Friday, August 15, 2008

HANYA 109 DARIPADA 20401 CAWANGAN UMNO BERANI BERSUARA

Persidangan Cawangan UMNO di seluruh negara dijangka berakhir pada 24 Ogos 2008 – 10 hari dari sekarang.

Biarpun begitu, jumlah cawangan UMNO yang telah meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya menyanggah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini meningkat dari 102 kepada 109.

Berasaskan maklumat terbaru, senarai cawangan UMNO yang meluluskan usul sama ada mahukan peralihan kuasa berkuatkuasa 1 Januari 2009 atau bahagian masing-masing mencalonkan tokoh lain selaku Presiden UMNO adalah seperti berikut:

UMNO Cawangan Sungai Buloh Country Resort, Bahagian Kuala Selangor, Selangor, dalam persidangan tahunannya pada 9 Ogos 2008, telah mendesak UMNO Bahagian Kuala Selangor menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat PAU 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009. Usul ini diluluskan dengan sebulat suara.

UMNO Cawangan Taman Sri Putra, Bahagian Kuala Langat, Selangor, meluluskan usul “agar saf kepemimpinan UMNO Malaysia” dirombak dengan seberapa segera, jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan, dan UMNO Bahagian Kuala Langat dicadangkan mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO.


UMNO Cawangan Masjid Pakistan, Bahagian Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meluluskan usul mendesak bahagiannya mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden dan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden.

UMNO Cawangan Kampung Pauh dan UMNO Cawangan Tengkawang, Bahagian Hulu Terengganu, Terengganu, mengusulkan supaya bahagiannya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden UMNO.

UMNO Cawangan Tok Muncung Wakaf Tapai, Bahagian Marang, Terengganu, juga mendesak bahagiannya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden UMNO.

UMNO Cawangan Kampung Tembioh, Bahagian Kota Tinggi, Johor, telah mengusulkan supaya bahagiannya mencalonkan Najib bagi jawatan Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Sekali lagi diakui di sini bahawa 109 daripada keseluruhan 20,401 cawangan UMNO di seluruh negara adalah terlalu kecil jumlahnya. Kalau nak mencecah satu peratus (204 cawangan) pun masih kekurangan 95 cawangan.

Oleh kerana masih terdapat 10 hari lagi sebelum persidangan cawangan berakhir pada 24 Ogos 2008, mungkinkah jumlah satu peratus ini boleh dicapai?

Apa pun, saya yakin majoriti cawangan UMNO mungkin terlalu sibuk dengan isu politik setempat masing-masing. Contohnya, mungkin ada ketua cawangan yang terlalu sibuk untuk mempertahankan jawatan masing-masing. Mungkin ada juga yang tidak peduli langsung akan politik nasional kerana mereka beranggapan suara mereka hanya akan lesap bila sampai ke peringkat bahagian kelak.

Demikianlah hakikatnya. UMNO yang sedang dalam keadaan tenat kini berhadapan dengan pelbagai masalah daripada peringkat cawangan hingga ke peringkat Majlis Tertinggi. Masalah utamanya adalah mengenai politik wang dan kepimpinan.

Oleh itu, kita ikutilah perkembangan selanjutnya di peringkat bahagian yang akan mula mengadakan sidang perwakilan masing-masing selama sebulan mulai 9 Oktober 2008. – Ruuanie Ahmad

21 comments:

Husin Lempoyang said...

Nampak macam kemarahan yang kita dengar dalam majlis bertemu PM telah dapat diredakan.

Taktik mereka tiga - pujuk, sogok dan kepong. Rasanya taktik sogok dan kepong yang menjadikan sedemikian.

Tapi masih menaruh harapan kerana ada usul-usul tersebut yang dah masuk.

Lakukan sesuatu UMNO.

Jangan satu hari orang tanya ahli-ahli UMNO, anda orang Finnish ke?

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

...yang lain tak ada telur puyuhnya...semuanya nak jadi sida-sida...kesian dan malang!

Salman Madani said...

Salam,

Alangkah sedikitnya cawangan UMNO yang berani bersuara.

Tapi dalam "budaya feudal" yang masih mengongkong UMNO, saya kira hal itu sudah agak menggembirakan juga. Maknanya suara 'Jebat" atau suara pemberontakan dalam UMNO sudah mula kedengaran.

Bagaimanapun, dalam politik yang masih dikongkong oleh budaya feudal, "Jebat" memang tidak ramai, sama ada kerana tidak berani atau tidak mau dianggap "menderhaka".

