Wednesday, August 27, 2008

JANGAN SALAH TAFSIR KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH, KATA PM


JOHOR BAHARU, 27 Ogos (Bernama) -- Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak boleh ditafsirkan sebagai satu trend yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu.

Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat.

"Apa yang berlaku di Permatang Pauh bukanlah sesuatu yang terlalu besar untuk mengubah situasi yang telah pun berlaku pada pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain. Saya percaya kami masih boleh terus mentadbir kerajaan," kata Abdullah yang juga pengerusi BN kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai di sini.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar, Abdullah berkata kemenangan itu sememangnya sudah dijangkakan oleh banyak pihak memandangkan kawasan itu dianggap sebagai kawasan Anwar sejak dahulu lagi.

Katanya walaupun kekalahan itu teruk tetapi calon BN tidak hilang deposit manakala cita-cita Anwar untuk menang dengan majoriti lebih 17,000 undi juga tidak tercapai.

Abdullah juga menolak tanggapan bahawa kemenangan Anwar dipengaruhi oleh propaganda pemimpin parti pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri jika memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Perdana Menteri juga menolak kemungkinan anggota Parlimen BN akan bertindak keluar parti sepertimana yang diuar-uarkan oleh Anwar untuk menyertai pembangkang bagi membentuk kerajaan berikutan kemenangan pemimpin PKR itu.

Abdullah menegaskan perkara paling penting bagi BN ialah menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

"Kita mesti meneruskan dan bekerja untuk melaksanakan begitu banyak perkara yang perlu dilaksanakan dan memerlukan perhatian (untuk menyelesaikan) masalah yang timbul berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan makanan dan juga isu lain. Isu-isu itu kita perlu selesaikan," katanya.

Menjawab soalan berkenaan dakwaan kegagalan BN merampas kerusi Permatang Pauh juga berpunca daripada ketiadaan sokongan anggota BN sendiri di kawasan itu, Abdullah berkata setiap pengundi mempunyai sebab masing-masing semasa memilih wakil mereka.

Katanya BN akan menganalisis keputusan pilihan raya kecil itu bagi mengenal pasti kecenderungan pengundi sebelum mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu sebenar yang menjadi punca pengundi menolak BN.

Dipetik daripada:

36 comments:

Hashim said...

Salam
Mengapakah Pak Iman sorang ni masih tidak sedar bahawa BN + UMNO tidak diterima lagi oleh rakyat. Rata Rata rakyat sudah jemu dengan idelogi dari Pak imam dan si Najib. Tetapi masih menegakkan benang yang basah bahawa mereka mempunyai majoriti yang tinggi 140 kerusi...

mohsein shariff said...

Jika beginilah seorang PM yang tidak dapat membaca suara dan hasrat rakyat. Saya kira sudah sampai masanya untuk turun sebelum diri dan parti UMNO sama2 berkubur.

Jangan suatu hari nanti, kubur juga ditendang anak bangsa.
Menangis atas kesilapan pemimpin lampau!

Anonymous said...

1. Will this guy ever wake up?
2. Will UMNO members wake up after the humiliating defeat at P.Pauh, in which BN received less votes than UMNO members in the constituency?
3. If it is a trend, I believe Pak Lah will be the last person to spot it and if he does, he will misread the trend, as he is doing now with the loud electoral thumps calling for his resignation.
4. The BN campaign on the ground was so bad. I am quite new to this but this is the first time in my life that I've seen BN having less election publicity material, like flags, posters, buntings, etc, than an Opposition party. On one particular stretch of road, there were only PKR flags and posters for about 1km and flags could only be spotted right outside the Permatang Pauh UMNO division building.
5. Big wigs and party workers seem to have boycotted the election. The handful of supporters at a few BN operation centres I visited were chatting among themselves, killing time.
6. Badawi himself should be blame to a large extent as Kepala Batas is just adjacent to Permatang Pauh and the premier hardly dropped by to campaign.
7. NEP aside, non-Malays are also fed-up with the endemic corruption and increasingly gangster-like behaviour/mentality of leaders, which is a departure of the Ku Li era type leaders.

Unknown said...

