Wednesday, August 27, 2008

ANWAR MULAKAN TUGAS KETUA PEMBANGKANG ESOK

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat esok.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

ANWAR IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ANGGOTA PARLIMEN ESOK

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

10 comments:

sukj said...

Salam Datuk,

1. Saya tak sabar lagi nak tengok DSAI melangkah masuk ke Parlimen esok.

2. Biar Datuk Seri Anwar Ibrahim beri tunjuk ajar kepada Pak Lah macam mana nak jadi Perdana Menteri.

3. Biar Datuk Seri Anwar Ibrahim beri kursus kepada Datuk Najib macam mana nak jadi seorang Timbalan Perdana Menteri.

http://suarasukj.blogspot.com

Nostradamus said...

Karamnya “Titanic”(BN) di Malaysia? (Tayangan baru bermula!)
----------------------------------

Titanic (BN) Malaysia dianggap tidak boleh tenggelam semasa dilancarkan dahulu. Sungguhpun terlanggar tungkul air batu pada 8 Mac 2008, ia masih sukar dipercayai bahawa ia akan tenggelam. Apabila segala usaha untuk menyelamatkan kapal didapati sia-sia, Kaptennya (DSAB) berdiri bersendirian menunggu qadar dengan muka penuh dukacita. Dia masih berharap Carpentier atau lain-lain kapal berhampiran akan datang menyelamatkan penumpang-penumpangnya. Amatlah sedih ketika itu, melihat Kaptennya menembak beberapa mercun penyelamat untuk memberi isyarat kepada Carpentier tetapi Kapten Carpentier (DSNTR) masih tidak yakin Titanic dalam keadaan kecemasan.

Dalam tayangannya, ada babak percintaan antara Leonardo DiCaprio (DSAI) dan Kate Winslet Azizah). Azizah enggan meninggalkan kekasihnya walaupun terdapat beberapa kejadian yang memungkinnya meninggal kekasihnya dan menyelamatkan diri. Dia memegang kuat kepada harapan agar kedua-dua mereka akan dapat mengharungi bencana yang ditimpa dan akan diselamatkan dari tragedi tersebut. Kedua-dua mereka melalui seksaan mental dan emosional dan diakhirnya tinggal Azizah sahaja yang bercerita berkenaan seorang seorang lelaki yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan beliau.

Tentang anak-anak kapal Titanic (Little Napoleons) yang menguruskan kapal dan sahabat-sahabat mereka yang kaya dan berwatak korporat, adakah anda nampak muka-muka cemas mereka semasa kapal sedang tenggelam? Ramai antara mereka berebut-rebut menyelamatkan diri untuk meninggalkan kapal dan antara mereka yang kaya-raya, baru tersedar bahawa wang tidak dapat membelikan segala-galanya termasuk satu tempat duduk diatas bot penyelamat untuk menyelamatkan diri (Hijrah TDM). Tetapi bukan semua yang berperangai bagitu. Ada beberapa di antara mereka (Napoleon) yang masih berani mempertahankan nama Titanic dan tayangannya menyambung semula.

Terdapat sepasang orang tua (MIC & PPP) yang terbaring di katil menunggu kapal tengelam yang ditinggalkan mereka oleh anak-anak muda dan tidak larat pula bergerak menyelamatkan diri. Terdapat juga pemain-pemain muzik (MCA, PBB, LDP, PBRS, PRS, SAPP, SPDP, SUPP, UPKO) yang masih memainkan lagu-lagu kapal Titanic, demikianlah sayangnya mereka kepada muzik Titanic. Juga terdapat anak-anak kapal (GERAKAN) yang masih bekerja di bahagian bawah kapal yang cuba menutup kebocoran tetapi akhirnya mati dengan menganggap diri mereka wira tampa mengetahui kapal sudah tidak dapat diselamatkan dengan hanya menutup kebocoran kapal.

Adakah anda ketahui siapakah Direktor tayangan Titanic (BN)? James Cameron (TDM).

Adakah anda ketahui siapakah penulis skrip? Masih TDM.

Adakah anda ketahui tayangan ini dipernunjukan serata dunia?

Adakah anda ketahui Malaysia mempunyai ramai pelakon-pelakon lelaki dan wanita dan pembantu-pembantu seniman dan seniwati.

Tak apalah, ia cuma sebuah tayangan. Tayangan sebenar baru bermula.

http://patek1472.wordpress.com

anakbuah said...

Bro sukj,

Emmm...saya pun sama, tak sabar nak tengok Anwar ajar mereka2 yg bodoh-sombong ni.

Malang saya jauh, kalau tak nak juga tengok sendiri kat Parlimen, sure menarik!

Anakbuah.

sangkakala said...

Salam,

Baguslah, kalau Anwar memulakan tugasnya sebagai ketua pembangkang mulai esok.

Sebelum ini ada berita yang mengatakan bahawa upacara mengangkat sumpah ahli parlimen baru tidak perlu disegerakan.

Mujurlah tidak berlaku begitu. Kalau berlaku begitu, tentu tindakan kerajaan akan dipersoalkan, kerana seolah-olah ada usaha untuk menghalang Anwar dari menjalankan tugasnya.

MoneyMatters said...

Salam Dato'

Salam bersambut di antara AAB dan DSAI

Kita tgk sapa yg kena nanti

Semoga DSAI berjaya menjalankan tgjwbnya dgn baik. Daripada rakyat untuk rakyat.

donmny said...

