Thursday, August 28, 2008

JANGAN PANDANG RINGAN KEMENANGAN PKR, KATA MUHYIDDIN

SINGAPURA, 27 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) tidak harus memandang ringan kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, kata Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau bimbang keputusan untuk memberikan kemenangan kepada pembangkang dalam pilihan raya akan menjadi trend kerana para pengundi mahukan perubahan.

"Walaupun ia kawasan pilihan raya kecil, ia mungkin menjadi satu trend di mana pengundi sudah buat pemikiran hendak perubahan walaupun mereka tidak tahu apa perubahan itu dan tidak menerima pimpinan BN," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada wartawan Malaysia di luar mesyuarat menteri-menteri ekonomi Asean di sini malam tadi.

Beliau berkata berikutan itu, BN dan UMNO perlu mengadakan post-mortem dan mengambil usaha untuk mempercepatkan program pemulihan UMNO serta langkah-langkah untuk menjenamakan semula BN dengan pendekatan baru dengan cara-cara yang boleh diterima rakyat.

Menurut beliau, ini memerlukan pendekatan yang perlu dilakukan oleh UMNO dan BN dan menilai semula sama ada cara ia berkempen "sudah basi dan tidak diterima rakyat" lagi.

"Ini jelas bahawa kita perlu buat satu perubahan cepat, corak, daya dan perubahan organisasi kita dan cara kita," kata beliau.

Selain itu, kata Muhyiddin, keputusan itu juga menunjukkan bahawa cara berfikir pengundi sudah berubah di mana mereka mahu "satu yang lebih adil, yang tidak berasaskan perkauman, yang berdasarkan profil rakyat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama...UMNO perlu bersedia buat perubahan," tegas Muhyiddin.

Bagaimanapun, beliau berkata kemenangan Anwar itu adalah sesuatu yang dijangkakan dan harus diterima kerana ia adalah merupakan suara rakyat.

Katanya kemenangan itu bermakna pengundi-pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan di bawah sistem demokrasi yang perlu dihormati semua pihak.

"Mungkin apa pun yang dikatakan tentang Anwar, orang tak percaya dan pengundi tak percaya. Penjelasan yang dibawa oleh pemimpin kita tak diterima, seolah-olah keputusan yang dibuat awal-awal yang mengatakan BN (Barisan Nasional) tak akan menang dan PKR akan tahan (mempertahankan) kawasan itu," katanya.- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=355519

24 comments:

Unknown said...

salam datuk

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

carcoon

kzahmad said...

Salam,

Saya setuju kalau ada yang berpendapat 'jangan pandang ringan'.

Warga Malaysia di Bahrain dalam diam meraikan kemenangan Anwar Ibrahim.

Sekali lagi 'jangan pandang ringan' suara profesional/expatriate/warga Malaysia diluar negara.

Kita bukan membangkang, kita mahu correction dilakukan agar negara terus makmur dan subur.

Salam
Wakil Komuniti Malaysia

mn said...

Salam Datuk,

1. Tetapi kenapa rasa BERAT pula nak bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Presiden?

2. Masa untuk berkokok sudah berlalu.

3. Sekarang adalah masa untuk bertindak.

Grandpa Joe said...

Salam,

Kesia , kesian dan kesihan. Tinggal Muhyiddin seorang saja yang berani bercakap. Yang lain2tetap Pak Lah.

Hidup Muhyiddin!

Badr said...

Datuk Ron,

Tampak berbeza sekali komentar TS Mahyuddin kalau dibanding dengan kenyataan presiden UMNO. Yang seorang memberikan komen bersifat terus terang, terbuka dan berpijak dibumi nyata sedangkan seorang lagi, seperti kebiasaan sebelum ini, masih menafikan "gajah didepan mata". Itulah bahananya kalau seseorang terlalu suka dan terlalu banyak tidor, hinggakan semua benda yang berlaku sekeliling dia pun dia tak sedar.

