Thursday, August 07, 2008

AKUAN BERSUMPAH OLEH DOKTOR DI PUSRAWI

Ruangan The Corridors Of Power dalam portal berita internet Malaysia Today hari ini menyiarkan satu akuan bersumpah oleh seorang doktor yang berkhidmat di PUSRAWI Kuala Lumpur.

Baca ruangan ini sepenuhnya di sini:

9 comments:

Ibnu Ahmad said...

Ybga Datok

Salam kepada semua

Saya bukanlah mahu percaya tetapi masa sentiasa mengambarkan suasana yang tidak menyenangkan sekali menjadikan saya percaya. Sebagai seorang anak kepada tentera zaman British melawan komunis ayahanda (arwah) selalu bercerita pahit maung menjadi seorang pengaman dan di hormati oleh masyarakat. Bagi saya pasukan polis pelu kepada satu penyusunan semula. Saya melihat pasukan polis amat teruk moral dan imej sejak kebelakangan ini. Pelbagai kes mencemarkan maruah dan kehormatan polis. Pasukan polis teruk (mungkin) disebabkan Menteri Dalam Negeri semenjak zaman Tun Mahathir di pegang oleh orang yang sama iaitu PM. Zaman DS Abdullah dipegang oleh Syd Hamid, tetapi tidak nampak kemampuan untuk menyusun semula dan meninggikan maruah polis. Bertukar ganti KPN masih jugak kabur maruah polis masih jauh buruk!. Dari kehilagan dadah 1juta di JB, kematian tahanan, jual urine, rogol dalam lokap dan yang terkini adalah intimidasi pasukan polis kepada Dr.Osman di Pusrawi. Apakah pemimpin politik didak merasa aib? Kalau kita singgah di UAE, Khartoum, Pakistan, dan sekiat Middle East pasti orang akan bertanya apa sebebnarnya cerita Saudara Anwar! Mereka jugak ragu kesabitan Anwar dan concern apa yang berlaku.

BAgi saya penyusunan polis hanya akan berkesan jika ada pertukaran kerajaan baru.

Apakah kita mahu dianggapkan polis bukan pengaman tapi penggangu!.

sangkakala said...

Pengakuan bersumpah doktor berkenaan sangat menarik perhatian.
Saya harap kebenaran akan terbukti dan dapat dibuktikan.
Saya kagum dengan kesanggupan beliau menghadapi pelbagai tekanan,termasuk daripada pihak polis, demi menegakkan kebenaran.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

...saya kagum/hormat dengan pendirian dr. ini. Beliau ada pendirian, takut akan dosa menganiayai orang lain, dan yang penting takut akan balasan Allah di akhirat kelak...kita bagaimana?

...saya tak terkejut kalau orang UMNO hardcore masih boleh berdalih dalam hal ini...dulu, kini, dan selamanya ditipu dan menipu diri sendiri...

Jeffri said...

Dah terlalu banyak perakuan sumpah sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang agak sukar untuk dipercayai. Sekali ia disalahgunakan, maka selepas itu, adalah sukar untuk dipercayai untuk kali yang seterusnya. Ada sesetengah pihak yang menganggap ianya tidak mempunyai apa-apa makna. Ia hanya seolah-olah 'luahan' yang disampaikan melalui sehelai kertas yang bernilai beberapa RM..

Jeffri said...

SD dijadikan alat penyelamat bagi pihak-pihak yang terdesak yang ingin menyelamatkan diri sehingga sanggup berbohong...Ishh Ishh...

aimanalbakri said...

DSAI akan menjadi pemimpin besar sedikit hari lagi. Disebabkan beliau akan membawa perubahan besar kepada Negara dan Umat apabila tiba masanya nanti maka ujian yang dilalui dalam menuju kepuncak kedudukannya juga sudah pasti besar jua. Sama jugalah halangan dan tribulasi perjuangan yang dihadapi para Nabi dan Rasul. Memang beliau telahpun membina sejarah perubahan massa sejak dari zaman muda beliau lagi. Pada pandangan saya, Malaysia akan menghadapi zaman kegemilangan tersendiri di zaman DSAI. Kegemilangan serupa pernah dialami di zaman Tunku Abdul Rahman. Selepas DSAI tidak mungkin kita akan menemui pemimpin lain sehebat DSAI dalam masa terdekat. Wallahu aklam.

MMcrossings said...

SD ni macam tak konsisten.

Katanya "flee" country. Dari siapa? polis?
Dan sekarang dah kembali pula. flee atau tidak flee?
Kalau benar dia adalah risiko kepada Polis, sudah tentu dia di tahan imigresen sebaik sahaja dia kembali ke Malaysia

Dalam nota perubatan yang tersebar, tidak ada dinotakan pemeriksaan proctoscope dilakukan, sedangkan ini adalah maklumat significant yang perlu direkodkan. Adakah ini percubaan untuk "enhanced" nota perubatan yang tidak konklusif.

Nota perubatan tersebut sebenarnya tidak konklusif dengan tulisan nota "to rule out sodomy" yang bermakna pemeriksaan berkaitan perlu dijalankan untuk memastikan tiada sodomi berlaku.

Kena harus faham "grammar" yang di gunakan, dan berbeza jika di tulis "sodomy has been ruled out".

Sukar juga untuk mempercayai RPK yang sebelum ini mendakwa Dr Osman telah di tahan ( detained ) selama 3 hari oleh polis. Ini telah dinafikan Polis dan dengan terang tidak terkandung dalam SD terbaru.

Adakah ini cubaan terdesak RPK /Anwar menyebar SD untuk mengubah persepsi orang ramai. Kes akan berlangsung di mahkamah dan ini tidak perlu.

Biar mahkamah menentukan dengan bukti yang akn diketengahkan.

lamandau said...

Inilah sala satu taktik untuk bukan sahaja mengeliru rakyat dan penyiasat tetapi juga mahkamah!!! Ada orang yang tega mengada-adakan sesuatu untuk mendapati simpati rakyat, walau pun ia tahu itu suatu perbuatan yang amat keji. Mereka ini mengamalkan 'the end justify the means'. Apa lagi yang akan didedahkan untuk mengeliru rakyat, itu belum lagi jadi pemerintah!!!!

wham said...

Ybhg Datuk;

Setelah membaca Akuan Bersumpah Dr tersebut, ternyata ianya terlalu "perfect" dengan tujuan utama untuk melindungi DSAI. Dalam profesion saya sebagai peguam yang selalu menyaksikan tandatangan klien saya pada dokumen-dokumen bank dan surat akuan berkanun, saya mendapati tandatangan pada SD Dr tersebut besar kemungkinan telah ditiru. Ini pada pandangan saya, tandatngan tersebut diturunkan dengan tidak bersahaja dan dengan kawalan dan tekanan tulisan. Walaupun saya bukannya pakar, percayalah sekiranya analisis tandatangan pada Surat Akuan tersebut dianalisis oleh seorang pakar, ianya merupakan satu tandatangan palsu. Selain itu, tarikh awal Julai yang disebut pada Surat Akuan tersebut yang menyatakan polis ada menyoal beliau berkaitan kes Saiful, merupakan satu Kesilapan kerana Saiful diperiksa Dr tersebut pada akhir Julai. Jadi bagaimana polis boleh menyoal Dr tersebut pd awal Julai sedangkan Saiful hanya diperiksanya pada akhir Julai? Fikir-fikirkan.