Wednesday, August 20, 2008

PRK PERMATANG PAUH: SAPA MENANG SAPA KECUNDANG?

Dalam posting semalam saya huraikan serba sedikit latarbelakang, secebis realiti semasa dan beberapa persoalan strategik yang menyelubungi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Hari ini saya paparkan sebahagian hasil daripada satu poll yang diusahakan oleh Merdeka Center mengenai Barisan Nasional (BN), UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pakatan Rakyat (PR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai latarbelakang tambahan kepada PRK tersebut.

Hasil poll tersebut yang sepenuhnya boleh diakses di http://www.merdeka.org/. Methodology dan keputusan poll berkenaan mengenai BN, UMNO, Abdullah, PR dan Anwar adalah seperti berikut.

MERDEKA CENTER
Q2/2008
Peninsula Malaysia Voter Opinion Poll
4-14 July 2008


Peninsula Voter Opinion Poll, July 2008 - Perspectives on General Direction & The Economy, Barisan Nasional & Leadership Approval, Pakatan Rakyat and Allegations Against Anwar Ibrahim.

Methodology

1030 randomly selected registed voters aged 21+ were interviewed via telephone for the survey

Respondents were selected via random stratified sampling method along the lines of state, ethnicity, gender and age.

Survey was carried out between 4th – 14th July 2008. Survey margin of error estimated at ±3.10%

Important Events: survey was concluded prior to July 16th arrest of Anwar Ibrahim as well as announcements of PAS - UMNO talks

Barisan Nasional & Leadership Approval

Overall, how would you rate your satisfaction of the Barisan Nasional federal government?

8% : Very satisfied
36% : Somewhat satisfied
16% : Very dissatisfied
38% : Somewhat dissatisfied
2% : Don't know

How strongly do you agree or disagree that leaders in the BN government understand what ordinary people are going through?

16% : Strongly agree
34% : Somewhat agree
18% : Strongly disagree
29% : Somewhat disagree
3% : Don't know

How satisfied or dissatisfied are you with the way Abdullah Ahmad Badawi is performing his job as the prime minister?

7% : Very satisfied
35% : Somewhat satisfied
17% : Very dissatisfied
37% : Somewhat dissatisfied
3% : Don't know
1% : No response

How satisfied are you with UMNO as a political party, in reflecting the aspirations and needs of the people in Malaysia?

10% : Very satisfied
26% : Somewhat satisfied
25% : Very dissatisfied
33% : Somewhat dissatisfied
5% : Don't know
1% : No response

Pakatan Rakyat

Overall, how would you rate your satisfaction of the Pakatan Rakyat state governments?

9% : Very satisfied
48% : Somewhat satisfied
13% : Very dissatisfied
19% : Somewhat dissatisfied
10% : Don't know
1% : No response

How strongly are you confident that Barisan Nasional and Pakatan Rakyat will be able to fulfil its election promises?

Barisan Nasional

13% : Very confident
27% : Somewhat confident
19% : Not confident at all
36% : Somewhat not confident
4% : Don't know
1% : No response

Pakatan Rakyat

8% : Very confident
37% : Somewhat confident
15% : Not confident at all
27% : Somewhat not confident
12% : Don't know
1% : No response

Allegations against Anwar Ibrahim

Do you believe in the allegations of sexual misconduct against Anwar Ibrahim?

11% : Believe
55% : Do not believe
26% : Don't know
8% : No response

Do you believe in the allegations of sexual misconduct against Anwar Ibrahim?

Malay

11% : Believe
50% : Do not believe
31% : Don't know
8% : No response

Chinese

11% : Believe
59% : Do not believe
24% : Don't know
6% : No response

Indian

13% : Believe
75% : Do not believe
8% : Don't know
4% : No response

How strongly do you agree or disagree with the view that this is a politically motivated action to disrupt Anwar Ibrahim's political career?

66% : Agree
13% : Disagree
16% : Don't know
5% : No response

How strongly do you agree or disagree with the view that this is a politically motivated action to disrupt Anwar Ibrahim's political career?

Malay

57% : Agree
17% : Disagree
20% : No response
6% : Don't know

Chinese

77% : Agree
6% : Disagree
13% : No response
4% : Don't know

Indian

81% : Agree
11% : Disagree
3% : No response
5% : Don't know

Saya sengaja tidak mengalihbahasakan hasil kajian di atas dalam Bahasa Melayu untuk memelihara ketulenannya.

