Saturday, August 30, 2008

SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-51: MENDESAK ABDULLAH MENGUNDURKAN DIRI POLITICALLY INCORRECT?


Ruhanie Ahmad

Esok kita merayakan kemerdekaan negara yang ke-51 tahun. Kemuraman suasana terpancar di mana-mana. Rasa sedih dan pilu menyelubungi jiwa. Ini kerana dalam kedewasaan usia kemerdekaan, kita terpaksa berhadapan dengan kepimpinan nombor satu negara yang paling lemah dalam sejarah tanahair.

Realiti kelemahan pemimpin besar ini jarang-jarang sekali disuarakan secara rasmi, meluas dan terbuka, konon kerana ianya “politically incorrect” kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang masih terus bertakhta di Purtajaya.

Soal kelemahan ini banyak kali dibicarakan secara terbuka oleh segolongan bloggers sosio-politik Malaysia. Malangnya, kumpulan ini pula dilabelkan sebagai kelompok partisan yang menyebarkan fitnah untuk mencemarkan imej, kredibiliti dan integriti Abdullah.

Ada juga pelbagai NGO akar umbi berusaha membicarakan hakikat ini menerusi forum di merata negara. Tapi, usaha mereka pula sering disabotaj oleh pihak yang menerima arahan daripada Putrajaya.

Pada ketika ini ada warga akar umbi yang berusaha merobah kepimpinan Abdullah menerusi saluran UMNO. Tetapi, hanya 110 daripada 20410 cawangan UMNO di seluruh tanahair yang kini berani bertindak sedemikian rupa.

Buta Hati

Yang lainnya sama ada tidak peduli apa yang sedang dan akan berlaku, sibuk berpolitik untuk pertahankan jawatan masing-masing, sudah buta hati akibat politik wang, atau takut ditekan dan diugut.

Pihak yang mengakui hakikat kelemahan Abdullah, tetapi takut untuk bertindak menegakkan kebenaran, lebih rela jadi hipokrit. Mereka redha memutihkan yang hitam dan menghitamkan yang putih. Mereka lakukan ini semua kerana enggan “ditekan atau dianaiya.” Tetapi, ada juga antara mereka yang mengharapkan untuk “dibeli” dengan harga yang cukup lumayan.

Fenomena ini menyebabkan rakyat jelata yang kecewa dengan Abdullah jadi tambah marah. Mereka yang mahukan Abdullah mengundurkan diri secara terhormat jadi makin keliru. Mereka keliru kerana niat Abdullah hendak mengundurkan diri memang telah tersebar luas selepas PRU 12. Tetapi, niat ini dibatalkan kerana desakan kuat segelintir manusia di sekeliling Abdullah.

Sekarang kita rasakan sendiri bahana kedolak-dalikan ini. Keyakinan rakyat terhadap Abdullah makin terhakis. UMNO dilanda dilemma. Peralihan kuasa daripada Abdullah kepada penggantinya hanya akan dilakukan pada 2010. Tempoh yang panjang ini hanya menjanjikan anxieties, uncertainties, keresahan, kekecewaan dan kemarahan di kalangan rakyat jelata yang mengharapkan perubahan kepimpinan tertinggi negara dengan segera.

Dalam keadaan seperti ini, banyak pihak menudingkan jari kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mewariskan tampuk kepimpinan Malaysia kepada Abdullah. Mereka lupa, UMNO juga turut bertanggungjawab dalam hal ini kerana UMNO yang memuktamadkan pilihan Mahathir dengan merestui Abdullah jadi Presidennya.

Boneka Asing

Mahathir menyerahkan Malaysia kepada Abdullah dalam keadaan baik - tidak ada krisis keyakinan, tidak ada manipulasi keluarga, tidak ada campur tangan asing, tidak diperlekehkan komuniti antarabangsa.

Mahathir juga mewariskan Malaysia kepada Abdullah dalam keadaan rakyat jelata hidup sejahtera, harmoni, merasai kemakmuran, menyaksikan kestabilan politik, sentiasa komited kepada kemajuan negara, sentiasa menambah-nilai kemampuan diri, sentiasa memelihara kemerdekaan tanahair, sentiasa mempertahankan kedaulatan pertiwi.

Ini kerana Mahathir menerima tampuk kekuasaan kerajaan dan parti dengan penuh rasa tanggungjawab. Beliau menguruskan kerajaan, BN dan UMNO dengan amanah, cekap dan jujur. Mahathir berdisiplin, berwibawa tinggi, sentiasa menjajarkan dirinya dengan perkembangan global dan serantau menerusi proses pengkayaan ilmu yang berterusan, mampu mentafsirkan implikasi geopolitik kepada survival negara-bangsanya, berwawasan futuristik, berminda proaktif, pintar mentafsir mimpi, peluang dan realiti, tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar, tidak berkompromi dengan mana-mana jiran tetangga yang busuk hati.

Pastinya Mahathir juga mengharapkan Abdullah berkhidmat dan berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Maksudnya, jangan sekali-kali dikongkong, dikuasai, dimanipulasi atau dicorak-warnakan oleh keluarga, sahabat atau jiran tetangga. Abdullah dituntut berdisiplin, berwibawa tinggi, tegas, bijaksana, amanah, prihatin, jujur dan ikhlas. Dalam ertikata lain, Mahathir mengharapkan Abdullah tidak relakan diri, kerajaan dan partinya jadi boneka kepada sesiapa; tidak disusupi oleh mana-mana boneka; tidak jadi lemah, tempang dan terumbang-ambing.

Harapan Mahathir ini adalah juga harapan rakyat jelata kepada Abdullah. Tetapi, mungkin Mahathir tidak huraikan harapan ini secara terperinci kepada Abdullah. Biarpun begitu, harapan ini pastinya mampu dirincikan sendiri oleh Abdullah.

Kata Dua

Pada ketika ini, amat janggal untuk sesiapa bersemuka dengan Abdullah dan ingatkan beliau akan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri, terutama sekali selepas BN mengalami kekalahan teruk di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU12. Kekalahan tersebut adalah manifestasi kepada sesuatu yang perlu diperbetulkan, yang memerlukan kajian yang jujur, mendalam dan menyeluruh; yang menuntut Abdullah sendiri jadi paksi utama kepada proses melaksanakan koreksi total sewajar-wajarnya.

Tetapi, kerana situasi semasa semakin gawat dan bercelaru akibat Abdullah terus diulit keyakinan kononnya kerajaan masih kuat dan siasahnya juga terus disokong oleh rakyat, beliau mestilah diberikan kata dua yang tegas supaya berundur dari persada kekuasaan di Putrajaya. Inilah sahaja pilihan terbaik buat saat dan ketika ini.

Pada waktu yang sama, adalah juga sia-sia dan membuang masa untuk sesiapa insafkan Abdullah bahawa beliau bukannya tauke sarkas yang perlu menaungi segolongan badot kelas atasan; bukan collector boneka aneka wajah yang boleh meriasi pejabatnya di Putrajaya; bukan kepala gerombolan lanun kolar putih yang bermaharajalela sesuka hatinya; bukan pemilik syarikat sole proprietorship yang mesti mengaut khazanah rakyat untuk dijadikan warisan keluarga.

Begitulah hakikatnya Abdullah pada hari ini. Era kepimpinan Abdullah ini akan tercatat dalam sejarah tanahair sebagai satu-satunya yang penuh dengan pelbagai citera negatif. Abdullah juga akan tercatat dalam sejarah sebagai pemimpin yang membawa UMNO ke arah kehancurannya.

Banyak lagi persoalan mengenai Abdullah yang boleh dijadikan kata dua untuk mendesak beliau mengundurkan diri dengan seberapa segera. Antaranya adalah mengenai samarnya pemikiran strategik beliau selaku seorang Perdana Menteri di abad ke-21 yang menjadikan Asia Tenggara, termasuk Malaysia, sebagai sasaran utama puak zionis yang menguasai AS dan sekutunya. Dalam konteks ini, Abdullah tidak sensitif dan gagal membaca seluruh kilat dan kilau geopolitik mutakhir. Beliau gagal mentafsir setiap gerak membabitkan kuasa besar Barat serta proksi-proksinya di rantau ini.