Kalaulah keadaan seperti itu berterusan, dan para pemimpin dan ahli UMNO pula masih "ada hati" untuk memberikan peluang lagi kepada orang itu kekal sebagai presiden UMNO, maka negara dan bangsa kita hanya menuju ke satu arah sahaja... ke jurang!! Tidak kah ahli2 UMNO sedar bahawa sekarang ini keadaan kemelut dalam kepimpinan UMNO sudah sampai ketahap dharurat? Masa untuk bersendaloka, berpantun jenaka dan bergurindam syair dalam setiap kali perhimpunan Caw., Bah., dan perhimpunan agung sudah berlalu. Kita sudah kesuntukan masa. Kita wajib bertindak. Kita wajib mencari pemimpin baru. Kita wajib lakukan segera. THE TIME IS NOW. Masa tidak akan menunggu kita.

Kamalkamal said...

Salam Datuk,

Dalam UMNO, dulu dan kini tidak berubah. Kalau dulu( Zaman Tun Dr. Mahathir) semua kenyataan Presiden akan diterima oleh semua ahli MT. Sekarang pun sama juga. Maknanya tidak ada perubahan sikap di kalangan ahli MT. Kalau ahli MT tak sanggup berubah sikap, macam mana mahu UMNO berubah dan diterima oleh rakyat.

Akhir-akhir ini hanya suara Muhyiddin saja yang menongkah arus, namun untuk membuat keputusan drastik menentang Presiden, beliau masih belum ada kekuatan. Selagi ahli MT, Ketua-ketua Bahagian tidak sanggup berubah, tidak sanggup berkorban untuk parti, maka lambat laun parti UMNO akan jadi pembangkang di parlimen pada suatu hari nanti.

UMNO dihancurkan oleh barisan kepimpinan yang angguh dan bongkak, yang tidak mempedulikan pandangan ahli akar umbi. Maka tak hairan dalam Pilihan Raya sekarang dan akan datang ramai ahli UMNO yang memberi undi kepada pembangkang.

Anonymous said...

REVIEW PERMATANG PAUH - ANWAR HARUS TUNAIKAN JANJI

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/08/28/fullfill-the-manifest-anwar/

Unknown said...

Muhyidin membuat kenyataan tersebut kerana beliau lihat dari sudut Permatang Pauh.Kita kena lihat bahawa lain tempat maka lainlah sokongan yang diberi.kita tidak boleh samakan semua tempat dengan Permatang Pauh.ada tempat lain yang kuat pada PR dan ada tempat yang kuat pada BN.

sudah semestinya BN akan belajar dari kekalahan di Permatang Pauh.jadi BN kena buat sesuatu jika tak mahu senantiasa kalah.

everyday is a learning process for us all.

Juraimi Zainal said...

Si Muhyidin ni setakat berkokok jer lebih......... Lawan la Pak Lah tu kat pemilihan nanti .... Apa Barang?????????

merantikota said...

Wasiat Pekembar

Dato Ron,

TSMY bercakap macam pesanan Wasiat di ambang Sakaratulmaut!

Sepatutnya TSMY cakap di Balairung Sri Pekembar dan bukan macam suara membawa diri!

Dato Ron,

Saya dibesarkan dan menyambut Hari Merdeka pada Tahun 1957 dengan Gilang-Gemilang Di Padang Bandar Penggaram, saya pergi ke bandar dengan Aruah Emak pukul 9.00 pagi terus sampai malam, balik dengan Bas Khas Lian Hoe sempena Merdeka.

Saya percaya kepada Pekembar dan saya percaya kepada TSMY. Melalui
Pemerintahan ini anak-anak saya telah berjaya memperoleh Ijazah Farmasi, Ijazah Doktor Perubatan, Deploma Seni Bena, Ijazah Perakaunan dan Ijazah Kejuruteraan Sivil. Itulah lima orang sahaja. Sukar bagi saya untuk tidak mrnyokong Perjuangan Pekembar, kerana saya menyorot andainya kita (Dato Ron, TSMY dan saya) ditakdirkan tidak "melayu" ke Sini siapalah agaknya saya dan anak-anak saya! Anak-anak saya tidak ada peluang bersama-sama menerajui Negara ini apalagi mengutarakan idea untuk Nagara!

