanakan oleh AAB dan NR tidak berguna lagi.

AAB dan NR patut akur kehendak rakyat pada masa ini. Sekiranya AAB dan NR merupakan dua insaan yang berhemah dan tinggi pekerti mereka sepatutnya melepaskan jawatan masing-masing secepat mungkin dalam parti dan beri peluang ahli UMNO yang sedang mengadakan persidangan diperingkat cawangan dan Bahagian nanti memutuskan siapakah yang layak untuk memimpin parti. Yang jelas pemimpin yang bakal diketengahkan BUKANNYA AAB dan NR.

Ahli UMNO yang tidak berkepentingan amat berharap AAB dan NR bersara sebagai satu alternatif bagi memulihkan kembali imej UMNO yang tercemar akibat ketidak mampuan mereka berdua mentadbir negara dengan baik dan telus. Seorang pemimpin yang lebih berkalibar diperlukan oleh UMNO masakini.

Sekiranya AAB masih hendak menanti 2010, maka UMNO akan lebih parah lagi. Selepas 2010 UMNO juga akan parah kerana NR juga bukanlah tokoh yang dinanti-nantikan oleh ahli UMNO yang tidak berkepentingan. Ahli-ahli UMNO yang tidak berkepentingan cukup ramai dikalangan warga UMNO dan undi mereka merupakan penentu samada BN menang atau kalah. Lihat saja PRK Permatang Pauh, ahli UMNO 27,000 tetapi BN menang hanya 15,000 lebih saja, mana bakinya lagi lebih 11, 000 ahli UMNO, mengapa mereka tidak mengundi BN.

Renung-renungkanlah wahai AAB dan NR....selamat bersara!!!!

mn said...

Salam Datuk,

Pada pandangan saya bukan Pak Lah seorang sahaja, tetapi semua Pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah.

Hariz Hussein said...

banyak mana kita cakap banyak mana kita tulis....kita semua tahu yang paklah tidak akan meletak jawatan kerana ahli2 tertinggi umno masih menyokong beliau walaupun bkn kerana ikhlas.suara akar umbi??mana ada suara akar umbi.mengarutlah semua tuh.

Akar Umbi said...

Paklah takkan berundur, sebab nanti orang ejek dia. Malah dia akan sambung lagi hingga PRU13. Kan dia pernah cakap di Perhimpunan UMNO " SAYA PANTANG DICABAR".

Teruskan Pak Lah, orang2 mu tetap bekerja bersama mu. Orang lain? Tak perlu tanya kerana dah ada jawapannya.

manja98 said...

he he he ..
dolah nak berundur ??

entah la ..
tapi elok juga kalau dolah kosongkan kerusi kepala batas ..

selain boleh pilih MP baru, boleh beri nafas baru kepada politik tanahair ..

lepas PRK kepala batas, PRK Rembau pulak ..

Badr said...

Datuk Ron,

Pandangan Datuk amat tepat dan kena pada masanya tetapi saya agak khuatir apakah ia kena pada orangnya. Maksud saya, pandangan dan "nasihat" yang bagaimana baik sekalipun kalau dituju kepada "silap orang" , tidak akan membawa natijah yang diharap2kan!!

Kalau orang yang berkenaan itu mempunyai jiwa yang besar, punya harga diri dan ada maruah politik, beliau telahpun melepaskan jawatannya sebaik sahaja keputusan PRU 12 lepas diketahui atau selewat-lewatnya pun setelah seluruh kepimpinan UMNO di 5 negeri yang dilawati oleh wakil MT UMNO dalam lawatan post-mortem mereka TELAH DENGAN JELAS DAN TERBUKA mendesak presiden meletak jawatan. Tetapi semuanya tidak pernah diambil pusing oleh orang itu. Dia masih memekakkan telinga dan berpura-pura tidak mengetahuinya dan terus menerus mendendangkan lagu lama...saya masih banyak kerja yang nak dibuat, saya akan memikirkan masa yang terbaik dan sesuai, saya itu, saya ini...

