Tuesday, August 26, 2008

PROSES PENGUNDIAN DI 25 PUSAT MENGUNDI LANCAR

BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos (Bernama) -- Proses pengundian di 25 pusat mengundi yang dibuka mulai pukul 8 pagi ini untuk pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berjalan lancar.

Cuaca cerah membolehkan pengundi keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih awal pagi ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah yang diiringi isteri, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, tiba di pekarangan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II di Lengkok Tenggiri di sini kira-kira 7.50 pagi.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti untuk mengundi pada kira-kira pukul 9.40 pagi.

Dipetik daripada BERNAMA

No comments: