Monday, August 25, 2008

INFO MENGENAI RAMLANG PORIGI – IMAM YANG JADI SAKSI SAIFUL BERSUMPAH

Komen di bawah ini adalah kiriman seorang surfer yang menggelarkan dirinya sebagai Si Pahu.

Saya telah lakukan apa yang dicadangkan oleh Si Pahu dengan menyemak nombor kad pengenalan Roslan Porigi di talian SPR dan mendapati butir-butir berikut:

Kad Pengenalan: 790726125445
Nama: Roslan Bin Porigi
Tahun Lahir: 1979
Jantina : Lelaki
Lokaliti: 044/12/005 – Pondok Penanti MK 20
Daerah Mengundi: 044/12/06 Penanti
DUN: 044/12- Penanti
Parlimen: 044 – Permatang Pauh
Negeri: Pulau Pinang
Pusat Mengundi: Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang
Saluran: 3
Masa Mengundi: 0800 pagi – 0500 petang
No Siri: 944

Komen di bawah ini mengandungi maklumat yang jelas. Saya paparkan di sini supaya kita sama-sama mencari kebenarannya. – Ruhanie Ahmad.

SI PAHU said: Assalammualaikum Dato dan teman-teman blog ini.

Apa dah jadi apabila agama sendiri dipersenda-sendakan kerana politik. Dulu semasa saya masih kecil, saya pernah merujuk kepada ustaz saya. Sekiranya saya membuat sumpah palsu, apa yang perlu saya lakukan. Maka ustaz itu menjawab seperti yang tertulis di dalam Al-Qur'an, saya perlu membayar denda iaitu dengan berpuasa selama 3 hari.

Sekarang kita renungkan sumber yang saya baru perolehi ini untuk dikongsikan bersama:

RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2 pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar.

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi

"Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext :158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137

Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843. Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga. Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843. Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak, sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam

RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi. Tarikh Lahir : 26 Jul 1979. Jantina : Lelaki. Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20. Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN :044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang.

Mari kita cuba semak no KP (790726125443) di
http://daftarj.spr.gov.my/permatangpauhNEW/prayakecil.aspx atau klik di sini SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI PERMATANG PAUH.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an, al- Hujurat 49:6 ). - 2:52 AM

14 comments:

sukj said...

Salam Datuk,

1. Pada saya dalam isu yang berkaitan 'Sumpah' ini, ia berlaku kerana 3 faktor:

a. Terpaksa
b. Dipaksa
c. Memaksa

2. Dalam 'position' Ramlang ini, beliau telah memberitahu bahawa beliau telah 'dipaksa' menjadi saksi.

3. Selain itu tujuan SUMPAH itu adalah untuk meyakinkan orang ramai. Jika sumpah itu tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai, maka untuk apa mereka bersumpah?

Badr said...

Datuk Ron,

Ini penjelasan Ramlang Porigi:

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz
Mohd Sabri Said
Mon | Aug 25, 08 | 9:18:03 am MYT
TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah. Iklan

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

“Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, ” ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

“Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, ” katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. - mr_

inderaloka said...

PENGAKUAN IMAM MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN USTAZ RAMLANG PORIGI
http://malaysia-today.net/2008/content/view/11731/84/

IMAM NAIK PENTAS PKR, DAKWA DIARAH HADIR SUMPAH SAFUL
http://www.malaysiakini.com/news/88465

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,


1 "Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful

Daripada Malaysiakini

Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ramlang Porigi (foto, kiri) menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu."

2 "Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz

Daripada Harakahdaily

TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut."

"CUT N PASTE"

politica said...

Salam Datuk,

Minta izin iklankan blog saya:

POLITICA DAN POLITIK MALAYSIA

POLITICA yang beralamatkan http://politica-net.blogspot.com wujud sejak setahun yang lalu. Hari ini POLITICA ada blog kembarnya bernama Warta Malaysia di alamat http://wartanegara.blogspot.com

Sila kunjungi kami setiap hari. Terima kasih. - Politica

OfficeBoyTingkat4 said...