Jadi, apa gunanya nasihat dan peringatan bagi orang seperti itu? Yang penting dan boleh memberi kesan hanyalah TINDAKAN. Itupun kalau ahli dan pemimpin UMNO setiap peringkat masih ada saki baki maruah, harga diri, iltizam dan keberanian dalam diri mereka. Sekarang bukan masa untuk bercakap dan meluahkan pendapat dan nasihat, tetapi ACTION daripada ahli dan pemimpin UMNO. Masa yang ada dari sekarang hingga Disember 2008 hendaklah digunakan sepenuhnya oleh ahli UMNO untuk bertindak "mengheret" orang itu keluar dari pejabatnya. Just do it!!!

m r said...

bro Dtk,

TAHNIAH buat Anwar!

Kita kena terima hakihat pliku-liku anwar nak masuk semula ke Parlimen bukan senang - `menara 10 tahun' sebelum ini.

Antara parti serpirhan Umno, Semangat46 tidak setandin dengn gerak kerja PKR...

Itulah kelebihan Anwar sebagai pemimpin yg boleh menyatukan kaum..

Perpecahan melayu yg disebabkan Mahathir yg memcat Anwar, kesannya dia boleh `BANGUN SEMULA' dengan semangat politik baru...

HARAPAN UTK MALAYSIA!!

A KADIR JASIN said...

Sdr Ron,

Soalnya adakah dia akan pergi?

Kalau kekalahan besar pada PRU ke-12 tidak menyedarkannya, adakah keputusan Permatang Pauh akan menimbulkan kesedaran baru kepadanya?

Kalau pun dia sedar, adakah anak menantu dan kroninya akan membenarkan dia pergi?

Apa akan terjadi kepada perniagaan, hutang piutang, projek dan karier mereka jika dia pergi?

Apakah Sdr percaya dia dengar cakap Umno dan luahan rasa rakyat jelata selama ini?

Atau dia lebih dengar cakap anak menantu dan konco-konconya yang masih memerlukan perlindungan seorang Perdana Menteri?

Kalau dia dengar cakap kita dan pergi hari ini atau esok, siapa akan ganti?

Tidakkah Sdr bimbang masalah kita semakin meruncing dengan hasil pilihan raya kecil Permatang Pauh ini?

Terima kasih.

Unknown said...

saya percaya Pak Lah tidak akan berundur buat masa sekarang.seperti kata salah seorang komentar,meletakkan kesalahan 100% diatas kekalahan BN di P.Pauh adalah tidak wajar.

sikit-sikit nak mintak Pak Lah berundur.kadang-kala boring jugak dengar.jaranglah ada yang kata akan memberi sokongan dan pertolongan semampu yang boleh.asal tak suka,kena berundur.

banyak faktor yang menyebabkan BN kalah di Permatang Pauh.faktor yang jelas ialah rakyat "marah" dengan BN maka mereka undi PKR sebagai tanda protes kepada BN.cuba bayangkan jika BN kurang kontroversi,pastinya situasi yang berbeza sedikit.

Apapun,kita tunggu sekiranya Anwar mampu memberikan perubahan tatkala beliau sudah mula duduk dikerusi parlimen.

nordin said...

BAH BESAR DI MALAYSIA

Malaysia dijangka akan mengalami banjir besar dan seluruh rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk menghadapi banjir tersebut.

Di Permatang Pauh kelihatan DSAI sedang membena sebuah kapal besar dan mengajak orang ramai bersama samanya kerana DSAI mendapat ilham kapal tersebut dapat menyelamatkan penduduk Malaysia dari dilanda banjir serta kapal tersebut akan menuju ke bukit tertinggi yang dinamakan Putra Jaya.

Kapal tersebut hampir siap di bena dengan kerjasama TGHH, TGNA, Karpal Singh, Lim kit Siang, Ahli Parlimen PR serta penyokong PKR, PAS dan DAP serta kelihatan:-

- Segelintir ahli ahli Pas dalam kebingungan samada hendak mengikut Ustaz Nasa yang sedang minum kopi dengan UMNO
- Sayup sayup kelihatan Ahli ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak beratur mendaftar untuk menaiki kapal tersebut
- Ahli ahli Parlimen UMNO yang menyorok nyorok malu malu untuk mendaftar sama
- Mahathir sedang menuju ke KLIA untuk selamatkan diri ke luar negara
- Pak Lah yang masih tidur lena dibuai mimpi berpelukkan dengan isterinya dan dalam mimpinya kapal Hadhari akan datang menjemputnya
- Najib dan Rosmah yang ketakutan memikirkan apa kan jadi dengan harta nya perlukah dihantar keluar negara atau menunggu kapal hadhari Pak Lah
- Khairy dan geng gengnya pula cuba berlagak hero memanjat pokok kelapa di Negeri 9 sambil menunggu kapten kapal hadhari datang

Sementara itu beberapa orang pembantu DSAI mendesak DSAI agar jangan pedulikan rayuan beberapa pemimpin BN khasnya UMNO yang dahinya ada lambang RM untuk menaiki kapal tersebut.

