Sunday, August 03, 2008

JUMLAH USUL MENYANGGAH ABDULLAH MAKIN BERTAMBAH

Walaupun ada satu cawangan UMNO di pendalaman Sabah telah diganggu-gugat polis minggu lalu, jumlah cawangan UMNO di seluruh negara yang berani meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya tidak mencalonkan semula Datuk Seri Abdullah Ahmad Baadawi ke jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti Disember 2008, kini meningkat kepada 70.

Berikut adalah nama cawangan yang meluluskan usul masing-masing hari ini, semalam dan baru-baru ini.

Menurut BERNAMA, UMNO Cawangan Stulang Laut dalam Bahagian Johor Bahru dan UMNO Cawangan Permas Jaya dalam Bahagian Pasir Gugang, di Johor, semalam mencadangkan bahagiannya mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden UMNO.

Menurut Blogger Hairul, UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, Selangor, yang bersidang pada 16 Julai 2008, mengusulkan UMNO Bahagian Pandan mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah ke jawatan Presiden UMNO dan Muhyiddin ke jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Hari ini, cawangan saya sendiri - Cawangan Danasari - meluluskan usul dengan sebulat suara, mendesak UMNO Bahagian Parit Sulong, Johor, mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak ke jawatan Presiden UMNO dan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO.

Sama seperti UMNO Cawangan Taman Cahaya, UMNO Cawangan Danasari juga mendesak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini meluluskan usul supaya tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah Najib dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Diharapkan banyak lagi cawangan di seluruh negara menggunakan cara demokratik yang diizinkan oleh Perlembagaan UMNO ini untuk menyanggah pencalonan Abdullah sebagai Presiden UMNO.

Semua pihak dalam UMNO, dan juga polis, sewajarnya insaf dan jangan lagi memperlekehkan keputusan warga UMNO akar umbi kali ini. Hakikat ini turut diakui oleh Muhyiddin selaku Naib Presiden UMNO.

Kirimkanlah maklumat mengenai mana-mana cawangan yang menyanggah Abdullah ke blog ini atau menerusi e-mail puteramaya@gmail.com untuk dikongsikan dengan warga UMNO di seluruh negara. – Ruhanie Ahmad

10 comments:

kluangman said...

Kita ucapkan kagum dan tahniah kepada Muhyiddin kerana telah mengistiharkan keputusannya untuk hanya bertanding Naib Pesiden.

Sikap kebaculan anak Johor ini sekadar melambangkan keseluruhan UMNO itu sendiri sudah berpenyakit walaupun di nampakkan sihat.

Muhyiddin harus dikalahkan sebagai Naib Presiden kerana dia sudah tidak layak mempertahankan jawatan sekadar memanaskan kerusi, malahan cawangan2 hatus kembali mencalonkan Dolah dan Najib untuk menerajui UMNO, mereka harus dikekalkan untuk terus bertanggungjawab melihat kehancuran UMNO.

Wajar, ahli ahli menarik diri dan mula memberi sokongan kepada ranting2 PAS di Johor.

zeme said...

Salam Datuk,

15 Cawangan UMNO Bahagian Tumpat, Kelantan antara salah satunya Cawangan Padang Pohon Tanjung telah sebulat suara meluluskan usul mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan bertanding jawatan presiden Disember ini.

Untuk makluman kesemua 116 Cawangan UMNO Bahagian Gua Musang yang telah selesai bersidang bersetuju mengusulkan Tengku Razaleigh dicalonkan bertanding bagi jawatan presiden.

Wasalam.

zeme said...

Salam Datuk,

UMNO Cawangan Jitra di Bahagian Kubang Pasu juga membuat usul menarik dengan mengusulkan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim menjadi calon bertanding jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Disember ini.

Wasalam.

kedah youngster said...

UMNO Cawangan SRI PANTAI di Bahagian Kuala Kedah telah bermesyuarat hari ini dan sebulat suara meluluskan usul berikut:
1) Mendesak presiden parti Abdullah Badawi meletak jawatan sebelum pemilihan parti Disember ini.
2) Meluluskan usul tidak percaya kepada sistem peralihan kuasa 2010. paklah perlu resign lebih awal.

muhammad said...

muhyiddin perlu sambut harapan ahli yang mahukan anda menjadi pemimpin.....
masa sudah tiba untuk anda bertanding bagi memperbaiki umno..
ayuh muhyiddin, terus mara ke kerusi presiden atau timbalan presiden....selamatkan umno, bn dan malaysia....kami bersama anda

azlan said...

