Monday, August 25, 2008

TENGKU MAHKOTA MAHU ULAMA TAMPIL JELASKAN ISU MUBAHALAH

KUANTAN 25 Ogos – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu golongan ulama tampil segera memberikan penjelasan berlandaskan al-Quran dan hadis berhubung isu bersumpah secara mubahalah.

Baginda bertitah, langkah itu perlu bagi menghilangkan segala kekeliruan yang timbul di kalangan umat Islam berhubung isu sumpah tersebut.

Tegas baginda, penjelasan tersebut perlu mengikut ajaran Islam sebenar tanpa menyebelahi mana-mana pihak terutama parti politik.- Utusan, 25/08/2008 3:37 pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

6 comments:

sukj said...

Salam Datuk,

1. Pada pandangan saya jika sesuatu isu itu melibatkan kepentingan POLITIK, maka tak perlulah melibatkan sumpah atau Mubahalal.

2. Isu politik mesti diselesaikan dengan cara politik atau pun dibawa ke Mahkamah. Sebab politik itu banyak putar belit?

3. Dalam Mahkamah sesiapa yang bijak, dia menang. Belum tentu siapa betul dia akan didapati benar.

Sang Rajuna said...

Salam,

Sekarang agaknya kehidupan kita sudah didominasi oleh politik. Jadi hampir semua perkara telah dipolitikkan, dan tidak ada yang terlepas daripada pengaruh politik.

Alim ulama sendiri saya kira sukar untuk bersikap neutral dan tidak berpihak, kecuali agaknya seorang dua yang betul-betul berani, seperti Mufti Perlis. Itupun beliau pernah diperli oleh seorang mufti lain sebagai "terlebih cerdik".

Sama ada tentang isu mubahalah atau isu agama yang lain, ulama kita umumnya akan terbahagi dua, sama ada cenderung ke arah pembangkang atau ke arah kerajaan.

Di kalangan mufti pun kadang-kadang dapat dilihat ada yang cenderung ke arah kerajaan (seperti Mufti Johor) atau ke arah pembangkang (seperti Mufti Perak).

Jadi saya tidak tahu ulama yang manakah yang berkelayakan memberi penjelasan tentang isu mubahalah itu.

Atau barangkali semuanya layak?

Lumu IX said...

isu sumpah dengan nama Allah amat besar nilainya lebih2 lagi jika ia dibuat di depan kitab yang mempunyai 6236 ayat2 makhamat dan mutasyabihat, makki dan madani atau di tempat hamba2 Allah bersujud merafak sembah kepadaNya (masjid). Sumpah adalah cetusan hati berjanji kepada diri sendiri dan Allah menjadi saksi. Hanya yang benar dan takut kepada "cash" dari Allah yg berani berbuat demikian. Lain2 fikirlah sendiri. Tentang Qazaf saya fikir sudah tak relevant masa kini kerana manusia semakin bijak dan semakin pandai samada untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya. Teknologi boleh membantu seumpama perbandingan antara burung Ababil (alam taroqai) versus peluru berpandu. Sama sahaja.

Just a little thot from a little man....

//rashid

nur said...

Majlis fatwa perlu mengeluarkan fatwa mengenai perkara ini. Sebab difahamkan bahawa tidak ada tradisi bersumpah dalam Islam. Bahkan Aisha r.a. sendiri tidak disuruh bersumpah apabila dia difitnah. Kita takut tindakan bersumpah ini akan dipergunakan untuk mengelirukan rakyat. Seolah-olah orang yang bersumpah itu tidak perlu disiasat dan bebas dari kesalahan. Tindakan sumpah ini juga mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama kita yang suci. Sebaik-baiknya ahli ulama negara perlu mengeluarkan panduan atau fatwa mengenai sumpah ini sebelum lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin bersumpah tak tentu pasal.

Berita dari gunung said...

Tanpa berpolitik manusia memang sedia berpuak dan bersuku-suku. Manusia memang terpisah dengan garis bangsa dan agama. Dalam tiap-tiap bangsa dan agama pun ada puak dan mazhabnya.

Politik mengheret pengundi dan penyokong. Dalam ramai-ramai penyokong, ada pekebun, ada penganggur, ada doktor, ada jurutera, ada lawyer dan ada juga ustaz dan alim ulama.

Kerana keterlaluan dan taksub berpolitik akhirnya hujah dan fatwa juga berlegar dalam kerangka pegangan dan fahaman politik masing-masing.

Permintaan Tengku Mahkota Pahang adalah peringatan untuk semua supaya haruslah ada pertimbangan dalam agama dan politik.

Kehadiran Tengku Mahkota Pahang dalam kerencaman politik hari ini, menambah lagi suara dari istana-istana untuk rakyatnya.

Akhir-akhir ini ada sinar cahaya dari istana Raja

mohdpaizal said...

sebelum semua mufti bagi komen, cuba tanya malaysia ni negara islam sekular atau negara islam yang dituntut syarak.