Tuesday, August 19, 2008

PRK PERMATANG PAUH MENGUJI WIBAWA BN DAN PR DI ERA PASCA PRU 12

Ruhanie Ahmad

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh amat menarik, sungguh penting dan cukup signifiken untuk diikuti oleh majoriti rakyat Malaysia dan segolongan komuniti dunia. Keputusannya akan menjadi indikator, pengukur dan petanda kepada pelbagai perkembangan siasah Malaysia di era pasca PRU 12. Ia juga akan memuktamadkan seluruh persoalan membabitkan kepimpinan tanahair di hari-hari mendatang.

PRK Permatang Pauh adalah pilihan raya yang pertama sesudah Barisan Nasional (BN) dilanda tsunami politik; kehilangan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; dan memperolehi majoriti yang tipis di peringkat Parlimen menerusi PRU 12 kira-kira lima bulan yang lalu.

PRK ini juga diadakan sewaktu kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan berada dalam keadaan yang cukup lemah; populariti Abdullah dikatakan berada pada tahap yang amat rendah; BN masih lagi berusaha keras memulihkan kegagahannya; UMNO sedang dilanda krisis kepimpinan; rakyat jelata sedang dibelenggu kenaikan kos sara hidup akibat kebaikan harga minyak di pasaran global; dan segelintir pihak tertentu sedang mempertikaikan beberapa perkara strategik dan sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seorang daripada tiga calon PRK ini pula adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah mewakili Parlimen Permatang Pauh berpuluh tahun lamanya atas tiket BN. Sewaktu Anwar dalam penjara, Datin Seri Wan Azizah Ismail, isteri Anwar, memenangi kerusi parlimen ini atas tiket PKR menerusi PRU 10 dan PRU 11. Dalam PRU 12, Azizah terus mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang besar.

Insan Malang

Baru-baru ini, Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh dengan harapan Anwar dapat memenanginya semula dalam PRK kali ini atas tiket PKR, mungkin untuk merealisasikan pelbagai agenda PKR dan Pakatan Rakyat (PR), termasuklah ura-ura PR mahu menubuhkan kerajaan pusat menjelang September 2008.

Bagaimanapun, Anwar hari ini adalah insan yang amat malang. Beliau diselubungi pelbagai kontroversi yang kelihatan muncul secara fokus dan bertubi-tubi. Perkembangan ini menyebabkan Anwar sendiri mendakwa yang dirinya sedang menjadi mangsa suatu konspirasi politik yang amat terancang.

Terbaru sekali, Anwar pula dijebak dengan satu tuduhan yang amat sensasi. Akibatnya, Anwar pun diheret ke mahkamah atas tuduhan tersebut. Tetapi, beliau mengaku tidak bersalah dan diizinkan diikat jamin.

Seluruh realiti dan perkembangan di atas melatarbelakangi PRK Permatang Pauh. Oleh itu, pastinya realiti dan perkembangan berkenaan akan dinilai dan dirincikan oleh para pengundi yang partisan atau pengundi atas pagar di Permatang Pauh. Hasil penilaian dan perincian inilah yang akan menentukan siapa yang akan menang dan siapa pula yang akan kecundang. Ia juga menyukarkan semua pihak membuat bacaan awal terhadap keputusan PRK berkenaan.

Ledakan Tsunami

Walaupun demikian, keputusan PRK Permatang Pauh pasti akan jadi indikator, pengukur, penentu dan jawapan kepada pelbagai andaian, ramalan dan persoalan, termasuklah seperti berikut:

· Adakah tsunami politik yang melanda BN dalam PRU ke-12 akan terus meledak?

· Sejauh manakah perkongsian kuasa PR di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor diterima oleh rakyat Malaysia di era pasca PRU ke-12?

· Mampukah Anwar merintis jalan pulang ke Putrajaya menerusi pletfom PR?

· Sekukuh manakah permuafakatan dan sekarab manakah kesetiakawanan yang wujud di kalangan seluruh parti komponen BN dan komponen PR di era pasca PRU ke-12?

· Sejauh manakah tahap penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah dan Anwar dalam era pasca PRU ke-12?

