Tuesday, August 12, 2008

SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Saya tidak sekali-kali berhasrat membabitkan diri dalam kontroversi forum anjuran Bar Council beberapa hari yang lalu. Bagaimanapun, saya ulang siar di sini tiga postings saya dalam kuda-kepang pada hujung 2007 di mana maksudnya adalah jelas dan terang. – Ruhanie Ahmad

Saturday, June 2, 2007
ISLAM TAK MENGATASI PERLEMBAGAAN?
[ISLAM IS NOT ABOVE CONSTITUTION?]

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini seolah-olah berhadapan dengan satu masalah serius berbangkit daripada kenyataannya sendiri mengenai agama Islam di negara ini yang dibuat dalam satu sidang akhbar pada 31 Mei 2007.

Akhbar The Sun terbitan 1 Jun 2007, dengan jodol Islam Not Above The Constitution, Says PM, memetik Datuk Seri Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy's appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - The Sun, June 1, 2007

http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18093

Agensi Berita Nasional, Bernama 31 Mei 2007 pula memetik beliau dengan kenyataan berikut:

Abdullah also dismissed a suggestion from a foreign journalist that Islamic law was now above the Federal Constitution in the country.

"There is no such thing (of Islamic law being above the Federal Constitution). The Federal Constitution is the Federal Constitution. There is a set of laws we have to follow. It is something that we have to follow, that's all," he said. - Bernama, May 31, 2007, www.bernama.com

Akhbar Utusan Malaysia 1 Jun 2007 pula memetik beliau dengan kata-kata seperti berikut:

Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. - Utusan Malaysia, 1 Jun 2007.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Kenyataan Datuk Seri Abdullah dalam The Sun membawa maksud bahawa Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Muhamad “is not above the Federal Constitution.”

Kenyataannya dalam Bernama memberikan tafsiran bahawa beliau menafikan yang “Islamic law being above the Federal Constitution.”

Kenyataannya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pula memberikan tafsiran bahawa beliau menyangkal “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan.”

Kenyataan Datuk Seri Abdullah yang telah dipetik oleh The Sun adalah sangat mengelirukan, berbahaya dan boleh mengundang implikasi negatif daripada segolongan umat Islam di negara ini.

Kenyataan beliau yang dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia yang menyangkal bahawa “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Prsekutuan” juga boleh mendatangkan pelbagai takrifan.

Saya tidak berhak untuk mengulas lebih daripada apa yang saya nyatakan seperti di atas. Tetapi, sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya berhak meminta Datuk Seri Abdullah untuk menyatakan benarkah beliau berkata “Islam is not above the Federal Constitution.” ?

Jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua, terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.

Kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan. – Ruhanie Ahmad, Posted by kudakepang at 11:27 PM

Sunday, June 3, 2007
PM DAN PENASIHAT ISLAM DI JPM
MESTILAH PERBETULKAN KENYATAAN
“ISLAM IS NOT ABOVE CONSTITUTION”

Kali ini saya memilih untuk menjawab komen Saudara Hamizi, Saudara Ariff dan surfer yang menggunakan nama samaran Pesanan, dengan scara terbuka – tidak hanya terhad di ruang komentar semata-mata.

Terlebih dulu saya ucapkan berbanyak terima kasih. Keduanya, izinkan saya nyatakan di sini bahawa apa yang telah saya paparkan dalam blog ini - www.kuda-kepang.blogspot.com - dengan tajuk Islam Tak Mengatasi Perlembagaan?, atau Islam Is Not Above Constitution?, adalah satu usaha yang positif.

Apa yang saya paparkan dalam tulisan itu - mengenai kenyataan PM yang dipetik oleh akhbar the Sun adalah serius. Saya katakan serius kerana bagaimanakah PM boleh mengatakan dalam akhbar The Sun bahawa "Islam is not above the Federal Constitution"?

Saya amat musykil terhadap kenyataan ini kerana Islam adalah agama Allah. Islam mengatasi seluruh undang-undang yang diperbuat oleh umat manusia!!!

Mungkin PM hanya mahu mengatakan seperti yang dilaporkan oleh Bernama dan Utusan Malaysia bahawa "Islamic (syariah) laws are not above constitution" atau “undang-undang Islam (syariah) tidak mengatasi perlembagaan.”

Kalau itulah yang sebenarnya dimaksudkan oleh PM, kenyataan itu pun agak mengelirukan kerana sestengah pihak yang jahil pastinya tidak dapat membezakan hukum Islam yang ditentukan oleh Allah dengan undang-undang syarie yang digubal oleh manusia berasaskan Quran dan hadis!

Saya lebih terdorong untuk mempercayai bahawa yang dimaksudkan oleh PM adalah undang-undang syariah tidak mengatasi perlembagaan.

Kalau inilah hakikatnya, pegawai-pegawai PM dan penasihat agama Islam di JPM mestilah membuat pembetulan dengan seberapa segera, tepat dan jelas terhadap kenyataan PM yang dilaporkan oleh akhbar The Sun bahawa “Islam is not above the Federal Constitution.”

Sebab itulah saya merayu dengan kata-kata: “jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua” akan apa yang dilaporkan oleh The Sun itu supaya pembetulan dapat dibuat dengan sewajarnya, “terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.”

Sebab itulah juga saya nyatakan bahawa “kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan.”

Jadi, salahkah saya membuat saranan seperti di atas? Salahkah saya bertindak menerusi blog ini supaya kenyataan PM yang sangat-sangat menglirukan itu dikoreksi dengan seberapa segera?

Salahkah saya katakan bahawa kalau tidak diperbetulkan segera, kenyataan PM itu boleh membawa implikasi serius? Kalau kenyataan itu tidak diperbetulkan, apa akan jadi kepada Islam yang diberikan status agama rasmi dalam perlembagaan negara kita ini?

