Sunday, August 31, 2008

MALAYSIA KINI DI LANDASAN YANG BETUL?

Berikut adalah antara fakta menarik yang saya petik daripada teks penuh perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-51 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang dimuat-turun daripada utusan on-line sebentar tadi.

Untuk tempoh jangka panjang pula, saya yakin bahawa negara kita hari ini, berada pada landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju yang berdaya saing dan mampu berdiri sama tinggi, jika tidak lebih lagi, dengan negara-negara maju yang lain.

Dari segi ekonomi, asas-asas akan terus diperkukuhkan agar matlamat untuk menjadi sebuah negara dengan nilai ekonomi yang lebih tinggi dan efisyen berasaskan ilmu pengetahuan akan dicapai.

Perjalanan perjuangan kita masih jauh lagi. Masih banyak yang perlu kita lakukan. Matlamat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri; sebuah negara maju yang menjanjikan kehidupan dan masa depan yang gemilang untuk setiap rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Saya amat yakin dan percaya bahawa matlamat ini tidak mustahil untuk dilaksanakan jika setiap dari kita rakyat Malaysia, bersatu hati dan bersatu tenaga, mengetepikan segala perbezaan dan prejudis yang ada dan bangkit sebagai rakyat yang memiliki ketahanan bagi menghadapi segala musuh dan cabaran.

Untuk membaca teks sepenuhnya sila akses: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm – Ruhanie Ahmad

22 comments:

Jed Yoong said...

Datuk,

The landasan that Pak Lah should take is the one that's marked "EXIT"/"KELUAR".

nakhoda said...

Memang betul Jed Yoong. Badawi tak payah cari landasan lagi. Dia mesti ikut arah jalan KELUAR....

azam said...

Hari ini macam ada satu trend. Banyak pemimpin yang lemah kini dikudakan oleh kuasa besar, zionis atau proksinya. Satu lagi, semua pemimpin lemah ni nampaknya jadi pembohong par excellence. Contohnya Presiden BUSH. KALAU DI MALAYSIA, SAPA LAGI KALAU BUKAN DOLLAH BADAWI?

nawawidahalan said...

Datuk,

Saya minta maaf kerana tidak berminat lagi dengan sistem yang ada.

Boleh tolong bagi komen teori keruntuhan demokrasi dalam blog saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

terima kasih harap maaf.

Banjar Malaysia said...

Salam,

Di negara kita rasanya tidak ada tradisi pemimpin turun atas desakan rakyat. Jadi semakin didesak, dia mungkin semakin bergayut pada jawatan dan pangkat yang dipegangnya.

Hendak buat reformasi macam Thailand pun kita sebenarnya tidak ada tradisi juga. Jadi saya tak fikir rakyat Malaysia akan buat macam itu (khasnya selagi polis dan askar masih taat setia pada kerajaan).

Di samping itu, fakta yang paling penting saya kira, walaupun kita sekarang dikatakan menghadapi pelbagai keperitan hidup, orang Malaysia rasanya masih boleh bertahan kerana mereka belum sampai ke peringkat "tidak cukup makan."

Jadi agaknya kita terpaksa bersabar, sehingga belum sampai ke peringkat itu?

zack said...

PM mmg selalu rasa dia betul....dia selalu rasa dia pandai, pernah buat silap..sampai dah hilang 5 negeri pun dia dok cakap rakyat masih mahukan saya...saya ada sokongan yg kuat...itulah dia kalau PM hari2 dok baca news yang puji dia bagus, hebat, terpuji, hensem (maybe) dan sbgnya...PM lupa, pujian itu orang nak mainkan dia

antubiul said...