Memang hasil kajian di atas boleh dipertikaikan oleh mereka yang mahu mempertikaikannya sebagai tidak tepat atau tidak mencerminkan hakikat sebenarnya pada ketika ini. Tetapi, mungkin ia boleh dijadikan indikator kepada realiti, perasaan, hati dan nurani para pengundi di Permatang Pauh mutakhir ini.

Oleh itu, persoalan siapakah yang akan menang atau siapakah yang akan kecundang dalam PRK Permatang Pauh adalah sesuatu yang agak sukar untuk dipastikan secara rambang.

Sebagaimana saya tegaskan semalam, segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan para pengundi menganalisa seluruh latarbelakang, cebisan realiti dan beberapa persoalan strategik yang menyelubungi PRK berkenaan.

Akhir kata, sekali lagi saya tegaskan di sini, semoga semua pihak terbabit dalam PRK ini akan bertindak dengan penuh beretika dan sentiasa berhemah – jangan ada pengkhianatan, jangan ada manipulasi dan jangan ada penipuan. Segala-galanya wajar ditangani secara bijaksana, adil dan saksama. – Ruhanie Ahmad

17 comments:

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

pemenangnya kita dah tahu...cuma majoritinya berapa?...maklumlah pilihan raya hari bekerja...

Mika Angel-0 said...

Jadi kita perlu bangsa Melayu dan rakyat Malaysia khususnya mesti boleh berbahasa Mandarin dan Hokkien macam Arip Shah untuk mewakili rakyat kawasan orang Melayu macam P44.

Syabas!

nur said...

Dato'

Saya bukannya sokong Anwar sangat, tapi saya berharap sangat dia menang. Saya rasa ramai rakyat di Malaysia pun sama - we are not supporting Anwar, but we are against BN. Apakah orang BN ingat rakyat ni bodoh sangat ke? Cuba bersihkan UMNO dari segala pemimpin-pemimpin yang ada skandal seks barulah tuduh Anwar habis-habisan. Ini, diri sendiri pun penuh najis, nak tuduh orang lain busuk. Apa cerita? Kedua, jangan guna isu sumpah dalam politik. Kalah DPM boleh sumpah tak kenal Altantuya dan tak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, semua orang yang sedang menjalani hukuman gantung sampai mati pun boleh bersumpah! Macam mana kerajaan nak jawab nanti, DPM boleh sumpah, orang lain sumpah tak boleh pakai. Sumpah tak sumpah, kena siasat juga.

slyderrose said...

Pilihanraya kecil PP dah jadi mother of all elections. Dah jadi gelanggang memfitnah yg paling jahat. Islam sesama Islam. Melayu sesama melayu. Demi mempertahankan kuasa politik. Demi mempertahankan pemimpin mungkar dan tak amanah. Media yg di terajui olih orang Islam sendiri memainkan peranan sama dan jadi pak angguk. Jadi baruah. Apa guna solat 5 waktu tapi dalam bab fitnah dan menipu anda semua juara. Apa guna berikrar, hidup aku, mati aku kerana Allah Taala. Ikrar tipu. Nak tipu Allah Azzawajalla. Tipu lah!

abghalim said...

Salam Datuk Ron

Saya Tinggal dekat juga dengan IPTB Bukit Mertajam...selalu saya akan melintasinya dan setiap petang singgah bersembang di kedai kopi Mengkuang Berapit.

Apa yang saya perhatikan,sebelum Saiful bersumpah,kami YAKIN DSAI akan menang mudah di Permatang Pauh..kini ada yang kata 50-50.
Depa kata sama ada benar atau salah kena tanya Mat Sabu...bekas rakan baik DSAI..dia tau.

cheqPelesit said...

Sdr Anwar menang dah tentu jadi calun Perdana Menteri datang dari Permatang Pauh akan tetapi calun BN bahu nak jadi calun pm tak ada jauh sekali nak jadi pm. sebab itu orang permatang pauh dah matang menilaikan calun tulin dan telah pun berjaya semasa saudara anwar jadi TPM telah memajukan pembangunan di permatang pauh tiada siapa pun boleh manafikan. Tambahan pula BN kempen sekarang pun guna tempat yang anwar bangunkan.

politica said...

Datuk,

Ini satu posting yang objektif. Harap orang Permatang Pauh akan baca dan persetankan seluruh fitnah yang sedang ditumpukan kepada calon PKR.

kluangman said...

