Thursday, August 07, 2008

KES ANWAR DAN PARLIMEN RAKYAT

Saya paparkan di bawah ini lima item berita BERNAMA mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di penghujung seluruh item berita ini saya paparkan pula petikan satu perbahasan dalam blog Parlimen Rakyat yang disiarkan juga oleh Blogger Sheih dalam blog Kickdefella. Bacalah seluruhnya dengan mata hati yang tajam. – Ruhanie Ahmad

PERMATANG PAUH: PENAMAAN CALON 16 OGOS, PENGUNDIAN 26 OGOS

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 16 Ogos dan jika ada pertandingan, pengundian pada 26 Ogos ini. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 12:38 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=350902

ANWAR DIDAKWA DI MAHKAMAH KHAMIS KERANA TUDUHAN LIWAT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Khamis bagi menghadapi pertuduhan meliwat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata tindakan mendakwa Anwar diambil selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwanya. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 20:03 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351045

ANWAR TETAP AKAN BERTANDING MESKIPUN BERHADAPAN DENGAN DAKWAAN LIWAT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau akan tetap bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos walaupun berhadapan dengan pertuduhan meliwat di mahkamah Khamis.

"Saya harap saya tak ditangkap. Tapi kalau ditangkap, kerja diteruskan (kempen). Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS juga dah bersiap sedia untuk itu (pilihan raya) di Permatang Pauh," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 22:26 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351084

POLIS NASIHAT PENYOKONG ANWAR UNTUK TIDAK IKUT PERASAAN

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari Rabu menasihatkan penyokong-penyokong penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang ketika Anwar hadir di mahkamah Khamis. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 22:05 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351068

SAIFUL BERSYUKUR ANWAR AKAN DIDAKWA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan rasa syukurnya berikutan keputusan polis untuk mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu Khamis.

Peguamnya, Zamri Idrus, berkata Saiful bersyukur kerana Anwar akhirnya dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

"Anak guam saya memberi jaminan bahawa beliau akan memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan proses keadilan dapat berjalan lancar," katanya kepada Bernama di sini, Rabu. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 21:55 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351065

PARLIMEN RAKYAT: AGENDA MUQABALAH DILUAR ATURAN TABII

Tuan Speaker Parlimen Rakyat, saya juga ingin menarik perhatian Parlimen Rakyat terhadap dakwaan yang dibuat oleh Abdullah pada akhir April 2008 kepada seorang Tokoh Politik dan Perniagaan Negara yang telah lama menyepikan diri. Adalah dikatakan bahawa pada akhir April itu, Abdullah telah berkata bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah pada bulan Ogos 2008.

Jika benar dakwaan ini, maka saya ingin menarik perhatian Parlimen Rakyat terhadap beberapa kemusykilan,

• Bagaimana Abdullah boleh tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan didakwa pada bulan Ogos 2008?

• Jika dakwaan yang dikatakan ini ada kaitan dengan tuduhan liwat, maka bagaimana dia boleh tahu 2 bulan sebelum mangsa yang mendakwa dirinya diliwat membuat laporan polis.

• Adakah benar kemungkinan tuduhan liwat ini dirancang oleh Najib Razak dan maklumat tentangnya telah dipintas oleh Abdullah.

• Atau Abdullah sendiri dibelakang sebuah konspirasi yang berhubung tuduhan liwat ini dan Abdullah melakukkannya menerusi agen-agennya dengan satu strategi supaya Najib Razak dilihat berada dibelakang konspirasi ini.

Tuan Speaker, saya mohon Parlimen Rakyat yang dibawah telunjuk Tuan Speaker supaya menghalusi kemusykilan ini kerana ianya adalah bersifat kepentingan awam dan membabitkan masa depan negara.- 28 Ogos, 2008

http://kickdefella.wordpress.com/2008/07/28/parlimen-rakyat-agenda-muqabalah-diluar-aturan-tabii/

4 comments:

kamal... said...

salam..dlm kita sibuk2 mengalih pandangan kita ke permatang pauh atau kes2 liwat..kita sudah lupa yg kita sedang d serang secara terbuka dari belakang..lihat saja tajuk utama d blog PEMBELA MELAYU SEJATI..(Teresa Kok makin kurang ajar pada Islam - Laungan Azan nak dihapuskan) apa sudah jadi niiii kenapa azan nak d pertikaikan..mana ulama PAS yg mejulang tinggi agama islam..yg konon islam teras perjungan parti..kalau mcm tu yg kat TV tu azan pun akan d hapuskan juga kah? kalau mereka memerintah..ya allah laknat lah mereka yg pertikaikan AZAN tu..memandangkan blog ini adalah blg terbuka dan sering menjadi tumpuan plss bg pandangan tetang hal ini..atau ulas sikit dlm blog ini..

utohkacil said...

Isu DSAI tidak menguntung kan mana2 pihak.

TV dan akhbar arus perdana di minta jangan terlalu 'high-light' kan berita 'liwat' ini.

Sebalik nye rakyat terutama nye melayu(Islam) semakin marah dan benci terhadap kerajaan khas nye UMNO.

Ia nye akan menambah simpati terhadap DSAI, dan besar kemungkinan UMNO akan kalah teruk di P.Pauh nanti.

utohkacil said...

Sdr kamal,

jangan terlalu emosi, sebenar nye DAP tak boleh dan tak ada kuasa nak hapuskan azan.

Teresa Kok bercakap demi kepentingan politik nye. Apa pun dia boleh cakap.

Sebenar nye ramai kaum yg bukan muslim sukakan azan, terutama nye azan subuh. 'kita olang boleh mangun cepat mau keleja(niaga)'.

Kita jangan cepat melatah, kesilapan kita cepat melatah.
Contoh isu babi, sekarang BN telah kehilangan hampir 100% sokongan kaum cina dan india.

Boleh kah BN berjaya tanpa sokongan kaum cina dan india? Kaum melayu pun dah berpecah kepada PAS dan PKR.

Jika masih ramai penyokong UMNO seperti 'kamal', saya kira Selangor akan kekal di bawah perintah Pakatan Rakyat.

Jeffri said...

Sekarang ni pun, bukan semua channel perdana di tv yang menyiarkan azan. Begitu juga dengan stesen radio. Ada yang menyiarkan azan seperti melepaskan batuk di tangga. Contohnya seperti bila sesuatu rancangan dihentikan sementara untuk laluan azan, selesai saja habis azan, terus sambung rancangan sampai doa selepas azan pun tiada. Ada tu yang hanya menyiarkan petikan-petikan AlQuran dan hadis sahaja..