Monday, August 18, 2008

MENGHUJJAH PRK PERMATANG PAUH DI TV9

Banyak pihak menaruh minat terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang membabitkan tiga calon – Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR dan mantan Timbalan Perdana Menteri yang mewakili PKR, Datuk Arif Shah Omar Shah mewakili BN dan Hanafi Mamat mewakili AKIM.

Ini kerana keputusan PRK ini akan menjadi indikator kepada masa depan politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam era pasca PRU12.

PRK ini juga akan menentukan survival politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi BN serta survival politik Anwar.

Pada waktu yang sama, PRK Permatang Pauh akan mengukur kredibiliti serta integriti pihak-pihak yang kini sedang ditohmahkan dengan pelbagai tuduhan skandal atau pun pihak-pihak yang telah berkonspirasi untuk mewujudkan skandal tersebut.

Demikianlah antara pandangan mengenai PRK Permatang Pauh yang akan saya suarakan sewaktu menghujjah topik Menawan Permatang Pauh dalam program terbitan TV9, Isnin, 18 Ogos 2008, yang akan direkodkan pada 3.00 petang. Moderator program adalah Dr. Agus Yosof sementara seorang lagi ahli penalnya adalah Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut penerbitnya, program ini akan disiarkan oleh TV9 secara “live” pada sebelah malamnya. Bagaimanapun, saya tidak pasti kalau program yang dikatakan “live” ini tidak akan melalui sebarang penapisan awal. Jika tidak, mengapakah program ini tidak direkodkan secara “live”?

Apa pun, saya harap sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini akan sudi memberikan banyak lagi hujjah mengenai PRK Permatang Pauh supaya dapat saya suarakan menerusi program berkenaan. Salam takzim dari saya. – Ruhanie Ahmad

28 comments:

Syahir said...

Keputusan ini amat penting dalam melihat indikator hayat BN di bawah kepimpinan PM Abdullah. Ia juga penting pada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Namun, harapan untuk melihat UMNO menang agak sukar kerana P.Pauh merupakan kubu kuat pembangkang.

Harapan layu kerana penyokong BN sendiri sudah give up dengan kepimpinan sekarang, meskipun mereka sayang parti.

zeme said...

Salam Datuk,

Hujah di TV9 antara program TV berilmiah yang saya selalu ikuti.

1. PRK Permatang Pauh (PP) sebenarnya menguji kematangan serta mentaliti rakyat dalam menilai, menentukan intipati hala tuju politik kepartian tanahair secara global bukan setakat taktikal sama ada membina kembali atau akan memusnahkan.

2. PRK PP lebih menjurus kepada membawa balik harapan individu yakni DS Anwar untuk memimpin bukan sahaja parlimen PP tapi mentadbir kerajaan yang baru. Parti PKR yang usianya baru 10 tahun dipertanggungjawab mengambilalih kepimpinan negara berbanding parti yang sudah melebihi usia 50 tahun dan sekiranya terjadi apakah sistem yang akan digunapakai? Ini kerana belum terbukti kepimpinan parti PKR mentadbir sebuah negeri secara total portfolio seperti mana parti PAS waima parti UMNO.

3. Apakah sistem kerajaan giliran dan kongsi kuasa akan dipratikkan menjamin kepuashatian pakatan rakyat kerajaan baru yang jelas mempunyai ideologi berbeza?

4. Bagi pembangkang mereka bukan hanya setakat ingin mengekalkan parlimen PP tetapi lebih jauh cita-cita ingin menawan Kerajaan Malaysia, manakala bagi parti pemerintah jelas mereka ingin menawan parlimen PP dan cuba mengekalkan Kerajaan Malaysia sedia ada. Itulah unik PRK PP kali ini.

5. Sekiranya parti PKR menang dan seterusnya membentuk Kerajaan Malaysia Baru, apakah mereka akan membantu membela nasib kaum Cina di bawah MCA juga GERAKAN, kaum India di bawah MIC dan juga suku kaum Sabah dan Sarawak seperti mana yang telah dipratikkan oleh parti pemerintah sekarang melalui BN? Jawapannya mungkin berlainan bila mendapat nasihat DAP.

6. PRK PP lebih menjurus kepada politik dendam individu daripada hakiki membela rakyat sebenarnya, membelakangi keputusan rakyat yang cintakan perpaduan dan keutuhan.

Wasalam.

Anis Ahmad Abdul Rahman said...

saya agak kurang bersetuju bahwa pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah penentu karier Pak Lah atau Anwar. Kawasan tersebut merupakan home ground Anwar and barring any miracle or foul play, Anwar will win. It's just a way fro Anwar to announce his grand entrance back into Malaysian politics and BN seems to play to his tune.

BN or UMNO should concentrate its energy and resources on how to contain pKR and Anwar from further creating chaos and unnecessary political instability in Malaysia, especially the danger to the Malays special rights that has been aggressively pursued by DAP and PKR.

Just keep the fight at Permatang Pauh to the minimum..it's a no-win game so spare your best soldiers for something more important.

terima Kasih.

jma@tekali said...

