Saturday, August 02, 2008

“RASUAH POLITIK OF THE HIGHEST ORDER”?

Penawaran jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerima tawaran tersebut adalah “rasuah politik of the highest order,” kata Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor, dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung UMNO, bertarikh 11 Julai 2008.

Surat Zahar dipaparkan di side-bar blog ini dan boleh dibaca sepenuhnya di portal berita Malaysia-Today menerusi link ini: http://us3.malaysia-today.net/2008/content/view/10627/84/ - Ruhanie Ahmad

14 comments:

berasiam said...

Salam Datuk Ron

Tepat sekali istilah yang digunakan. Rasuah bukan sahaja melibatkan duit bahkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri dan/atau kelompok. Dan dalam rasuah, kedua-dua pelakunya, yang menawar dan yang ditawarkan adalah sama-sama bersalah, melainkan terdapat unsur-unsur paksaan, ugutan atau yang sewaktu dengannya. Seorang Presiden dan seorang lagi Pengerusi Lembaga Disiplin, tampak sukar untuk Umno mengambil tindakan dalaman. Walau bagaimanapun, rasuah yang dilakukan melibatkan jawatan kerajaan. Oleh yang demikian, pihak luar Umnolah sepatutnya memulakan kerja yang berkaitan dalam kes ini.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

Percayalah (pinjam kata Shabery)kalau UMNO rasuah,tak akan ada neraca dunia yang boleh mengadilinya kecuali di Padang Mashyar nanti. Kecuali tukar kerajaan la. Kalau kerajaan UMNO jugak....bak kata Linggam ...correct...correct...correct.

Utoh Kiwa said...

Apa yang dilakukan oleh Pak Lah dan Najib barangkali sudah kerap dilakukan oleh mereka dan pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini. Jadi sudah merupakan "perkara biasa" sahaja. Apakah itu rasuah atau tidak terpulanglah kepada tafsiran kita masing-masing.

Tapi kalau ahli UMNO mahu menolak mereka, mereka sebenarnya ada hak untuk berbuat demikian.

Persoalan yang lebih asas ialah mengapa hak itu tidak digunakan atau tidak berani digunakan?

Akar Umbi said...

Dato' Ron

Blog Rocky & Dunia Tiger dah aborted ke? Mat Saman Kati pun kena.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Rasuah duit dah biasa kali ini rasuah politik pulak. Hebat pemimpin UMNO nak mengekalkan jawatannya seperti kata pantun kon:

APA JALUR KEPADA JALUR,
JALUR DISISI AKAR MEMPELAS;
APA HULUR KEPADA HULUR,
HULUR BERISI MINTA DIBALAS.

Ya ke Dato? Kalau salah minta maaf.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Unknown said...

As of 12.55, am having problem accessing Rocky's bru, Nuraina's and Zorro's blogs ..

King-Fx said...

Dengan kekuasaan yg ada Presiden, memanggil ketua cawangan, bahagian seluruh Malaysia, UNTUK APA? Bukankah berkempan namanya?

Damn you AAB!!!

mata-mata pencen said...

Salam Dato' Ron

Itu memang standard AAB iaitu cakap tak serupa bikin. He doesn't practise what he preaches. Saya dan rakan2 memang dah ketawa terbahak2 masa dia wujudkan Institut Integriti Malaysia, buat pelancaran besar2an di PICC, alkononnya nak tangani rasuah tapi dia jadi bahan lawak pula sekarang apabila melantik dua orang menteri melalui pintu belakang. Mereka dua orang ni sememangnya tak ada integriti langsung. Seorang kerana telah terlibat membohongi sultan negerinya sendiri berhubung perkahwinannya dengan puteri sultan serta ditangkap 'red handed' membawa wang tunai lebih dari 2 juta (dah tak ingat samada RM @ A$)dan gagal memberi penjelasan. Tapi pihak kerajaan negara berkenaan akhirnya membebaskan beliau dengan memberi benefit of the doubt kerana beliau tak boleh berbahasa Inggeris (and yet he was appointed as a minister. RIDICULOUS. Doesn't it?)