Dulu Dato Ron adalah MP saya, sekarang Dato Mohamad Mohd. Zain MP saya. Tapi kawasan saya mengundi adalah Setiawangsa! Cerita Setiawangsa lagi hebat....apabila anak saya mrnyandang jawatan Ekso Puteri Bahagian, maka cuba-cubalah mengisi Borang Pekembar Bahagian Setiawangsa dan duit RM 2.00 beberapa tahun lalu sampai Pekembar nak pupus kini, tak ada apa-apa jawapan pun saya terima, orang kata ada IC bagi ahli Pekembar, jadi saya nak muziumkan IC itu bila Pekembar hilang di dunia nanti. Biarkan cucu-cicit saya tahu yang kejayaan Ibu-Bapa mereka adalah hasil perjuangan Pekembar!

Saya nak bertanya kepada Dato Ron dan TSMY memang macam itu ke sikap Cawangan Pekembar tak terima Orang "Melayu" jadi ahli....tapi duit RM 2.00 entah ke mana?

Bukan ke Pekembar akan jadi teguh apabila seluruh Orang "Melayu" jadi ahli? Perkara asas begini pun TSMY tak boleh dipandang ringan, bila pandang ringan jadilah macam sekarang ni kita sedang ambruk....itu baru satu cerita di satu yunit kecil Pekembar, dan entah apa-apa lagi cerita di Bahagian, Perhubungan Negeri dan Pusat... tak terjangkaulah saya!

Berita dari gunung said...

Para Pemimpin UMNO belum cukup "kurang ajar" untuk bersikap jujur.

Semangat "conquering" dan Malaysia Boleh sudah pudar dalam UMNO. UMNO nyawa-nyawa ikan.

Mika Angel-0 said...

Jangan pangan ringan kemenangan Pagoh, kata saya.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Untuk Mahyuddin Yassin.

KERBAU PEMBAJAK KAKINYA LUKA,
KERANA TERSANGKUT KAYU TURUS;
ORANGNYA BIJAK FIKIRAN TERBUKA,
KENAPA TAKUT MENENTANG ARUS.

http://rp-semantan blogspot.com
CUCU TOK KEDU

donmny said...

TUAN

pimpinan umno selalu mengatakan umno mestilah berubah.

ditujukan kepada umno atasan atau umno bawahan

ataupun sekadar cakap-cakap melepaskan tanggungjawab

kudakepang said...

Saudara Merantikota,

Lama saya ikuti komen anda di kk ni. Dari komen itu saya kenali anda. Mula-mula saya agak anda sebaya dengan saya. Hari ini saya dapati anda lebih senior dari saya. Mungkin saya dapat agak siapa anda. Tapi takut tersalah agak. Jika anda rela, perkenalkanlah diri menerusi email saya yang tercatat di blog ini. Mudah-mudahan kita dapat berkenalan dengan lebih dekat.

Soal keahlian UMNO. Saya pun banyak dengan cerita ni. Saya sendiri dulu hadapi masalah yang sama. Sebelum jadi ahli UMNO Separap, saya aktif di bahagian Damansara KL. Dah jadi AJK Pemuda dan AJK Bahagian. Bila balik kampung dia orang minta saya start dari awal mula. Jadilah ahli biasa cawangan 2 tahun, lepas tu AJK Pemuda Cawangan dan lepas tu Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan sampai akhir kerjaya politik saya jadi Naib Ketua Bahagian.

Soal merdeka. Hari ni saya tengah terkial-kial apa nak tulis. Secara umum, suasana muram.