Singapura

Contohnya, sewaktu jadi Timbalan Pedana Menteri, Abdullah amat vokal terhadap Singapura yang berusaha mempolitikkan isu harga air hingga ke pelantar antarabangsa. Bila berkuasa, kenapakah tersebar luas tohmahan bahawa Abdullah telah menggadaikan maruah bangsa dan kedaulatan negara ini kepada Singapura? Kedolak-dalikan Abdullah mengenai projek Jambatan Bengkok di Tanjung Puteri, Johor Bahru, Johor, hingga kini belum terjawab misterinya. Kemurahan hati Abdullah membuka Iskandar Malaysia yang disorot umum sebagai wilayah tambahan kepada Singapura kini sangat-sangat memilukan banyak pihak. Kesediaan Abdullah menangguhkan perbincangan ke atas seluruh isu tertunda membabitkan Singapura pula terus diselubungi tanda tanya besar. Kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan Pulau Batu Puteh yang kini diserahkan kepada Singapura amat menyayat hati majoriti rakyat jelata.

Oleh itu, sampai bilakah desakan supaya Abdullah mengundurkan diri secara terhormat daripada persada kepimpinan tanahair akan dianggap sebagai “politically incorrect”? Berapa lama lagikah kenyataan-kenyataan yang benar mengenai kelemahan Abdullah akan terus jadi suara derhaka?

Selagi Abdullah masih mahu terus berkuasa? Selagi Abdullah masih setia kepada maksud bait-bait puisi “Damai Abadi”? Selagi insan tertentu belum jadi Perdana Menteri mencecah usianya 40 tahun? Selagi Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh dimomokkan dengan persepsi negatif? Atau, selagi kerajaan, BN dan UMNO belum tersungkur ke bumi untuk menyembah kekalahan yang paling total dalam sesuatu pilihan raya umum?

Persoalan-persoalan ini melatarbelakangi pemikiran banyak pihak pada perayaan kemerdekaan negara ke-51. Tetapi, seluruh persoalan ini masih amat sukar sekali untuk dijadikan “politically correct” bagi memudahkan Abdullah mengucapkan selamat tinggal buat selama-lamanya kepada kepimpinan tanahair tercinta ini!

Esok kita sambut hari kemerdekaan negara kita. Tapi lihatlah sendiri, berapa banyak bendera dikibar dikereta-kereta seperti dulu? Mana ada keghairahan mengenai sambutan kali ini? Adakah semua ini mencerminkan hati dan jiwa rakyat jelata yang sedang luka dilanda dilemma akibat kepimpinan Abdullah yang lemah dan tempang? Renungkan dan fikir-fikirkanlah!

18 comments:

donmny said...

TUAN

1. PM kita ni nak kata KO sangatpun tidak juga. nak kata OK sangat pun tidak juga. beliau biasa-biasa saja.

2. yang menjadikan beliau KO pada pandangan rakyat ialah apabila anak dan menantunya menguasai dan mengepalai cabang-cabang perniagaan teras negara. inilah hakikat persepsi rakyat.

3. yang menjadikan beliau KO lagi pada pandangan rakyat ialah KENAPA beliau membiarkan situasi ini berlaku.

4. pemimpin tidak perlu pandai dalam semua perkara, tetapi beliau sangat perlu BIJAK memilih penasihat yang sangat-sangat PINTAR bagi beliau membuat keputusan yang 'releven'.

k-one said...

salam. tuan juga seperti terlupa menyebutkan keganasan TUN kpd org2 yg tak sehaluan dengan nya. -mamali, ops lalang, ISA, liwat 1 , sekatan peruntukan, pemecatan hakim, . saya tau tuan begitu menyanjung TUN. tapi kita harus bersikap adil. ya, UMNO kini menuju kehancuran. perlu d ingat paklah bukan menyumbang 100% kehancuran tersebut. TUN juga adalah peyebabnya kenapa rakyat begitu membenci UMNO. Dan tuan tidak harus salah tafsir dgn kenyataan pak lah di desak meletak jawatan oleh msyrakat. hanya msyarakat UMNO shj yg mau begitu manakala msyrakat selain UMNO inginkan tusunami itu bukan kpd paklah shj tetapi kpd seluruhnya iaitu kerajaan BN yg sedia ada.

wira said...

Dato Ron.