Yang masih ramai ialah "Tuah", yang taat setia secara membuta tuli, yang mahu UMNO terus wujud selama-lamanya, tidak kira pemimpinnya lemah atau kuat.

Pemimpin yang lemah pun mesti ditaati juga, dengan alasan mahu menjaga perpaduan parti dan sebagainya.

Ini memang budaya UMNO. Saya tidak tahu bila akan berubah.

Kamalkamal said...

Salam Datuk,

Cukup sukar untuk UMNO Cawangan membuat usul yang berkaitan dengan kepimpinan tertinggi parti. Ini adalah kerana kebanyakan ketua-ketua cawangan akan didatangi oleh puak-puak dari Bahagian sebelum mesyuarat cawangan dilaksanakan. Mungkin agar sukar ketua-ketua cawangan menolak cadangan dari puak-puak ini bila setiap cadangan disusuli habuan tertentu.

Untuk mendapat pencalunan terbanyak, ramai calun yang bertanding terutama peringkat tertinggi Bahagian kena berbelanja sedikit dan orang yang pasti ditemui ialah ketua cawangan.

Di Cawangan saya, perkara ini dapat dikesan oleh ahli, makanya ketua cawangan baru dipilih. Oleh kerana kesibukan memikirkan barisan kepimpinan baru, maka mereka telah terlupa akan usul terpenting yang wajar dibawa. Di Cawangan saya usul meminta Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan Negeri meletakkan jawatan serta merta kerana merekalah punca utama menyebabkan lima negeri terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

utohkacil said...

UMNO masih tidak berubah dan tidak akan ber ubah.

Sepanjang mesyuarat cawangan, rakyat sebagai hakim telah menyaksikan telatah dan gelagat pemimpin UMNO.

Keadaan UMNO akan bertambah parah dgn perbuatan berarak dan berpiket oleh penuntut2 UiTM.


Perlakuan UiTM ini telah menyemarak kan api perkauman. Kaum cina dan india bertambah benci kpd BN(UMNO).

Tanpa sokongan kaum cina dan india, dan sebahagian orang melayu, boleh kah BN(UMNO) terus hidup?

berasiam said...

Salam Datuk Ron

Ketua Pemuda Umno Pandan, Selangor yang dicalonkan untuk Ketua Bahagian diberi surat tunjuk sebab bertarikh 12 Ogos 2008 mengapa Persidangan Cawangan berkelompok yang dirasmikannya pada 20 Julai lalu di Hotel de Palma tidak boleh dibatalkan. Yang dipersoalkan ialah dari segi pembayaran bil penganjuran Persidangan berkenaan. Bukannya banyak pun, hanya RM450 bagi setiap cawangan. Umno Selangor beri RM500 setiap cawangan, lebih daripada belanja berkenaan. Resit pun dikeluarkan atas nama cawangan.

Aneh juga surat itu kerana yang lebih wajar diberi surat ialah cawangan-cawangan yang terlibat sendiri kerana merekalah yang akan menerima akibat langsung sekiranya pihak atasan mengambil tindakan. Jika perlu diadakan Persidangan ulangan, cawangan masih sempat mengeluarkan notis dalam tempoh tujuh hari sebelum tempoh berakhir. Jika tersilap Ibupejabat buat keputusan, lambat atau sebagainya, telah kedengaran cakap-cakap untuk memanggil sidang media dan mengisytihar diri keluar Umno oleh cawangan-cawangan berkenaan.

Inilah salah satu masalah organisasi yang masih mengekalkan pentadbiran cara lama. Bahagian masih menjadi titik rujukan sedangkan komunikasi terus boleh dilakukan dengan pihak cawangan. Umno akan jatuh tertiarap serta misainya akan bergelumang pasir jika meneruskan rentak sebegini.

peace said...

UMNO yang sedang dalam keadaan tenat kini berhadapan dengan pelbagai masalah daripada peringkat cawangan hingga ke peringkat Majlis Tertinggi. Masalah utamanya adalah mengenai politik wang dan kepimpinan. Namun begitu saya tidak nampak kepimpinan sebagai suatu masalah, kerana perspesktif orang terhadap kepimpinan adalah berlainan. Tapi bagi politik wang adalah benda yang jelas nyata di dalam setiap parti walaupun parti pihak pembangkang sekalipun.

slyderrose said...

