Monday, August 11, 2008

MUHYIDDIN TETAP PERTAHAN JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kedudukannya itu pada pemilihan parti Disember ini, dan tidak akan bertanding jawatan lebih tinggi meski pun mendapat pencalonan untuk merebut jawatan berkenaan.

Katanya, beliau telah membuat pendirian yang jelas mengenai perkara itu dan tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut.

"Saya telah buat kenyataan secara bertulis, tidak perlu berdolak-dalik...itulah pendirian saya.

(Bagaimanapun), saya tidak boleh halang (jika ada yang mencalonkan saya untuk jawatan lebih tinggi) dengan apa yang saya putuskan," katanya selepas menyampaikan taklimat Tata Etika Umno kepada pemimpin Umno Terengganu di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya jika menerima pencalonan bagi jawatan lebih tinggi daripada Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Sebelum ini, Umno cawangan Permas Tujuh di Johor, mengemukakan usul supaya Muhyiddin bertanding jawatan presiden parti itu tetapi ia ditarik balik sebaik beliau membuat pengumuman untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau tidak boleh menghalang jika ada cawangan atau Bahagian Umno yang mencalonkan beliau untuk jawatan lebih tinggi kerana itu adalah hak mereka yang perlu dihormati.

"Itu hak ahli...saya hendak buat macam mana. Maksudnya, pendirian saya jelas, kalau sudah buat keputusan, bagaimana hendak berubah," katanya. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=351915

18 comments:

nakhoda said...

Apa yang Muhyiddin putuskan memang betul.Dia nak buat macam mana kalau Najib masih ikut rentak Dollah? Kalau Najib lawan Dollah barulah Muhyiddin boleh berganjak. Kalau tak, kat takok Naib Presiden je lah dia. Malang sungguh Muhyiddin...

Tapi tak apa. Dia dah buka lawang. Dia kata kalau ahli, cawangan atau bahagian nak calonkan dia lebih tinggi itu hak dia orang. Jadi kita calonlah ikut mana kita rasa wajar....

Unggal said...

Salam Datuk...
Aduhai.... buat malu orang Muar aje - sebab saya pun orang Muar. Apa yang Muhiyuddin takut.... takut kalah ?... so what ... at least dia kalah kerana party ... bukan kerana takut hilang periuk nasi.. Tan Sri dah cukup kaya.. kalau kalah pun, dia tak akan merempat macam orang-orang Pagoh kawasan dia juga kawasan saya ...
Tan Sri..!!.. I dare you to challenge Najib..do it ...!!.. kalau anda kalah, I will forever salute you as a gentleman - as I have honoured your late father - my religious teacher ...

kudakepang said...

Nakhoda dan Unggal

Inilah masalahnya. TSM dalam dilema agaknya. Kalau dia kalah suara dia habis. Kalau dia lawan Najib dia akan kena berhadapan dengan penyokong Najib. TSM ni macam timun yang akan digelek durian...

Salam takzim
Ruhanie Ahmad

sukj said...

Salam Datuk,

1. Bagi saya TSMY sudah boleh dikategorikan sebagai 'Pemimpin Semalam'.

2. Seseorang pemimpin yang takut kalah sememangnya tidak layak untuk menjadi seorang Pemimpin.

3. Saya selalu sebut, mati maut kekal selamanya TETAPI mati politik kemungkinan boleh hidup semula. Jadi kenapa takut kalah??

Gagak di Rimba said...

Salam,

Mungkin TSM menghadapi dilema, sama ada hendak mempertahankan jawatan Naib Presiden, ataupun bertanding pada jawatan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, saya melihat beliau memang menghadapi jalan sukar. Untuk jawatan Naib Presiden pun mungkin banyak sangat orang Johor yang hendak mencalonkan diri.

Tapi kalau beliau dapat mempertahankan jawatan Naib Presiden, dan bersabar di situ selama beberapa tahun, mungkin ada juga kemungkinan beliau akan meningkat ke jawatan Timbalan Presiden.

tajudin said...

Salam Datuk,

takut digelek durian ke atau takut pada bayang-bayang...?

dah ramai sungguh tawar diri jadi calon NP tu...saya tak setuju Datuk kata TSM tu timun...kalau macam tu, silap hari bulan durian melaka, durian perak, durian johor sendiri akan lenyek timun yang takut bayang-bayang tu...

donmny said...

