Tuesday, August 12, 2008

UMNO CHERAS MINTA ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR 11 Ogos – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang hanya berdiam diri berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

"Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.

"Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

10 comments:

Berita dari gunung said...

Dato, kenapa kita persoalkan perihal Zaid berdiam diri dalam kemelut Bar Council baru-baru ini?

Saya cuma meneka bahawa Zaid akan terus diam dalam banyak hal lagi.

Tentu kita masih ingat bagaimana Zaid terjun dalam kabinet dengan gah sekali. Tiap-tiap hari ada sidang akhbar. Macam-macam isu.

Sampai ada menteri menegur "Itu pandangan peribadi Zaid, kabinet belum bincang lagi...."

Kita perlu tanya apakah mandat yang diberikan kepada Zaid oleh Abdullah. Saya jangka misi dan mandat untuk Zaid ialah untuk "mengusik" Tun Dr Mahathir sebanyak mungkin.

Dato, ada orang selesa belayar dalam ribut, tapi ada pula yang tak tahan, muntah, pening dan tertiarap.

Sekarang sudah ramai orang akan muntah. Mungkin tak ada yang sanggup mencuci lantai yang kotor dengan muntah. Semua sekarang mendongak ke Nakhoda kapal!

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati!

Arwah ayah kon pesan, jangan sesekali nak menegah buaya dari makan bangkai akhirnya buaya itu akan sembar kita dan makan kita bila kita jadi bangkai!

http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU

sukj said...

Salam Datuk,

1. Kita perlu faham antara 'Undang-undang' dan 'Kebebasan bersuara'?

2. Datuk Zaid Ibrahim bertanggong jawab kepada 'Undang-undang' negara.

3. Adakah beliau bertanggong jawab kepada Kebebasan Bersuara?

Gagak di Rimba said...

Salam,

Sikap Zaid yang mendiamkan diri memang bertentangan dengan sikap ramai (majoriti?) orang Melayu yang sudah "tidak sabar" lagi dengan provokasi yang dilakukan oleh Majlis Peguam.

Sekirannya Zaid tidak kisah atau bersetuju Majlis Peguam menganjurkan forum "memeluk Islam", dia sepatutnya "bersara" atau menyatakan pendapatnya.

Apabila beliau mendiamkan diri, orang ramai barangkali tidak perlu menghormati beliau,kerana mungkin ada yang mengangap bahawa beliau adalah seorang yang bacul!

MoneyMatters said...

Salam Dato'

Persetankan dgn Zaid. Yg penting sekali adalah Pak lah itu sendiri sebagai PM. Bukankah beliau sendiri yg mengatakan bahawa org Islam perlu diberi peluang untuk menukar agamanya?

Ini lebih bahaya....

Ismail N said...

Pada pendapat saya Dato, Zaid wajar dipecat kerana tindakannya yang membelakangkan prinsip & perjuangan sebenar parti. Orang yang patut memecatnya adalah orang melantiknya sebagai senator,Pak Lah. Namun tak hairan, semua tindakan beliau dipersetujui olek Pak Lah sendiri seperti yang dikatakan oleh berita dari gunung - perlantikannya cuma untuk mengusik TDM sahaja. - http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/

MUShi said...

Salam kepada Dato Ron..

Saya masih ingat seorang MP Kota baharu yang menyokong penubuhan IFC pada 2006. Jadi tidak hairan sekarang ini ia berdiam diri tanda sokongan kepada majlis peguam.

Lihat link salah satu link yang memaparkan berita tersebut
http://mkelana.wordpress.com/2006/09/12/zaid-ibrahim-sokong-ifc/

cmk said...

Salam Dato'

Malaysia tidak memerlukan pemimpin seperti Zaid ibnu Ibrahim.

Malaysia lebih memerlukan insan seperti Zaid ibnu Harithah.

peace said...

Apa yang sukj kata itu ada betulnya. Adakah zaid bertanggungjawab terhadap kebebasan bersuara? Semestinya beliau bertanggungjawab terhadap undang-undang negara.

Beliau pun mungkin agak bersetuju jugak dengan penganjuran forum sedemikian; ataupun tidak berani untuk memberi komen kerana khuatir silap memberi pandangan memandangkan isu ini melibatkan agama dan tidak harus dipandang remeh-temeh, kerana setiap pandangannya mungkin akan dipertikaikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang mungkin akan menggugat kredibiliti beliau sebagai seorang menteri.

Tunggu sampai tahap dah kritikal sangat, baru beliau akan mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap forum yang dianjurkan.

Mohd Afnan said...

Dato' Zaid harus bersuara sekurang-kurangnya menyuarakan pendapat tentang forum ini. Jangan hanya berdiam diri kerana ia mengundang pelbagai reaksi negatif daripada rakyat...Bila ada pandangan negatif secara automatik penyokong-penyokong pembangkang akan kaitkan isu ini dengan Pak Lah...