· Sejauh manakah warga UMNO yang mengundi di Permatang Pauh menerima formula peralihan kuasa ciptaan Abdullah?

· Sebijaksana manakah para pengundi akan menilai integriti pihak-pihak yang didakwa sebagai mendalangi konspirasi terhadap Anwar?

· Adakah survival politik Abdullah akan tergugat atau terjamin dan terbela menerusi PRK Permatang Pauh?

· Sejauh manakah para pengundi akan terpengaruh dengan seluruh mega mendung dan kegelitaan gerhana total yang dikatakan sedang menyelubungi politik mutakhir Anwar?

· Sebijaksana manakah para pengundi akan menilai kredibiliti seluruh kontroversi, tuduhan dan tohmahan terhadap Anwar?

· Adakah survival politik Anwar akan terancam, luntur dan pudar akibat PRK Permatang Pauh?

· Adakah sistem dua parti diterima oleh rakyat Malaysia dan akan menjadi satu struktur kekuasaan dan pemerintahan di hari muka?

Motif Politik

Pada kebiasaannya, memang agak sukar untuk BN tewas dalam sesuatu PRK. Tetapi, oleh kerana PRK Permatang Pauh adalah PRK yang diadakan atas motif politik, bukan akibat kekosongan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, mudahkah BN memenangi pertarungan seperti ini?

Pada waktu yang sama, walaupun Permatang Pauh sudah dikuasi oleh oleh Anwar sejak berpuluh tahun lamanya, dan sesudah itu dikuasai oleh PKR sejak kira-kira 8 tahun lamanya, adakah mudah untuk PKR dan PR memenangi pilihan raya ini bila jentera dan kekuatan BN daripada seluruh negara difokuskan ke PRK ini?

Pengkhianatan

Pendek kata, oleh kerana PRK Permatang Pauh di adakan hanya kira-kira lima bulan sesudah BN dilanda tsunami politik dalam PRU ke-12; oleh kerana tuntutan segolongan rakyat jelata supaya kepimpinan tertinggi kerajaan ditukar sesudah PRU ke-12 belum jadi realiti; oleh kerana formula peralihan kuasa ciptaan Abdullah tidak diterima sepenuhnya oleh seluruh warga UMNO; oleh kerana Anwar kini bertanding sewaktu beliau juga sedang menghadapi satu kes mahkamah yang kontroversial; oleh kerana kesejahteraan rakyat jelata kini terjejas oleh kenaikan kos sara hidup; parti manakah yang akan jadi pilihan utama para pengundi di PRK ini?

Berasaskan seluruh hujah di atas, BN atau PR tidak boleh riak dan tidak boleh takbur. Kedua-dua pihak wajar berkempen dengan penuh etika dan penuh hemah. Kedua-dua pihak perlu hindari apa juga kesilapan walau sekecil mana sekalipun. Paling penting lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seluruh jentera pengaman suasana mestilah bertindak secara bijaksana, adil dan saksama pada setiap masa.

Akhir kata, jika perjalan PRK ini bebas daripada sebarang pengkhianatan, penipuan, penyelewengan dan manipulasi, pastinya keputusan para pengundi pada 26 Ogos 2008 kelak adalah satu keputusan yang benar-benar demokratik, tidak boleh dipertikaikan dan tidak wajar didakwa-dakwi oleh sesiapa. Mudah-mudahan demikianlah hakikat dan realitinya.

20 comments:

mn said...

Salam Datuk,

1. Saya sempat mengikuti rancangan Hujah di TV9 malam tadi.

2. Rancangan itu amat menarik tetapi bila Perantaranya jenis 'Manusia Kalut' iaitu Dr. Mohamad Agus, akhirnya rancangan itu juga menjadi lintang pukang.

3. Saya fikir Dr. Mohamad Agus lebih sesuai menjadi tetamu dan bukan Perantara.

4. Yang pasti hujah-hujah oleh Datuk lebih baik dan relevan jika dibandingkan dengan hujah oleh Datuk Shamsul Anuar Nasrah(MP Lenggong).

5. Saya berpendapat MP Lenggong lebih kepada untuk mempertahankan parti, bukan untuk mempertahankan kebenaran yang sebenar.