TUAN

1. rasanya apa yang berlaku dalam UMNO hari ni bukanlah disebabkan AAB semata-mata. ianya sekadar menifestasi kelangsungan SISTEM yang diamalkan umno.

2. selagi SISTEM yang diamalkan umno dalam memilih pemimpinnya tidak dirombak dan diubah, jangan harap masalah umno akan selesai.

3. SISTEM yang dimaksudkan adalah SISTEM yang diperingkat akar umbi iaitu dalam memilih pemimpin cawangan dan bahagian.

4. SISTEM yang diamalkan sekarang memilih 'jaguh kedai kopi' sebagai pemimpin. seterusnya mereka inilah yang akan bergerak menjadi pemimpin atasan.

5. cerdik pandai melayu terutamanya pegawai kerajaan kumpulan A, pensyarah,(sekadar contoh) dihalang memasuki politik.

6. sepatutnya bukan sahaja tidak dihalang, malah dirangsang dengan pelbagai insentif untuk menjadi 'think tank' kepada umno.

7. SISTEM yang diamalkan sekarang memilih orang melayu yang tidak cerdik berfikir (kalaupun bukan bodoh) tetapi pandai bercakap sebagai pemimpin.

8. kesannya bersifat jangka panjang yang hasilnya dapat dilihat sekarang.

9. alangkh ruginya orang melayu mempunyai pemimpin yang tidak cerdik, sedangkan diluar sana ramai yang layak.

10. lihatlah singapura (sekadar bandingan) dalam memilih pemimpin mereka. mestilah bijak walaupun kebolehannya berpidato lemah.

11. 'jaguh kedai kopi' ini memang sangat sesuai diawal kemerdekaan, kerana rata-ratanya rakyat masih tidak berpendidikan pd waktu itu.

12. zaman sudah berubah, umno masih tidak sedar kerana pemimpin 'kedai kopi'nya tidak tahupun.

BENGGAP.LAH said...

Datok Ron

Esok Dato Seri Anwar masuk Parliament, kita akan semua tengok muka Pak Lah dan Pak Najib cair macam ais di-balik di jalanraya ChowKit Road.

Harap harap kedua-dua pemimpin golongan mangkok ini tidak dapat Heart Attack dan bergegas ke Hospital KL untuk sodomy charge dan angkat sumpah kerana sodomy oleh Hantu Altantunya kalau tidak si Hantu-Hantu Ghost Festival dari Nilai Memorial Park.

Alangkah benggap nya segelintir orang-orang melayu sanggup mengadai kan masa-hadapan mereka bergantung kepada pemimpin mangkok lagi toye bernama Pak Lah dan Pak Najib.

Dato Seri Anwar adalah contoh terbaik Melayu Glokal dan Melayu Global di masa dan abad ini.

Alhamdullillah, ada lagi umat Melayu yang gagah menerajui Malaysia. Biar lah Pak Lah dan Pak Najib menjadi sekuriti guard di Ikano Power Station yang masih kekurangan umat Melayu untuk memenuhi koata perkerjaan tempatan.

Ibnu Ahmad said...

Salam Datok dan Orang BBB
Saya menulis dari Helsinki untuk mengucapkan tahniah kepada pengundi PP yng sudah menjalankan tugas dengan baik dan matang sekali. Matang bukanlah bermakna mengundi pembankang atau sebaliknya, tetapi kerana menjalankan tugas dan amanah sebagai warganegara. Semua tamadun di dunia sudah dan akan runtuh kalau tidak dijaga, contoh rome, parsi, firaun dan lain2 maharaja china, eropah dan amerika latin. Apalah sangat UMNO yang serba serbi tidak sempurna. Go back one step.. kehancuran UMNO bermula dari perlagaan Tun Mahathir dan Ku Li kemudian Tun Mahathir dan Anwar.. so siapa petualang UMNO?..

Salam dari Latinen Brahnenkatu Suomi Helsinki..

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

Lepas ini kita tengok gelagat MP dan Menteri yang mulutnya celupar mengutuk dan mengfitnah DSAI. Ada berani ka?

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

ARIF TEWAS DI DUN SENDIRI!!!

"Pilihan raya kali ini jumlah majoriti DS Anwar lebih besar dari jumlah undi yang diterima oleh Arif Shah.

DUN Seberang Jaya diwakili Arif Shah manakala Penanti diwakili pemimpin PKR dan Permatang Pasir pula wakil PAS. Di bawah ini adalah undi mengikut DUN. Mari kita lihat siapa yang kena?
DUN Penanti undi menyumbangkan kepada DS Anwar 8,054 undi, Arif Shah (4,229) dan Hanafi (27).

DUN Permatang Pasir, DS Anwar mendapat 12,034 undi, Arif Shah (4,381) dan Hanafi (26).

Di DUN Seberang Jaya, DS Anwar memperoleh 11,084 undi, Arif Shah (6,345) dan Hanafi (36). UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, ARIF SHAH IALAH ADUN Seberang Jaya.

Beliau tewas dengan majoriti 4,739 di DUNnya sendiri. Sepatutnya beliau menang di kubu beliau. Lepas ni Arif Shah kena fikir untuk cari kerja lain selepas PRU akan datang. Bolehlah tinjau mana-mana kawasan perumahan untuk beliau jadi agen surat khabar lama.

Kunjungilah www.najwasuhaimi.blogspot.com"

CUT N PASTE