Kenapa melayu payah sangat nak membuat perubahan?. Adakah berita yang sebenar tidak sampai kepada mereka?. Kalau begitu akhbar2 media perdana telah berjaya menyembunyikan fakta-fakta kemungkaran kepimpinan paklah. Mereka secara tidak lansung telah di brain washed hari2 olih media2 ini dan tidak nampak lagi yg mana betul yg mana salah. Betullah kata Rasulullah di akhir zaman, di benar dikatakan salah dan yg salah di katakan benar. Manusia sanggup menyokong untuk menutup penipuan dan kemungkaran.

abghalim said...

Bersuara lantang dikatakan menentang.Bila diam dikata tidak memberi sokongan.Yang pasti akar umbi dan betul-betul MELUAT sehinggakan malas bersuara.
PUCUK pimpinan harus sedar dari tidur,jangan terlalu ghairah mengejar kuasa.MUSAHABAH diri perlu ditingkat kan.

wira said...

Salam Datuk,

Mungkin perjuangan akar umbi UMNO kini sedang menempa satu paradigma baru. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa sehingga kini pemerintahan dari sejak zaman mulanya perjuangan nasionalisma melayu sehingga sekarang UMNO lah tapak perjuangannya. Oleh itu yang perlu diubah adalah format perjuangannya.

Dengan kebanyakan akar umbi yang berpendidikan tinggi yang mempunyai iman yang semangkin mantap maka saya berdoa agar paradigma baru ini berlandaskan kesejahteraan dunia dan akhirat yang senantiasa kita berdoa ditiap tiap sembahayang waktu. Wasalam.

Hj Ismail A Hamid said...

Dari Cetusan Minda Hj Mail;
Sesungguhnya UMNO adalah parti yang lemah dan serab bercelaru. Hanya 109 daripada lebih 2000 cawangan yang mampu bersuara menentang keputusan MT dan Presiden jelas betapa naifnya cawangan-cawangan UMNO ini.
Harapan kita Masyuarat Bahagian nanti, keadaannya janganlah serupa.Fikirkanlah kepentingan negara janganlah hanya 'tembolok' sendiri sahaja.

Syahir the Owl said...

Saya berpendapat majoriti cawangan tidak berani untuk nyatakan sanggahan mereka terhadap kebobrokan kepimpinan pusat. Saya harap di bahagian nanti akan ada perubahan baru.

www.gunungraya.blogspot.com

Nostradamus said...

Permatang Pauh Voters decide for Nation? - Appeal by Nostradamus.
Pengundi Permatang Pauh tentukan untuk Negara? – Rayuan oleh Nostradamus.

1. Voters of Permatang Pauh will vote come 26 August 2008. Who to vote for and What to vote for? (Man of Honour)
Pengundi-pengundi Permatang Pauh akan undi menjelang 26 Ogos 2008. Mengundi Siapa and mengundi untuk Apa? (Man of Honour)

2. 50 Questions to test your Conscience at www.patek1472.wordpress.com
50 Soalan untuk menguji Suara Hati anda di www.patek1472.wordpress.com

shahbandarmalakat said...

Kalau kita kaji balik ini semua salah Tun M...dia yang buat peraturan baru dalam UMNO baru...dia membuat parti UMNO baru sebagai parti yang paling tak demokratik di dunia...parti kominis pun ada demokrasi dalam pemilihan pemimpin mereka...mengadakan qouta untuk untuk President dan timbalan president...pencalunan untuk untuk jadi President dan timbalan President mesti ada pencalunan 30% dari bahagian bahagian...dulu hanya dua pencalunan sudah cukup sudah layak...ini semua silap Tun M...

Hari ini dalam blognya Tun M puji Onn Jafar, Tengku Abd Rahman, Tun Razak dan Hussein Onn sebagai pemimpin yang sebenarnya memahami demokrasi...Orang melayu sebenarnya sudah gagal dan Finnish!!! bila UMNO diharamkan dan walaupun mereka ada kuasa politik waktu itu mereka gagal nak hidupkan UMNO semula...apa yang sudah di ramalkan waktu itu benar berlaku sekarang...

Ironinya Tun M tidak menyebut dalam blognya yang dia sebenarnya tak demokratik bila tiba masa dia menjadi "yang Di Pertua" UMNOnya...sehingga Tengku Abdul Rahman, Tun hussein dan Datuk Harun tak menjadai ahli parti UMNO barunya!
,

WaliMuar said...