Datuk, tidak semua yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badwai tidak betul. ada juga yang betul, malang yang yang nampak tidak betul itu melebihi yang betul. Dalm konteks keadaan Melayu dan Malysia sendiri yang salah bukanlah Ahmad Badawi atau DR Mahathir kerana melantik AAB sebagai PM. Yang salah nya adalah orang Melayu itu sendiri khasnya UMNO melayu. Gajah didepan mata tak nampak kijang di hutan nampak. Orang melayu yang bersalah kerana kera dihutan disusukan anak dirumah ditinggal tinggal kan. UMNO sendiri tidak mau memperbetulkan kesalahan yang berlaku di depan mata mereka tapi membetulkan kesalahan yang bukanya kesilapan. Orang Melayu pula marahkan nyamuk kelambu dibakar, Marahkan AAb 5 negeri digadaikan. Masalahnya selepas digadai, nak tebus balik itulah yang sukar. Orang melayu bukan ke suka bergadai. Lihat sajalah pajak gadai. Siapa yang paling suka pajak emas kat sana. Majority adalah melayu yang untung Cina. Selepas memajak, berapa banyak yang lupus. Bukan ke orang Melayu terkenal dengan sifat Pajak boleh nak tebus sukar . Bayangkan kesukaran yang dihadapi bila nak tebus balik. Memakan masa, ada yang service interest saja supaya barang tak lelap. Akhirnya bayar interest lebih dari harga kos barang yang digadai. Melayu perliu bersatu untuk menghadapi cabaran masa akan datang. Malaysian Malaysia cuma akan menguntungkan orang bukan melayu. Malaysian Malaysia akan melupuskan kuuasa melayu. Itu lah agendannya. malaysian Malaysia adalah seperti Singaporean singapura. Lihak lah dia negara lain di dunia ini. Palestin hari ini berjuang mahukan hak mereka. DI Negara China, seandainya orang india ramai bermaustatin di China dan menjadi rakyat CHina, adakah oprang China di sana sanggup melepaskan ketuannan China mereka? Samajuga lah seperti diIndia. Adakahj orang India hinddu itu sendiri akan melepaskan ketuanan India mereka.? Sebutkan adake negara yang mana asalnya dihuni oleh satu ektik dan dengan globalisation dan penghijrahan mahu melepaskan ketuanan mereka.? Bear in mind America adalah bangsa eropah yang menghuni benua America dan kemudian melakukan ektik cleansing dengan menghapuskan Kaum red Indians the original American. Sepatutnya Presiden America shoud be a red indians, bolehkah ianya berlaku. The world is always focus on the black americans, what about the red indians, the real owner of Amerika same as Australia, will one of their abroginal be a President?. Like american, the world is focusing on the migratee in Australia rather than the abroginals. Why? Jadi Datuk Ruhaine, ketuanan Melayu is still and always relevant to the Malays in Malaysia.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Saudara saudari sekalian, Sebenar-benar ujian kepada sesebuah negara dan rakyatnya ialah apabila negara tersebut berhadapan dengan saat-saat getir dan bagaimana rakyatnya bertindak dalam menghadapinya. Bumi Malaysia ini tidak pernah sunyi dari menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Namun, Alhamdulillah, setiap halangan dan cabaran tersebut telah dapat kita tempuhi dengan jayanya.

Kita bukan sahaja berjaya menghadapi segala rintangan yang ada, tetapi lebih dari itu, kita juga telah berjaya membangunkan negara ini ke tahap yang membanggakan hari ini.

Saya juga yakin dan percaya bahawa segala ujian yang sedang kita hadapi hari ini akan dapat kita harungi sekiranya kita terus bersatu dan berganding bahu, dengan azam yang kuat, bertekad melaksanakan tanggungjawab kita masing-masing. Adalah menjadi harapan saya agar setiap rakyat Malaysia akan dapat menghayati dan menginsafi akan peri pentingnya perpaduan di kalangan kita semua. Rakyat yang bersatu padu adalah benteng pertahanan negara yang kukuh bagi menghadapi sebarang ancaman, baik dari dalam mahupun dari luar negara.

Perpaduan merupakan tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi negara.

Sememangnya dunia amat menghormati dan mengagumi Malaysia kerana tidak banyak negara dengan rakyat berbilang kaum di dunia ini, yang dapat hidup bersama dengan penuh toleransi, dalam suasana aman dan harmoni.