PP hanya satu kawasan, yg sememangnya kawasan kuat Anwar. Dia menang besar kat sana, memang dah di jangka kan lah.
Mana-mana calon pun kalau bertanding d kawasan mereka mesti lebih banyak penyokong.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Tafsiran Abdullah mungkin tidak begitu salah, kerana Permatang Pauh memang "kawasan Anwar" dan sebab itulah Anwar menang di situ.

Tapi mengapa dalam PR12 BN kalah dalam 5 buah negeri dan di banyak kawasan yang sebelumnya ialah kawasan UMNO/BN?

Ini bermakna trend kekalahan BN tidak terhad di satu kawasan saja, tapi juga melibatkan banyak kawasan lain di seluruh negara.

Jadi tafsiran Abdullah agaknya tidaklah seluruhnya betul.

Dari kenyataan Abdullah juga adalah jelas bahawa beliau nampaknya belum mahu berundur dengan alasan masih banyak kerja yang perlu dilakukan, dan beliau tidak melihat kekalahan BN di Permatang Pauh sebagai isyarat meminta beliau berundur dengan serta merta.

Memang Abdullah berhak menyatakan pendapat dan pendiriannya. Sekarang terpulanglah kepada ahli- ahli UMNO sama ada hendak terus menyokongnya, atau mengambil langkah yang lebih drastik untuk meminta beliau berundur.

Unknown said...

Adoi, masih lagi tidak nampak agaknya, ataupun hatinya sudah dipesongkan hidayah oleh Tuhan?

Tidakkah ada golongan antara pengampunya yang boleh baca statistik, angka daripada PRK PP?

Mungkin dia mahukan keadaan huru-hara pada masa Perhimpunan Agung UMNO agaknya.

Datuk, nampak gaya kerja Datuk belum lagi selesai dalam menyadarkan orang yang alpa. Ingatkan sudah nampak lagi bersuluh, tapi nampaknya wal-tidori-wal-mimpi lagi.

Bung Karno said...

Datuk,

Setiap kali KJ melalut (ingat Kelantan ?) UMNO akan kalah teruk.
Setiap kali Paklah kata kita masih kuat dan diterima rakyat, UMNO dicaci.

Paklah dan menantu sahaja penyebab keruntuhan UMNO dan BN.

Tukar kepimpinan sekarang. Gandingan Tengku Razali dan Muhyiddin dapat mengubah nasib UMNO. Masih belum terlambat.

Unknown said...

Ya Allah Ron, apeke blur sangat Pak lah? Yang make sense in UMNO currently is Muhyiddin. He commented on the methos of the campaign and vehicles used by UMNO are definitely not accepted by the rakyat. Honestly only muhyiddin and Ku Li are still relevant in UMNO.....the rest should quit.

nalapambu said...

Klu nak tau PKR itu kuat atau tidak, cuba DSAAB atau DSNTR kosongkan kerusi nye, ada kan PRK.

Ada berani ka?

Klu anak jantan cuba try.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman.
Di bawah ini adalah komen Saudara AI yang saya padamkan empat perkataan tertentu. Maaf kepada Saudara AI. – Ruhanie Ahmad

Salam Datuk ... & everyone
.
I have to apologize for I'm about to use foul language. But our PM is truly an xxxxx!! Also xxxxxx ... xxxxxx xxxxx!! Dah kalah berdarah teruk pun can come up with ... Oh DSAI tak dapat capai majority 17k yang digembur2kan ... Yo ...Hello Hello ... almost there! Better than what the wife attained in the 12th GE. Oh my god!! My my god!! Allah please save us ... hurry ... please do it fast. Astarfillah .... Al 8/28/08

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Sendawa Perdana

Pandailah pak presiden jawab.
(he is still the one
who has the keys to
the ministry of finance.

is it like taking
a candy from a baby?)

berapa ramai jemaah
ke tanah suci dibulan Ramadhan, wahai si-kuda kepang

mainan politik
ada halal dan haramnya
berani atau tidak
tepuk dada tanya selera

kaum mesti mahu mengubah nasib

Unknown said...

Datuk

Pemimpin macam ni kan malukan kita semua.Saya rasa eloklah orang UMNO semua pecat Dolah ni cepat-cepat biar kita selamat.

Unknown said...

Betul-betul manusia ni tebal muka. Buat bodoh. Kalau dia masih macam ni kitalah kena singkirkan dia.Kita kutip tandatangan hantar kat Agong dan semua Raja-Raja kita. Kalau dia tak mau berhenti jugak, tak taulah...