Dato,

Saya bukan orang UMNO, dari dulu,sekarang dan selama lamanya saya tak akan sokong,bantu atau iktiraf parti yang menghianati bangsa,ugama dan negara.Bukti seperti berikut:
a) Ugama Hadari
b) Bangsa Melayu diKelantan dan TErengganu dipinggirkan
c) Tanah dan Pulau diJohor diberi kepada Cina proxy Israel (Spre)

Saya orang Johor seperti Dato, saya berperang untuk negara selama 23 tahun dengan jiwa raga ,keringat dan nyawa (sebagai askar).Orang UMNO berjuang dengan apa.....batang pe...,tembolok,sifat tamak haloba,hasat dan dengki.Inilah perangai dan tabiat orang orang UMNO.......bagaimana saya nak sokong.Pergi jahanam dengan UMNO,semoga Allah memakbulkan doa saya. Parti haram jadah.

Semua orang UMNO ni potong batang pe... bagi anjing makan lagi baik. Dah tau ketua ketua kamu jenis maanusia bang... pun masih nak sokong ke. Apa la bodoh sangat orang orang Johor ni. Tengok raayat Kelantan,Kedah,P. Pinang,Perak dan Selangor mereka dah ada otak,tak macam orang orang Johor yang bangang.

wham said...

Dear Datuk;

UMNO cawangan Pandan Jaya Bahagian Kota Melaka juga telah mengusulkan untuk menolak plan peralihan kuasa seperti yang dicadangkan dalam blog ini. Kemungkinan besar usul ini akan disekat untuk di bawa ke peringkat bahagian. mereka mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden dan Datuk Ali Rustam sebagai Naib Presiden.

Team Pemuda UMNO said...

SALAH TU ;)

DIORANG BUKANNYA TAK BERANI..

AWAL LAGI.. MEREKA NAK BAGITAHU MASA PEMILIHAN BAHAGIAN NANTI..

'PELAN2 KAYUH'

'TAKPERLU BERLEBIH2' ;)




KOMEN TERAKHIR SAYA..
NAK JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA. (( 'POYO' BETUL ;) ))

LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Hj.Mat said...

Ybh Dato
Inilah peranai orang umno kalau diluar bukan main berkokok tetapi kalau sudah masuk dalam gelanggang terus menikus
Dato saya tahu sangat ahli-ahli umno ditempat saya kalau diluar apa yang mereka tak kata kepada YB di kawasan saya tiba masa dekat pemilihan YB datang kasi minum teh satu cawan dan kueh satu dua biji YB kata hari ini semua saya bayar bukan main suka dua tiga hari bercerita OK YB kita baik dan sebagainyaiotulah perangai atau pun gelagak orang umno ditempat saya.
Sekian terima kaseh.

spycatcher03 said...

Bukan kah saya dah berikomen, bahawa tidak mungkin untuk menggugat sesaorang pemimpin melalui proses demokrasi parti atau dari luaran? Banyak halangan dan rintangan dapat diujudkan olihnya melalui pasarana kekuasaan nya!! Sejarah Umno telah membuktikan bahawa untuk memaksa sesaorang pemimpin tertinggi turun ialah melalui gerakan dalaman iaitu timbalan, naib atau dan ahli MT, Sejarah juga menunjukkan tekanan luaran yang hampir berjaya ialah semasa TR lawan TDM dengan kekalahan TR sebanyak 43 undi!!!
So don't waste your time at cawangan or bahagian levels,choose better more responsible leaders in the coming Umno election, then you can bring changes. If you still opt for RM200-500 rather than having wise and responsible leaders , you all may be responsible for Umno becoming irrelevant!
Kpada perwakilan di peringkat bahagian dan PAU, fikir dan fikir sebelum partai keramar kita jadi bubur!!!!

ringgit said...

Isu UiTM...:

Datuk,

Sebenarnya UiTM belum layak di panggil U saya lebih suka sebut ITM...

Pandangan saya di kalangan mahasiswa, graduan ITM sebenarnya belum cukup `KUAT' untuk di bandingkan dengan graduan universiti2 yg ada di Malaysia..lebih2 lagi universiti yang pertama, Univ. MALAYA (UM). Saya kira sesiapa yg dapat masuk UM. Mereka adalah yang paling berTUAH...(hanya graduan UM yang tahu)

Umum tahu, pelagar ITM memang bersaing sesama bumiputera.. berbeza dengan universiti2 lain yang ada pelbagai kaum - UM, UKM, UIA, USM, UTM, UPM (ini semua antara U terawal dan yang dianggap HEBAT..). Kita ketepikan U `profit oriented'.

Apabila bercakap untuk mendapat Ijazah kelas pertama atau sekurangnya 2nd class upper, waima Anugerah Emas atau Anugerah Diraja... sudah pasti pejalar - UM, UKM, USM, UTM, UPM tadi bersaing dengan pelajar asing - Cina, India dan lain2

Jadi sudah tentu tiada pelajar MELAYU yang boleh dapat 100% Ijazah kelas pertama atau kedua tinggi... sudah tentu pecahan nisbah pelajar kelas pertama di itu sebagai contoh di UM; Melayu 30% Cina 30% India 30% lain2 10% berbanding di ITM 100% pelajar Melayu dapat kelas pertama...