Hendaknya ditanya semua ahli-ahli parti komponen BN pendapat mereka. Adakah mereka puas hati dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi?
Mungkinkah UMNO dan BN berada diatas landasan yang benar atau hanya BN?

abghalim said...

Salam Dato Ron

Saya selalu melayari blog Dato....Sementara nak solat Tarawih...malam ni saya TERSENYUM....kerana apa yang PAK LAH buat semuanya tak betoi dan selalu kena hentam......kepada Pak LAh salam ramadhan...ampun dan maaf

imah said...

Pertamanya terima kasih atas kesudian Dato' menukar layout blog ini. Jadinya selesalah bagi saya menghayati semua posting yang ada.

Mengenai landasan Paklah, rasanya dia seorang saja yang nampak landasan itu betul.

Majoriti rakyat nampak landasan itu betul-betul menuju kehancuran.

Berita dari gunung said...

Era 50'an dan sebelumnya adalah waktu perit. Melayu umpama melukut. Hanya selepas Merdeka, Melayu bergerak kedepan. Catalyst penting kepada kesinambungan kemajuan Melayu adalah peristiwa 13 Mei.

Rangka kemajuan disusun untuk Melayu. Yang mendiami Shah Alam, Kampung Tunku dan Bangi adalah Melayu yang menerima tempias dengan rangka kemajuan pasca 13 Mei.

Selepas itu Melayu kembali berselerak. Usahkan perpaduan antara kaum, dalam melayu itu sendiri sudah ada yang sedia persetankan kerajaan.

Ramai Melayu rasa mereka kuat, dan kerajaan BN dan UMNO bukan penyebab mereka ditahap itu. Rezeki mereka dari tuhan.

Malaysia boleh maju jauh kedepan, saya akui. Tetapi semangat Melayu seakan tercalar. Kalau dulu, orang bugis sudi menghunus keris sama mempertahankan bumi Melayu.

Ketika martabat Melayu diperlekeh, siapakah mahu berganding bahu? Orang melayu Shah Alam, Kampung Tunku dan Bangi, belum tentu sudi. Wang dan kejayaan sedikit sebanyak menghakis jatidiri Melayu.

Ketika api Hindraf sedang marak menuntut pembelaan, api melayu juga marak untuk melepaskan belenggu Uitm. Manakala di Permatang Pauh, Melayu dikerat dua, sambil bertenggung Anwar berkata "dua untuk aku, satu untuk kau". Melayu seakan habuan perang!

Melayu wajar berkenal semula dengan makna dan jatidiri Melayu. Barulah api "Tak Melayu hilang di dunia" dari Hang Tuah dapat memberi pengertian kepada Melayu itu sendiri.

Merdeka!

ketam said...

1. Semasa Lee Kuan Yew ( LKY ) berada di luar Negara, LKY memutuskan untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia Mac 1964 atas alasan MCA ( ketika itu Tun Tan Siew Sin ) gagal membantu masyarakat Cina di Tanah Melayu.

2. Dalam kempen2 di Kuala Lumpur, puluhan ribu masyarakat Cina mendengar kempen PAP dan LKY. Ketika itu, seluruh jentera PAP dibawa masuk dari Singapura. LKY sangat yakin akan menang besar. Namun, keputusan pilihanraya itu menunjukkan PAP ditolak oleh masyarakat Cina Tanah Melayu. PAP hanya menang di Bangsar ( Devan Nair ).

3. Sebelumnya Syed Albar ( Singa UMNO ) telah berkempen dalam Pilihanraya Umum di Singapura ( 21 September 1963 ). Malangnya ketiga-tiga kerusi yang menjadi milik UMNO Singapura telah tewas, orang-orang Melayu didapati telah memberi undi kepada PAP. Tunku, Tun Razak & Syed Albar telah pergi ke Singapura untuk menerangkan bahayanya PAP terutama dengan konsep Malaysian Malaysia.

