Saturday, August 02, 2008

MUHYIDDIN AKAN UMUM SAMA ADA PERTAHAN JAWATAN DALAM JANGKA MASA TERDEKAT

MUAR, 1 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat sama ada mempertahankan jawatan atau bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Disember ini.

"Tunggulah, saya akan mengumumkan keputusan ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir di sini, Jumaat.

Beberapa cawangan UMNO di seluruh negara yang mula bermesyuarat sejak dua minggu lepas telah mengusulkan agar beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden manakala cawangan Kampung Desa Jaya, Umno Bahagian Johor Baharu meluluskan usul yang mahukan Muhyiddin bertanding merebut jawatan Presiden Umno.

Muhyiddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh, berkata beliau sedang mendapatkan maklum balas daripada bahagian-bahagian UMNO sebelum membuat keputusan muktamad jawatan yang beliau bakal tandingi.

Terdahulu semasa berucap, beliau berkata anggota parti atau perwakilan seharusnya menjadikan pemimpin yang boleh memberi sumbangan kepada kerajaan dan parti sebagai kriteria utama pemilihan pemimpin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, turut meminta semua anggota parti memberi tumpuan kepada usaha memulihkan parti.

Katanya usaha mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang disegani dan dihormati serta membantu memulihkan kekuatan parti-parti komponen Barisan (BN) amat penting.

"Saya bimbang jika ini tidak dilakukan, kita bukan sahaja tewas pada pilihan raya umum ke-13, malahan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik buat selama-lamanya," tegas beliau. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=350054

7 comments:

kuganaz said...

Akum dato ronn..memang kerajaan dolah hapah pun tak berguna

CUCU TOK KEDU said...

Kepada DSMY ingin kon ingatkan begini: Sejauh mana UMNO nak dipulih selamatkan? Kerana beberapa perkara:
1) Ketidak ada kejujuran pemimpin memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair. Hanya melaba keuntungan untuk memperkayakan diri sendiri dan kroni.

2) Pemimpin tertinggi angkuh tidak mahu mendengar pendapat akar umbi.

3) Pemimpin tamak dengan kuasa dan pangkat yang ada.

4) Demi kuasa sanggup melakukan fitnah.

5) Mentadbir negara secara korup.

6) Berpolotik dengan menggunakan timbunan duit.

Jikalah DSMY berkesanggupan menghadapi segala ujian dari beberapa kerenah yang akan dibebankan kepada DSMY, maka amatlah dialu-alukan agar bertanding di jawatan No 1 UMNO sebagai jalan memulihkan semula perjuangan UMNO.

Tapi ingat! Ranjau sentiasa berada di depan perjuangan. Apakah DSMY mampu menghadapinya? Kerana yang ditentang tidak akan berdiam diri demi menjaga pangkat dan kuasa!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

sukj said...

Salam Datuk,

1. Saya minta Tan Sri Muhyiddin sembahyang 'Sunat Istiqharah' banyak-banyak.

2. Jawatan yang mana satu perlu beliau bertanding? Bertanding kerana Allah.

3. Seterusnya buat pengumuman untuk pengetahuan semua Ahli UMNO diseluruh negara. Ini kerana merekalah yang akan memilih Pemimpin mereka. Siapa menang dan siapa kalah Tuhan yang akan menentukan.

Syahir the Owl said...

Saya harap Tan Sri Muhyiddin mengorak langkah untuk bertanding jawatan Presiden UMNO! Ayuh!

Ibnu Ahmad said...

Dear Dato;
Krisi ketidakyakinan, Krisis ketamakan, krisis keras kepala, krisis syok sendiri itu sebenarnya berlaku. Akibatnya habis porak peranda, simpang siur dan lintang pukang. Nak salahkan siapa? Macamana nak bersihkan. Kalu dulu Anwar pernah kata UMNO dah tak boleh di baiki - korup! Ramai yang tak setuju. Bila Tun Mahathir kata begitu ramai yang marah. Tapi kedua ini semua pernah memimpin umno dan menjadi hebat dan gah .. sukar bagi kita nak nafikan. Tapi apa pilihan yang umno ada? Kalu dulu Ku Li syorka ada EGM ramai tak setuju. Bagi saya Pak Lah kalupun nak banding dengan Ku Li dan Anwar macam langit dengan bumi!. Kebanyakan semua pemimpin umno sudah tercalar dalam lipatan sejarah jatuh bangun politik. Hanya yang tinggal boleh dikatakan TS Muhyidin tapi apa daya kalau tiada penyokong!. Dalam pengamatan saya TSM belum pernah bertembung dengan Anwar ini satu kelebihan. Ingat wajah dan aura Anwar masih ada dalam umno. Jangan berlengah lagi buatlah kejutan penuh dengan keberanian kalu TSM lawan Najib takdirkan kalah maka batu nesan tetap di anugerahkan jadi lebihlah baik cari pasangan sejati TSM face DS Abdullah dan kawan sejati lawan Najib. Kedua2 ini sudah ada sejarah hitam tercalar dan sukar di sucikan (bukan soal benar tidaknya) kerana pemimpin mesti bersih dan kelihatan bersih. Jenguk2lah blog saya http://www.kacangbatu.blogspot.com

Utoh Kiwa said...

Kita agaknya miskin pemimpin yang baik dan berkalibar. Jadi walau apun kelemahan TSM, banyak juga orang yang berharap kepada beliau untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Mas said...

Dato
I left a note in your email with attachment of a complete USUL that i prepared for my Cawangan and Wanita. The USUL was approved by Wanita Cawangan to be discussed in the Wanita Bahagian Meeting but Cawangan meeting was postpone to 13 August due to lack of corum.

Saya faham kenapa TSMY akhirnya cuma akan mempertahankan jawatan Naib Presiden. Tekanan adalah terlalu kuat dari dolah. UMNO kini seolah-olah parti dolah badawi dan anak-anak. Kalau kita tentang atau cuba mencadangkan orang lain, kita seolah-olah menderhaka dan dianggap musuh. Jujur saya katakan, UMNO akan hancur. Tamak haloba kerana harta dan pangkat menyebabkan yang di atas sanggup melakukan apa sahaja. Apa lagi apabila terdapat mastermind dan sokongan asing.