Teddy said...

tuan,

saya ada menonton rancangan tv9 di mana dato menjadi tetamu membincangkan isu pilihanraya kecil di permatang pauh. saya menyokong sepenuhnya hujah yang dato utarakan.

saya percaya jika abdullah meletak jawatan selepas kekalahan teruk tempoh hari, sudah tentu Pakatan Rakyat sudah lumpuh hari ini. Namun ego diri abdullah lebih besar dari agenda pembangunan UMNO dan saya percaya UMNO terpaksa menanggungnya pada pilihanraya kecil ini.

Kedahlanie said...

Salam datuk..
TAHNIAH atas penghujahan secara reality..

nampaknya UMNO tetap UMNO
dan tak akan berubah pimpinan UMNO
mengampu tahap maksima...

Mika Angel-0 said...

Kegawatan Ekonomi dunia yang akan melanda menyelamatkan kedudukan Presiden Abdullah dan UMNO.

Anwar sungguh tidak bernasib baik dalam mengurus kegawatan ekonomi negara - dulu dan sekarang. Namun dia pembangkang yang mustajab untuk merawat malaise 'Abdullah Droop'.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat
terima kasih.
Mika, good to have you back.

Salam takzim,
Ruhanie Ahmad

mimbarUMNO said...

Semalam,rancangan yang aku minati Hujah @ TV9.Aku tak ketinggalan menonton bersama anak kecik aku yang hanya berumur 1 tahun 10 bulan.Macam biasa rancangan tu penuh dengan kelam kabutnya situasi bidas membidas antara kedua-dua panel yang pro dengan yang kontra bersama-sama perantara majlis Dr Mohamad Agus(aku suka kaliber dia,cuma celahannya sealu membuatkan aku bosan,tapi kalau tak mencelah forum jadi tak seronok)
Datuk Ruhanie,blogger paling aku suka sebab sikap neutralnya dalam memperjuangkan nasib orang melayu,dan Datuk Shamsul (MP LENGGONG) yang baru setahun jagung dalam politik orang melayu bukan tandingannya.Fakta MP tu banyak yang nak defend Parti UMNO,sehinggakan keluar dari topik sebenar iaitu isu PRK PERMATANG PAUH!!Datuk Ruhanie pulak tepat kerana dia neutral tanpa keputusan analisis nya tidak menyebelahi mana2 parti yang bertanding mahupun hatta kita ketahui dia memang sayang pada UMNO.Tapi dia melihat perkara ini dari sudut rasional yang mana bermacam-macam persoalan timbul yang boleh mempengaruhi keputusan PRK PERMATANG PAUH.Itu yang dinamakan kaliber dan orang yang berpengalaman,ini tak citer pasal kononnya 'penerimaan pucuk pimpinan UMNO dan UMNO tentang peralihan kuasa'-APA BENDANYA NIH?rakyat tak peduli dah peralihan kuasa tu,yang penting,rakyat mahu dibela dari sudut ekonomi dan sosial!!!bukannya memberi peluang kepada individu yang hanya berangan-angan untuk jadi PM kononnya membela nasib rakyat?Jika mahu membela nasib rakyat,tak perlu jadi PM pun boleh,yang penting keikhlasan memperjuangkannya.
Macam MP LENGGONG tu pulak,bukan nak ulas ke sama ada UMNO boleh menang ke tak,ni dia buat analisis sendiri bahawa jika bilangan ahli UMNO dan BN amnya turun mengundi pada hari berkenaan,pasti calon UMNO BOLEH MENANNG!!!Apa yang dia nak harapkan dengan bilangan ahli UMNO di Permatang Pauh,sedangkan dia sendiri harus ingat kerana undi ahli-ahli UMNO lah BN 'banyak hilang kerusi' masa PRU12 lepas.Mereka bukan tak suka pada UMNO,tetapi kepada pemimpinan tertinggi parti,nescaya perkara sama akan berulang pada PRK P.PAUH ni.Lagi satu dia sebut pasal demokrasi dalam UMNO masa pemilihan cawangan.Apa ni?!!apa yang dia tahu?dia pernah turun cawangan jumpa ahli tak?jangan masa pemilihan parti atau pilihanraya je turun...kemarahan ahli kat bawah ni dah meluap-luap tunggu meletup je.so ingatlah MP LENGGONG jangan sampai senjata makan tuan,adalah lebih baik berdiam dari berkata-kata sesuatu yang hanya nak mempertahankan kedudukan dan bodek pihak atasan.Ingatlah masyarakat Melayu masih susah,jangan susahkan lagi orang Melayu dengan dongeng politik pemimpin sekarang.

ketam said...