4. Orang Melayu Singapura menolak nasehat Syed Albar, namun 20 tahun dan 30 tahun kemudian nasehat Syed Albar menjadi kenyataan= Tiada lagi Ketua-Ketua Jabatan/Agensi kerajaan diketuai oleh orang Melayu, tiada Menteri Melayu, tiada Ketua Polis Melayu, tiada Ketua Tentera Melayu, malah Melayu diketepikan dalam semua aspek pada hari ini, di Singapura.

5. UMNO menubuhkan Konvensyen melibatkan 123 NGOs Melayu/Islam. Pada Julai 1964, orang Melayu mengamok di Singapura akibat daripada dasar LKY mengenepikan orang Melayu. Pada September 1964, sekali lagi orang Melayu mengamok apabila LKY menekan Tunku supaya menerima Malaysian Malaysia.

6. Lee Kuan Yew mendesak lagi Tunku supaya menerima Malaysian Malaysia ( 1965 ), dan menukar konsep “ rakyat Malaysia” kepada “ Warganegara Malaysia”. LKY juga menolak permintaan Tunku supaya sebahagian hasil Singapura diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk membantu memajukan negeri itu. LKY menolak dengan alasan Singapura tidak perlu membayar yuran untuk menyertai Malaysia.

7. Walhal LKY yang beria-ia hendak menyertai Malaysia kerana takut dengan Tekanan yang diberikan oleh Presiden Sukarno yang ProKomunis ketika itu. Malah parti PAP sendiri tidak dapat mengawal Barisan Sosialis dan Parti Buruh yang semakin menguasai Singapura. LKY sangat takut dan memberitahu kepada Anthony Head, Pesuruhjaya Tinggi UK bahawa dia takut dikelilingi 200 Juta Melayu Indonesia dan Malaysia. LKY tiada jalan melainkan memohon menyertai Malaysia.

8. LKY menuduh dan berucap di luar Negara, konon kerajaan Persekutuan mengamalkan racist. Pernah satu insiden di New York, LKY berkeras dengan Tunku untuk duduk di kerusi PBB mewakili Singapura. Tunku menolak kerana hanya ada kerusi Malaysia sahaja. Mana boleh ada 2 nakhoda dalam satu Negara!. UMNO mendesak Tunku supaya LKY ditahan di bawah Ordinan Darurat ( ISA ). LKY lebih suka dia ditangkap untuk menjadi Hero Cina, namun Tunku tidak terpedaya dengan lakonan LKY, akhirnya Tunku memutuskan Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Keesokannya LKY menangis teresak-esak. Penulis berpendapat LKY menangis bukan sebab itu, LKY menangis sebab gagal dalam cita-citanya MeMalaysiankan Malaysia.

9. Jika kita perhatikan apa yang dilakukan oleh DAP di Penang terutamanya, kemudian Perak ( DAP menguasai Kerajaan Perak) dan Selangor (DAP memiliki suara majoriti dalam kerajaan ), penulis percaya Kes Singapura akan berulang semula, Penulis percaya jika orang Melayu masih Tidak sedar ancaman ini, Penang akan mendapat Perdana Menteri untuk satu atau dua penggal pilihanraya lagi. Kemudian diikuti Perak dan Selangor.

10. LKY telah berkata “…Hari ini hari kemenangan anda,hari kekalahan saya; tetapi dalam masa lima hingga sepuluh tahun, anda pasti akan meratapinya…” Ternyata ia terbukti, apabila pada tahun 1969 , Rusuhan Kaum berlaku. Penulis percaya, DAP juga memerlukan lima dan sepuluh tahun sahaja lagi untuk menjadi Perdana Menteri Penang! Sejarah sudah membuktikannya…dan sejarah itu berulang lagi…

Dan paling sedih sekarang seperti yg terjadi di Singapura MELAYU SENDIRI terutamanya MELAYU PAS DAN PKR yang menjual BANGSAnya..mereka ini memang tidak memahami sejarah bangsa dan negara...

si_pahu said...

