Sunday, August 24, 2008

SUMPAH DAN SUMPAH-SUMPAH

Politica

Kisah manusia bersumpah kini hebat dan menarik. Semalam, Najib pun dah bersumpah. Mengapa tiba-tiba je TPM kita bersumpah? Nak ikut trend anak muda yang bersumpah baru-baru ni? Nak kutuk Anwar Ibrahim yang kononnya tak berani bersumpah? Nak paksa Khairy supaya bersumpah? Atau, nak paksa Abdullah Badawi turut bersumpah atas macam-macam hal mengenai dirinya dan keluarganya?

Masa kecil-kecil dulu emak saya marah kalau saya bersumpah yang saya tidak itu atau saya tidak ini. Katanya, kalau salah, cakap salah. Kalau tidak, cakap tidak. Berani kerana benar, takut kerana salah. Buat apa nak sumpah itu dan sumpah ini? Pasal kita bersalah? Pasal nak kena makan sumpah? Pasal nak jadi sumpah-sumpah?

Tau tak apa dia sumpah-sumpah? Tu, binatang jenis cicak yang pandai terbang tu! Binatang ni boleh tukar warna sekujur badannya. Kalau dia hinggap di rimbunan daun hijau, warna badannya jadi hijau. Kalau dia sedang merambat di batang kayu, warna badannya macam warna batang kayu. Kalau dia di atas tanah, warna badannya ikut warna tanah.

Kenapa macam tu? Sebab binatang ni nak hidup, nak selamatkan nyawa dia dari dibunuh oleh mana-mana pihak yang nak bunuh dia - binatang liar lain ke, anak-anak nakal yang hanya nak bunuh dia cara suka-suka ke, orang yang dengki dia ke!! Macam-macam sebabnya. Pokoknya, sumpah-sumpah begitu feelnya pasal dia nak hidup.

Jadi, kalau sapa nak bersumpah demi Allah, bersumpahlah. Itu hak masing-masing. Kita kena hormat. Tapi, jangan jadi macam mengkarung atau sumpah-sumpah yang tukar warna badannya semata-mata kerana nak hidup!!! - Posted by politica at 2:58 AM , Sunday, August 24, 2008

23 comments:

Unknown said...

Saya hormati pandangan tokoh-tokoh Islam dalam hal sumpah laknat ni. Tapi apa yang sedang kita saksikan kebelakangan ni, soal sumpah ni dah jadi soal yang dipolotikkan.

Hari ni pun ada akhbar mingguan yang memaparkan bagai-bagai tulisan pasal soal sumpah. Untuk apa? Untuk pengaruhi pengundi Permatang Pauh?

Saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia ada pandangan macam saya ni.

Elok kita rentikan semua ni.. Tapi, tak taulah kalau perkembangan ini memang digalakkan oleh Imam Islam Hadhari!!!!!

Rosie said...

Mengapa pemimpin ini perlu bersumpah? Jika beliau berada di pihak yang benar, tidak perlu semua itu kerana 'Man' up there knows everything. Sana sini tak kira tempat, ahli2 politik Malaysia sekarang ini berfikiran dan bertindak seperti kanak2 (termasuklah di dewan rakyat). Where is their calibre as leaders?

warta malaysia said...

Kalau ikut trend hari ini Dolah Badawi pun kena buat sumpah laknat. Anak dia Kamal dan menantu dia KJ pun kena ikut sama bersumpah.

Dollah: kena bersumpah pasal banyak hal. Satu daripadanya, dia kena bersumpah yang formula peralihan kuasa tidak ada apa-apa niat jahat kepada Najib. Dolah kena bersumpah yang dia tidak terbabit dalam konspirasi liwat yang dibabitkan kepada Anwar.

Kamal: bena bersumpah yang dia tak ada peranan dalam isu Pulau Batu Puteh.

KJ: kena bersumpah yang skandal ECM-Libra memang dia tidak terbabit dalam penyelewengannya.

Tapi ini semua kan kerja gila. Perbuatan yang diizinkan oleh agama kita ni nampaknya dah jadi amalan politik kotor. Kenapa para alim ulamak kita tak beri nasihat yang ikhlas, jujur dan benar kepada mereka?

Unknown said...

Apa yang politica cakap memang betul. Buat apa nak sumpah sana sumpah sini? Dalam kes Anwar, kita tunggu dia masuk court dan dengar hujah dia. Tapi, ada pembesar UMNO yang hari ni jadi macam dah desperate, sesat, sasau atau gila isim. Macam ni kan bahaya kepada kita sebagai umat Islam. Ketinggian syiar Islam kan jadi bahan cemohan ramai. Pembesar UMNO tak rasa tanggungjawab ke?

Unknown said...

Kita dah sampai ke akhir zaman agaknya. Macam-macam kekalutan kita lihat di kalangan umat Islam waktu ni. Sedihnya, Dolah badawi yang mengaku educated dalam jurusan Islam macam galakkan pihak dia terlibat dengan soal sumpah macam ni. Macam mana kita nak hormat dan sokong dia dalam keadaan macam ni? Kan elok dia undur diri sja.