Dari artikel ini maka betul lah Anwar adalah seorang Pengkhianat Bangsa...

Anwar si pengkhianat bangsa Melayu dan Islam sekali lagi menghina dan memcerca bangsa Melayu sebagai bodoh. Sila baca artikel yang ditulis oleh RPK botak yang tiada otak dalam MalaysiaToday mengenai kenyataan Anwar anak Ibrahim.

Siapa sebenarnya bodoh? Yang pasti ialah Anwar Ibrahim kerana dia masuk UM dulu dengan hanya mendapat 1 prinsipal sahaja. Walaupun Anwar ini bodoh tetapi kerana hak keistimewaan Melayu, dia dapat juga masuk UM walaupun hanya dapat mengikuti kursus yang paling mudah di UM iaitu Pengajian Melayu. Walaupun mengikuti kursus yang mudah, kerana kebodohannya, Anwar tetap gagal pada tahun pertama.

Sekali lagi kerana hak keistimewaan Melayu, Anwar diberi peluang untuk “repeat’ di UM. Tetapi, pada hari ini Anwar anak Ibrahim ini begitu lantang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang pernah membantunya mendapatkan segulung ijazah yang sekadar “General Degree” iaitu ijazah paling rendah tarafnya kerana kebodohan Anwar. Jika tidak Anwar anak Ibrahim ini hanya seorang lepasan STPM sahaja. Manusia yang mungkin menjadi pemandu kereta taukeh-taukeh bukan Melayu.

Jika dia tidak dapat masuk UM kerana hak keistimewaan Melayu, maka dia tidak dapat menjadi wakil pelajar dan dikenali ramai termasuk oleh Tun Mahathir yang mengangkatnya naik menjadi seorang pemimpin. Tetapi, hari ini kita melihat si tanggang bodoh bernama Anwar anak Ibrahim ini sanggup menghina dan mengkeji bangsa Melayu Islam semata-mata inginkan kuasa dunia.

Students who have the potential to excel in their studies should be given equal opportunities to pursue tertiary education, said PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim.

All students, regardless of race, should have the chance to “rise to the occasion” and fulfil their potential, he stressed.

Anwar also touched on the suggestion by Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim that 10% of Universiti Teknologi Mara (UiTM) intake be open to non-Malay and foreign students.

“Khalid was only talking about opening one or two courses to non-bumiputras. But Umno views it as selling off UiTM to the Chinese,” he said at a dinner with Chinese voters in Sungai Lembu near here last night.

He said smart Chinese, Malay and Indian students should be given every opportunity to move up the ladder.

“If the Malays are smart, let them rise. The same applies to Chinese and Indians,” he said. “Who benefits from this? Everyone.

“The Government benefits and so does the economy.

“But now, we uplift Malays who are not smart. Everyone loses and the share market drops.”

He also said not all Malays were corrupt or thieves, adding that the good ones had the capability to make the country prosper
-------------------------------

demikianlah kenyataan seorang yg hanya tahu mengadaikan bangsa dan agama utk kepentingan diri sendiri dan kaum keluarganya..

zeme said...

Salam Datuk,

Saya ada mengikuti episod Hujah semalam. Suatu kupasan yang menarik yang diutarakan oleh Datuk. Perantara Dr. Agus juga menghidupkan lagi suasana hujah.

Untuk makluman pihak TV9 telah memuatnaik episod Hujah semalam di laman web TV9 dan berpeluang untuk kita semua menonton kembali. Episod tersebut boleh dimuatturun tetapi dalam format fail (.flv).

http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=80&ShowID=312&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=14070&VideoID=8602

Wasalam.