Ini adalah perayaan Kemerdekaan pertama pasca PRU12 dan nampaknya saya kena setuju dengan pandangan Tan Sri Muhyiddin bahawa tidak banyak perubahan untuk membawa perubahan kepada Umno. Cuma saya hendak berkongsi dengan Dato satu senario dimana PKR meletakkan calun disemua kawasan parlimen dengan harapan memenangi 50 peratus. Jika ini terjadi maka tamatlah perjuangan Umno dan tinggal sebagai kenangan didalam sejarah.

Oleh yang demikian untuk Umno terus berjuang demi kepentingan ugama bangsa dan negara, Umno perlu anjakan paradigma kepada membudayakan penghidupan secara islam supaya Pas tidak boleh memonopolikan sebagai peneraju pembudayaan penghidupan islam.

Unknown said...

Salam Dato Ron

Kita bukan tak bersemangat nak menyambut MERDERDA tapi kita lebih menumpukan pada menjelangnya RAMADHAN.
Kini nampak nyata bila orang Melayu Islam menumpukan pada untuk melakukan ibadah puasa,sambutan MERDEKA menjadi suram.
Malaysia adakah milik orang MELAYU sahaja.Atau orang MELAYU sahaja yang BERSEMANGAT untuk menyambut MERDEKA.
BAGAIMANA DENGAN BANGSA LAIN?Tidakkah Malaysia ini milik kita atau milik MELAYU sahaja?

Kepada Dato Ron dan semua umat Islam,Selamat Menyambut RAMADHAN AL MUBARAK.Ampun Dan Maaf sekiranya saya melakukan kekasaran bahasa.

Salam abghalim

band0tue said...

Teori keruntuhan demokrasi...
yang ke
50. Sekarang musuh Islam sedang menjunam dan menuju kehancuran tetapi Islam semakin kuat terutamanya di Malaysia. Tunggulah teori ini menjadi kenyataan. Sekali pun tidak berlaku seratus peratus tepat, tetapi jangan dipandang ringan atau ambil mudah. Bersiaplah dari sekarang, sebelum terlambat!

Teori ini merupakan pandangan peribadi saya berdasarkan keyakinan bahawa Islam akan kembali gemilang di akhir zaman. Pihak yang tidak percaya dan mempertikaikan teori ini berhak mengemukankan teori yang lebih baik. Tetapi apa yang penting saya penuh yakin Malaysia akan jadi Negara Islam sebenar dalam tempuh terdekat melalui politik dakwah dan kasih sayang, bukan politik demokrasi amalan jahiliah moden!

jom ke blog saya
http://nawawidahalan.blogspot.com/

zeme said...

Salam Datuk,

Kita boleh bertindak pasif atau agresif memastikan segala bentuk pengisian merdeka minda diwahcanakan dalam konteks penguasaan yang berkesan, mengesan kelebihan serta kekurangan, mengaudit untung dan rugi, menilai positif dan negatif, menzahir baik dan buruk.

Tanpa ada unsur-unsur prejudis, membebaskan sikap keterbatasan, mendakap dan memeluk sekuat seerat mungkin nilai kemerdekaan yang total atas nilai-nilai integriti minda yang merdeka bukan menderhaka.

Selamat menyambut kemerdekaan kali ke-51.

Wasalam.

Nostradamus said...

Aku menangis pada Hari Merdeka.
(I am Crying on Merdeka (Independence) Day.)

1. Aku menangis kerana rakyat Malaysia telah hilang kegembiraan dan perasaan terhadap masa hadapan negara yang diimpiankan dan tidak seperti semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka!”.

(I cry because Malaysians have lost the joy and hope of a future Malaysia as wished for unlike the times when the late Tunku Abdul Rahman shouted "Merdeka". )

2. Aku menanggis memikirkan ada rakyat Malaysia sendiri yang bercakap, berfikir dan bertindak memecahbelahkan rakyat dengan penuh perasaan perkauman dan keagamaan masing-masing tampa ada perasaan kebangsaan dan kesahabatan.

(I cry thinking of some Malaysians who talk, think and act to divide the citizens with their own racists and religious thoughts without a care for nationalism and friendships.)

3. Aku menangis memikirkan ada rakyat Malaysia yang lebih mementingkan sendiri dari negara apabila timbul isu-isu parti, jawatan, habuan, kuasa, kawan, kesahabatan dan keadilan.