Permatang Pauh adalah gambaran umum pasca Mac 8 tentang reaksi rakyat terhadap kemenangan Pakatan Rakyat dan penolakkan terhadap BN. Kesedaran rakyat terhadap hak mereka dan kenyataan yang harus diterima bahawa Malaysia bukanlah milik mutlak BN tetapi hak rakyat.

BN dilihat didalam kedudukan tertekan dan akan melakukan apa sahaja bagi memastikan DS Anwar tewas. Ini adalah kerana dengan kemenangan DS Anwar maka kedudukan PM juga TPM dan seterusnya barisan kabinet akan tergugat. Saya jangka kita akan melihat politik do or die akan berlaku di Permatang Pauh.

Jangan hairan jika kita dihidangkan berita buruk tentang PR dan positif pada pihak BN. Hakikatnya BN kini amat terdesak untuk memang sedangkan kemenangan PR adalah bagi melengkapkan perubahan senario politik negara.

+++EwoQue+++ said...

Salam,

Datuk Ruhanie

PRK Permatang Pauh ini memang menjadi tumpuan bagi pemerhati politik dan juga rakyat secara amnya. Ini kerana populariti Sdr Anwar Ibrahim dari PKR ini akan digunakan sebagai jalan superhighway beliau untuk ke parlimen. Selain Permatang pauh adalah kubu kuat 'Keluarga Anwar ibrahim'ini nyata amat mustahil bagi BN untuk menang mudah mengalahkan PKR ini. Walaupun timbul isu sumpah sdr saiful baru-baru ini. Saya yakin para menyokong dan pengikut setia parti 'keluarga Anwar Ibrahim' akan memakakkan telinga dan juga membutakan mata masing-masing kerana tidak akan percaya segala apa bentuk dakyah yang bertujuan untuk memburuk-burukkan sdr Anwar Ibrahim ini. walaupun ianya satu kebenaran mereka tetap tidak akan mempercayainya.

Namun keghairahan BN pada PRK permatang pauh ini juga nampak agak terlalu yakin ataupun over confident walaupun mereka tahu amat mustahil untuk mereka memenangi PRK ini. Walaupun mereka dikatakan mempergunakan sumpah saiful sebagai senjata utama mereka untuk menawan para pengundi, tapi saya rasa sumpah yang dibuat ini amat tidak kena pada masanya dan ianya nampak seperti menembak curi dari belakang sebelum berlawan antara satu sama lain. Walaupun sumpah sdr saiful ini memang benar dan ikhlas daripada dirinya sendiri.

Dan bagi pendapat saya lagi, jika BN ini menang mengalahkan parti PKR ini saya rasa amat berbangga dan gembira akan kemenangan ini. Tetapi kemenangna BN di Permatang pauh ini saya yakin tidak akan dapat mengubah apa-apa keputusan dan rancangan untuk memaksa perletakkan jawatan DS Abdullah Badawi (DSAB). Malah saya berasa yakin, jika BN menang di PRK di permatang pauh ini nescaya lagi bertambah sikap egonya dan secara automatiknya dia merasakan rakyat mahukan beliau dan sayang kepada beliau lagi. Dan mungkin kekalahan PKR ini nanti, akan bertambah bongkak dan takbur akan kemenangan BN nanti. Dan mungkin ada kemungkinan pula nanti beliau tidak jadi pula menyerahkan jawatannya pada DS Najib pada 2010.

Saya percaya jika BN menang ataupun kalah, tidak akan dapat mengubah apa-apa tentang pendirian sebahagian rakyat untuk menyuruhnya meletakkan jawatan dengan kadar segera. Kerana UMNO kini perlu di ubati dan difisioterapikan agar parti keramat ini dapat menguatkan kuasa dalamannya kembali untuk meneruskan perjuanagannya demi masa depan agaman, bangsa dan tanahairnya. Bagi saya UMNO ataupun BN sepatutnya pada masa ini bermuhasabah diri dan tidak menunjuk-nunjuk ataupun berlagak sombong. UMNNO kene menginsafi diri dan mengaku segala kelemahan ataupun kekalah yang mengaibkan pada pRU-12 baru-baru ini. UMNO perlu mengembalikan keyakinan rakyat untuk kembali dan terus dipercayai untuk menyumbang kepada bangsa, agama, dan negara ini.

Jika UMNO menang sekalipun di Permatang pauh ini bukanlah disebabkan kerana DSAB. tetapi kemungkinan ketidakpercayaan pengundi kepada sdr Anwar Ibrahim seterusnya menggagal beliau menjadi Ahli parlimen seterusnya kemungkinan menjadi PM. Dan lagi satu kemungkinan besar mungkin akan terhapusnya Parti PKR ini dari landskap politik negara kita. Dan jika BN kalah, maka peluang Anwar Ibrahim ke Parliemn dan seterusnya menjadi PM amat terbentang luas. Itupun beliau harus berebut dengan haji Hadi dan juga Lim Kit Siang. tetapi yang nyatanya hak-hak dan keistimewaan orang melayu akan terhakis dan tidak akan diperjuangkan lagi. Ini yang amat merisaukan saya.