Soal kepimpinan. Saya juga tidak pernah membelakangi UMNO. Apa yang saya sanggah adalah pembesar UMNO yang akan gadai dan musnahkan UMNO.

Mungkin cukup setakat tu. Salam takzim dari saya. - Ruhanie Ahmad

nalapambu said...

nalapambu ada pandangan tersendiri berkenaan kemenangan PKR di P. Pauh.

Kelemahan pemimpin UMNO menangani isu2 kecil seperti Isu keris, DEB, babi, ketuanan melayu dan akhir2 ini isu UiTM.

Kegagalan menangani isu2 ini dgn bijak telah meyebabkan kaum india dan cina benci kan UMNO, mereka cop UMNO dah jadi parti perkauman.

Kaum india dan cina telah memberi sokongan padu kpd PKR.

Orang melayu telah berpecah 3. ada yg sokong UMNO, PAS dan PKR.
UMNO cuma dapat 1 bahagian. 2 bahagian pergi ke parti lawan.

Dlm UMNO itu sendiri ada perpecahan juge, ada yg pro dan anti DSAAB. Malang sekali bagi UMNO.

Scenario ini lah yg sedang berlaku di P. Pauh. Ia nye tidak hanya berlaku di P. Pauh, tetapi akan berlaku di mana2 sahaja.

Bagaimana UMNO boleh memperbetulkan keadaan ini?

Selagi keadaan ini tidak dapat di perbetul kan, BN(UMNO) akan berada di ambang ............

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya rasa pemimpin UMNO tidak memandang ringan kemenangan PKR, atau lebih tepat lagi kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tentu akan ada lagi pelbagai tindakan oleh pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar dan, kalau boleh, menamatkan kerjaya politik Anwar.

Akan tetapi, soal yang lebih penting ialah, adakah pemimpin UMNO berminat melakukan perubahan dan mampu melakukan perubahan untuk memulihkan parti itu, sebagaimana yang disarankan oleh Muhyiddin?

Ataupun UMNO sebenarnya memang tidak dapat dipulihkan lagi, kerana penyakitnya yang sudah begitu parah?

Al-Yasar said...

Salam,

Kalau tidak salah, Muhyiddin pernah berkata bahawa peralihan kuasa patut dipercepatkan, dan dia memang selalu memberi pandangan yang agak berbeza dari pandangan Abdullah dan Najib.

Tapi dia seolah-olah macam keseorangan, dan tidak pasti dengan sokongan ahli UMNO terhadapnya.

Oleh itu, sesuai dengan budaya UMNO yang tidak menggalakkan anggotanya "menderhaka" kepada ketua, dia pun memilih jalan selamat dengan menyokong pelan peralihan kuasa yang "diperstujui" oleh Abdullah dan Najib.

Jadi Muhyidin mungkin hanya boleh memberi pandangan, tapi tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan sesuatu tindakan bagi memulihkan UMNO.

Unggal said...

Salam Datuk...
Hee..hee... macam filem 'Jangan Pandang Belakang .... aje..!! Sebagai seorang Melayu-Jawe saya pun turut malu lihat telatah pucuk pimpinan BN ketika ini.. Muhyiddin kata 'be serious', Pak Lah pulak kata 'nothing serious' walaupun dia dah hilangkan 4 negeri..!!
Orang Melayu-Jawe, masa kini, hanya pandai main 'keris' aje.. macam Hishamudin tu..!!. Gerak langkah silatnya selalunya sumbang dan sonsang pulak. Kita suka jampi serapah, main jampi-jampi sebab tu kita tak takut hantu...Tapi anehnya kita takut dengan bayang-bayang sendiri...
I am not so sure of any current UMNO representatives, apart from Ku Li, dare enough to challenge PakLah. Kita takut Anwar Ibrahim konon....but we forget that We, the Rakyat has the power to vote .... apakata Rakyat semua bangun .....dan dispose PakLah..?..kalau BN representatives sendiri tak berani demand him to step down..