Syeikh Akram said...

haha..Tajol Rosli pun ikut sama...

Bagus..baguss...Ni yg dinamakan Sumpah laknat "dulu, kini & selamanya" kot? hehe..

pathetic indeed...

Berita dari gunung said...

Sumpah hak masing-masing. Antara orang itu dengan tuhan.

Ramai mengingatkan tentang sumpah, jangan main-main, kalau betul jangan ngaku tidak, kalau tidak jangan ngaku ya. Baik orang tua, baik kawan, baik ustaz, baik cikgu, baik ulama.

Ulama Penang pesan sama Anwar jangan sumpah. Kita tak tahu kenapa Anwar ditegah bersumpah.

Mungkin kah ini "Kalau hang betul buat, jangan hang sumpah kata tak buat, esuk makan diri dan berdosa"

Kita tenguk saja la. Tapi di kopitiam orang cerita macam-macam tentang Anwar. Tak sebaik yang disangka. Mungkin Anwarlah sumpah-sumpah.

Terima kasih dan maaf.

zeme said...

Salam Datuk,

Sebenarnya saya sudah muak, mual dan cukup loya berkenaan isu liwat, sumpah, politik murahan ini yang seolah-olah telah mendajalkan keutuhan integriti Agama Islam, Bangsa Melayu dan negara Malaysia tercinta.

Kita amat perlukan pemimpin yang bersih dari segala macam isu yang memualkan kerana kita tidak mahu terpalit dan tercalit dengan sampah-sampah yang akan merugikan tanahair dan masyarakat. Kita nyahkan saja pemimpin yang membawa onak dan suka mempolitikkan kesucian politik ini dari kita terus dibelenggu bau meloyakan yang menganggu gugat kesejahteraan hidup bersama.

Wasalam.

anakbuah said...

Betul! Kenapa Najib nak bersumpah? Ada yg pressure dia mcm org suruh Anwar bersumpah ke? Atau, Najib rasa org tak percaya dgnnya? Jadi, dgn sumpah ini, org tidak ragu lagi yg dia tidak kenal dgn Altantuya?

Biarlah apa org kata pasal bersumpah ini. Bagi saya org politik terkecuali sebab sumpah org politik sumpah murahan - sumpah sedap mulut!

Tak payah musuh Islam rosakkan Islam - org Islam sendiri yg merosakkannya. Org Islam pengikut dajjal!

Unknown said...

SALAM DATO'RON

Isu sumpah yang diulas tanpa berlandaskan agama.Apakata kita pakat-pakat solat Hajat macam PAS buat masa TAHUN 1998 dulu,semasa isu Liwat yang pertama.
Allah dah tunjuk bukti,Tun masih sihat wal afiat....tapi pemangsa liwat kena bawa pi oversea buat pembedahan.
Cuba kita renung kembali.WallahuAklam.
Kepada pengundi PERMATANG PAUH,cuba anda Solat Istikarah untuk mendapat pertunjuk yang benar.Tapi jangan lupa solat LIMA WAKTU,itu fardu.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa sekarang ini pengakuan bersumpah nampaknya sudah dipolitikkan, atau dilakukan dengan tujuan politik yang tertentu.

Pemimpin yang membuat pengakuan bersumpah itu seolah-olah ingin menyatakan atau menunjukkan bahawa dirinya adalah "bersih" dan tidak terlibat dalam apa-apa "kesalahan".

Tapi kadang-kadang "bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru".
Rakyat ramai tahu juga setakat mana bersihnya dia.

Jadi perbuatan bersumpah itu agaknya tidak bermakna apa-apa, dan seolah-olah satu permainan politik sahaja.

Quantum Metal Consultant said...

Sumpah ini terhenti sebaik sahaja Dolah merasakan ada yang akan memintanya bersumpah..

ketam said...

Jika Anwar menang di PErmatang Pauh.......maka tergadailah MARUAH dan HAK MELAYU kepada bukan MELAYU terutamanya kaum cina.. dan wahai bangsa MELAYU bersedialah menerima nasib g sama seperti bangsa MELAYU SINGAPURA... kerana didalam PR DAP adalah PARTI INDUK dan DAP adalah PAP(singapura)..

wassalam.....

si_pahu said...

Assalammualaikum Dato dan teman-teman blog ini. Apa dah jadi apabila agama sendiri dipersenda-sendakan kerana politik. Dulu semasa saya masih kecil, saya pernah merujuk kepada ustaz saya. Sekiranya saya membuat sumpah palsu, apa yang perlu saya lakukan. Maka ustaz itu menjawab seperti yang tertulis di dalam Al-Qur'an, saya perlu membayar denda iaitu dengan berpuasa selama 3 hari.

