Tuesday, August 26, 2008

PERMATANG PAUH: KEPADA ALLAH BERSERAH

Setelah berhempas pulas berkempen sejak 16 Ogos 2008, seluruh parti yang bertanding dalam PRK Permatang Pauh menanti keputusannya petang ini dengan penuh debaran.

Persoalannya, siapa akan menang dan siapa akan kecundang?

Jika seluruh propaganda TV dan media perdana sepanjang tempoh berkempen diambilkira, PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kecundang dan tergelempang. Itupun jika para pengundi merelakan diri masing-masing dipengaruhi oleh segala-galanya!

Kalau realiti di peringkat akar umbi dijadikan indikator, BN dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (bukannya calon BN) yang akan tewas dan terbongkang. Itupun jika para pengundi terus menyemarakkan tsunami politik yang meledak sejak PRU 12.

Bagaimanapun, beberapa sahabat yang non-partisan dan berada di Permatang Pauh hingga lewat malam ini, memberitahu blog ini bahawa suasana nampaknya memihak kepada Anwar.

Adakah ini benar? Bagaimana jika kisah pengundi hantu yang dihuraikan oleh blogger Politica baru-baru ini memang benar-benar berlaku?

Begitulah hakikatnya PRK Permatang Pauh. Ia akan tercatit dalam sejarah sebagai PRK yang sengit dan berwarna-warni. Hingga ke saat akhir, keputusannya amat sukar untuk diramalkan.

Biarpun demikian, mustahilkah keputusan PRK ini penuh dengan kejutan yang akan jadi noktah kepada politik Anwar ataupun Abdullah? Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui segala-galanya. Kepada Allah Berserah! – Ruhanie Ahmad

13 comments:

Unknown said...

i can't imagine malaysia being governed by that man. :( even the man we have now is not man enough to face anything.

we need a REAL man!

Kelmok said...

Salam, saudara semua.Sila awasi laman propaganda kristian ini www.rakansiswa.com.

Laman ini telah diiklankan di Google Adsense dalam bahasa Melayu dengan domain URL yg mengelirukan terutama kepada pelajar Universiti.

Berwaspada....

sebenarnya said...

kalau BN menang, makin riak la pemimpin BN. kalau PR menang, makin rancak la pentas politik negara yang makin kelam kabut. mohon pada yang Maha Esa supaya negara kita selamat dari bencana 'luar' yang ingin memusnahkan negara tercinta ini.

zeme said...

Salam Datuk,

Saya menjangkakan keputusan PRK Permatang Pauh kali ini akan berlaku kejutan yang tidak disangkakan. Kemenangan penyandang sebelumnya dilihat kesan daripada undian kesian yang diterima, namun PRK kali ini faktor pengundi atas pagar dan pengundi lalang akan menentukan indikator undian itu sendiri. Saya percaya faktor Arif Shah menjadi bayangan cukup kuat kepada Anwar Ibrahim. Benar, kepada Allah kita berserah, apa jua keputusan kita pasrah, kita tidak mahu negara semakin parah, kita pentingkan masa depan negara yang cerah, buat keputusan dari akal dan fitrah, agar negara terus sebaik terarah.

Wasalam.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

DATUK INGAT TAK BUKU DATO DULU"KAYU TEBANG KAYU"... MASA TU DATO BANTAI KU LI YANG KEMPENNYA SERUPA ANNUAR. KU LI DAPAT SOKONGAN DAP DAN PIHAK KRISTIAN UNTUK JATUHKAN MELAYU... KATA BUKU TU. ADAKAH SEKARANG ANUAR PULAK JADI KAPAK? DATO IDOLA SAYA, BUKU TU MASIH SAYA RUJUK DALAM KES ANUAR NI... BACA BLOG SAYA:
http://ramlyotai.blogspot.com
http://awanggedeber.blogspot.com

ANUAR TIDAK BIJAK, SEBAB DIA HANYA ULANG APA KU LI BUAT. TAPI TERUK/BUSUK LAGI SEBAB KU LI MASIH PERTAHAN KETUANAN DAN RAJA MELAYU.