Assalammualaikum Datuk,

Selamat berpuasa. Ini adalah sekadar pendapat saya. Hanya satu cara untuk melihat Pak Lah berundur. Iaitu dengan mengundurkan dia dari pentas yang dia kuasai sekarang. Caranya agak mudah bila di fahami, tetapi amat berat bagi yang mempunyai kepentingan bersama Pak Lah.

Pada pandangan saya, caranya ialah beberapa ahli parlimen BN perlu berundur atau melompat parti. Melompat parti pula, tidaklah semestinya dari parti Pakatan Rakyat. Boleh juga memilih menjadi calon bebas. Maka secara tak langsung, PR akan berkuasa dan Pak Lah mungkin akan disingkirkan dari UMNO disebabkan gagal menyatupadukan Ahli Parlimen BN. Dan selepas itu, UMNO akan membuat reformasi seterusnya membentuk struktur UMNO yang baru dan lebih releven kepada seluruh rakyat.

Saya percaya sekiranya rakyat yakin dengan UMNO yang baru, mereka akan menang mudah. Kecuali jika PR dapat melaksanakan amanat dan mandat yang diberi oleh rakyat, mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran oleh UMNO yang baru.

Masalahnya, adakah terdapat ahli parlimen UMNO sekarang yang sanggup melakukan perkara sedemikian? Dengan diri sendiri pun tidak sanggup bekorban, inikan pula untuk rakyat? Maafkan saya Datuk dan pembaca blog ini sekalian. Ini adalah sekadar pendapat saya kerana Pak Lah tidak mengaku kelemahannya dan mahu berundur diri secara terhormat dalam masa terdekat ini.

(Mungkin benar ulasan Dato Seri Anwar bahawa belanjawan kali ini adalah 'gula-gula rakyat' untuk mengaburi rakyat yang tertekan dek kerana harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat.)


Wassalam...

utohkacil said...

sdr banjar malaysia anda mengkin tersilap menyatakan 'tiada pemimpin negara ini yg undur atas desakan rakyat'.

Tungku Abdul Rahman dan TDM berundur atas desakan rakyat. Tun Hussain Oon berundur atas desakan .......

DSAAB juge akan berundur atas desakan rakyat.

Dalam negara demokrasi kuasa rakyat boleh menentukan siapa pemimpin yg di sukai mereka.

Saya rasa sangat sukar untuk kerajaan BN akan pulih segera.

Kaum cina dan india sudah cop UMNO sebagai sebuah parti perkauman.

Kaum melayu sudah hilang kepercayaan kepada hampir semua pemimpin UMNO, orang melayu anggap pemimpin UMNO gila kuasa, gila kekayaan, mementingkan diri dan keluarga sahaja.

Kita tunggu PRU13 nanti, dimana satu perubahan akan terlaksana.

utohkacil said...

DSAAB bukan penyebab UMNO lemah.
Sebenar nye UMNO sudah mula lemah di zama pemerintahan TDM. TDM berundur kerana beliau sudah rasai UMNO sudah mula reput.

TDM serah kan UMNO yg dah mula reput kepada DSAAB dgn harapan untuk di pulihkan semula.

Semua Rakyat menaruh harapan UMNO dapat di pulihkan oleh DSAAB. Itu sebab PRU11 BN mendapat sokongan padu dari rakyat.

Malang nye, setelah 1 penggal DSAAB ber kuasa, beliau gagal memulih kan UMNO, bahkan UMNO bertambah parah.

Itu sebab BN hampir tumbang pada PRU12 yg lepas.

DSAAB tidak boleh di persalahkan dlm hal ini. Kerosakan UMNO berlaku kerana pemimpin dan pencacai nye sukar di kawal.

Pemimpin2 dan pencacai2 ini sudah terlalu tamak dan gila kuasa. Lihat sahaja apa yg sedang berlaku dlm pemilihan ketua cawanagn?

Perkara yg sebegini akan berlaku juge dlm peringkat bahagian dan negeri nanti.

Boleh kah DSAAB mengawal perkaran ini supaya tidak berlaku?