(I cry thinking of some Malaysians who care more of themselves rather than the Nation when it comes to issues of party, posts, rewards, power, friends, relationship and fairness.)

4. Aku menangis memikirkan ada rakyat dan keluarga mereka yang masih belum mendapat keadilan sewaktu dipenjarakan, ditindas, dirompak, diugut, didiskriminasikan dan tidak juga dibenarkan bersuara.

(I cry thinking of some citizens and their families who have not obtain justice while being imprisoned, oppressed, robbed, threatened, discriminated and not even allowed the freedom of speech.)

5. Aku menangis memirkirkan ada rakyat Malaysia yang masih hidup Kias Pagi, Makan Pagi; Kias Petang Makan Petang walaupun Malaysia sudah 50 tahun merdeka.

(I cry thinking there are still Malaysians who still live from Hand to Mouth everyday, even though Malaysia has already achieved 50 years of Independence.)

Posted at http://patek1472.wordpress.com

Syahrulmanan said...

Salam Datuk.

Lima negeri di tangan pembangkang sekarang atas kekuatan tsunami politik yg dibawa oleh Anwar Ibrahim pada PRU-12 yang lepas, akuilah Datuk. Rakyat rata-rata boleh menerima konsep yang Anwar Ibrahim bawa dalam konsep perjuangannya. Datuk setuju?

Salman Madani said...

Salam,

Saya lebih bersetuju dengan pendapat bahawa UMN0/BN lemah bukan semata-mata kerana kelemahan ketuanya, Pak Lah, tetapi kerana UMNO yang merupakan sebuah parti tua memang banyak penyakit dan sudah sukar untuk diubati.

Di samping itu, saya rasa Tun Mahathir juga bertanggungjwab melemahkan UMNO, kerana tindakannya memecat Anwar, seorang tokoh yang berkarisme dari jawatan TPM pada tahun 1998 hampir-hampir meranapkan UMNO.

Dengan itu, saya tidak terlalu menyanjung Tun Mahathir, kerana pada saya , dia juga banyak merosakkan UMNO dan bangsa Melayu.

Siapakah yang mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu, kalau bukan Tun Mahathir?

Siapakah yang mencipta AUKU dan banyak akta lain yang menindas rakyat, kalau bukan pentadbiran Mahathir?

Siapakah yang "membunuh" bahasa Melayu dengan menggantinya dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik,kalau bukan Tun Mahathir.

Banyak lagi kelemahan dan kesilapan Tun Mahathir kalau mau disenaraikan di sini.

Tapi saya fikir, setelah masa berlalu, sejarah akan menilainya dengan lebih objektif.

Buat masa ini, kita boleh baca buku Ahmad Mustafa Hassan yang bertajuk "Membina dan Meruntuh Malaysia..," (SIRD,2008). Beliau menganggap Tun Razak telah membina atau membangun Malaysia, tapi Mahathir sebaliknya telah meruntuhkan Malaysia.

antubiul said...