Kata NC ITM Abu Shah baru-baru ni, pelajar ITM berkualiti dan mudah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian...

Kata2 NC itu seperti mana yg SAYA katakan tadi... mereka senang dapat pekerjaan sebab ramai sangat pelajar MELATU di ITM dpt kelas Pertama berbanding universiti lain.. kalau universiti lain tidak sampai 100% ITM boleh dpt figure tu.... (KITA PUN BOLEH FIKIR KUALITI graduan ITM tu...)

Saya bukan nak merendah pelajar ITM tapi itulah hakihatnya...

Ini kisah benar, salah seorang pelajar yg mendpat grad 1 SPM 8 agereget (dulu x da A B C mcm skrag)..kemudian diterima masuk asasi UM seterusnya tamat pengajian di UM dengan ijazah 2nd class lower..

Berbanding rakannya yg dapat gred 2 SPM kemudian masuk di ITM...tamat dng ijazah 2nd class upper...

Ada seorang kawan ditendang dari UM semasa asasi - masuk ke ITM jd pelajar hebat...

seorang kawan lagi cakap, bukan senang nak dapat 3 pointer kat UM... memang tapi aku tengok ITM senang jer dapat.. Cuba bagi soalan exam di UM kat ITM sure budak2 dia pun payah nak dapat 3 pointer....

Sebagai seorang yang rasional Dtk, isu kouta ITM tak perlu dipanjang..MEDIA saja memperbesarkan untuk kepentingan pihak2 tertentu - saya kira Dtk pun faham sebab dtk pun bekas wartawan dan faham sangat isu yg dimainkan oleh akhbar.. (hanya org media yang faham bila isu dimain)...

Saya fikir.. adalah adil graduan2 di ITM ini bersaing macam graduan di universiti2 lain x ada salah rasanya... Kenapa nak melenting sangat bila cakap isu ni, kata: HAK PELAJAR MELAYU dan BUMIPUTERA di nak dirampas...

Pelajar dalam hal ni sanggup jadi pak turut buat demonstrasi...
Dulu sebelum ITM, ketika belajar di sekolah kebangsaan boleh pula terima belajar asing..

Sampai bila pelajar MELAYU nak dimanja dan nak `BERTONGKAT' - itulah yang melemahkan dikemudian hari kerana dah biasa dibantu akhirnya tidak mahu berdikari... jauh sekali nak dibandingkan dengan pelajar di luar negara - byk persaingan.

Bukan nak merendah pelajar ITM tapi itu hakikatnya...yang tak sama merka alami dengan pelajar U lain....

Yang pelik..kalau pelajar U lain buat mcm tu dah lama kena AUKU...


Kalau nak jaga kouta MELAYU itu sangat, kenapa MRSM dibuka kpd pelajar asing skrang... buat la sekolah yang tak da campur dengan kaum lain dari darjah 1 - 6, tkt 1 - 5 kemudian masuk ITM...

Satu lagi, saya nak tanya kepada UMUM, ATLET negara ke OLIMPIK kenapa kena pakai BAJU MELAYU semasa pembukaan.... Baju Melayu bukan baju rasmi negara...Bahasa Melayu - memang bahasa rasmi, tetapi baju Melayu bukan rasmi.

Samalah juga kita berbelanja besar setiap kali menyambut AIDILFITRI..Walhal dalam Islam menggalak kita berpakaian cantik pada 1 syawal..tak disebut pun suruh pakai Baju Melayu..

Datuk, Saya hairan kenapa orang kita TOTOK sangat dengan Melayu... saya pun orang Melayu.. tapi mahu melihat Melayu HEBAT...

Sesekali KITA KENA FIKIR DI LUAR KOTAK - untuk maju dan berjaya
, Jangan asyik selari dengan pandangan orang lain... kena RADIKAL dan RASIONAL....

zeme said...

Salam Datuk,

Lagi pertambahan cawangan yang mengusulkan menolak kepimpinan DS Abdullah selaku Presiden parti.

UMNO Cawangan Sekat Timur yang bermesyuarat pada 17/08/2008 di Bangunan UMNO Serkat Timur telah meluluskan usul sebulat suara supaya UMNO Bahagian Tanjung Piai tidak mencalonkan DS Abdullah sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Wasalam.