Saiful telah bersumpah.Samaada sumpahnya sah atau tidak, mengikut aturan atau tidak, samaada dirancang atau tidak, pada saya itu bukan persoalannya.

Tuhan Maha Mengetahui samaada apa yang disumpahkannya itu benar atau tidak.

Menurut kebanyakan ulamak muktabar, kesan dari sumpah tersebut, akan terlihat paling lama dalam tempoh satu tahun, tetapi dalam kebanyakan kes tidak sampai pun dua bulan.

Adakah dalam tempoh ini Saiful akan dikuarantin oleh pihak berkuasa demi menyorokkan musibah atau bala yang menimpa Saiful?

Saya yakin jika tiada apa kejadian musibah atau bala kepada Saiful, nescaya budak ini akan diusung lagi kehulu kehilir bagi membuktikan kebenaran sumpahnya.

Bagaimana pun Saiful akan terus disorok jika terdapat tanda tanda bahawa dia telah menerima pembalasan dari Tuhan.

kluangman said...

Untuk bersumpah dengan nama Allah di rumah Allah mesti mendapat persetujuan daripada pegawai masjid barulah sumpah itu 'sah' - adakah itu yang dimaksudkan.

Elok juga imam itu diminta bersumpah di dalam masjid dengan dan tunjukkan 'cara yang betul' untuk disaksikan seluruh rakyat Malaysia, panggillah saksi saksi yang lain termasuk Nik Aziz dan Karpal Singh.

Kenapa rupa dbentuk sumpah masih dipertikaikan sedangkan yang penting 'lafaz' yang telah diucapkan, sedangkan dalam apa jua ibadah kita seperti doa qunut, talkin dan lain lain juga mmepunyai pelbagai perbezaan cara, perbezaan pendapat dan tafsiran tetapi kita menerimanya kerana akhirnya, Allah jua yang menentukan amal ibadat seseorang itu.

Malang sekali kita terlalu taksub kepada politik hingga ugama dibelakangkan, PAS sudah bersekongkol dan mahu menjadi Tuhan di Malaysia.

si_pahu said...

Jika kita keliru, kita boleh rujuk kepada Al-Qur’an. Dengan fenomena politik terkini, marilah kita bersama-sama renungkan tafsir potongan ayat dari dua surah di atas.


Firman Allah dalam surah Al-Maa’idah ayat ke 89, maksudnya:

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja dan kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kenudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa 3 hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah – sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kapaada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugama-Nya) supaya kamu bersyukur.


Surah Al-Qalam ayat 10 – 15 yang bermaksud:

10. Dan janganlah engkau (berkisar-kisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya),
11. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah-belahkan orang ramai),
12. Yang sangat-sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang sangat-sangat berdosa, -
13. Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
14. Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)?
15. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: “(Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala.



Tafsir Pimpinan Ar – Rahman (Mushaf Malaysia Rasm Uthmani)

Sang Rajuna said...

Salam,

Sumpah Saiful itu telah menjadi isu politik, kerana sumpah itu agaknya memang sebahagian daripada "permainan politik".

Agaknya ada dalang di belakang sumpah itu (tentunya tokoh politik) dan tujuannya pun diperkirakan untuk "membunuh" seorang tokoh politik yang lain.

Jadi tak payahlah kita panjangkan tentang sumpah tersebut.

Bentan said...

salam Dato,

sela ke blog ni saya baru terbukak memang malaon. Tak bertanggungjawab.

Dacing memang dah karat patut ditukar

http://permatangpauh--p44.blogspot.com/2008/08/sambil-rayu-undi-mai-kita-tengk-silap.html

Garden said...

Datuk, saya tumpang mencelah sedikit.

Kluangman,

Doa Qunut adalah sunat muakkad...setengah mazhab tiadapun dibaca doa Qunut semasa sembahyang Subuh. Apa motif saudara samakan cara sumpah dilaksanakan dengan doa qunut? Doa Qunut semuanya sama sahaja, tiada lainnya. Sumpah perlu dilakukan secara betul kerana ia bukan mainan, ada tatacara sumpah. Begitu juga doa Qunut ada tatacaranya, bacaaan sama, cara berdiri sama. Takde lain.