TUAN

dilihat situasi sekarang, itulah keputusan yang paling selamat. sekuat manapun sokongan cawangan dan bahagian, keputusan akhirnya akn ditentukan oleh lebih kurang 2500 perwakilan nanti.

pengalaman lalu menunjukkan sokongan cawangan dan bahagian tidak selari dengan sokongan perwakilan.

selagi POLITIK WANG membarah dalam umno jangan haraplah situasi ini akan berubah.

kita juga kena bertanya , kenapa politik wang ini gagal dibendung. jawapannya kerana mereka yang naik hari ini pun melalui proses yang sama. mana mungkin ia dapat dibendung apatah lagi dihapuskan.

sikap tunggu dan lihat rasanya paling selamat demi 'survival' politik yang tidak menentu sekarang.

peace said...

Setuju dengan komen nakhoda. Muhyiddin khuatir akan kehilangan suara apabila tewas bertanding dengan Najib untuk post deputy president di dalam parti nanti. Jadi langkah selamat yang beliau boleh amabil hanyalah dengan mempertahankan kerusi jawatannya sahaja.

TOK JAYA said...

Yg BerBahagia Dato'
--------------------
Pada pandangan saya kali ini dia buat keputusan yang silap dia akan kalah dalam mempertahankan jawatan sekarang...Bagi saya dia bukan pemimpin masa kini (tergolong pemimpin dulukala) yes men !!! kalau kita lantik pemimpin macam ini nampak nya Malaysia akan Dulu,Kini Dan Selamanya akan ketinggalan zaman....

Kamalkamal said...

Salam Datuk,

Mungkin TSMY tak mahu buang tangga hayun kaki. Al-maklumlah cita-cita masih tinggi tetapi budaya UMNO sukar diubah, tak kan nak lawan tokey kot!!!

Sekiranya para perwakilan Bahagian sebulat suara mahukan TSMY bertanding jawatan lebih tinggi, mungkin keputusan TSMY akan berubah, maklumlah para perwakilan yang akan mengundi Disember 2008. Moga 2008 membawa tuah pada TSMY.

mat_terab said...

Muhyidin jangan ingat dengan tidak mencabar Najib senang-senang jawatan Tim Perasiden akan diserahkan kepada beliau sekiranya Najib jadi Perasiden tahun 2010 ni....Mungkin najib ada calon pilihannya sendiri yang lebih memahaminya.....
bagi aku jalan terbaik Muhyidin kena berani mencabar najib......kerana Najib takut untuk mencabar Pak Lah....

slyderrose said...

Muhyiddin jadilah pemimpin yg berani. Hantar mesej pada ahli-ahli yg anda sedia mejadi ketua bukan di takuk lama. Bila lagi orang Johor nak menerajui negara? Nak tunggu selepas KJ ke?

MD said...

Saya tau TSM ada kalibar. Tapi apa nak buat. Bagi saya dia mahukan naib, calonkan naib saja. Buat apa buang borang pencalonan.

Calonkan Najib sebagai Timbalan (Tak ada pertandingan).

Calonkan di antara dua, Pak Lah atau Ku Li untuk presiden. Soal cukup ke tak cukup kota pencalonan - soal lain. TDM dan DSAI (Semasa dalam umno dulu) dah buat rule tu. Ikutlah apa yang telah dipersetujui oleh umno.

Pak Lah tak nak ubah rule - terpulanglah kepada dia. Kalau Ku Li menang presiden dia boleh ubah rule tu, kalau dia mahu!

Tapi percayalah Ku Li atau mana-aman presiden umno pun tidak akan mengubah rule pencalonan minimum tu? Buat apa bunuh diri... Kan semakin tinggi pangkat dalam umno, semakin baik pulangan nye!

kluangman said...

Kita mengalu ngalukan pendirian Muhyiddin, tetapi menang belum tentu..

Dalam sejarah, Muhyiddin pernah lawan tokey/gurunya, arwah othman saad, pernah menyanggah sultan Johor..

Mungkin Muhyiddin sudah banyak belajar..

zeme said...

Salam Datuk,

Politik mempunyai banyak kemungkinan, orang boleh jatuh pada hari ini dan muncul semula esok. Dalam dunia politik, kalau hari ini tenggelam besok InsyaAllah akan timbul balik. Bangkit dengan segala kekuatan untuk memimpin rakyat. Kekalahan tidak semestinya suatu kematian selagi semangat tidak luntur. Tiada sebarang keuntungan memenangi apa-apa jua pemilihan jika ianya hanya membawa rasa tidak puas hati dan kekecewaan di kalangan ahli. Pejuangan akan tetap subur tanpa ada titik nohktah penamat kerana berjuang itu dituntut selagi hayat dikandung badan.

Wasalam.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Mahyuddin bukan takut kalah tapi mungkin Naib Presiden sebagai kain pembalut pekong di betisnya.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Syahir the Owl said...

Saya harap Muhyiddin dicalonkan. Biar Oktober ini TSM akan decide!

Tayadih Maysia said...

SEMANGAT YANG HILANG...