Salam Perjuangan

politica said...

Datuk, ini tulisan terbaru saya untuk dikongsikan dengan semua surfers kuda kepang.

ABDULLAH CAKAP ORANG CEMUH, MUHYIDDIN CAKAP ORANG TERIMA….

Sejak PRU12 Muhyiddin Yassin nampaknya bersuara berbeza dari bosnya Abdullah Badawi. Bos dia nampak sangat macam tak kisah dengan kekalahan BN. Muhyiddin pula jelas menyuarakan sesuatu yang relevan dengan kekalahan itu. Suara Abdullah dipertikai oleh rakyat. Suara Muhyiddin sesuai dengan citarasa ramai.

Semalam pun Abdullah cakap lain, Muhyiddin cakap lain, pasal impak PRK Permatang Pauh. Cakap Abdullah orang cemuh. Cakap Muhyiddin orang terima.

Perkembangan macam ni menyebabkan Muhyiddin macam kena gam oleh orang kuat Abdullah dan sesetengah media massa. Kadang-kadang berita menantu Abdullah lebih besar dari berita Muhyiddin. Nasib badan. Inilah antara dugaan bila seseorang memperkatakan kebenaran!

Hari ini ada desas-desus, Muhyiddin nak jumpa empat mata dengan Abdullah. Tunggu punya tunggu, sampai dah lebih dua bulan, Muhyiddin belum lagi dapat jumpa bosnya. Kalau ini sahih, kesian betul!

Baru-baru ni Muhyiddin kata, dia tak nak tanding mana-mana jawatan lebih tinggi dalam UMNO. Katanya, dia cuma nak pertahankan jawatannya sekarang – Naib Presiden UMNO. Dalam hal ni pun peluang Muhyddin masih touch-n-go. Proksi Abdullah dan menantunya tentu ramai yang nak lanyak Muhyiddin.

Banyak pihak terkilan dengan kenyataan Muhyiddin. Ada yang marah dia, ada yang tempelak dia, ada yang sindir dia. Habis nak buat macam mana? Najib dah termakan gula-gula peralihan kuasa hidangan Abdullah. Kalau Muhyiddin langgar Najib, orang kata kurang ajar. Kalau Muhyiddin langgar Abdullah, orang kata, lagi kurang ajar besar. Serba salah Muhyiddin!

Tapi nampaknya UMNO akar umbi tak peduli. Ada gula-gula peralihan kuasa atau tidak, banyak juga cawangan UMNO dah desak bahagian masing-masing yang mereka mahu Abdullah disingkir. Mereka mahu Najib jadi Presiden UMNO, Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.

Sesetengah cawangan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah jadi Presiden UMNO dan Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.

Ini semua menunjukkan UMNO cawangan berani gunakan kuasa dalam Perlembagaan UMNO. Tapi, mereka juga cemas kalau-kalau usul mereka tu tak sampai ke mana – dibakulkansampahkan oleh bahagian masing-masing.

Rasa-rasanya ada lagi harapan untuk orang UMNO bertindak. Mereka boleh gunakan mesyuarat perwakilan bahagian mulai Oktober 2008, untuk bangkang pencalonan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO. Ini diizinkan oleh perlembagaan parti.

Nak takut apa? Ini hak ahli UMNO. Kalau Presiden dah tak boleh memperkasakan parti, buat apa dia nak jadi presiden lagi? Kalau UMNO bawah pimpinan dia hari ni kucar-kacir, buat apa nak pilih pemimpin yang jadikan UMNO lebih kucar-kacir lagi?

Tapi, Najib nampaknya susah nak diketengahkan. Nama dia susah nampaknya nak diterima oleh sesetengah orang UMNO. Itu terserahlah. Kalau tak mau Najib, Muhyiddin ada, Tengku Razaleigh ada, Rais Yatim ada, sapa-sapa lagi pun boleh dicalonkan, asalkan bukan Khairy!

