Thursday, August 07, 2008

PENULIS BLOG DITAHAN BERHUBUNG ARTIKELNYA BERKAITAN POLIS

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, 50, ditahan polis malam tadi berikutan artikelnya berkaitan dengan polis dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt Victor Sanjos berkata Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini Khamis.

Penulis itu yang ditahan selama dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi akan dibebaskan esok, katanya. – BERNAMA, 7 Ogos, 2008 21:04 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351401

5 comments:

abdrahim kassim said...

Datuk Ron,

Daripada tangkap Bakaq, pegi tangkap budak pit atau mat rempit kan lagi bagus. Aman sikit dunia....

lamandau said...

Agak bagus juga ditangkap tapi harus didakwa segera agar dalam perbicaraan pekara sebenar akan didedahkan. Saya yakin RPK akan dipanggil olih bakaq sebagai saksi dan inilah peluang PKR menelanjangkan IGP!!! Saya rasa kes ini tak kemana. Anyway, ingatan kepada sdr2 blogger agar jangan cuba mengubahsuai jata rasmi kerajaan kerana perkara itu diwartakan dan bolih diambil tindakan. Saya rasa terhina apabila melihat jata PDRM disuperimpose dengan anjing. Bakaq harus lebih sensitif dengan perasaan ahli2 PDRM yang masih bertugas dan bersara!!!

Unknown said...

Begitulah akibat jika kebebasan menulis dan berblog disalahguna dengan mengarang atau membuat cerita-cerita yang tiada bukti kukuh dan berunsur fitnah. Sepatutnya bloger harus menggunakan saluran blog mereka untuk ke arah kebaikan bukan untuk mengikut perasaan..

Unknown said...

Bila fikir balik, memang bagus juga Pak Bakaq ditangkap. Sekurang-kurangnya, ia memberi kesedaran kepada semua bloggers. Setidak-tidaknya jika ada bloggers yang mempunyai niat nak buat seperti yang Pak Bakaq buat, pasti akan terbantut dengan penangkapan ini...

kamarulzaman ahmad said...

Salam,

beca perlu ditarik , kalau tidak beres bayaranya.

bersuara juga memerlukan etika. bukan begitu datuk?