Sebenar nye perkara2 di atas ini lah yg menyebab kan rakyat jadi muak dan membenci UMNO.

'motto' pemimpin dan pencacai UMNO: "ada jawatan ada kuasa, ada kuasa senang cari harta".

BN akan tumbang pada PRU13 nanti jika UMNO masih tidak boleh di pulihkan.

k-one said...

alo ketam, persekutuan malaysia dan perpisahan spore dr malaysia adalah projek british la .projek ni nk jaga kepentingan british agar mrk x hilang menjadi milik rakyat secara total. UMNO adalah rakan kongsi kpd projek ini . tolong byk membaca..kalo bukan UMNO punya pasal, saya percaya spore masih berada dlm negara ini. boleh rujuk penulisan pejuang2 kemerdekaan tanah air. ko pernah dgr PERLEMBANGAAN RAKYAT? PERLAMBANGAAN RAKYAT adalah lawan kpd PERLEMBAGAAN PERSEKUTAAN yg d cadangkan . PERLEMBAGAAN RAKYAT adalah cadangan rakyat bangsa melayu , cina dan india bg d guna pakai dan salah satu kandunganya ialah nama negara ini d kenali sebagai melaya.

Dlm buku sejarah lansung tak d sebuat hal ni . sila lihat dokumentari 10 tahun sebelum merdeka. http://www.youtube.com/watch?v=sNZzZlVgWxY
sekian

bat8 said...

ketam

Very nice history lesson. Sebenarnya kedudukan orang melayu ni dah jadi kalau lari mulut buaya masuk mulut harimau.

Mengapa jadi begitu? Sebenarnya 50 tahun orang melayu memberi mandat kepada UMNO dan UMNO(baru) untuk menjaga nasib dan masa hadapan mereka, mengapa nasib melayu semalin terok?

Dizaman era moden, era yang bermula dari TDM hingga sekarang ni, nasib merudum orang melayu lebih cepat lagi berbanding dengan era UMNO lama.

Now you pergi merata blog yang ada mencaciorang lain sana sini dengan harapan orang melayu terus menyokong UMNO(baru) yang nyata semakin hari semakin meminggir orang melayu. Yang dipentingkan hanya kedudukan pemimpin-pemimpin UMNO(baru) sahaja.

Mengapa kedudukan begitu penting bagi mereka? Kedudkan dan kuasa yang cuba dipertahankan adalah merupakan kunci emas yang membolehkan mereka merebut kekayaan untuk diri mereka dan kaum kerabat mereka dari kalangan UMNOputra.

bat9

si_pahu said...

Saudara ketam..

Bolehkah ketam nak mengajar anaknya berjalan dengan betul? Ada ker di Singapura bangsa melayu yang tak makan?

Di Malaysia masih ramai yang tak mampu nak makan. Kes jenayah juga amat tinggi jika di bandingkan di Singapura. Hujung minggu lepas saya makan di sebuah food court yang terletak di Kajang. Selama 30 minit saya di situ, ada tiga peminta sedekah yang mengemis. Jika nak dibandingkan di Bedok Interchange (majoriti Melayu di Singapura), saya tak jumpa pun perkara sedemikian di sana. Saya juga pernah meninggalkan motosikal di sebuah flat di Jurong tanpa mematikan enjin, lalu saya naik ke tingkat 12. Apa yang saya dapati selepas 15 minit, motosikal saya masih dalam keadaan yang sama dan tidak terusik. Kalau di flat keramat saya buat macam itu, harus lesap.

Jadi, saudara jangan sentuh hal pentadbiran negara lain sekiranya negara kita belum dapat menandingi negara mereka. Yang dah lepas, hanya tinggal sejarah. Yang penting kita bermuafakat untuk memertabatkan ekonomi bangsa kita. Kalaulah PAS dah jual bangsa melayu, mengapa di Kelantan lebih banyak orang Melayu yang berkereta mewah? Kalau di Kuala Lumpur, bangsa apa yang banyak guna kereta mewah? Pak Lah tu tak dikira jual bangsa ker sebab dia kahwin dengan cina? UMNO jaga ker semua bangsanya sekiranya perumahan rakyat hanya untuk ahli UMNO sahaja sedangkan rakyat Malaysia bebas untuk mengikut fahaman politik masing-masing di dalam sistem demokrasi?