Waktu itu Dato' naik kapal yang mana satu?

Unknown said...

Datuk,

Saya amat pelik dengan orang-orang UMNO yang amat confident dengan kekuatan UMNO dengan hanya melihat dari segi bilangan ahli. Saya syorkan UMNO lakukan audit berapa ramai sebenarnya ahli yang betul-betul penyokong parti. Ramai ahli-ahli yang menjadi ahli kerana terpaksa dan juga ahli berdaftar yang sudah muak dengan parti yang sekarang sudah menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat. Ini tidak termasuk ahli yang didaftarkan tanpa pengetahuan. Ini tidak termasuk ahli yang sudah meninggalkan parti dan yang telah meninggal dunia. Satu soalan cepu emas untuk Datuk. Betulkah UMNO mempunyai tiga juta ahli? The fact is UMNO is a sinking ship.

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Saya hampir setuju.
Cuma isteri Najib Rosmah minta yang bukan-bukan...

adakah dimintanya Tun DrM dijilat ludahnya?

Hendaknya Orang UMNO Johor harus bersatu hati satu tujuan berkerja tertib tersusun. Orang Johor berhemah.

Hobson's choice kata orang kita.
Barisan Nasional hilang pimpinan setuju sangatlah saya.

Ha laaaas!

Tayadih Maysia said...

Salam,

Tentang akta DNA, saudara Penarik Beca ada mengulas dua fasal tentang akta yang "menggerunkan" itu...memang boleh digunakan untuk menghapus musuh politik

nalapambu said...

DSAAB dan DSNTR tidak perlu berundur kerana kekalahan UMNO di P.Pauh.

Apa yg perlu di buat sekarang, pehak media terutama nye RTM dan TV3 teruskan mengampu ke dua2 pemimpin ini.

RTM dan TV3 harus promosi kan semua menteri2 dan YB2 UMNO juga setiap hari.

Dgn cara ini sokongan rakyat akan bertambah. Rakyat memang suka jika RTM dan TV3 menyiar kan lebih banyak berita2 berkenaan pemimpin2 UMNO ini.

RTM dan TV3 harus kurang kan berita2 berkenaan kesusahan rakyat. Rancangan yg ada kaitan dgn kesusahan rakyat harus di hapuskan.

RTM dan TV3 lah yg paling berkesan untuk menyedar kan rakyat supaya menyokong kerajaan.

Berita dari gunung said...

Abdullah disaran melihat kedudukan beliau secara total. Agak bahaya jika beliau beliau melihat secara compartmental.

Abdullah adalah ketua bahagian UMNO Kepala Batas Pulau Pinang, Presiden UMNO, Perdana Menteri dan memegang jawatan menteri tertentu disamping beliau juga seorang Bapa, Isteri serta cucu cicit kepada orang lain.

Jika Abdullah terus menerus melihat kedudukan beliau secara compartmental, beliau tidak akan rasa tergugat langsung.

Beliau akan terus jadi Perdana Menteri kerana belum ada undi tidak percaya dibawa secara serius.

Beliau juga akan terus jadi Presiden kerana saingannya belum cukup pencalonan.

Beliau akan terus jadi bapa dan mertua kepada anak menantu. Sebarang permintaan anak menantu akan tetap dilayan.

Kita hanya berharap beliau segera sedar, dan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Kawasan sempadan dengan Kepala Batas pun dah tumbang dengan majoriti yang lebih besar. Kawasan yang beliau wakili pun jauh merosot majoritinya.

Menantu beliau sendiri pun hampir tumbang dalam kawasan yang paling selamat dalam Malaysia.