Sekarang kita renungkan sumber yang saya baru perolehi ini untuk dikongsikan bersama:

RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar.
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi
"Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext :158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137
Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam

RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi Tarikh Lahir : 26 Jul 1979 Jantina : Lelaki Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20 Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN : 044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang
Mari kita cuba semak no KP (790726125443) di
http://daftarj. spr.gov.my/ permatangpauhNEW /prayakecil. aspx
atau klik di sini SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI PERMATANG PAUH
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

Unknown said...

sumpah dah naik menyampah, bersumpah pada allah dah macam baling sampah, bile la dieorang nie nak faham yang rakyat perlukan pembelaan bulan sampah.

yang tergadai generasi mendatang.

Mak Kecik said...

Fenomena 'Bersumpah' yg mutakhir ini begitu berleluasa menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan org Islam tentang Islam itu sendiri. Tetapi apa yg nak dihairankan. Ustaz di kampung saya pernah mengeluh. Dia dah naik jemu dok mengajar bab feqah. Dari belum sampai ke menopause, asyik ulang bab haid. Bab Jinayah tak boleh disentuh. Adakah ini arahan dari atas? Sebab itu orang Islam sendiri tak mengenali apa itu hududullah, qisas, takzir, qarenah,syarat-syarat saksi dan sistem kehakiman Islam itu sendiri.
Bersumpah ada tempatnya dalam kes-kes tertentu, dalam keadaan-keadaan tertentu dan tempatnya juga ditentukan. Nak buat macam mana, pemimpin2 tertinggi negara yg sepatutnya ada akses kepada ulama pun bertindak sembrono. Sepatah kata, Ustaz Ramlang Porigi, orang yang memahami natijah tindakannya selalunya berasa takut. Bersumpah dengan nama Allah bermakna Allah yang menjadi saksi kita. Mungkin rakyat Malaysia lebih takut utk bersumpah sekiranya yang dipanggil utk jadi saksi itu DYMM Agong?

Unknown said...

JIKA YANG BENAR DIDAPATI BESALAH OLEH MAHKAMAH BARULAH BERSUMPAH LAKNAT...BAHLUL BETUL MEREKA INI.Saya dah naik MENYAMPAH.

gd said...

Saya berpendapat sumpah tidak perlu dilakukan dalam menegak kebenaran.Kita sudah ada mahkamah syariah untuk menghakimankan kes-kes berkaitan dengan kesalahan umat islam.Kes berkaitan dengan liwat contohnya,apa perlunya kita gunakan mahkamah sivil untuk menentukan keadilan. Tidak mustahil orang akan beranggapan bahawa mahkamah sivil lebih senang untuk diputarbelit oleh mereka tidak kenal erti dosa dan pahalanya dalam menegak keadilan.Malahan dengan bersumpah kemungkinan perkara yang tidak betul mudah berlaku sepertimana dalam komen rakan-rakan komenter.Jangan seperti merendah hukum islam dengan bersumpah sahaja
seseorang tetap tidak bersalah.

Badr said...

Datuk Ron,

Apa komen Datuk mengenai tulisan RPK dalam Msia Today bahawa dalam SD bekas pemandu Nalla Karuppan, Datuk Najib dikatakan mengamalkan ajaran hindu?

Nampaknya sekarang ini bersumpah dan ber"sd" sudah menjadi fesyen yang popular. Saban hari ada saja makhluk yang bersumpah, bezanya hanyalah gaya, stail dan tempat serta isu yang disumpahkan. Ada yang berbaju melayu dan bersimpuh sambil pegang quran(?), ada yang berbaju batik dan santai berdiri dirostrum (dalam masjid) dan bersumpah secara selamba, ada yang bersumpah dalam majlis bersama press (juga santai dan "seakan melawak"). Macam2 ...

Agaknya, manusia sekarang sudah tidak merasakan apa2 kalau bersumpah dengan nama tuhan sekalipun, asalkan mereka yakin boleh "menyelamatkan" suasana. Mungkin pada mereka sebutan perkataan Allah itu sama saja nilainya dengan menyebut lain2perkataan seperti DEB, ketuanan melayu, subsidi, dsbnya...

politica said...

POLITICA DAN POLITIK MALAYSIA

POLITICA yang beralamatkan http://politica-net.blogspot.com wujud sejak setahun yang lalu. Hari ini POLITICA ada blog kembarnya bernama Warta Malaysia di alamat http://wartanegara.blogspot.com

Sila kunjungi kami setiap hari. Terima kasih. - Politica

kudakepang said...

Saudara BADR

Elok saya reserve opinion saya mengenai SD terbaru oleh RPK. Tapi, saya tetap baca semua dan ikuti perkembangan selanjutnya.

Salam takzim dari saya - Ruhanie Ahmad

nalapambu said...

'ketam' memang bodoh mcm ketam, tahi di kepala.

Unknown said...

Salam Datuk,

Lepas ni tak perlulah kita wujudkan mahkamah lagi. Semua orang akan kelihatan 'bersih' selepas bersumpah tak kira apa jenis sumpah - sumpah laknat, sumpah-seranah atau sumpah RM2.00.