Akhir kata, sekali lagi saya tegaskan di sini, semoga semua pihak terbabit dalam PRK ini akan bertindak dengan penuh beretika dan sentiasa berhemah – jangan ada pengkhianatan, jangan ada manipulasi dan jangan ada penipuan. Segala-galanya wajar ditangani secara bijaksana, adil dan saksama. – Ruhanie Ahmad
...................................

Dato' bermimpi di siang hari..

Sang Rajuna said...

Salam,

Saya rasa untuk membuat ramalan siapa yang akan menang dan siapa yang akan kecundang di Permatang Pauh, ada dua perkara yang boleh kita jadikan asas yang konkrit:

a) Keputusan tiga PRU terakhir di mana ketiga-tiganya dimenangi oleh Wan Azizah dari PKR. Dalam PRU terakhir undi yang beliu perolehi adalah besar; lebih 13,000.

b) Sejak tahun 1982 hingga 1998(?) kawasan itu adalah kawasan Anwar di mana beliau bukan saja menjadi wakil rakyat, tetapi juga menjadi Ketua Bahagian UMN0 yang kemudiannya menjadi Timbalan Presiden UMNO dan TPM.

Berdasarkan fakta di atas, jika tidak berlaku apa-apa yang luar biasa atau di luar jangkaan, saya kira tidaklah sukar dibayangkan bahawa yang akan menang ialah Anwar/PKR dan yang akan kecundang ialah UMNO.

Oleh kerana kempen kedua-dua pihak begitu hebat dan sengit, saya kuat mempercayai bahawa penyokong UMNO/BN dalam PRU12 akan terus menyokong calon UMN0/BN.
Sebaliknya penyokong PKR akan menyokong Anwar.

Satu perkara lagi yang mungkin boleh diramalkan, sementara pengundi Melayu terpecah dua, majoriti pengundi bukan Melayu mungkin akan terus menyokong Anwar/PKR.

Jadi keputusan pilihan raya kecil ini mungkin tidak begitu bebeza dari keputusan PRU12.

azam said...

Memang susah nak baca keputusan PRK ni. Fitnah terhadap DSAI bertubi-tubi. Media Perdana asyik hentam dia hari-hari. Saiful yang mentah jadi selebriti. Tapi kalau survey merdeka center tu juga mencerminkan pendirian pengundi Permatang Pauh, hancur BN....

nakhoda said...

PRK Permatang Pauh lebih kurang sama dengan PRK Johor Bahru pada pertengahan 1980-an. PRK di JB test kredibiliti dan integriti TDM selepas kewujudan UMNO (baru). PRK Permatang Pauh test sokongan rakyat kepada BN dan Dollah Badawi selepas PRU ke-12. Di JB BN kalah. Di Permatang Pauh BN akan kalah juga? Macam mana kalau tsunami pun melanggar BN kali ni?

PENDEKAR said...

salam dato'

kita mengalami krisis kepimpinan. rakyat 'mengharapkan' DSAI jadi pembela.kalau dah bangkai gajah nak ditutup dengan daun mana mungkin.harap pengundi matang dalam memilih.

wira said...

Perangkaan yang dipaparkan adalah bagus untuk kita menjadikan iktibar. Namun rata-rata rakyat tidak sedar bahawa yang tidak baik bukannya parti tetapi pemimpin dan pimpinannya. Oleh itu adalah tidak wajar kita benci parti kerana sebagai orang islam yang beriman kita diajar untuk bersyukur dan berterima kasih diatas segala usaha yang telah dilakukan untuk kita sampai ketahap sekarang. Yang lazimnya berubah adalah pemimpin dan pimpinannya. Ini jels terbukti dari sejarah tammaddun dan zaman ke zaman. Oleh kerana keghairahan dan ketamakan pemimpin kerajaan jatuh dan silih berganti. Oleh itu apa yang kita perlu adalah paradigma baru yang lebih jelas tahap keimananya oleh semua yang terlibat.

Teratak Cahaya said...

SAlam Datuk,

Makluman .

UMNO Caw. Taman Cahaya, BAhagian PAndan telah mengusulkan perkara-perkara berikut pada mesyuarat agung 20 Aug 2008 (malam tadi):

UsulPertama:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, dalam Persidangan Tahunan 2008, mengusulkan kepada UMNO Bahagian Pandan untuk menggunakan Fasal 14.5.4 supaya tidak mematuhi formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selaras dengan ini, UMNO Bahagian Pandan hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO. (

UsulKedua (Jika Dirasakan Usul Pertama Tidak Sesuai)

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, dalam Persidangan Tahunan 2008, mendesak UMNO Bahagian Pandan menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat Persidangan Agung UMNO 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dipercepatkan mulai 1 Januari 2009.