Tetapi jika hanafi mamat ini Menang, saya juga merasakan keputusan ini sangat adil dan boleh diterima oleh akal. Ini kerana jika penyokong PKR sudah tiada kepercayaan kepada Sdr Anwar Ibrahim ini dan dalam pada masa yang sama amat membenci BN, maka kemungkinan mereka akan mengundi orang ini. Cara ini sahaja yang dapat mengimbangi kekalutan dan konspirasi yang timbul sejak akhir-akhir ini. Tiada rugi apapun kepada kita semua jika Sdr hanafi mamat ini menang. dan ia mungkin menjadi pengajaran yang amat berhguna kepada kedua-dua parti yang bertanding dengannya ini. Dan ini juga sebagai satu message yang kuat juga untuk DSAB menerimanya.

Inilah sahaja yangsaya dapat berikanpandangan saya berkenaan dengan PRK Permatang Pauh ini mungkjin sebagai input yang tidak seberapa ini buat datuk. Apapun selama ini banyak perkara yang saya bersetuju dengan pendapat datuk di laman blog datuk ini.

Sekian.

AMN
pemudapj.blogspot.com

mn said...

Salam Datuk,

1. Perbandingan keadaan pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

2. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bermain-main dengan ikan-ikan di Permatang Pauh.

3. Sedangkan UMNO/BN baru nak buat kolam, baru nak ternak ikan dan baru nak bagi makan ikan.

jma@tekali said...

Permatang Pauh merupakan respon rakyat terhadap perubahan politik pasca PRU 8 Mac 2008. Kesedaran politik rakyat semakin meningkat dan dengan perubahan ini akan diterjemahkan dalam keputusan pilihanraya 26 Ogos ini.

Rakyat kini mula sedar bahawa mereka bolah menukar kerajaan dan menabalkan kerajaan yang lebih baik jika kerajaan yang ada gagal memberi khidmat yang memuaskan. Kita sedia maklum bahawa orang Melayu biasanya akan mengikut suara majoriti. Kini dilihat Majoriti rakyat Malaysia bersama PR. Ini juga dapat dilihat melalui jumlah mereka yang hadir semasa penamaan calon pada 16 Ogos lepas.

BN kini berada didalam keadaan yang amat terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk menang. Ini adalah kerana kemenangan PR di Permatang Pauh bermakna keranda untuk BN telah tersedia. Kemenangan PR akan melengkapkan perubahan senario politik tanahair.

Akibat dari kemenangan PR adalah amat besar kepada PM, TPM, kabinet dan juga pemimpin BN di seluruh peringkat. Ini bermakna BN kini berada di dalam keadaan yang amat terdesak. Dibimbangi mereka akan melakukan sesuatu yang di luar batasan bagi mengekalkan kerusi yang ada sekarang.

Kini episod sumpah liwat sudah bermula, esok mereka akan tabur duit, lusa mereka akan tipu rakyat, tulat mereka akan ugut rakyat, dan lagi mereka akan fitnah, dan lagi.... lagi.... lagi.... sehingga matlamat mereka tercapai.... Kuasa Mutlak.

+++EwoQue+++ said...

Salam,

Datuk Ruhanie

PRK Permatang Pauh ini memang menjadi tumpuan bagi pemerhati politik dan juga rakyat secara amnya. Ini kerana populariti Sdr Anwar Ibrahim dari PKR ini akan digunakan sebagai jalan superhighway beliau untuk ke parlimen. Selain Permatang pauh adalah kubu kuat 'Keluarga Anwar ibrahim'ini nyata amat mustahil bagi BN untuk menang mudah mengalahkan PKR ini. Walaupun timbul isu sumpah sdr saiful baru-baru ini. Saya yakin para menyokong dan pengikut setia parti 'keluarga Anwar Ibrahim' akan memakakkan telinga dan juga membutakan mata masing-masing kerana tidak akan percaya segala apa bentuk dakyah yang bertujuan untuk memburuk-burukkan sdr Anwar Ibrahim ini. walaupun ianya satu kebenaran mereka tetap tidak akan mempercayainya.

Namun keghairahan BN pada PRK permatang pauh ini juga nampak agak terlalu yakin ataupun over confident walaupun mereka tahu amat mustahil untuk mereka memenangi PRK ini. Walaupun mereka dikatakan mempergunakan sumpah saiful sebagai senjata utama mereka untuk menawan para pengundi, tapi saya rasa sumpah yang dibuat ini amat tidak kena pada masanya dan ianya nampak seperti menembak curi dari belakang sebelum berlawan antara satu sama lain. Walaupun sumpah sdr saiful ini memang benar dan ikhlas daripada dirinya sendiri.

Dan bagi pendapat saya lagi, jika BN ini menang mengalahkan parti PKR ini saya rasa amat berbangga dan gembira akan kemenangan ini. Tetapi kemenangna BN di Permatang pauh ini saya yakin tidak akan dapat mengubah apa-apa keputusan dan rancangan untuk memaksa perletakkan jawatan DS Abdullah Badawi (DSAB). Malah saya berasa yakin, jika BN menang di PRK di permatang pauh ini nescaya lagi bertambah sikap egonya dan secara automatiknya dia merasakan rakyat mahukan beliau dan sayang kepada beliau lagi. Dan mungkin kekalahan PKR ini nanti, akan bertambah bongkak dan takbur akan kemenangan BN nanti. Dan mungkin ada kemungkinan pula nanti beliau tidak jadi pula menyerahkan jawatannya pada DS Najib pada 2010.