Meskipun pandangan cawangan tidak memberikan gambaran sebenar cawangan, namun pernahkah kita menoleh ke belakang, pernahkah cawangan-cawangan membuat ketetapan yang demikian? Jangan abaikan sama sekali trend baru yang sebegini.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Orang macam Mahyuddin tu kalau ada sepuluh di Johor, usahkan Pulau Batu Putih dengan pasir terjual, 1/2 negeri Johor pun boleh terjual ke Singapura. Cakap tak serupa bikin! Balik-balik ekor Pak Lah juga! Tolonglah Dato Ron nasihatkan dia supaya jangan sekali-kali menyanggah kehendak dan kata bossnya tu kalau hatinya terlalu kecil dan takut jawatan terbuang!

Hairul AS said...

Salam Datuk,

Buat makluman Datuk, UMNO Caw. Taman Cahaya akan membawa usul-usul tersebut pada mesyuarat 16 Aug 2008 nanti.

Sila rujuk kepada tulisan saya yang asal. Terima kasih.

kluangman said...

1 - JOHOR BAHRU 3 Ogos – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad melahirkan rasa terkilan terhadap projek pembangunan Iskandar Malaysia yang didakwanya masih tidak memberi keutamaan kepada penduduk bandar raya ini.

2- The TMJ curtly told the delegation to leave politics to the politicians.

"The Malay Rulers are responsible for all Malaysians. The Chinese, the Indians and other non-Malays ... What about their survival and their rights? They are our citizens, too."

...................................

Dato'

Ini adalah antara dua petikan yang membawa 1001 erti untuk ditafsir bersama.

1- Kenapa begitu dungu dan lambatnya Shahrir terfikir segala kemungkinan tersebut, alangkah baiknya jika dia terikir sebelum koridor itu dilaksanakan sedangkan pada masa itu rakyat sebenarnya menentang dan dia di antara yang mempertahankannnya.

Saya cuma merasakan ungkapan itu dilahirkan Shahrir kerana dia berada di satu majlis yang sudah pasti akan 'dibelasah' habis habisan, jadi sebelum kena, elok dia buat pengakuan sedemikian meredakan kemarahan.

Dan ungkapan itu juga adalah 'rasuah' politik untuk membeli undi ahli UMNO untuk ke satu jawatan idamannya. Shahrir memang terkenal menjadi ahli UMNO semula melalui pintu belakang dan minta ehsan.

2. Akibat melepaskan politik kepada orang politik, Pulau Batu Putih yang dahulunya dibawah jajahan DYM Sultan Johor kini terlepas kepada Singapura.

kluangman said...

Isu pengumuman mengejut (sebenarnya tidaklah terkejutpun sangat) Rafidah akan memberi laluan kepada Sharizat pertengahan 2009 menimbulkan beberapa tandatanya tentang situasi sebenar. Dolah kata terkejut tetapi setuju kerana Sharizat kata peralihan macam itu ok, tetapi Sharizat pula kata dia setuju setelah mendengat nasihat Dolah. Sipa pengruhi siapa sebenarnya ???
Kata Shahrizat: ''Tadi Presiden parti dah kata kepada saya bahawa elok terimalah, apa pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri demi perpaduan dan kesinambungan Wanita UMNO.
''Ini selaras dengan tradisi parti dan saya tidak akan ingkar. Saya percaya bahawa Exco dan pihak-pihak di akar umbi pun akan dengar nasihat Presiden parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berkenaan.
Kata Dolah: ''Saya berkesempatan bercakap dengan Naib Ketua Wanita dan telah pun mendapat kepastian. Dia (Shahrizat) telah mengatakan kepada saya, ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan daripada apa-apa yang tidak baik berlaku," katanya

Bagaimanapun dalam Wanita, tidaklah semuanya ‘yes’ woman, masih ada yang mampu membei pandangan bernas demi memperlihatkan Wanita tidak tolol..
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar, Jainab Ahmad ,Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh, Abaidah Zainuddin yang bersetuju dengan Jainab berkata, peralihan kuasa yang lebih teratur ( disember 2008 ) perlu dilakukan supaya ia tidak menganggu tugas pergerakan itu.. Ketua Wanita Bahagian Batu, Maimunah Alwi turut bersetuju bahawa penyerahan kepimpinan kepada Shahrizat perlu dilakukan lebih awal daripada tarikh yang diumumkan Rafidah itu.

Pelan peralihan kuasa Rafidah sebenarnya pelan ciplak Dolah dalam pealihan kuasa, cuma masa yang berbeza, tetapi semuanya demi mengelakkan ditentang dan di kalahkan. Daripada menanggung malu, eloklah cuba memprlihatkan kemuliaan dengan kononnya peralihan kuasa.

Jika budaya ini mahu dilagu dan diteruskan, maka UMNO akan menjadi begitu beku dan statik di masa akan datang kerana ia bukan hanya melibatkan peralihan kuasa, tetapi tidak ada peralihan atau kemunculan idea kepimpinan yang baru. Jika rakyat akan dihidangkan menu yang hampir sama pada setiap masa maka sudah pasti rakyat akan mula beralih ke kedai ‘mamak’ atau ‘kopitiam’ yang lain pulak.