Fikirkanlah dengan tenang. Sama-samalah kita berdoa semoga PM, Penasihat Islam PM Di JPM, serta seluruh pegawainya yang bijak laksana akan menerima teguran ini dengan hati terbuka demi kepentingan bersama. Sama-samalah juga kita berharap semoga satu pembetulan yang sewajarnya dibuat dengan segera. – Ruhanie Ahmad, Posted by kudakepang at 6:06 PM

Friday, September 14, 2007
SATU RENUNGAN DI AWAL RAMADHAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah dipetik oleh Channel News Asia – sebuah agensi berita berpangkalan di Singapura – sebagai berkata pada 12 September 2007, bahawa umat Islam Malaysia yang berhasrat meninggalkan agama tersebut perlu diberikan kaunseling oleh pihak-pihak berkuasa agama, dan, sekiranya mereka terus memilih untuk keluar daripada agama Islam, mereka perlu diizinkan berbuat demikian.

Menurut agensi berita itu, Abdullah kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan beliau dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.

Cuba kita rasionalkan, mengapakah agensi berita terbabit menyatakan yang Abdullah membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadinya sendiri? Apakah ini bermaksud bahawa pendirian rasmi Abdullah adalah berbeza daripada pendirian peribadinya? Mengapakah Abdullah membuat kenyataan itu sempena awal Ramadhan? Mengapakah jadi begini? Apa sudah jadi? - Untuk membaca posting sepenuhnya, sila layari blog puteramaya di link: http://puteramalaysia.blogspot.com

9 comments:

Nasionalis said...

Sacriligeous and blasphemous!

How could he word it in such manner??????

Unknown said...

apa yang ingin disampaikan oleh penulis artikel ini ada benarnya.

mengenai The Sun,eloklah la kita membuat andaian positif bahawa itu adalah salah faham.maksud saya mungkin the sun keliru antara undang-undang Islam dan syariah.saya percaya PM tidak akan membuat kenyataan yang menyatakan “ISLAM IS NOT ABOVE CONSTITUTION”.

Unknown said...

Salam Dato'

Saya harap yang silap ialah laporan akhbar itu. Jika yang silap adalah PM, susah nanti.

Kalau salah akhbar, kita boleh ambil tindakan. Kalau salah PM, siapa yang akan ambil tindakan?

Gagak di Rimba said...

Di negara kita sekarang Perlembagaan memang merupakan undang-undang yang tertinggi. Undang-undang Islam (termasuk hudud dsb) memang tidak boleh dilaksanakan sebelum Perlembagaan itu dipinda. Itu agaknya maksud Islam tidak berada di atas Perlembagaan.

Hj.Mat said...

Pak Lah dah lupa apa yang dia kata
mungkin semasa pegawai memberi taklimat padanya dia tidurrrr itulah
sebab nya.
Bagi saya undang-undang lslam adalah paling diatas daripada segalanya kerana ialah adalah undang-undang ciptaan Allah.
Sekian terima kaseh.

Unknown said...

Akbar The Sun disini agak keliru dan cuba mengaitkan undang-undang islam dengan undang-undang ersekutuan malaysia. Disini harus saya menyatakan bahawa undang-undang syariah itu sendiri adalah undang-undang islam.

Berdasarkan keadaan kestidakstabilan politik di negara kita, ada pihak yang cuba mengambil peluang ini untuk menyemarakkan isu p0erkauman agar timbul perbalahan sesama rakyat malaysia. Itu yang dimasukkan oleh AAB. Maka tindakan forum sebegini bukanlah cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan pada masa kini, malah takut akan menimbulkan lebih kekecohan di antara kita.

Khairulnizam Bakeri said...

Tidak ada Muslim yang boleh menafikan bahawa undang-undang tertimggi di bumi ialah hukum Allah s.w.t. Itu qat'i dan tidak boleh ditukar ubah.

Pun begitu, hal berbeza perlu dicerna dalam membincangkan struktur perundangan Malaysia warisan Westminster yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Pahit tapi benar. Kesilapan Ayahanda Abdullah ialah beliau sendiri kelihatan terkebil-kebil membezakan situasi di atas dalam menyeimbangkan dacing pandangan rakyat Islam, bukan Islam, populariti kerajaan, dan kantuknya yang luar biasa.

Jiwa Merdeka said...

Sebagai orang Islam kita semua mengakui undang-undang Islam ialah undang-undang yang tertinggi, dan mengatasi semua undang-undang lain (termasuk Perlembagaan Negara).

Akan tetapi, undang-undang Islam yang dikatakan "undang-undang tertinggi" itu tidak dapat dilaksanakan jika ia tidak dijadikan perlembagaan negara, atau tidak dimasukkan (?) dalam perlembagaan negara.

Untuk melaksanakan undang-undang Islam itu, perlembagaan negara kita mesti dipinda atau dibuat perlembagaan baru yang selaras dengan undang-undang Islam.

Sekiranya perlembagaan yang ada sekarang tidak dipinda, atau tidak digubal satu perlembagaan baru yang selaras dengan undang-undang Islam, selama itulah perlembagaan yang sedia ada merupakan undang=undang yang tertinggi, dan Islam atau undang-undang Islam memang terletak "di bawah" atau "di luar"(?) perlembagaan tersebut.

Tayadih Maysia said...

SIAPA PENGKHIANAT AGAMA YANG SEBENAR? TAK HAIRAN...SEBAB TENGOKLAH CARA HIDUP DIA ANAK BERANAK...KESIAN DATUK MOYANGNYA YANG MEMPERJUANG MENEGAKKAN AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU!!!FLIP FLOP DAH NAK JADI KAMAL ARTARTURK!