Saya percaya jika BN menang ataupun kalah, tidak akan dapat mengubah apa-apa tentang pendirian sebahagian rakyat untuk menyuruhnya meletakkan jawatan dengan kadar segera. Kerana UMNO kini perlu di ubati dan difisioterapikan agar parti keramat ini dapat menguatkan kuasa dalamannya kembali untuk meneruskan perjuanagannya demi masa depan agaman, bangsa dan tanahairnya. Bagi saya UMNO ataupun BN sepatutnya pada masa ini bermuhasabah diri dan tidak menunjuk-nunjuk ataupun berlagak sombong. UMNNO kene menginsafi diri dan mengaku segala kelemahan ataupun kekalah yang mengaibkan pada pRU-12 baru-baru ini. UMNO perlu mengembalikan keyakinan rakyat untuk kembali dan terus dipercayai untuk menyumbang kepada bangsa, agama, dan negara ini.

Jika UMNO menang sekalipun di Permatang pauh ini bukanlah disebabkan kerana DSAB. tetapi kemungkinan ketidakpercayaan pengundi kepada sdr Anwar Ibrahim seterusnya menggagal beliau menjadi Ahli parlimen seterusnya kemungkinan menjadi PM. Dan lagi satu kemungkinan besar mungkin akan terhapusnya Parti PKR ini dari landskap politik negara kita. Dan jika BN kalah, maka peluang Anwar Ibrahim ke Parliemn dan seterusnya menjadi PM amat terbentang luas. Itupun beliau harus berebut dengan haji Hadi dan juga Lim Kit Siang. tetapi yang nyatanya hak-hak dan keistimewaan orang melayu akan terhakis dan tidak akan diperjuangkan lagi. Ini yang amat merisaukan saya.

Tetapi jika hanafi mamat ini Menang, saya juga merasakan keputusan ini sangat adil dan boleh diterima oleh akal. Ini kerana jika penyokong PKR sudah tiada kepercayaan kepada Sdr Anwar Ibrahim ini dan dalam pada masa yang sama amat membenci BN, maka kemungkinan mereka akan mengundi orang ini. Cara ini sahaja yang dapat mengimbangi kekalutan dan konspirasi yang timbul sejak akhir-akhir ini. Tiada rugi apapun kepada kita semua jika Sdr hanafi mamat ini menang. dan ia mungkin menjadi pengajaran yang amat berhguna kepada kedua-dua parti yang bertanding dengannya ini. Dan ini juga sebagai satu message yang kuat juga untuk DSAB menerimanya.

Inilah sahaja yangsaya dapat berikanpandangan saya berkenaan dengan PRK Permatang Pauh ini mungkjin sebagai input yang tidak seberapa ini buat datuk. Apapun selama ini banyak perkara yang saya bersetuju dengan pendapat datuk di laman blog datuk ini.

Sekian.

AMN
pemudapj.blogspot.com

Carl said...

Salam dato'

Saya merasakan PRK Permatang Pauh akan menjadi penanda aras budaya politik di negara kita. Jika PRU 12 baru-baru ini dianggap sebagai tsunami politik yang menyebabkan 5+1 negeri jatuh ke tangan PR, maka PRK ini akan menjadi penentu mentaliti masyarakat Permatang Pauh yang mewakili sebahagian kecil masyarakat Malaysia.

BN seolah-olah yakin dapat menguasai semula P44. Secara logiknya, selama ini P44 sentiasa menyokong padu Datuk Seri Wan Azizah takkanlah kini mereka akan berpaling tadah apabila DSAI kembali menjadi calon mereka. Mampukah BN atau UMNO terutamanya, menjadi juara di P44. Mustahil rasanya.

Dengan masalah dalaman BN yang belum selesai, BN masih belum mampu merampas kembali sokongan rakyat. Dengan bantuan media, segala provokasi dan hentaman peribadi kepada DSAI hanya menguatkan lagi sokongan terhadap beliau. Malah ia menguatkan lagi teori konspirasi yang beliau canangkan.

Daripada tumpukan kepada P44 yang susah untuk BN menang lebih baik tumpukan dalam usaha memperkasakan semula UMNO. Selepas PRU 12, banyak keputusan kabinet yang tidak disenangi rakyat.

Carilah kekuatan, jujurlah pada diri sendiri. Kepimpinan melalui teladan. Belajarlah sejarah, hargailah diri dan negara. Jangan jadi Pak Angguk demi kepentingan peribadi. Politik memang kotor tapi sejauhmana kotoran yang mampu kita harungi. Masihkah UMNO relevan kini. Fikirlah sendiri.

Money4Free said...