Seorang lagi sekarang bukan main hebat nak reformasikan sistem kehakiman. Sanggup jadi posmen pergi hantar duit ex gratia kepada 5 orang hakim yang dipecat di zaman Tun M. Cakap pasal ketelusan/tranparency macam guruh nak hujan setiap hari. Tapi bila diminta maklumkan jumlah wang ex gratia, jadi bisu kononnya nak jaga maruah keluarga hakim berkenaan. Habis maruah dan hati rakyat Malaysia 27 juta yang lain tak perlu jaga? Duit itu duit sapa? Duit yuran guaman sendiri ke? Duit KJ ke atau duit AAB?. Dia juga pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh parti sendiri kerana rasuah politik. Kerana merajuk dia tak terlibat langsung dalam kempen pilihanraya 2008 lepas untuk menyokong calon BN. Malah ada yang kata masa hari pilihanraya dia dan keluarga bercuti di Australia (minta maaf kalau tak betul). Orang macam ni pun dilantik jadi menteri. Jadi kita boleh nilai sendirilah siapa sebenarnya AAB.

slyderrose said...

Mereka pemimpin tertinggi umno dan untouchable by law. Polis atau BPR tidak berani mendekati mereka. Kalau negara lain dah lama dipersoalkan. Dan ada dipenjara. Itulah Malaysia. Yg jahat disanjung, yg baik dihina dan fitnah. Duhai ahli2 umno! apa islam kata tentang memilih pemimpin? Tegakkan yg hak dan tolak kebatilan. Beranilah berkata benar. Nanti kita dipersoalkan di padang Masyar.

zeme said...

Salam Datuk,

Benar, ini boleh dikategorikan satu bentuk sogokan kuasa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan penawaran yang diberikan sekali gus mengabaikan terus tataetika perlembagaan parti.

Sekiranya ia berterusan diamalkan ia akan menjadi suatu bentuk trend menghalalkan cara kerana sesuatu jawatan bukannya hak milik mutlak untuk ditawar apa lagi dijualbeli dalam sebarang bentuk medium atau mekanisme sewenang-wenangnya tanpa prosedur yang membenarkan dalam erti kata ini adalah kebenaran dan kelulusan daripada ahli-ahli UMNO itu sendiri.

Wasalam.

Unknown said...

Salam Dato Ron,

Apa yang disebut dalam surat Kapt Dato Zahar adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar.Tak adakah sesiapa yang berani tampil buat laporan kepada BPR.Kalau tak ada saya akan buat laporan kerana saya ada dalam majlis tersebut.

Kepada sahabat saya Kapt Dato Zahar saya ucapkan Tahniah diatas keberaniannya menulis surat kepada SU Agung umno malaysia.Malang sekali tiada respon dari SU Agung dan ahli MKT,are they all chicken and ball carriers only ?

DIN said...

Datuk Ron Jeremy

Saya setuju bubarkan saja UMNO bentuk satu parti berdasarkan islam seperti saranan Nik Aziz.

UMNO dah reput dimakan anai-anai, tunggu roboh jer.

UMNO tiada moral authority lagi untuk jadi tonggak pentadbiran negara.


Din
Manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/

politica said...

Pandangan Dato' Zahar ni memang tetap sekali. Macam ni pun para pemimpin UMNO Bahagian tak sedar-sedar lagi. Kalau gitu, jahanamlah UMNO!!!!

Unknown said...

Ini satu lagi hakikat yang orang UMNO tak mau terima. Saya pasti Datuk Zahar akan dicabar habis-habisan dalam pemilihan bahagian tak lama lagi. Saya harap seluruh orang UMNO dalam Bahagian PJ Selatan pertahankan Datuk Zahar. Kita perlukan ramai lagi ketua bahagian macam dia. Kebanyakan yang ada hari ini cuma tukang angguk je. Rakyat jelata mereka tak pedulikan. Yang mereka jaga perut dan tembolok masing-masing. Hairannya, kenapa dia orang takut dengan Abdullah? Bukankah PRU 12 baru selesai dan PRU 13 lama lagi? Ayuh, bangkitlah ketua-ketua bahagian. Kalau anda nak jadi calon dalam PRU 13 di Selangor dan menang, tunjukkanlah keperwiraan anda semua. Kalau tak, Selangor tetap akan terus diperintah oleh PKR.