Usul Ketiga:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, dalam Persidangan Tahunan 2008, mendesak UMNO Bahagian Pandan untuk menggunakan Fasal 14.5.4 agar mencalonkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir bertanding jawatan Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Malaysia pada Persidangan Agung UMNO 2008 yang akan datang.

Usul Keempat:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, dalam Persidangan Tahunan 2008, mendesak UMNO Bahagian Pandan membawa usul agar :

(a) tarikh kalendar Islam digunapakai secara rasmi dalam dokumen-dokumen dan urusan-urusan rasmi kerajaan. Tarikh kalendar Islam hendaklah didahulukan sebelum tarikh kalendar Roman selaras dengan Perlembagaan Negara yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Mengutamakan tarikh kalendar Roman berbanding tarikh kalendar Islam membuktikan kita masih dibelenggu sistem pentadbiran penjajah walaupun Malaysia sudah 51 tahun Merdeka.

(b) Kerajaan Malaysia memartabatkan tulisan jawi ke peingkat lebih tinggi dengan mempergiatkan usaha-usaha dikalangan agensi-agensi kerajaan untuk mempromosikan tulisan jawi dalam urusan-urusan pentadbiran kerajaan.

Usul Kelima:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, dalam Persidangan Tahunan 2008, mendesak UMNO Bahagian Pandan membawa usul agar hak-hak dan ketuanan orang-orang Melayu dan Bumiputera sentiasa dipertahankan oleh kerajaan Malaysia dalam apa jua keadaan sekalipun selaras dengan kehendak Perlembagaan Negara. Sebarang cubaan pencabulan hak-hak ini hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan jika didapati bersalah hendaklah dihadapkan ke muka pengadilan.

R@duan said...

Mari betulkan bendera Malaysia yang terbalik

http://suteramalaya.blogspot.com/

sepatu said...

KALAU BEGITU LAH APA KATA KITA BUANG UMNO SAJA DAN MARI SAMA-SAMA DUDUK DALAM PEMERINTAHAN ULAMAK. KAN BAGUS ULAMAK KAN PEWARIS NABI......SUSAH KE KALAU TAK NAK DUDUK BAWAH PKR DUDUK LAH BAWAH PAS.....TAPI SUSAH JUGAK KALAU HATI DAH BANYAK TITIK HITAM DAN ADA YANG DAH GELAP....SUSAH NAK CAKAP.BAGI LA ULAMAKKE, WALIKE TAH-TAH SEKIRANYA ZAMAN NI ALLAH ZAHIRKAN IMAM MAHADI PUN MEREKA TAK PERCAYA SUSAH KALAU MASIH NAK PENTINGKAN BANGSA DARI AGAMA ISLAM, KAN DALAM AL-QURAN DAH BAGI TAU BANGSA TU CUMA SALAH SATU UJIAN ALLAH, YANG BERSAUDARA DAN SALING BERKAIT ADALAH AGAMA ISLAM. SUSAH CAKAP DENGAN ORANG YANG PEMIKIRANNYA 50 TAHUN DAHULU. UMNO, UMNO, UMNO, KITA UBAH DENGAN ALLAH HUAKBAR. SELAIN DAPAT PAHALA DAPAT JUGAK MENINGKAT KAN RASA GERUN KEPADA MUSUH ISLAM. FIKIRLAH DEMI UMAT ISLAM AKAN DATANG BUKAN FIKIR DEMI BANGSA. KALAU KITA FIKIR DEMI BANGSA JADILAH MATREMPIT, BOHSIA, KALU DEMI ISLAM INSYA ALLAH ADALAH IMAM GAZALI, IMAM MALIKI, IMAM SAFIE DAN LAIN-LAIN LAGI.

merantikota said...

Dato Ron,

Jangan bimbanglah, di akhir zaman nanti sebelah timurlah yang akan bangkit dari segi keimanannya!

Maka sebelum tu.... macam-macam angkaralah timbul bagi menguji siapa yang kuat Tauhidnya. Dan saya percaya anakmurid SK Separap mesti kuat Tauhid sama seperti YB Salahuddin Ayob (walaupun masa perisa dulu tiru kitab Risalah Tauhid).

Dato Ron,

Kita hidup di dunia ini wawasannya adalah akhirat, masa bertaubat sudah tiba, bidang reporting ini banyak soal-jawabnya di Yaumil Masyar nanti.....tugas terakhir manusia di dunia ini adalah berdai!