Unknown said...

terpikir aku zaman mak bapak aku sekolah dulu.. nak dapat satu prinsipal mmg nak terberak... skrg SPM 17A selamber jer bang... dulu standard lain.. kualiti nutrisi pemakanan pon berbeza bang.. 1 prinsipal tuh dah kira power ler...

sekian, aku yg poyo..

Unknown said...

Politik ini sukar diramal..kerana strategi yang digunakan oleh pihak masing-masing adalah berbeza. BN juga perlu sedar setiap langkah yang diambil akan memberikan kesan kepada mereka,sama ada menang ataupun tidak pada pilihan raya di Permatang Pauh nanti, takut gara-gara ini semua taktik camouflage pihak pembangkang supaya kerajaan tumpu terus pada Permatang Pauh dan tidak pada tempat lain.

Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira seperti penyelidikan mekanisme harga minyak petrol dan pemberian subsidi, ekonomi negara, keharmonian parlimen, kestabilan politik, dan juga pengaruh mereka di dalam kerajaan untuk mentadbir negara. Ini penting kerana mereka diundi dan mereka dilantik oleh rakyat untuk jalankan tugas, dan bukannya mudah untuk menguruskan sesebuah negara dengan baik dan teratur.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Walaupun banyak faktor yang boleh dipertimbangkan, tapi saya ingin menarik perhatian kepada satu faktor baru yang hanya wujud dalam pilihan raya kecil ini, iaitu pengakuan bersumpah oleh Saiful.

Pengakuan bersumpah itu dilakukan sehari sebelum hari penamaan calon, dan motifnya tentu tidak lain sebagai "senjata" di pihak BN untuk mendorong pengundi di Permatang Pauh supaya tidak mengundi calon PKR (Anwar).

Bagi orang Melayu/Islam, sumpah berasaskan agama/Quran itu bukanlah "perkara main-main". Jadi saya kira memang boleh mempengaruhi sekurang-kurangnya sebahagian pengundi di Permatang Pauh supaya tidak mengundi Anwar.

Jadi bagi penyokong setia BN dari kalangan orang Melayu/Islam, saya tidak ragu lagi sumpah Saiful itu memang akan mendorong mereka terus menyokong BN dan menolak Anwar.

Akan tetapi, bagaimana sikap orang Melayu/Islam yang sebelum ini merupakan menyokong PKR dan orang Melayu/Islam atas pagar yang menyokong PKR? Tidak bolehkah sumpah itu mempengaruhi mereka agar tidak menyokong Anwar?

Saya kira kesan sumpah itu tentu ada, walaupun tidak banyak. Jadi memang ada kemungkinan sumpah Saiful itu boleh mengurangkan sokongan pengundi Melayu/Islam yang dahulunya menyokong PKR terhadap Anwar.

Sementara itu, sokongan pengundi bukan Melayu/Islam saya kira tidak banyak berubah, kerana sumpah itu tidak berkaitan dengan agama mereka.

Oleh yang demikian, saya cenderung mempercayai bahawa penyokong setia UMNO/BN akan terus menyokong calon BN, sementara majoriti penyokong setia PKR (Melayu dan bukan Melayu) dan orang atas pagar yang dahulunya menyokong PKR akan terus menyokong PKR (Anwar).

Dan dengan itu, bolehlah dijangka bahawa Anwar akan dapat memenangi kerusi yang dipertandingkan, walaupun agaknya dengan majoriti yang berkurangan.

Badr said...

Datuk Ron,

Saya rasa seluruh dunia sudah dapat menjangka apa keputusan PRK itu nanti. Cuma mungkin ramai diantara kita yang tidak dapat menjangka apa lagi yang akan dilakukan oleh pihak tertentu untuk menidakkan peluang DSAI dalam PRK itu. Sekarang ini pun kita telah dapat melihat berbagai isu dan tindakan yang diluar jangkaan ramai (tolak ketepi isu luar tabii) telah diambil. Mungkinkah banyak lagi perkara-perkara yang tak masuk akal akan dicipta sebelum 26 Ogos nanti?.