Berita dari gunung said...

Macam longgokan salji di puncak gunung. Ia menggelongsor ke bawah dengan sangat perlahan. Bila retak, salji turun sebagai avalanche, tak boleh tahan-tahan lagi.

UMNO seakan begitu dengan Abdullah sebagai Presiden.

Pemimpin-pemimpin UMNO belum cukup "kurang ajar" untuk bersikap jujur. Tuan Guru yang menganjur "Melayu perlu kurang ajar" suatu masa dulu, Musa Hitam, kini sangat selesa dengan pangkat dan jawatan Gabenor SJER dan Landbank untuk berbuat apa-apa.

Wajah lurus,naive,jujur dan alim Abdullah sering mengelirukan. Kekuatan itulah yang melemahkan UMNO.

Waktu salji retak dan avalanche menerjah turun bersama dengan panji UMNO, pencinta UMNO hanya mampu mengutip ketul ais untuk buat sirap warna merah dengan harga 40 sen satu.

Terima kasih.

Unknown said...

Entahlah apa nak jadi pada kita semua. Ada pemimpin besar, otak dia kecik. Dalam otak kecik pun dia pandai kelentong kita. Dah jelas dia kelentong kita, kita semua masih tak berani nak buat apa-apa. Jawapnya, o bangau o bangau kenapa engkau kurus ... atau o dolah o dolah kenapa kau tak berenti, macam mana aku nak berenti pemimpin kau orang sokong aku ... Jahanam...

Unknown said...

Dolah Badawi bercakap lebih cepat dari berfikir. Saya sungguh merasa malu sebagai rakyat Malaysia mempunyai PM yang mempunyai kewiwabawaan dan tapah mentality seperti ini. Dia sentiasa lupa tindak tanduknya semakin hari semakin menghakis credibility UMNO yang sememangnya badly battered in last GE di hati rakyat.

bro brotherhood, said...

Salam Bro Dato Ron,

Gandingan Tengku Razali dan Rais baguih lagi kot,..heheh..bukan apa DS Rais tu ada budi bahasa sopan santun jd kalo kita suruh dia naik dia naik & kita suruh dia turun dia turun,..tp kalo TS Muhyiddin saya takut kita suruh dia naik dia naik, kita suruh dia turun dia buat tak tau ja, kita sergah dia suruh turun tapi dia sergah kita balik suruh naik,..heheh..kan ape gurau je sbb muka TSM nampak serious sgt, tak mesra alam,.heheheh..apo nak dikato,..heheh..(",)

Al said...

Datuk, I have to apologize to you on my earlier posting. Sorry for the hard-bold words/statement used ... what to do ... it is really true. Sadly but realitically seen he doesd prove it over and over ... time and again without fail. I'm what many would call "politically-passive" observer ... but deep inside I do care with passion and pride. Never thought that my comments would see the day light. But Thank you again ... and in trully Malay-sian way ... I apologize. Wassalam.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

Dia masih bermimpi di siang hari. Kesian UMNO dapat presiden macam ini.

Cucu Tok Selampit said...

Datuk Ron,

Kata-kata Tun betul, bukan PKR menang tapi BN kalah. Kata-kata Pak Lah juga betul, Anwar menang sebab bertanding di kawasan sendiri. Kalau berani, cuba bertanding di Johor, Melaka atau kawasan-kawasn lain yang bukan kubunya. Nak tahu menang atau tidak. Rakyat Malaysia masih sayangkan UMNO dan BN. Mereka tahu hanya BN yang boleh memerintah. Tapi mereka bencikan Pak Lah dan Najib. Sekiranya Pak Lah dan Najib berhenti dan diganti dengan gadingan Tengku Razaleigh & Muhyiddin, Anwar tak ada harapan nak ambil alih dalam PRU13. Saya tahu Anwar suka benda-benda yang belakang tetapi cubaan untuk membeli 30 orang MP adalah satu usaha yang pengecut dan dayus, berdasarkan ketamakan beliau untuk menjadi PM. Beliau cuba menjual Malaysia kepada IMF dalam tahun 1997-1998. Tak mustahil beliau akan cuba untuk mengulanginya. Kesimpulan yang dipersetujui oleh semua rakyat Malaysia, Pak Lah wajib meletakkan jawatan hari ini juga!!!