Yang Berbahagia Datuk Ruhaine, Bangsa Melayu adalah pecahan yang mengumpulkan mereka dari bangsa bugis, acheh, jawa dan sebagainya menjadi satu bangsa yang besar bernama 'MELAYU'. Dan MELAYU boleh dipecahkan kepada beberapa pihak seperti'Melayu Tidak Apa', Melayu lantaklah','Melayu asal ada duit masuk sudah','Melayu sokong buta tuli','Melayu tak mengaku melayu',' Melayu Rempit', 'Melayu Mayat Hidup dan 'Melayu Prihatin.Malangnya Melayu prihatin adalah golongan minoriti dari bangsa Melayu ini. Melayu prihatin ini terdiri dari kelopok seperti Datuk. Disebabkan majoriti adalah bukan dari puak prihatin maka Andulah Badawi tetap akan menjadi PM sehinga 2010 dan kemungkinan sehingga pru13 wallahualam. Lihat lah budjet popular yan baru dibentangkan. Sepatutnya budget ini perlu di berinama budjet Rasuah. Apa tidaknya, semua perkara yang bentangkan adalah untuk merasuah rakyat supaya menyokong UMNO dan BN di PRU13 sambil mengharapkan ekonomi dunia akan bertambah baik. Fundementalnya tidak nampak. Tidak ada tiang tiang kukuh dalam budget ini. Budget sepatutnya perlu ada kekuatan supaya asas nya kukuh. Dalam keadaan sekarang susah susah dahulu senang senang kemudian. Budget ini sepatutnya mengalakkan rakyat menabung bukan nya sekadar memotong cukai yang tidak banyak memberi kelebihan pada pembayar cukai. Mengapa personal relief tidak dinaikkan? Inflasi bertambah tinggi tapi personal relief sudah berapa tahun masih ditakuk itu. Ini lah permainan politik. Kerjaan Perak dibawah ketua menteri dari PAS sudah meluluskan 1000 ekar tanah kepada 9 buah sekolah CINA. ini adalah salah satu cabang rasuah tak nampak. Rasuah untuk memenangkan sokongan Cina .Mana UMNO perak? Kenapa tak bersuara? Tanah lot tol 999 tahun sudah diberikan kepada kampung Cina sedangkan jika ikut motto PR, Malaysian Malaysian, sepatut nya perlu di hapuskan kampung Cina, India dan Melayu dan di gantikan dengan kampoung berbilang Bangsa atau kampung Malaysia. Ini lah angan anagan mat jenin PR untuk memalaysian kan Malaysia. Dalam meMalaysiakan Malaysia , melayu akan dipinggirkan. Pas di Perak seperti semut dibawah tapak kaki Gajah. Semasa UMNO berkusa , suara Pas seperti murai , ada saja yang tak kena. Sekarang mengapa diam saja. ? Dah terkena badi air liur babi ke.Apa yang nampak sekarang di 5 negeri bukan Bn, melayu akan jadi pak turut saja and akan ditekan sebagai warga kelas dua.Ketua menteri Pulau Pinang yang idolnya adalah Khalifah Umar sedangkan hatinya masih tidak menerima Islam sebagai pelita hati, benarkah beliau akan berlaku adil kepada orang orang melayu?. Bolehkah orang melayu percaya kepada nya?. Sekurang kurangny BN masih menghormati UMNo sebagi tunjangnya dan menghormati formula yang dipakai selama 50 tahun untuk perpaduan. Segala cakap cakap PKR mengenai penghapusan Ketuanan Melayu sebenarnya lebih kepada penghapusa melayu itu sendiri. Malaysia yang dulunya tanah Melayu, melayu masih tuan nya. Melayu sepatutnya mempertahankan Ketuanan mereka. Dalam negara Malaysia 'Melayu' itu adalah tunjang kuasa kestabilan politik Malaysia dan tunjang kuasa yang berdiri teguh mempertahankan raja raja melayu. Adat melayu lah yang mengepalai adat adat yang lain. Bahasa Melayu itu lah bahasa utama yakni bahawa kebangsaan dimana wakil PKR MR Goh the perfectionist dalam kes Linggam yang menjadi Ahli DUN adalah seorang yang tidak fasih bercakap bahasa Malaysia. UMNO satu ketika dulu kuat dan berjaya mempertahankan semua ini. Sekarang Melayu sudah berpecah. Inilah yang diimpikan orang bukan melayu. Divide and control. Seperti ikan ikan kecil didalam lautan. Apabila diserang ikan ikan ini akan berkumpul sesama mereka dan menjadi satu entiti yang besar dan gerun. Maka serangan dari ikan ikan pemangsa dapat dielakkan. Boleh kan melayu jadi seperti ini?Selamay Menyambut hari Kemerdekan, tapi dlam konteks sekarang mmerdeka kah kita?

Berita dari gunung said...

Lihat saja senyum Abdullah waktu pembentangan Bajet 2009. Tumpas di Permatang Pauh macam tidak ada apa-apa. Permatang Pauh bukan di Johor tetapi di Pulau Pinang. Negeri itu juga ada kawasan Parlimen bernama Kepala Batas.

Dalam PRU12, Abdullah di Kepala Batas hanya memperolehi majoriti 11,246 sahaja, merosot dari PRU11. Rembau, kawasan Khairy kehilangan majoriti yang sangat besar berbanding dengan PRU11.