Datuk,

Saya Melayu jati.Datuk nenek saya, ibu bapa saya, isteri dan anak anak saya, semua Melayu jati.Saya dibesarkan dalam kelompok Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.Makan makanan Melayu.

Tetapi saya amat benci kepada Melayu yang berpegang kepada semangat perkauman untuk meneruskan hidup.Seolah olah tanpa bertunjangkan semangat perkauman yang sentiasa dimainkan, Melayu tidak dapat hidup sempurna.

Hakikat yang sebenarnya yang terjadi diperingkat puak puak pembuat dasar adalah, semangat perkauman yang ditiup semata mata untuk kepentingan survival politik dan periuk nasi masing masing sahaja.Hak hak orang Melayu yang konon kononnya tidak boleh disentuh oleh kaum kaum lain, adalah merupakan retorik politik semata dimana pelaksanaan sebenar adalah pembolotoan hak hak Melayu untuk kepentingan individu tertentu.

Atas nama hak hak Melayu yang telah dieksploitasi, maka survival UMNO dapat dipertahankan, dengan ertikata lain UMNO hidup bertopangkan hak hak Melayu, sedangkan dalam ertikata sebenarnya, hak hak Melayu itu adalah hak hak UMNO.

Parti yang bersifat perkauman( RACIST) tidak harus dibiarkan hidup lagi di abad ini.Satu bangsa yang berteraskan bangsa Malaysia harus ditunjangi oleh parti yang bersifat Malaysia.

Mungkin amat berat kepada manusia yang masih berfikir dan mempunyai memori silam, tetapi tidak kepada generasi muda abad 20.

Kemajuan negara dan bangsa Malaysia wajib berteraskan bangsa Malaysia dari warga negara Malaysia tanpa mengira keturunan dan warna kulit.

Kita mahu bangsa Malaysia yang sanggup mempertahankan Malaysia dengan nyawa dan kudrat, bukan dengan laungan semata.Kita mahu jika ditakdirkan China atau India berperang dan menyerang Malaysia, negara kita akan dipertahankan oleh seluruh bangsa Malaysia.

Tetapi jika dengan hanya kes "10 persen" kita sudah melatah melalut, jangan harap semua ini akan berlaku.Malaysia akan dianggap sebagai tempat mencari makan sahaja.

Adakah ini yang UMNO inginkan?

Nostradamus said...

Nostrdamus Predictions on Possibilities In Malaysia.
Ramalan Nostradamus atas Kemungkinan-kemungkinan di Malaysia.

1. Is it possible that DSAI wins the Permatang Pauh elections and become the next Chief Minister of Penang as a stepping stone to becoming Prime Minister?
Adakah mungkinnya DSAI memenangi pilihan raya Permatang Pauh dan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum menjadi Perdana Menteri?

2. Is it possible that DSAB resign as PM of Malaysia after the Permatang Pauh elections and handover to DSNTR earlier than expected?
Adakah mungkinnya DSAB meletak jawatan sebagai PM Malaysia selepas pilihan raya Permatang Pauh dan menyerahkannya kepada DSNTR lebih awal dari jangkaan?

3. Is it possible that UMNO and PKR will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya UMNO dan PKR akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?

4. Is it possible that all other component parties of BN without UMNO will combine with PKR to form a new party?
Adakah mungkinnya parti-parti komponen BN lain kecuali UMNO akan bergabung dengan PKR untuk membentuk sebuah parti baru?

5. Is it possible that PKR and PAS will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya PKR dan PAS akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?

6. Is it possible that PKR, DAP and HINDRAF will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya PKR,DAP dan HINDRAF akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru.

7. Is it possible that TDM and all other Little Napoleons knows of these possibilities and are preparing to migrate?
Adakah mungkinnya TDM dan semua “Little Napoleons” mengetahui kemungkinan-kemungkinan ini dan sedang bersedia untuk berhijrah?

To be continued…….
Akan disambung……

http://patek1472.wordpress.com

ketam said...

Just wonder why as a MUSLIM,Anwar and family and their MUSLIM supporters BERMATI-MATI mempertahankan Raja Petra,BAla and Dr Mynamar when they make a PERAKAUAN BERSUMPAH but accused Saiful a liar when he make a PERAKAUN BERSUMPAH WITH HIS GOD'S NAME?? Why?? Maybe he doesnt believe ALLAH's way??..

Al-Yasar said...

Salam,

Saya kira jika BN menang, BN mungkin akan merasa masih kuat dan gagah. Dengan itu, mungkin tidak ada apa-apa perubahan penting yang perlu dilakukan.Silap haribulan, peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Njib pun mungkin akan ditangguhkan.

Akan tetapi, jika Anwar menang, sekurang-kurangnya dia boleh jadi ketua pembangkang.

Dengan Anwar menjadi ketua pembangkang, saya kira Dewan Rakyat akan lebih "meriah" dan menjadi medan perbahasan yang lebih serius antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang.

Oleh itu, saya tidak melihat kemenangan Anwar akan merugikan negara.

Saya tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak bahawa peranan yang dimainkan oleh Anwar selama ini dikatakan telah membawa kepada ketidakstabilan negara.