Memang sukar untuk Abdullah menerima hakikat bahawa faktor beliaulah merupakan faktor utama makin ramai orang lari dari BN. Kelesaan jawatan dan kuasa bukan mudah untuk dilepas.

Kalau itu hasrat rakyat, wajarlah beliau tinggalkan kuasa yang menghantui beliau kini.

Mengharapkan beliau diterjah dari kepimpinan UMNO, jauh api dari semanggang. UMNO akan menggigit jari akhirnya nanti.

"Ethos" konsultan yang dihumban berlonggok wang, tentu tahu apa itu KPI. Sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri, kpi Abdullah jauh tersasar, dan langsung tidak boleh diterjemahkan dengan peningkatan sokongan atau undi rakyat. Rakyat makin jauh melarikan diri dari pemimpin mereka sendiri.

Apa salah, tinggalkan kuasa yang tak terpikul. Mengejar yang Abadi bukan semestinya dengan terus berpaut dengan tiang yang berkerutu. Alang-alang badan, bercalar dan berdarah badan. Kain baju pun boleh terlondeh.

Semua tahu meletak jawatan adalah sukar. Kita cuma perlu ambil iktibar dari penagih dadah. Memang susah. Islam Hadhari mahukan pemimpin yang berkesan untuk negara dan rakyat jelata.

Malang sekali, Abdullah bukanlah pemimpin yang berkesan.

Dan kita yakin, rakyat tidak akan mencerca dan memalukan Abdullah kalau beliau berundur. Rakyat jauh lebih faham.

bat8 said...

kawe

ambo rase penganti paklah yang paling sesuai adalah Kuli. Pertama kerana kerana beliau masih lagi mempunyai appeal dikalangan ahli UMNO sekiranya ada jawatan ( budaya dlm UMNO kalau xde jawatan ur nobody tengok TDM).

Kedua beliau tidak tergolong dalam pimpinan sekarang seperti muhyidin, shahrir,ntr, jadi beliau tidak mempunyai bagage kepimpinan lama.

Ketiga, beliau adalah bekas menteri kewangan. Beliau adalah arkitek pertonas, misc dll. Cabaran negara yang utama sekarang adalah ekonomi. So far tiada orang yang empunyai pengalaman dan kredibiliti antarabangsa sepertinya. Muhyidin walaupun berkelulusan ekonomi, tidak mempunyai pengalaman mengurus ekonomi negara. Masa dia jadi MB johor pun dia ada tinggal banyak masaalah sehingga kena dibawa ke pusat.

cadangan kuli menjadi pengganti paklah sebagai presiden sementara sahaja kerana faktor umor. Dalam tempoh tertentu beliau kena menyediakan satu barisan kepimpinan baru yang akan membawa UMNo ke era perdana.

Ismail N said...

Dear All,
I have had enough of Pak Lah. Time to start some action. I’m calling for a petition to request Pak Lah to step down as the President of UMNO and Prime Minister of Malaysia. Those who support this petition, kindly sign at http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=69 . Thank You.

painah said...

Fendy2177 .... aku sokong apa yg kau tulis.
################
Datuk Ron,

beraniker datuk sampaikan pd pak lah, apa yg datuk tulis ni jika datuk masih menjadi mp skrng ni?

kalu berani ... tahniah
kalu takut ... datuk pun 2x5, 5x2, cakap smpai meleleh air lior tapi teloq takdaq!!

politica said...

AHLI UMNO KENA BERTINDAK

Datuk Ron cadangkan Abdullah Badawi letak jawatan. Saya syorkan dalam blog saya Najib pressure Dollah berhenti. Wah. Sama matlamat lain caranya. Yang penting, PM kena pergi, kena undur, kena pencen dengan segera.

Macam saya cakap semalam, rakyat dah muak, rakyaak dah jelak. Kalau lama lagi Abdullah perintah, rakyat jadi loya. Mereka akan muntah terbahak-bahak. Bau hanyir dan lender ni akan membanjiri seluruh tubuh Abdullah dan kaum keluarga terdekatnya.

Memang banyak pihak tak mau Najib ganti Abdullah sebab takut Rosmah yang jadi PM. Kalau gitu, biarkan dia. Biar dia ikut bos dia sama-sama pencen. Lepas tu kita cari orang lain. Tengku Razaleigh ada. Muhyiddin ada. Rais Yatim ada. Ramai lagi ada. Mereka ni pun boleh tahan kaliber masing-masing. Ada kekuatan, ada wawasan, ada hati untuk perjuangkan nasib rakyat macam kita.