* ainul AB * said...

Salam Datuk Ron,
Again and again and again... Pak Lah is denial. Dia bukan tak tau org dah tak suka dia tapi buat2 tak tau. Dlm hati siapa tau. Kata ringkas utk Pak Lah - Si gila kuasa, si gila pangkat, si gila harta!!!
Wslm.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Abdullah boleh berundur atau dipaksa berundur, tapi yang saya bimbang bolehkah UMNO berubah? Atau UMNO memang tidak akan berubah (ke arah kebaikan) dan memang tidak dapat dipulihkan lagi?

Sama ada kita mahu akui atau tidak, UMNO sebenarnya sudah tua dan mungkin sudah hampir sampai ke hujung jalan.

Saya tidak tahu adakah UMNO boleh "dimudakan" semula, dan akan kuat dan gagah semula seperti orang muda?

Jika Abdullah berundur, siapakah manusia hebat dan luar biasa yang mampu memulihkan UMNO?

Ada disebut nama Tengku Li dan Mahyudidin, di samping tentunya Najib.

Memang ada orang yang yakin dengan mereka. Tapi saya belum mahu berkongsi pendapat seperti itu.

zack said...

ntah bila la PM hendak sedar...saya kesian tgn DS Najib, setiap malam berkempen....tanpa rasa jemu dan letih walau pun apa yg TPM cakap kadang tuh dok ulang2...tapi determination Najib mmg nampak...berbeza dengan orang lain yang hanta tau bercakap tapi tak turun

Juraimi Zainal said...

Lu fikir lah sendiri.. bak kata pelawak Nabil..

1) Banyakkan lagi statement2 bodoh macam tu...

2) Menteri2 pengampu yg lain kecuali Muhyidin juga bagi statement yg lebih kurang sama (kubu kuat)

3) Lepas ni buat la lagi statement macam tu jika ada PRK kawasan lain yer...

Jadi pembalut nasi lemak lepas ni bendera UMNO.

kudakepang said...

Saudara AI

Please dont be apologetic. I was just doing what I was supposed to do.

By the way, it is only human, a living one that is, to be able to expressed his own true feeling with passion and anger.

So, please come again and try to make kk your daily station.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

mad said...

umno - redundant

terima kasih datuk

King-Fx said...

Dato'

Apa yg boleh saya simpulkan..

Si Lembik ni dah ada sindrom penjelmaan BAB*...

1. Kulit muka dah tampal kulit BAB*
2. Suara dah jadi oink oink
3. Telinga besar tapi pekak

Maaf kerana bahasa saya sangat kasar. Dah tak tahan dah tgk cara Imam Hadhari ni. memang tak sedar diri. Masih lagi di dalam Denial Syndrome..

AAB IN THE WONDERLAND

King-Fx said...

Alahai kalau berani Imam Hadhari tu resign dan bertandinglah kat Kelantan.. Jgn ckp temberang nak suruh Anwar bertanding kat Johor..

Silap gaya menang Anwar.. Tak sedar lagi ker yg MAJORITI rakyat Malaysia benci BN skg ni.

Hanya org BN shj yg SUKA MINYAK NAIK..

bat8 said...

Dato Ron

Reaksi AAB memang dijangkakan. Tak apalah biaq pi kat dia. Tapi hakikatnya PKP Pematang Pauh mencetuskan satu trend dikalangan rakyat dimana mereka berani dan berterangan menunjukkan sikap mereka menolak UMNO/BN.

Sekarang kita tunggu apa reaksi dari pemimpin-pemimpin parti komponen pulak. Yang pasti reaksi paklah ini membuatkan mereka peka untuk mengkaji kedudukan parti mereka dalam BN.

kepada anak tok selampik dan juraimi,

PRK DUN Sanglang akan diadakan tak lama lagi. Tunggu tarikh dari SPR je. Lepas tu kemungkin akan ade PRK parlimen bandar baru kulim.

KIta tengoklah camne. Duadua seat tu berat bagi UMNO.

Kalau kalah dua-dua tempat tu...percayalah, AAB takkan turun jugak.

bat8

Sal said...

