Sunday, August 24, 2008

PERDANA MENTERI AKAN TELITI MEMORANDUM HINDRAF

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meneliti dan membincangkan memorandum 18 perkara yang disampaikan kepadanya oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) di sini hari ini.

Hindraf, sebuah pertubuhan tidak berdaftar gabungan 30 badan bukan kerajaan kaum India, antara lain menuntut pembebasan lebih 100 orang kaum India yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa kem tahanan di negara ini.

Ini termasuk pembebasan empat penasihat undang-undangnya iaitu P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kengadharan, dan V. Ganabatirau, beserta penyelars kumpulan itu, T. Vasanthakumar, yang ditahan mengikut Seksyen 8 (1) ISA kerana menggugat ketenteraman awam berikutan perhimpunan haram Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 Nov, 2007.

Kelima-lima mereka kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak sejak 13 Dis, 2007.

Abdullah berkata demikian semasa berucap pada majlis sembahyang masyarakat India di Kuil Karumariamman, Seberang Jaya di sini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=354761

Nota: Ingat tak Hindraf? Organisasi ini pernah tuduh UMNO lakukan pembersihan etnik - kaum India - di Malaysia. Ia juga pernah hantar petition kepada badan-badan antarabangsa untuk memburuk-burukkan negara.

Tapi, pasal mahukan undi, semua boleh jadi? – Ruhanie Ahmad

9 comments:

OfficeBoyTingkat4 said...

Andai kata dengan menjilat punggung para pengundi di PP akan dapat memastikan karier DSAI, maka Dolah dan Najib akan membersihkan punggung para pengundi di PP dengan menjilat nya.

mie said...

betul tuh, pasal undi semuanya blh jadi..
...anything is poddible...

Sang Rajuna said...

Salam,

Kalau ada tuntutan Hindraf yang munasabah, barangkali boleh dipertimbangkan. Tapi janganlah permintaan mereka dipenuhi, kerana hendakkan undi orang India.

Ini tindakan orang yang tidak berprinsip dan hanya menunjukkan kelemahan pemimpin Melayu.

Green Malay said...

Agreed with all...on top of that...HINDRAF is not even registered body in Malaysia...why should we bother about them...unless they use proper channel on how to express whatever they want...

Green Malay

kluangman said...

Semua Dolah sanggup lakukan, walaupun yang paling bodoh dan merapu...cuma sanggupkah Dolah mengikut jejak Najib, bersumpah laknat tentang anak menantunya...tentang janjinya dengan Mahathir untuk hanya sepenggal sebagai PM..dan banyak lagi..


Suruh juga Johari Baharum, Osman Aroff bersumpah tidak merasuah dalam pemilihan UMNO Kubang Pasu menewaskan pencalonan Mahathir ke perwakilan UMNO...

Minta juga Musa Hassan buat sumpah laknat berhubung dakwaan rasuah ke atasnya oleh RPK...

Tetapi jangan minta Anwar dan Raja Petra buat sumpah laknat.. mereka memang dikecualikan dengan 1001 alasan..

Tun pun elok buat sumpah laknat dalam bebrapa hal..

spycatcher03 said...

Tak hairan lah Datuk, kalau AAB nak buat apa pun berhubung dengan hindraf kerana semuanya ini hanya suatu sendiwara yang diolah sendiri olih mereka di persada kekuasaan!! This is part of the scenario plotted when hindraf was used to regain influence amongst the malays especially UMNO after being battered in PRU 12!!!
AAB will do everything to stay in power!! So don't be suprised if the bumiputeras may have to share some of their privilages (rights?)with others!!!! We may have to wait and see what is in store planned by AAB!!!

Berita dari gunung said...

Isu hindraf memang lawak.

Pertama kerana Abdullah gagal mengawal keadaan.

Kedua kerana ada yang berkata kini ramai boleh bersuara (tanya Shahrir).

Ketiga kerana Anwar licik memancing kerana ingin jadi PM.

Keempat kerana isu Melayu terus tenggelam.

anakbuah said...

Teringat cerita 'The Omen', dajjal yg ke mana-mana saja membawa bencana.

Terbaca sebuah risalah dan penulis memperincikan di mana timbulnya dajjal, perhatikan:

Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: "Tidak ! Ia akan muncul di Timur" diikuti dengan kalimat: "Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur". Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahwa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadits diterangkan bahwa tempad munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.

Ini menunjukkan bahwa merajalelanya Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahwa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperoleh keuntungan dari hasil perampokan di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudak penduduknya, baik jasmani maupun rohani, lahiriyah maupun batiniyah.


Mungkin "mereka" inilah dajjal2 yg penulis itu maksudkan.

Tayadih Maysia said...

SALAM DATUK,

DAH NAMANYA FLIP FLOP, SEMUANYA FLIP FLOP. SAYA TAK HERAN JIKA P[M NAK TURUNKAN MINYAK SAMPAI RM1 KERANA PERMATANG PAUH.

TAPI BAB HINDRAF NI JANGAN BAGI MUKA. MELAMPAU. HANTAR BALIK! PATUTNYA PERLU ADA PERJANJIAN SEMASA BERI KERAKYATAN BESAR-BESARAN DAHULU.