Saya kira, negara kita mungkin kurang stabil(?) kerana dipimpin oleh pemimpin yang lemah dan kurang berwibawa; bukan kerana faktor Anwar.

Sekiranya Anwar mampu membawa Malaysia ke zaman yang lebih gemilang dan cemerlang, mengapa kenaikannya ke jawatan PM mesti dihalang?

Sal said...

Dato'

Keluarga mertua saya orang Permatang Pauh. Bapa dan mak mertua orang UMNO. Tetapi mereka tidak peraya Anwar diliwat. Dan kalau bercerita pasal Anwar mereka akan ingat bagaimana mesranya Anwar dengan orang PP, tak macam pemimpin lain. Saya amat berterima kasih kepada jentera pilihanraya BN kerana menggunakan isu liwat untuk pilihanraya PP. Dulu Pak mertua saya sokong BN sebab kata dia, BN saja yang boleh selamatkan negara, la ni nak sokong Anwar sebab meluat dgn isu liwat.

Unknown said...

Keputusan ini merupakan penentu hidup ANWAR dan karier politiknya. Kemungkinan untuk ANWAR memenangi pilihanraya kerusi di Permatang Pauh ini adalah agak besar, kerana permatang Pauh merupaka Kubu kuat PKR.

Namun begitu ANWAR bijak menarik minat penyokong-penyokongnya dengan meniup sentimen kes peribadi sodominya dan juga isu kenaikan herga minyak yang sememangnya menjadi perhatian buat semua rakyat jelata. Walau bagaimanapun pada masa kini, beliau nampaknya sudah kebuntuan akal untuk menyerang pihak kerajaan memandangkan kenyataan sumpah yang dibuat oleh Saiful telah memberikan impak yang besar buat diri beliau dan juga pengaruh beliau di kalangan penyokong-penyokong beliau.

Unknown said...

Di sini lah manusia akhir zaman keliru yang mana hak dan batil. Ujian dari Allah Taala untuk kita semua sebelum dajjal yang yang sebenar keluar untuk menyesatkan Manusia. Dajjal merupakan mahluk yang akan menyeru ke arah yang batil sedangkan semua manusia dibutakan hati untuk menerima yang hak. Ini baru Dajjal kecil yang datang untuk menguji keimanan manusia. Agama dipolitikan oleh ulamak yang berkepentingan pada pihak tertentu. Di mana Ulamak yang ikhlas yang tidak perpaksikan politik? Azab dan Bala Allah lagi hebat jika kita tidak mencari kebenaran untuk orang teraniaya. Siapa aniaya siapa?

Hoi-Hoi-Ya-Hoi said...

Datuk.

Saya rasa membazir saja masa dan wang rakyat diadakan PRK PP. Suatu penyalahgunaan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kita mempunyai masaalah. Itu sesuatu yang pasti nampak nya. Saya rasa, kita lupakan saja Anwar, Kita lupakan saja Abdullah, kita lupakan saja Najib. Kita lupakan TG Hadi. Semua mereka gagal menyatupadukan umat melayu dan menjahanamkan kesatuan Malaysia.

Apa yang terbaik kita cari lah pemimpin umat melayu yang lebih baik dan dapat menyatupadukan mereka-mereka yang gila kuasa tetapi korup serta busuk akhlak mereka.

Semakin hari, semakin jelek melihat serta mendengar komen-komen mereka bertiga tadi.

Itu saja pandangan saya.

peon pencen said...

sdr peace,

jika anda fikir kenyataan Saiful memberi impak yg besar terhadap DSAI, anda tersilap.

Manusia yg berfikiran waras dan beriman tidak akan mudah terpedaya dgn cara Saiful bersumpah.

Sejarah UMNO telah banyak menunjulkan keberanian UMNO membuat sesuatu yg bertentangan.

Satu contoh sudah cukup: "kes Dato Taha". ada berpuluh kes lagi.....

Kepada orang2 mcm anda memang pecaya 100% terhadap sumpah Saiful.

'Pegang Quran tangan kiri. Orang Kristian pun di haram kan pegang Bible dgn tangan kiri.'

'Meletak kan Quran pada aras lutut, mengapa tidak di junjung.'

'Sebut kenyataan di liwat tidak sama dgn tuduhan yg di buat di mahkamah.'- satu dgn suka sama suka, satu di paksa - yg mana betul?

'menyebut tarikh pun ter gagap2 - dua tarikh yg berlainan telah di sebut.'- yg mana betul?

Manusia seperti saiful ini hanya manusia yg lemah daya berfikir dan tipis Iman sahaja yg akan percaya.

Unknown said...

Asal usul Kontrak Sosial.

Masa sebelum Negara kita merdeka dulu memang ramai pekerja-pekerja kontrak dari Negara China dan India datang ke Malaysia yang di bawa oleh kerajaan British untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah di Negara ini. Tetapi masa tu mereka tidaklah dipanggil sebagai pekerja kontrak.

Memang sifat orang Melayu dari dulu lebih selesa menjadi ‘tuan’ mereka tidak berapa suka kerja sebagai buruh kontrak ni. Mungkin juga kerajaan British ketika itu bayar upah yang murah maka orang Melayu tak suka kerja seperti itu.