Talkin setahu sayalah tiada dalam ajaran Islam yang sebetulnya. Setahu sayalah. Minta sesiapa yang yakin berkenaan ilmu ini, tolong berikan penjelasan lanjut. Talkin ini kalau tak silap, adalah bidaah.

Malang sekali, masyarakat kita sekarang telah dilanda tanda hampirnya kiamat. Fitnah melanda tidak putus-putus. Pengakuan orang yang benar tidak diterima, pengakuan orang yang dusta diambil kira.

Minta-minta selamatlah kita dan anak cucu nanti daripada fitnah sedemikian.

kz ahmad said...

Salam,

isu sekarang saiful dah bersumpah untuk dirinya sendiri. Datuk pun boleh jadi saksi, sebab kalau dia sudah bersumpah yang bakal dilaknat sekiranya benar apa yang dia niatkan adalah dia yang terima. Soal saksi berdaftar ke , seorang yang beriman ke, ustaz ke, ulamak ke; itu urus tadbir.

Ustaz-ustaz ni pun kong kali kong juga. Cara yang benar, Islam yang benar, ikut diorang aje. Kalau tak ikut kata diorang, maka tidak benarlah kita ni

Agama itu satu, tetapi perjalanan agama boleh dicipta untuk memudahkan penghidupan manusia. Saiful sudah bersumpah dan memang dapat mengurangkan rasa keliru.

Agama akan rosak bila ada yang kata "kita islam sebenar".

Saya simpati kepada Ramlang yang ada ilmu agama, tapi barangkali dari segi kecerdikan dan jati diri social life dia kurang dan sebab itu dari awal dia tidak ada kecerdikan untuk menolak berada di tempat Saiful bersumpah.

Kita biasa lihat orang politik yang berpendirian sehingga sanggup menongkah arus, sedangkan Ramlang tidak ada semangat itu dari awal.

Nah sekarang dia jadi ustaz bola. ustaz daif, bukan kerana isu saiful tetapi kerana sifatnya sendiri.

Maaf kepada para ustaz. Sejak saya di Bahrain saya nampak Orang Melayu tersilap cara melihat Ustaz atau saya namakan gologan yang memiliki kelayakan agama. Orang Melayu semacam tertipu sehingga takut pada para ustaz/ulamak.

Orang Melayu harus sedar, ustaz dan para ulamak hanyalah memiliki ilmu agama sebagai rujukan dan bukan ikutan.

Salam dari Bahrain.

Sadiq said...

aku dah pening nie..
1) bersumpah ada rukun ker?
2) adakah salah satu rukun sumpah=mempunyai saksi yang rela?
3) Sumpah Saiful atas nama ALLAH tu tak betul tang mana?
4) Dahla si Saiful bawak bapak dan libatkan ketrunan dia dalam sumpah tu.. masih tak boleh terima ker?

Anyway, saya rasa sumpah tak kena masa, patutnya selepas perbicaraan.. Sekarang ni ramai bukan Islam dan Islam sendiri pertikaikan samada dengan bersumpah boleh melepaskan atau mengaitkan tuduhan liwat di Mahkamah kelak.

Politik bertambah kotor di kedua-dua pihak.. PR dan BN.. kau main kotor, aku pun main kotor..

Garden said...

Sadiq,

Benar itu, kekeliruan dilakukan oleh Melayu sendiri, Melayu yang terangan jahil dalam tatacara bersumpah.

Sepatutnya sumpah adalah cara terakhir bilamana sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan oleh mahkamah atau undang-undang atas sebab bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahan atas yang dituduh (dalam konteks kes Saiful). Sumpah bukan macam sembahyang ada rukun dan tertib, tetapi sumpah kenalah bertertib, maksudnya mengikut aturan sumpah.

Pikir sendirilah wahai Melayu, kalau orang Melayu sendiri sudah pening tentang sumpah, inikan pula yang bukan Melayu dan amat tidak tahu tentang Islam. Bahana menimpa umat Islam atas kejahilan umat Islam itu sendiri yang tidak merujuk kepada orang-orang yang ikhlas dalam agama Allah ini.