Sekarang ni bergantung pada kita. Maksudnya rakyat jelata. Khususnya warga UMNO. Mereka akan mesyuarat bahagian lepas Aidilfitri. Mereka kena beranikan diri untuk bertindak tegas. Mereka kena buat usul Abdullah bersara. Mereka kena calonkan orang lain jadi Presiden UMNO. Kalau tak, kita cakap berbuih mulut, masuk angin keluar asap… Tak kemana jadinya..

Bila cakap pasal UMNO, kita cakap pasal Ahli-Ahli Majlis Tertingginya, kita cakap pasal exco Pergeakan Pemudanya, kita cakap pasal exco Pergerakan Wanitanya, kita cakap pasal exco Puterinya. Soal Putera UMNO jangan kita masuk buku. Dia orang ni askar upahan Khairy je. Tapi, jangan lupa, kita juga cakap pasal Ketua Bahagian, Ketua Perhubungan dan semua warga UMNO.

Orang UMNO macam Tan Sri Aziz Tapa, macam Datuk Ron, macam Tan Sri Sabaruddin Chik, macam Mazlan Harun, macam Kapetn Zahar, macam Spycatcher dan bekas orang UMNO macam Tun Mahathir, macam Sanusi Junid, dan macam Ibrahim Ali tak ramai bilangannya. Mereka ni terkontang-kanting bawa diri berjuang sorang-sorang.

Yang lain apa buat? Tengok dan lihat? Parti dah nak karam pun langsung tak peduli. Kalau tak, mereka kutuk orang-orang ni kononnya pengkhianat dan sebagainya. Yang kaya raya dan perut dah boncet, sibuk nak kira harta. Yang ada pangkat, sibuk nak naik pangkat lebih tinggi. Yang ada nama, sibuk nak jaga nama. Dia orang lupa, kalau UMNO karam, dia orang turut lingkup sama.

Saya cakap macam ni sebab Abdullah tentu berundur kalau orang UMNO pakat-pakat gempur dia berhenti. Bayangkan kalau 50 peratus bahagian UMNO kali ni buat usul desak Abdullah letak jawatan. Tak pengsan dia? Bayangkan kalau 50 peratus bahagian UMNO kali ni tak calonkan Abdullah jadi Presiden. Tak gelabah dia? Itulah kekuatan kita orang UMNO.

Kita dah tak ada pilihan lain waktu ni. Kita nak simpan Abdullah lama-lama, kita akan sengsara dan derita. Maruah diri kita entah ke mana, kedaulatan negara kita entah apa sudahnya, kesejahteraan hidup kita entah apa akhirnya.

Sehari dua lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Lepas tu kita akan jalani ibadat puasa. Kedua-dua ini patutnya insafkan kita apa akan jadi kepada agama, bangsa dan tanahair ini kalau Abdullah masih terus berkuasa! – http://politica-net.blogspot.com

Kerajaan Rakyat said...

Wahai UMNO sedarlah diri.
Rakyat tidak perlukan kau lagi
Jangan kau buat tak mengerti

Sal said...

Cukupkah dengan turunnya Pak Lah dan Najib, maka UMNO akan selamat? Apa agenda UMNO baru ini? Apa agenda BN baru? Selepas 5 bulan pilihanraya, tak nampak pun perubahan dari segi polisi. Yang kedengaran cuma suara-suara yang menyuruh Pak Lah berhenti. Seolah-olah, Pak Lah itu lah masalah besar UMNO. Sekiranya Pak Lah berhenti, adakah orang Melayu akan terus mengundi UMNO? Adakah orang-orang Cina dan India akan terus mengundi BN apabila Pak Lah letak jawatan.
My dear Datuk, there is wind of change and it has nothing to do with Pak Lah, or Najib. The difference between Pak Lah and Anwar, Anwar acknowledge the change among the rakyat. Sanggupkah UMNO berdepan dengan realiti yang sebenar?