Bukan sahaja Pak Lah in denial mode, tetapi TDM dan orang-orang UMNO pun masih in denial mode. Pada orang-orang UMNO terutama TDM, seolah-olah penduduk PP memilih Anwar Ibrahim kerana bukan sebab faktor Anwar Ibrahim itu sendiri tetapi kerana marahkan Pak Lah. Saya rasa itu salah. Mungkin ada orang UMNO yang mengundi Anwar kerana marahkan Pak Lah, tetapi secara keseluruhannya rakyat mahukan agenda perubahan yang dijanjikan oleh Anwar dan rakyat menolak permainan politik UMNO dan BN. Kalau DS Najib jadi PM, mungkin lagi teruk kekalahan BN di PP. Di mana sahaja DS Najib pergi di kawasan PP, orang akan memanggil dia "Mongolia" atau "Altantuya". Pandangan penduduk PP terhadap DS Najib lagi teruk daripada pandangan mereka terhadap Pak Lah. Jadi kenapa Pak Lah yang harus berhenti???

Rata-rata orang PP mengatakan yang Anwar tidak bersalah dan difitnah dalam kes liwat Saiful Bahari walaupun Anwar tidak bersumpah. Tetapi berapa orang yang percaya Najib tidak ada hubungan dengan Altantuya selepas dia bersumpah? Isu sumpah tidak relevan lansung kerana yang lebih penting adalah isu persepsi rakyat tehadap pemimpin itu sendiri.

nalapambu said...

Walaupun DSAAB berundur UMNO tidak akan pulih.

Sebenarnye UMNO sudah mula reput di zaman TDM, TDM lah yg telah menyebabkan UMNO reput.

Malang nye DSAAB tiada daya upaya untuk memulihkan UMNO yg mula reput ini.

Bertambah malang lagi ahli2 UMNO sendiri telah menambah reput kan lagi UMNO.

Pemimpin2 UMNO sendiri telah mengalau kaum india dan cina keluar dari BN.

Boleh kah UMNO hidup tanpa sokongan kaum india dan cina?

Kaum india dan cina telah menganggap UMNO sudah jadi sebuah parti perkauman. Contoh nye isu keris, DEB, Ketuanan Melayu, babi dan akhir2 ini isu UiTM.

Perkara ini berlaku kerana pemimpin UMNO TIDAK BIJAK menyelesaikan perkara di atas.

Orang melayu sudah berpecah kepada 3 kumpulan, UMNO, PAS dan PKR. Hanya satu kumpulan sahaja yg menyokong UMNO. Itu pun belum tentu 100% sokongan nye.

Rata2 rakyat memandang semua pemimpin UMNO sudah jadi gila kuasa dan harta sahaja. Kepentingan rakyat sudah terabai.

1. Boleh kah UMNO meyakin kan orang melayu bahawa pemimpin UMNO itu BERSIH?

2. Boleh kah UMNO menyeru kembali kaum cina dan india yg dah tinggal kan BN?

superbmadlin said...

adalaha lebih baik AAB turun sekarang. sebelum beliau dijatuhkan dalam keadaan yang memalukan

anakbuah said...

Komen PakLah begini pun telah dijangka. Apa yg nak diharapkan lagi....entahlah!

darulhannan said...

Datuk,
kalau dalam solat berjemaah, makmum melihat dan pasti seseorang imam itu membuat salah, salah bacaan ke, salah perbuatan ke, tertinggal sujud or rukuk ke, makmum wajib menegur kesalahan itu, kalau imam tidak alert, makmum wajib menegur lagi, tapi kalau seandainya tidak faham atau buat² tak faham dengan isyarat daripada makmum, makmum mestilah berhenti daripada jemaah atau berimamkan imam tersebut....ambil iktibar daripada solat ini, semua ahli UMNO dan rakyat haruslah memastikan paklah turun dari takhta PM, kerana dia tak mampu untuk memahami hasrat rakyat.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron Yang dihurmati.

Datuk kon dulu pesan.

1) Jangan dengar sangat cakap orang yang baru bertalak tiga.

2) Jangan dengar sangat cakap orang yang baru bangun tidur.

3) Jangan dengar sangat cakap orang yang takutkan bini.

Pak Lah ni orang yang mana agaknya?

http: // rp-semantan blogspot.com
CUCU TOK KEDU

Teddy said...

Dato'

Apakah nasib dan masa depan kita sekarang? saya teramat kecewa melihat anwar mengangkat sumpah di parlimen semalam. sangat kecewa dato'.