Maaf saudara Ketam, saya hanya berhujah apa yang pernah berlaku di hadapan mata saya sendiri sahaja.

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

kalaulah orang kampung baca apa yang ditulis oleh ketam ni, habis terpengaruh.

Betul kita kena jaga kepentingan bangsa, TAPI BUKAN MENJAGA KEPENTINGAN SEKELOmPOK BANGSA SAHAJA.

Jeffri said...

Setuju dengan utohkecil...
Kejatuhan UMNO bukan disebabkan oleh Pak Lah tapi oleh kerakusan pemimpin dalam UMNO yang rakus dan tamak sejak dari zaman TDM lagi...

MD said...

Betulkah kita di landasan yang betul?

Berapa billion yang dibelanjakan atas tiket DEB? Kalau dibahagi sama rata kepada semua Melayu, semua Melayu akan menjadi jutawan!

Kemana duit ini pergi? Mungkinkah 10% kepada beberapa kerat melayu - dan selebihnya kepada tokey - kawan kepada beberapa kerat ini yang "Menjayakan dasar ekonomi baru?"

Ya - LKW menangis kerana singapura dikeluarkan daripada Malaysia, dengan 0 sumber asli dan sumber alam. Tetapi selepas 40 tahun berlalu ekonomi singapura 3kali lebih baik daripada Malaysia, tahap rasuah kita berbanding mereka sebagai langit dengan bumi.

Di Malaysia, 30% perbelanjaan negara daripada hasil minyak. Dimana kita kalau tidak ada minyak? Presiden Petronas kata polisi ekonomi seperti ini tidak baik untuk negara.

Sepuluh tahun dulu kemajuan Malaysia hanya di bawah Jepun - dan setanding dengan singapura. Korea pun di bawah kita. Sekarang kemajuan dan ekonomi Malaysia kat mana?

Soal akan ada PM DAP di Pinang - Apa kurangnya dengan Gerakan?

Semasa Pak Lah menjadi PM, Pak Lah kata kita nak kurangkan defisit perbelanjaan. Tetapi apabila Pak Lah menjadi PM defisit bertambah setiap tahun sehingga memecah rekod. Kenapa ini berlaku?

Pak Lah! Betulkah kita di landasan yang betul? Atau adakah negara kita dipandu secara autopilot? What ever will be - will be?

Awang Maya said...

Kepada antubiul,

anda memang sejenis dengan Dollah Bodohwi, tak sedar diri, hey, cuba lah buat survey di semua peringkat lapisan masyarakat. Siapa lagi yang berkenan dengan Pak Lah. tanyalah akar umbi UMNO. Tapi apa yang terbuku dihati mereka tidak kedengaran atau kelihatan di media-media utama. Sebab itu Dollah Badawi merasakan dia masih mendapat sokongan. Yang pasti, undi BN pada PRU12 adalah undi daripada mereka yang secara tradisi mengundi BN dari dulu,kini dan selamanya. Tapi golongan (batch) ini tak akan lama kerana mereka akan lenyap secara semula jadi. Dan timbul golongan muda dan atas pagar yang bersikap lebih terbuka dan analitikal ini yang akan mengubah landskap politik negara. Jadi peranan BN dan UMNO kini ialah cuba menyakinkan golongan ini supaya tidak beralih arah. tapi selagi si Dollah Bodohwi masih terus kekal memimpin negara, maka harapan untuk meyakinkan golongan ini tidak akan berjaya. Sebab itu kita harus memastikan Dollah Bodohwi ditendang keluar sebab kita masih mahukan BN memerintah. Hanya BN sahaja yang mampu menntukan kestabilan negara tetapi bukan di bawah pemerintahan Dollah Bodohwi.