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Seorang Muslim sejati tidak perlu bersumpah kerana berkata benar adalah merupakan satu kewajipan. Jika sesuatu keadaan memerlukan seseorang itu bersumpah, maka dengan itu difahami bahawa sepanjang kehidupannya telah dipenuhi dengan kata-kata dusta sehingga sesekali apabila seseorang itu bekata benar, maka dia bersumpah dengan nama Allah bagi meyakinkan bahawa dia adalah benar.

Dalam konteks ini, konsep bersumpah sewajarnya tidak boleh diterima pakai dalam menentukan kebenaran dan keadilan terhadap seseorang. Sebaliknya, ia adalah perantaraan di antara seseorang yang bersumpah dengan penciptanya (Allah) dan bagi memberitahu kepada khalayak tentang kebenaran melalui sumpah yang dilafazkan. Namun ianya tidak terikat dengan mana-mana peraturan mahupun undang-undang bahawa dia adalah benar. Ini kerana kebenaran hakiki hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Oleh itu, proses perundangan masih perlu diteruskan samada melalui hukum syariah ataupun sivil. Selebihnya, khalayak berhak membuat persepsi peribadi.

Namun persepsi peribadi inilah yang cuba dieksploitasikan oleh sesetengah golongan dalam usaha meraih kepentingan politik iaitu dengan mengeksploitasi persepsi khalayak untuk mendapat undi.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang Muslim, setelah kemelut ini diheret kepada isu sumpah serta melibatkan kesucian agama Islam dan kebesaran Allah s.w.t, maka penulis dengan rendah dirinya ingin mengajak SELURUH UMAT Islam terutama di Malaysia, atas tanggungjawab FARDHU KIFAYAH, agar bersama-sama menunaikan SOLAT HAJAT dan berdoa agar Allah s.w.t menunjukkan KEBENARAN HAKIKI melalui kekuasaan yang dimilikinya dengan melimpahkan RAHMAT kepada mereka yang dianiaya dan menurunkan LAKNAT kepada mereka yang menganiaya. Ini kerana umat Islam sudah muak dan jijik dengan keadaan serta kemelut yang melanda di negara ini. Ayuh, saudaraku,firman Allah dalam surah Al-Fatihah " Hanya Engkau Kami Sembah, Dan Hanya Engkau Kami Memohon Pertolongan". Kami umat Islam inginkan bentuk kehidupan yang sederhana serta jauh daripada segala macam KEJIJIKAN yang sedang berlaku di negara ini. A Lu Pikir Lah Sendiri

fikirlahsendiri.blogspot

Labu Labi said...

sebetulnya perlawanan ini ialah antara anwar ibrahim lawan kerajaan malaysia. seluruh jentera kerajaan malaysia disalahgunakan.

saya ingin tahu adakah ada jawatan perdana menteri / timbalan menteri barisan nasional ?

R@duan said...

Keputusan PRK Pmtg Pauh bukan sahaja membuktikan yang berhak akan menang tetapi, laporan berita media perdana boleh dipercayai atau tidak.! Kita tunggu malam ni dengan penuh debaran dan dramatik... siapa akan djulang, siapa yang akan terbongkang.

King-Fx said...

Semoga musnah BN keseluruhannya.

Setuju dgn nazra. Kita perlukan LELAKI untuk mentadbir negara. Bukan si lembik yg tak punya upaya.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat pengunjung, terima kasih.

Kepada Saudara Otai, anda mungkin keliru. Saya tidak pernah menghasilkan buku yang anda maksudkan - KAYU TEBANG KAYU.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

bat8 said...

Nazra z

Who are you suggesting the manly enuff man u got in mind to govern? Najib? Hishamuddin? KJ?


bat8

sang murba said...

Salam,

Saya menulis posting ini pukul 4.10 petang, ketika pengundian sudah hampir berakhir.

Ada laporan yang menyatakan Anwar akan menang. Saya harap begitu.

Sama ada dia baik atau tidak baik, saya rasa buat masa ini dia saja yang mampu membuat perubahan terhadap politik Malaysia.

Unknown said...

bat 8>the problem is none of them are good enough. :p