Lumu IX said...

nobody can claim he is a prince if he is not. If you are Cyber Prince, the acronym is CP the same as The Chief of Putrajaya, if you call yourself as Putera Maya, the acronym is PM the same as Perdana Menteri. If your motto is Berani.Jujur.Ikhlas, go for it SIR!!!! Go for it...GO FOR IT!!!! Then i will call you Tengku Ruhani bin Tengku Ahmad keturunan Panglima Salleh atau nama penuhnya... Tengku Muhammad Salleh ibni Tengku Abdulla (or whatever)... so the conclusion is R.A.H.M.A.T. and not R.A.H.M.A.N... DPM no 2 org PAS dari Parit Buntar (muka dia org susah nak cam....pasai datang dari banyak nama dan kawasan... DPM no 1 calon wanita dari Kuala Kangsar yang akan kosongkan jawatan KW kepada Nuraini Ahmad. Ketua Wanita kena muda, cantik dan lawa... Ketua Puteri kasi sama Siti Nurhaliza....

Apa macam, Datuk RuhaniKu setuju dak.. get the bloggers to support you with emails and other technologies available. I will pray for you from a distance. I will support you with all my heart and soul. GO FOR IT...NOW.... esok kita merdeka and mintak Pak Lah turunkan minyak kepada RM1.50 seliter bila Datuk dah naik turun kepada 99sen sempena jumlah Asma-ul Husna Allah Taala... Raya ni kita semua kena Gembira kerana Lailaltul Qadar dah sampai ke tangan kita. Saja orang buat2 tak nampak. KL jadi KCD manakala KLIA diubah jadi CDIA atau Che Det International Airport...

Luv always,
//rashid

KALAM JAUHARI said...

Dato',
Saya tak fikir AAB punya kapasiti mental yang mencukupi untuk melihat realiti UMNO. Beliau terlalu banyak bergantung kepada Tuan Penasihat Beliau. Tak lama lagi depa dan UMNO sekali akan kena lelong.

Beliau tidak pernah kesah dengan keluh kesah Melayu, hanya keluh kesah anak beranaknya yang menjadi perhatian beliau.

Najib? Bagaimana pemimpin yang tak ada telur macam ni boleh memimpin melayu?

UMNO? What can i say...saya tak tekejut kalau yang banyak datang kat Permatang Pauh Hari tu lebih banyak berkempen untuk pemilihan MT dari kempen untuk Arif

WE ARE NOT LIKE PAKISTAN ( ZAM)?
YOU BET WE ARE!

Sutera Timur said...

Saudara Kawe,
Saya ingin mengulas sedikit pandangan saudara mengenai siapakah orangnya yg boleh diletak untuk menggantikan PM.Pd pndpt saya sesiapa pun boleh menggantikan tempat AAB,Tetapi dgn syarat UMNO kena terima TUN DR. MAHATHIR sbg penasihatnya.Tun mempunyai strategi dan berpandgn jauh yg sangat diperlukan oleh BUKAN SAJA org MELAYU ,malah oleh keseluruhan rakyat malaysia .Wawasan dan cara beliau menangani ekonomi negara disenanagi oleh seluruh rakyat krn ianya tidak membebankan rakyat malah mesra rakyat .Tanyalah pd sesiapa saja pasti nostalgia ini masih dlm ingatan rakyat malah ramai yg merindui sentuhan pemerintahan beliau.Wlpn ramai yg menggelarkan beliau sbg mahafiraun ,jarg sekali beliau membalas gelaran tersebut tidak spt sekarg yg begitu mudah menuduh seseorg itu samada BABI ATAU MONYET.Saya rasa itu bukan budaya UMNO,KRN provok spt ini dulu milik pembgkg ttp kini dah jadi milik umno pula spt perkataan setan ,kurg ajar dsbnya.Mudah sekali dihamburkan adakah itu cara nak tarik @ambil hati rakyat.Pemimpin seolah -olah mudah naik darah dan tiada kesabaran dlm menghadapi kerenah rakyat. ITUKAH pemimpin namanya.Saya rasa Tun MAHATHIR MASIH BANYAK IDE YG boleh dikgsikan dgn UMNO UNTK MENAMBAT HATI PENGUNDI DAN RAKYAT malaysia.Saya masih ingat pd thn 1998 selepas Anuwar dipecat ketika itu senario anuwar berrefomasi sangat hebat ,tp DR.M TETAP MENG DGN MAJORITI 2/3.bUKANKAH ITU MENUNJUKKAN DR.M SANGAT BIJAKSANA TTP KENAPA SKRG DIBIARKAN BELIAU BERADA DILUAR UMNO.NASIB BAIK BELIAU TIDAK JADI PEMBGKG.APAKAH PEMIMPIN UMNO MASIH BUTA DAN TAK BOLH MEMIKIRKAN UNTUK BERJUMPA DAN BERBINCG DGN PERMATA UMNO INI DEMI MEMBERI NAFAS BARU KPD UMNO UNTUK MENDAPATKAN SEMULA LONJAKAN PARAGDIGMA UNTUK DISYANGI SEMULA UMNO OLEH RAKYAT.sAYA DPT RASAKAN DR.M TIDAK MAHU BERKUASA LG TTP TENTU BELIAU SANGAT BERBESAR HATI UNTUK MEMBANTU UMNO UNTUK DIPULIHKAN JIKA KHIDMATNYA DIPERLUKAN LAGI .DR.M adalah satu-satunya strategi yg umno perlukan ,bukam Ezam ATAU NALLAKARUPAN ORG YG DILIHAT SPT TALAM 2 MUKA.Wassallam .fuziahkassimm