Pemimpin UMNO disekeliling Abdullah jarang bersuara keras mendesak beliau berundur. Dengan janji peralihan kuasa menjelang 2010, hampir melenyapkan suara-suara keras.

Pembangkang pula tidak menjadikan Abdullah sebagai punching bag. Mereka memilih Najib. Pembangkang meniarap macam kucing sambil menguis tikus. Tikus itu ialah UMNO dan BN.

Abdullah boleh bergembira kerana tidak ditentang dalam pemilihan Presiden.

Rasa selamat Abdullah adalah sangat artificial. Abdullah pada saya, masih mahu meninggalkan legacy, dikenang rakyat sebagai hebat.

Hanya masa akan menentukan permainan kucing dengan tikus.

politica said...

Datuk ini posting terbaru saya untuk saya kongsikan bersama surfers kuda-kepang. MERDEKA!!!

KEMERDEKAAN NEGARA DAN KEBANGKITAN RAKYAT

Saya tulis posting ini sewaktu angkasa dinihari Putrajaya bermandikan cahaya aneka rona. Dentam-dentum bunyinya. Sungguh mempesona warna-warnanya. Beribu-ribu mata yang menyaksikannya pun khayal, terleka dan terlupa bahawa tanahairnya sedang tergadai dan menuju kehancurannya.

Lantas aku pun berbisik sendirian. Bagaimana agaknya jika ledakan bunga api itu ditukar menjadi ledakan suara rakyat yang menuntut Abdullah Badawi berhenti sebagai PM dengan serta-merta?

Apa gunanya kita terpesona dengan kewarna-warnian bunga api itu jika sempena 51 tahun kemerdekaan negara ini Abdullah Badawi masih bemaharajalela?

Relakah kita menerima Abdullah Badawi yang tidak lagi peduli akan masa depan dan kesejahteraan kita semua? Relakah kita mempunyai PM yang dikuasai oleh anak dan menantunya? Relakah kita melihat negara ini tergadai kedaulatannya? Relakah kita mendiamkan diri dan lihat sahaja kehancuran kita semua?

Bagaimana kalau mulai hari ini – 31 0gos 2008 – kita bangkit, kita bersuara dan kita tuntut Abdullah pergi dengan segera? Kita gunakan apa jua kuasa yang ada di tangan kita. Kita ada kuasa politik, kita ada kuasa rakyat, kita ada kuasa Raja. Seluruh kuasa inilah yang memberikan mandat kepada Abdullah Badawi untuk berkuasa.

Ayuh sama-sama kita fikirkan pendekatan yang terbaik, berhemah dan berkesaan untuk mendorong Abdullah berundur segera. Fikirkanlah hal ini sewaktu kita mencari keredhaan Allah SWT di sepanjang Bulan Puasa. – http://politica-net.blogspot.com

Unknown said...

Saya simpati dengan Datuk. Apa yang datuk katakan selama ini benar belaka. Tapi memang betullah semuanya "politically incorrect" kepada Badawi dan pengampunya.

Malang lagi bila Ahli MT, Menteri Kabinet, Ketua Bahagian dan Ketua Komponen BN semua jadi Pak Turut. Apa Badawi cakap semua benar, dia orang angguk-angguk kepala. Sama ada apa yang Badawi cakap tu tak bohong dia orang tak periksa langsung.

Rakyat dah suruh Badawi berhenti, tapi dia orang sokong lagi. Ini masalah kita Datuk. Masalahnya suara kita tak ada nilai lagi, suara orang politik bawahan ibarat sampah, suara rakyat biasa hanya diibaratkan macam suara sumbang.

Moga-moga pembesar-pembesar di sekeliling Badawi sedar dan hormatilah suara rakyat sebelum rakyat bertindak macam di Thailand. MERDEKA!

Unknown said...

Kebenaran jadi politically incorrect bila ramai pihak menafikan kebenaran untuk jaga tembolok sendiri. Hari ni saya dapat berita anak Dollah kena tahan di satu airport di USA pasal bawah cash berlebihan daripada had yang dibenarkan dan bawa senjata api. Apakah ini betul? Kalau betul, adakah politically incorrect untuk tanya mana banyak sangat duit tu dan macam mana gi negara orang bawa senjata api?

bat8 said...