Sama jugalah seperti masa sekarang ini, kerja-kerja pembinaan yang memerlukan tenaga tulang empat kerat, kerja-kerja yang bergaji murah seperti pelayan-pelayan kedai, membersih bangunan atau pejabat tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Oleh itu kerja-kerja seperti ini telah diambil alih oleh pendatang-pendatang dari luar seperti dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Akhirnya ramailah pekerja-pekerja asing ini memenuhi Negara kita.

Mereka ini datang dengan niat untuk bekerja bagi mendapatkan wang untuk dihantar balik bagi keperluan keluarga mereka yang ditinggalkan di kampung. Mereka yang datang bekerja ini juga tidak pernah memikirkan untuk terus tinggal menetap di Malaysia.

Kehidupan mereka di sini sungguh ringkas sekali. Mereka makan sekadar yang boleh mengenyangkan, pakaian pun jarang berganti baru, tinggal di rumah kongsi, lebih baik sikit mungkin ada majikan yang menyewakan rumah untuk dikongsi beramai-ramai dan jauh sekalilah untuk membeli perabut-perabut mahal dan harta kekal kerana susah untuk dibawa balik ke Negara asal mereka nanti.

Kecintaan mereka kepada Negara ini memang boleh dikatakan tidak ada, hati dan perasaan mereka hanyalah kepada Negara asal mereka sahaja.

Kita sebagai warganegara dan rakyat tempatan tidak begitu selesa dengan kehadiran pendatang-pendatang asing ini. Resam dan budaya mereka jauh berbeza dengan kita. Sudah tentu kita tidak mahu kalau pekerja-pekerja asing ini diberikan taraf warganegara. Kita masih curiga dengan kesetiaan dan kecintaan mereka terhadap Negara ini.

Suasana beginilah yang berlaku semasa menjelang Negara kita mencapai kemerdekaan dahulu. Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk tempatan Malaya ketika itu sangsi dengan kesetiaan dan kecintaan orang-orang Cina dan India terhadap Negara ini yang kehadiran mereka sebelum itu hanya dianggap sebagai pekerja asing yang mencari wang di sini.

Kebanyakan pekerja-pekerja Cina dan India ketika itu memang lahir di Negara asal mereka, mereka datang ke Malaya untuk bekerja bagi mendapatkan wang. Oleh itu memang tak dapat dinafikan kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Negara asal itu masih tebal, Malaya hanyalah tempat mereka mencari makan sahaja.

Tidak hairanlah kalau semasa penjajahan Jepun tahun 1941, ramai orang-orang Cina di Malaya dibunuh oleh Jepun kerana orang-orang Cina di Malaya ini juga dianggap sebagai warga Negara China. Di waktu itu Jepun juga berperang dengan Negara China.

Apabila British menawarkan Merdeka kepada Malaya, British telah meletakkan syarat supaya orang-orang asing yang mereka bawa ke Malaya iaitu orang-orang Cina dan orang-orang India hendaklah diterima sebagai warganegara seperti orang Melayu, tentulah syarat yang dikenakan British ini amat berat untuk diterima oleh penduduk tempatan atau orang Melayu ketika itu.

Samalah beratnya seperti kita hendak menerima pekerja-pekerja asing dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar sekarang ini untuk menjadi warganegara Malaysia.

Memang ada sebab untuk orang tempatan berasa bimbang kalau pendatang atau pekerja asing ini diberikan taraf warganegara, kerana khuwatir orang asing ini akan merampas hak-hak dan keistimewaan yang mereka miliki sebagai rakyat tempatan.

Maka dari situlah lahirnya apa yang dinamakan ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin dari tiga kaum terbesar ini iaitu Melayu, China dan India bagi mencari jalan tengah bagi mengatasi masalah tersebut.

Mengikut yang punya cerita, dari ‘kontrak sosial’ inilah lahirnya ‘ketuanan’ dan ‘keistimewaan’ orang-orang Melayu yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin kaum tadi.

Kini kita telahpun 50 tahun merdeka, hampir semua orang Cina dan orang India yang menjadi warganegara Malaysia hari ini adalah lahir di bumi Malaysia ini. Kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Malaysia memang tidak boleh disangsikan. Di sinilah tempat mereka dilahirkan dan disini jugalah tempat mereka mahu dikebumikan.

Oleh itu ‘kontrak sosial’ yang pernah dipersetujui untuk suasana di masa yang lalu itu memang tidak relevan lagi. Kita tidak kira kaum seharusnya mempunyai hak yang sama, tidak ada siapa harus menjadi ‘tuan’ dan tidak ada siapa juga yang harus menjadi ‘hamba’. Kita bukan lagi berdepan dengan pekerja asing dari China dan dari India seperti sebelum merdeka dulu, tetapi sekarang kita berdepan dengan orang Cina dan India yang lahir di bumi ini.

Kalau etnik Jawa, Minang, Banjar, Bugis telah boleh diterima setaraf warganegara Melayu lainnya, maka tidak ada sebab etnik Cina dan India tidak boleh mendapat taraf yang sama.

