Friday, August 01, 2008

UTAMAKAN USAHA KUKUH PARTI DARIPADA BERGABUNG DENGAN PAS – MUHYIDDIN

MUAR 1 Ogos – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) harus memberi keutamaan memperkukuhkan parti daripada berbincang dengan parti lain seperti Pas untuk bergabung membentuk kerajaan campuran.

Beliau berkata, meskipun usaha bekerjasama dengan PAS adalah baik khususnya dalam berkongsi idea memperjuangkan soal-soal pokok kedua-dua parti, agenda yang lebih penting dalam UMNO sekarang ialah memastikan ia terus kuat.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana hal ini (penggabungan UMNO dan Pas) bermula. Pas berkata mereka sudah tolak tawaran kerjasama itu dan bagi saya, perkara yang paling mustahak sebelum berfikir untuk bekerjasama ialah bagaimana kita hendak memperkuatkan parti kita dulu.

“Kita tidak mahu nanti ada pihak yang melihat bahawa parti kita ini agak lemah dan usaha (penggabungan) ini adalah taktik bagi memperkuatkan BN,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat kerja-kerja pembinaan Kompleks Pusat Bimbingan Usahawan Tani di Pagoh dekat sini hari ini. - Utusan On-line, 1 Ogos 2008, 3:28pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

8 comments:

Gagak di Rimba said...

Kalau UMNO dan PAS tidak boleh bekerjasama, apalagi bergabung, pilihan yang terbuka memanglah menguatkan parti masing-masing.

Maknanya UMNO bersama-sama MCA, MIC dan lain-lain menguatkan BN, sementara PAS pula menguatkan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Dengan itu dalam politik Malaysia pada masa yang akan datang akan wujud dua front atau barisan yang agak kekal dan mantap untuk bertarung dalam setiap pilihan raya: BN lawan Pakatan Rakyat.

Saya kira perkembangan seperti ini, kalau berlaku, mungkin baik juga untuk negara kita.

(Lihat blog saya: http://gagak-dirimba.blogspot.com)

mata-mata pencen said...

Salam Dato' Ron

TSMY bersuara lagi, kemudian diam sekejap kemudian besuara lagi. Saya berharap sangat TSMY akan mula bersuara dengan lebih nyaring lagi supaya semua pemimpin umno yang ada kuasa di atas sana tidak lagi diulik mimpi indah dipeluk bidadari sepanjang masa.

Isu sekarang ialah umno berada di bawah kepimpinan yang sangat lemah dan perlu ditukar 'at any cost'. TSMY mungkin dah sedar yang AAB sanggup mengadakan perjumpaan sulit dgn pembangkang tanpa pengetahuaannya. Ini apa makna?? Maknannya banyak lagi pakatan sulit yang telah dan mungkin diadakan dgn sesiapa sahaja untk kepentingan peribadi dan suku sakatnya.

Kalau TSMY sudah sedar maka tindakan susulan sewajarnya ialah menyuarakan dengan jelas dan segera bahawa TSMY perlu bertanding jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan yang akan datang. Tawarkan diri untuk bertanding sekurang-kurangnya jawatan TP supaya DSNTR tidak merasakan TP adalah haknya kerana kebanyakan MB telah beri sokongan kepada proses peralihan kuasa yg diatur oleh AAB. Saya tidak nampak perubahan ke arah kemantapan parti akan berlaku sekiranya besuara sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan untuk membuat perubahan. Seseorang itu tidak boleh membersihkan najis jika dia sendiri sanggup mengikut bosnya ke dalam tong najis.

donmny said...

TUAN

.....MUHYIDDIN PRESIDEN UMNO BARU. betul kee.

nujumsapu said...

Sebelum nak bergabong kena lihat Parti UMNO itu kukoh atau masih terumbang abing serta kucar kacir.

Tan Seri Muhhayidin Pengerusi Perlembagaan dan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia SEPATUTNYA MENYIASAT KENAPA AMBIL KEPUTUSAN PEMBUBARAN 17 CAWANGAN DALAM BAHAGIAN JELUTONG DENGAN MENERIMA SEKEPING SURAT BPUN YANG DIBEKALKAN OLEH PENAJA BAHAGIAN UNTUK JAWATAN.

kadangkala kita banyak bertutur beribu bahasa tapi alangkah rosak nya kita tidak mencuba menyelesaikan dalam rumah tangga kita dahulu.

Bung Karno said...

Datuk,

Niat Paklah berbincang dengan PAS ialah untuk tunjuk imej dia orang baik-baik. Untuk memancing undi Bahagian UMNO.

Tetapi Hj Hadi dan Datuk Nik Aziz sendiri dah nampak mainan politik (very poor) Paklah. Anwar juga berjaya mempengaruhi ulama-ulama ni
supay terus sokong PR. Paklah gagal, UMNO malu. PAS kata UMNOyang beriya-iya sedangkan PAS tak minat.

Sokongan kepada saranan TS Muhyiddin supaya UMNO tumpu kukuhkan parti dan kukuhkan perpaduan dan sokongan kepada ahli BN.

Dalan PAS ada kumpulan yang mencurigai Anwar dan DAP dan ini patut dijadikan senjata.

Kalau dulu PAS dalam PR diketepikan, kini hasil kerja Paklah, DAP dan PKR bertambah rapat dengan PAS.

Apa punya politik orang tua ni.

Hj.Mat said...

Saya cadangkan TSMY bertanding Timbalan Presiden.Lawan Najib
Ku li bertanding Presiden lawan Dolah
dengan cara begini tahun 2009 kita dapat Perdana Menteri dan TPM Baru
itu pun kalau DSAI tak dapat pada 16 Sept 2008.Bulan Jun 2010 jauh lagi macam-macam bolih berlaku.
Sekian.

nordin said...

Dato'
Saya anak johor teringin nak lihat wakil johor berada di peringkat atasan dan saya cadangkan TSMY lawan Pak Lah untuk kerusi Presiden UMNO atau @
jangan peduli kekacauan yang sedang berlaku dalam rumahtangga UMNO, joint Pakatan Rakyat, TSMY akan di pandang pejuang bangsa melayu dan rakyat lagipun UMNO dah hampir nak berkubur dah.

Semuga karier politik TSMY terus mekar di pesada poltik tanah air ini cuma pandangan saya senyum senyum lah sikit jangan muka TSMY serius aje, nanti orang pandang TSMY ego pulak dan sukar di dekati.

lamandau said...

Faham lah TSM, Pak lah sedang mencariwadah untuk memperbaiki persepsi negatif rakyat terhadap nya, tetapi halacara nya tidak bijak sekali. Degan membelakang MT dan BN, apakah persedian yang beliau miliki sebelum 'mukapaklah'(muqabalah) dgn Pas. Atas basis apa nak bincang? Agama? Pas terang2 menolak Islam hadhiri? Saya percaya isu kerjasama pembentukan kerajaan Pas/Umno dibincangkan , kalau tidak mengapa Hadi Awang keluar kenyataan sedemikian sehingga melegakan DAP!!!