Dato Ron

1. Walau banyak mana komen yang ditulis oleh rakyat, samada ahli UMNO(bar) atau pembangkang menuntut AAB meletak jawatan,namum AAB tetap buat pekak je.

2. Rakyat kebanyakan telah melaksanakan tugas tersebut dalam PRU 12 yang lalu. Rakyat juga telah memberi isyarat lagi dalam RPK Pematang Pauh baru-baru ini. Yang boleh dibuat oleh rakyat bagi kali terakhir adalah dalam PRU 13 nanti dengan memberi kemenangan mutlak kepada Pakatan Rakyat. Itu sahaja pilihan terakhir rakyat.

3. Sementara menunggu PRU 13, saya percaya rakyat meletakkan harapan tinggi kepada ahli-ahli UMNO(baru) bagi mendesak dan MEMASTIKAN AAB meletak jawatan.

4. Malah menjadi tanggungjawab setiap ahli UMNO(Baru) melaksanakan tugas murni ini jika ahli-ahli UMNO(Baru) masih sayang dan merasakan UMNO(baru) masih relevan dipersada politik negara.

5. Rakyat memberi ruang dan harapan agar ahli UMNO(Baru) dapat me3laksanakan mandat nasional ini sebelum PRU 13. Sekiranya ahli-ahli UMNO(Baru) gagal, bersiap sedialah UMNO(Baru) dikuburkan untuk selama-lamanya.

6. Tugas mendesak dan memastikan AAB berundur adalah tanggungjawab ahli-ahli UMNO sekarang. Macamana nak buat terpulanglah.

If you dont, just be ready to be bye bye in PRU 13. Jangan kata you people are not warned. It is your holy and national duty my frens!

bat8

Mika Angel-0 said...

Sdr Ron,

hanya 110 daripada 20410 cawangan UMNO di seluruh tanahair yang kini berani bertindak sedemikian rupa

Saya ada seorang kawan dan dia pakar strategi politik. Kami mengharapkan kemelut kepimpinan UMNO boleh diatasi, ditangani dengan baik dan soal kepimpinan berwibawa terjawab.

Selama lima bulan dia mengatakan
Muhyiddin Yassin mampu bertanding dan memenangi kerusi timbalan presiden.

Yang menghairankan saya sekarang adalah kawan saya telah pun berubah pendapatnya. Dia kata tidak ada peluang cerah buat Muhyiddin kalau dia bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO.

Bila didesak lagi dalam mencari musabab ceritanya dia cuma bilang nama anak Tun Hussein Onn yang besar kemungkinan menang satu jawatan naib presiden pada bulan disember nanti. UMNO tiada calon yang baik.

Sdr Ron harus faham "ada telinga tak boleh dengar, ada mata tak boleh lihat" yang dibuat oleh seorang mantan Perdana Menteri menyindir Abdullah.

Soal politically correct atau tidak tidak timbul. Apa yang Sdr Ron cadangkan? Masih mahu lawan? Bagaimana?

Tahukah anda sekiranya Sun Tze ada menulis dalam hal 3 ketua bermusuh-musuhan berperang?

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Saya tak berapa fasih bahasa inggeris - mohon maaf. I cuma mahu memahami berita ini, Dato':

Umno to purge 'enemy' members
By : Hamidah Atan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor says Umno needs to vet its members

PUTRAJAYA: Umno has embarked on a "cleansing" drive to get rid of members who have joined opposition parties.

All divisions will have to submit their new membership lists to party secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor as soon as possible.

Tengku Adnan, met after opening retail shops in Precinct 11 here yesterday, said all divisions in the states would have to vet the membership lists before submission. The recently concluded Permatang Pauh by-election served as an eye-opener for Umno.

"Many of our members did not vote for Barisan Nasional because they had joined either Pas or Parti Keadilan Rakyat. The data showed there were 90,800 Umno members in Permatang Pauh but only 10,700 voted in the by-election.

"The branches came to me and said most of them had jumped ship. They blamed the headquarters, saying we never took action even though they had written to us. I promised that I would take action this time."

The Putrajaya MP said Umno would delete the names "that are no longer with us"...

Terima Kasih.

Unknown said...

Bro,

kesimpulannya, umno ni dah tak relevan lagi.