Unknown said...

Dear Dato' Ron,

Pak Lah memang patut dipersalahkan kerana membiarkan DS najib mengetuai kempen BN di PP. Orang sudah juak dengan najib, Rosmah, Ezam, Nalla dan Khairy. Any political master know that putting those idiots at front line...it will be doomed. especially si Ezam tu. Melayu yang munafikin. Tolong sampaikan kepada nya.

MD said...

Dear Dato'

Saya bersetuju sangat dengan banyak komen. Dari anakbuah... sehingga nur. Bukan sahaja Pak Lah yang patut bertanggung jawab. Termasuklah juga Najib, VPs dan majlis tertinggi dan Kabinet.

Tapi dato', Kalau Pak Lah dan Najib berundur (Sekurang-kurangnya dua ini perlu berundur), sistem mana yang kita boleh gunakan untuk memilih pemangku presiden dan PM kita?

Bolehkah diserahkan kepada majlis tertinggi? Atau serahkan terus kepada parlimen untuk membuat pilihan (Maknanya PM tak semestinya daripada UMNO). Boleh dato' cadangkan prosedur pemilihan pemangku presiden dan PM yang dato fikirkan terbaik?

Saya cadangkan semua ahli UMNO MENGUNDI TERUS untuk memilih presiden dan ahli majlis tertinggi Disember ini. Saya tak nampak pilihan lain yan lebih baik dan yang boleh mengembirakan banyak ahli umno; ke akar umbi!

Sebagai ahli UMNO, saya melihat UMNO sedang karam. Masih ada harapankah kita tak mati lemas? Atau perlukah ahli melompat ke kapal lain? Sekarangpun ahli UMNO banyak yang pangkah parti lain.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati!

BERDIRI TEGUH GAGAH PERKASA,
DI ALAM MAYA TERASA KEBAL;
ORANG ANGKUH TAMAK KUASA,
TELINGANYA PEKAK HATINYA BEBAL!

http://rp-semantan blogspot.com

CUCU TOK KEDU

singajani blogspot said...

Tahniah juga kepada saudara kerana pada fikiran saya sedikit sebanyak saudara telah menyumbang kepada kemenangan DSAI. tepuk dada tanya selera.Tahniah dato'.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Nampaknya banyak juga orang UMNO yang melihat kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh sebagai isyarat bahawa rakyat mahu Abdullah berundur dengan serta merta dan bukan dua tahun lagi.

Andaian mereka ialah UMNO hanya akan dapat dipulihkan dengan perunduran Abdullah. Selepas itu, UMNO akan dapat menarik semula sokongan rakyat dan akan dapat membaiki prestasinya dalam PR13 yang akan datang.

Ini ialah pendirian orang-orang yang mahu UMNO terus memerintah hingga hari kiamat.