Apapun yang ingin dilakukan oleh pihak tertentu, kita berharap janganlah sampai kepada tahap marahkan nyamuk kelambu dibakar. Takut pula nanti kelambu yang terbakar itu akan marak apinya hingga membakar seluruh rumah dan seluruh kampung! Cukuplah sekadar berpolitik. Umpama kata Datuk, kita perlu mempastikan berlaku pertandingan secara bebas, gentlemen dan adil, supaya sesiapa juga yang dipilih nanti boleh dikira sebagai mewakili aspirasi dan kehendak rakyat PP.

Tetapi fikiran saya masih bercelaru dan risau apabila ramai kawan2 mengatakan, dalam PRK terutama di PP yang melibatkan DSAI ini, bersedialah kita untuk expect the unexpected. Banyak perkara yang pelik2 akan dilakukan oleh pihak yang mahu DSAI "mati" politically. Wallahua'lam.

Unknown said...

Salam Datuk,

Maaf jika saya katakan Pak Lah tak secekap Dr. M.....biar DSAI akan mengajarnya dikemudian hari.

Unknown said...

salam dato...

Kita cari persamaan dalam perbezaan,lebih mudah dan lebih bagus dari asyik mencari perbezaan.

Money4Free said...

MP Lenggong benar benar memalukan pengundi Lenggong.Tamak untuk bercakap, seolah olah dia cukup hebat untuk bercakap sedangkan fakta faktanya hanyalah berasaskan bodekan kepada kepimpinan UMNO.

Menafikan fakta fakta yang terjadi di peringkat akar umbi dan kejadian yang berlaku secara nyata.Masih berhujah untuk memperbodoh bodohkan rakyat.

Apa agaknya akan terjadi dan mana dia nak letak muka kalau UMNO tewas di Permatang Pauh?Dia terlalu yakin sehingga menafikan fakta fakta hakiki bahawa rakyat amat muak dengan UMNO.

Mika Angel-0 said...

Batu Api Dan Jendalu
(antara anwar dan abdullah)

Adapun in Thailand the mantan Perdana Menteri Thaksin is asking for politcal suaka - dia dan bininya.

Maka apakah hakikat pembaharuan berpolitik demokrasi ala Asean plus-plus yang didambarkan ditanah air kita?

Jesteru, 'Commitment To Excellence' adalah satu tag line dan Widuri adalah lagu.

Paras rupa Wibawa BN dan PR itu boleh YBhg ceritakan sikit?
Matanya bagaimana ia mengoda.

Unggal said...

Salam Datuk
Maaflah tak dapat bersama melihat program Hujah di TV9 - terkilan jugak. Rindu jugak dah lama tak dengar suara Datuk... Anyway, kapan bisa ke London? Nak ubi getuk, tempeh goreng kicap berlada or nasi ambeng bisa diatur...!!
Anyway, just read Tun's Blog. It answers all questions. Sebab tu Najib tak lawan, TR pulak Gua Musang aje yg sokong... so who else from UMNO. BN dah tak diterima rakyat... so Anwar will surely win PP election sebab orang PP hendakkan orang kampung mereka jadi bakal PM.. Nak harap Muhyidin dia penakut sbb orang melayu Johor tak macam orang melayu PP...!!... sebab tu dia nak pertahan VP aje... may be I'm wrong but BN or UMNO itself is in a dire state ... Tun pun orang beli dengan harga RM 200 sorang...
Saya takut Malaysia hilang macam Pulau Batu Putih...!!

Salam Perjuangan
......... Unggal

politica said...

Datuk

Analisa Datuk berhemah dan jujur. Tapi saya percaya pihak UMNO dan BN tetap ego dan tak mau terima analisa ini. Ini namanya bodoh sombong.

Apa yang Datuk huraikan dalam TV9 malam kemarin pun logik. Tapi, wakil BN tak terima. Dia gagal memahami yang PRK ini ditentukan oleh pengundi yang akan menilai seluruh latarbelakang dan perkembangan politik Malaysia masakini.

nua said...

salam,
jika dilihat kita sebagai rakyat keliru utk membuat penialian dlm kes liwat anwar..siapa yg benar adakah saiful atau anwar?jika anwar tidak bersalah, knape tkt utk bersumpah?

nua said...

salam.
siapa agaknya yg benar?
saiful atau anwar?
adakah saiful menjadi boneka pak lah?