Kalau orang UMNO dah tak mau Abdullah, kenalah kerja dari sekarang. Tapi godaan dan cobaannya banyak. Para pendukung Abdullah, luik cak bo liaw lo! Jadi, jangan izinkan diri dirasuah dengan duit yang menimpa-nimpa. Kalau dia orang bagi, ambik! Lepas tu, cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR terdekat dan buat laporan sejelas-jelasnya.

Ingat ni. Raya dah nak dekat. Jangan gelap mata, jangan lemah iman. Orang bagi duit ambik! Tapi jangan buat belanja beli bunga api ke, beli langsir baru ke, beli karpet baru ke.. Cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR!

Kalau semua orang UMNO berani buat macam ni, harapan Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh atau Rais untuk naik agak cerah. Kalau tak, bersyarahlah sampai berbuih mulut, walhasil balik asallah jawabnya! Abdullah akan terus berkuasa, UMNO jadi lebih celaru, kita semua hidup sengsara! – http://politica-net.blogspot.com

Wira 7 said...

Dato, Saya dibesarkan dalam persekitaran UMNO. UMNO harus berani menerima perubahan. Hakikat bahawa UMNO ditolak perlu diterima dengan hati terbuka.Jalan kemenangan sentiasa ada jika ahli UMNO bersatu dan menegakkan kembali panji perjuangan.

Badr said...

Datuk Ron,

Salam takzim dan salam MERDEKA!!

Pada pandangan saya, komentar oleh Sdra. Nalapambu amat tepat dan itulah realitynya. Bukan susah untuk memahami punca rakyat membenci/menjarakkan diri dari umno/bn. Soalnya, setakat mana pemimpin umno ikhlas menerima hakikat semasa. Kehendak dan aspirasi rakyat amat jelas dizahirkan dimana-mana. Masalahnya bila pemimpin agung umno hanya mahu mendengar dongeng2 yang mulok2dari para pengampu.

Percayalah, kalau pemimpin agung umno dan juak2 pengampu dalam MT, Perhubungan Negeri dan Bahagian masih terus memekakkan telinga dan membutakan matahati mereka akan aspirasi rakyat; maka saat untuk umno ditalqinkan hanya "sepelaung" saja lagi. Wallahua'lam.

nalapambu said...

Dlm mesyuarat perwakilan bahagian nanti kita akan lihat sokongan 100% dari perwakilan di kawasan yg di menangi oleh BN(UMNO).

Klu ada pun yg melawan arus, hanya dari bahagian yg di kuasai oleh pembangkang sahaja. Ini pun kalau ada bilangan nye amat sedikit.

Pencacai2 diperingkat bahagian ini semua nye menjaga periuk nasi mereka. Mereka tidak rela periuk nasi akan di tonggeng kan oleh pihak atasan yg lebih berkuasa.

Sebenar nye UMNO tidak boleh berubah sehingga PRU13 nanti, di mana kuasa rakyat yg akan mengubah nye.

bat8 said...

Merantikota

Pekembar dengan UMNO(baru) tu dua entiti berbeza. Dari akta pertubuhan, keduanya adalah dua entiti yang berbeza dan tidak ada kaitan antara satu sama lain.

Macam rahim bin Abdullah yang dok alor staq dengan Sabandi bin Saiban yang dok kat kg melayu majidi, dua manusia berbeza dan tak ada pertalian.

Pekembar dah paksa mati dalam tahun 1988. Manakala UMNO(baru) lahir pada tahun 1988.

Kejayaan anak merantikota itu adalah hasil perjuangan yang dirintis oleh Pekembar.

Mereka yang berjaya dibawah UMNO(baru) adalah tajudin ramli, halim saad, Francis yeoh, rozali ismail ( puncak niaga), Allahyarham Nasimuddin, kalimullah, tony fenandez dll

Sejarah nak kena dibaca dengan betul. Kalau tidak keliru kita.


bat8