Saya tidak kisah dengan pendirian yang demikian. Saya pun tidak menolak jika UMNO boleh dipulihkan dan boleh terus memerintah dengan adil dan telus sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

Akan tetapi, kadang-kadang saya terfikir tiga penyakit besar yang sedang melanda UMNO sekarang, iaitu rasuah politik, kronisme dan salah guna kuasa adalah terlalu parah, dan saya tidak lihat penyakit tersebut dapat dibasmi, walau siapapun yang akan memimpin UMNO.

Saya rasa ketiga penyakit itulah yang menghilangkah kredibiti UMNO, sehingga UNNO ditolak oleh majoriti rakyat, dan bukan kerana kelemahan pucuk pimpinannya sahaja

Saya melihat UMNO sekarang seperti orang tua yang banyak penyakit, dan penyakitnya memang terlalu sukar untuk disembuhkan.

Pada zaman Mahathir menjadi pemimpin UMNO pun sebenarnya ketiga penyakit itu sudah berkembang dengan hebatnya, sedangkan Mahathir adalah pemimpin yang kuat dan hebat. Jadi selepas beliau adakah sesiapa yang berkemampuan membasmi penyakit tersebut?

Saya melihat kelemahan UMNO sekarang sebagai satu proses yang memang lazim dialami oleh mana-mana parti pemerintah di mana-mana pun di dunia ini.

Jika boleh saya buat perbandingan, UMNO telah menjalani waktu pagi dan tengahari dan sekarang telah sampai ke waktu senja. UMNO kuat dan hebat waktu pagi dan tengahari, tapi tentunya beransur lemah menjelang petang dan senja.

Jadi kalau UMNO sudah sampai ke waktu senja, mungkin akan sampai juga waktunya, yang mungkin tidak lama lagi, UMNO akan meninggalkan pentas politik atau terkeluar dari gelanggang politik dengan kedatangan malam.

Bagaimanapun, saya melihat kita bukan tidak ada pilihan, dan tidak perlulah mengharapkan UMNO menjadi parti pemerintah hingga hari kiamat.

Kita sekarang ada PAS yang lebh islamik dan PKR yang lebih liberal, yang membentuk Pakatan Rakyat bersama-sama dengan DAP.

Jika sudah memang sudah sampai waktunya UMNO (dan BN) meninggalkan pentas politik, saya kira Pakatan Rakyat boleh menjadi pengganti.

Inilah pilihan kita dan harapan baru untuk masa depan.

Unknown said...

Datuk,

Saya setuju sangat dengan komen politica. Kita orang UMNO yang kena bertindak. Kalau tidak Dolah akan terus main-mainkan kita. Sampai bila kita nak ada pemimpin cekai macam dia?

Unknown said...

Datuk Ron

Si bedebah ni dah macam batu. Dia anggap kita semua ni macam sampah. Menantu dia kaut harta karun. Anak dia buat Seri Perdana macam hotel penuh dengan orang putih. Macam ni pun semua Menteri masih nak sokong dia. Saua harap adalah pemimpin yang insaf dengan tulisan Datuk.

Unknown said...

Datuk

Orang UMNO je tak cukup nak suruh PM berhenti. Semua NGO kena main peranan. Baik persatuan nelayan, persatuan peladang, persatuan ibubapa, penarik beca, semua kena main peranan. Jangan kita takut. Ini hak kita untuk mendapatkan pemimpin yang disegani yang pintar dan jaga kedaulatan negara. Saya cadang semua NGO akar umbi bergerak mulai sekarang. Kalau tak, PM kita masih ingat dia dapat sokongan rakyat...

DiNO-JPB said...

Salam Datuk.

Apa yang Pak Lah kata memang kita semua dah agak...esok ada piihanraya kecil tempat lain dia kaa macam tu juga. lama-lama dah habis semua kalah baru dia kata laa dh habis ke semua tempat aku kalah ..tak apa ramai orang sokong lagi.....

p/s Paklah tolong lah sekali buka internet baca blog boleh lah tau sapa suka dan tak suka sapa

pang5bugis said...

Datuk,
Kalau ada sendiwara antara AAB dengan DSAI, amacam? ahli UMNO ni kan buta dan tuli, siapa pun yang jadi ketua nya dia akan angguk, diambilnya DSAI jadi UMNO, pasti UMNO jadi kuat kan ?

politik ni kan unsangkarable?

Dah bosan.