Mungkin perbezaan adat dan agama menyebabkan kita sukar untuk bergaul antara satu sama lain, tetapi ini bukanlah sebab untuk kita membeza-bezakan hak-hak mereka melalui ‘kontrak sosial’ yang dikenakan kepada mereka tanpa mereka mengetahui justifikasi disebalik kewujudan ‘kontrak sosial’ itu.

slyderrose said...

Berfikir secara rasional dan jujur. Di antara tiga pemimpin melayu ini, pak lah, najib dan anwar siapakah yg agaknya mampu memacu negara dengan gemilang. pak lah dah 5 tahun ada apa perubahan? najib belum teruji dan begitu juga anwar. Tapi anwar ada kelebihan. He is well known internationally and many friends over the world. Beliau memang pernah merasa perit di ISA masa zaman univ dan terpenjara. Biasa merasa susah dan getir. Dan of course beliau adalah pejuang dan berani membuat keputusan yg penting demi mengejar cita2 beliau. To me he is true leader. We want leader who has many ideas not passenger or yes man.

Berita dari gunung said...

Dari sudut tertentu, pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 mirip kepada pilihanraya kecil Johor Baru tahun 1988.

Pertama... Kedua-duanya mengajak rakyat turun semula mengundi kerana kerusi dikosongkan dengan sengaja.

Kedua.... 1988 menguji kepimpinan Tun Mahathir selepas kemelut kemenangan nipis Team A. Manakala 2008 menguji kepimpinan Abdullah selepas merosotnya kerusi BN dalam PRU12.

Ketiga.... Shahrir berpegang kepada beberapa prinsip dengan kedegilannya, Anwar pula menuntut keadilan.

Tetapi yang membezakan kedua-duanya ialah Shahrir bukanlah Prime Minister material, sedangkan awal-awal lagi Anwar mencanang akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi. Juga tidak ada personal attack yang jelas terhadap Shahrir, tetapi kali ini Anwar diasak bertubi-tubi.

Namun pemimpin mengelak dari mengaitkan kes sodomy sebagai politikal. Terakhir, Syed Hamid juga menolak pembentangan Bill DNA di Dewan Rakyat hari ini sebagai bermotif politik.

Yang sangat ketara bezanya ialah Anwar tidak memilih untuk menggasak Abdullah dan kepimpinannya secara terang. Dari awal lagi Najib sering jadi sasaran beliau. Sedangkan Shahrir telah menggelar Tun Mahathir dengan pelbagai gelaran dalam siri kempennya.

Pada pandangan saya, Anwar adalah seorang ahli politik yang handal dan mampu memukau rakyat dengan isu-isu berteraskan simpati dan publisiti. Tetapi itu bukanlah kriteria utama meluluskan beliau jadi Perdana Menteri yang baik. Rekod yang ada sangat mengecewakan, kalau kita sudi melihat Anwar diluar dari kerangka "publisiti dan simpati".

Saya masih memilih kemampuan dan kebijaksanaan memelihara kepentingan rakyat dan negara sebagai ciri utama pemimpin hebat. Kalau tidak apa guna ada Perdana Menteri?

Pada tahun 1988, Shahrir menang dengan selesa, tetapi saya tidak berani meramal apa keputusan pada malam 26 Ogos ini, kerana jika Anwar menang kesan kepada Malaysia dan rakyat adalah lama dan mendalam. Ramai perlu sedia sedih dalam tawa.

bat8 said...

dato Ron

Melihat kepada cara kempen UMNO di PP dan kat TV, saya rasa DSAI akan menang dengan majoriti yang lebih besar.

Dari media arus perdana dan media elektronik- asas kempen UMNo dalam PRK PP ini adalah untuk create fear di kalangan pengundi agar tidak kelaur menggundi sebab Pakatan digambarkan sebagai ganas atau agar pengundi-pengundi akan memangkah UMNO kerana benci kepada Pakatan yang kelihatan ganas.

Ini tektik danpemikiran lama UMNO dato. Zaman dah berubah, pemikiran rakyat juga telah berubah tetapi mentaliti UMNO tetap tak berubah. Baik yang muda atau yang tua.

Tektik untuk menaikkan tahap fear dikalangan pengundi oleh UMNO akan backfire kerana faktor batang tubuh DSAI. Kalau calon selain DSAI mungkin boleh jalan.

Apatah lagi jika dibawa isu liwat 2 ini. Tunjang dan akar umbi DSAI dan keluarga begitu kuat di PP samada pada golongan tua dan muda.

penyumbang, nur telah illustrate mentaliti golongan tua kat PP. Pak dan mak mertuanya orang UMNO pekat tapi tidak percaya dengan tuduhan liwat keatas DSAI.

Satu lagi fakta unik tentang UMNO PP yang akan memenangkan DSAI dengan majoriti besar. UMNO PP memang bahagian yang sentiasa sengit bila berlaku pertandingan merebut jawatan ketua bahagian atau menjadi calon. Sengit tak sengit- pihak yang kalah atau tak terpilih akan sabotage pihak yang menang.

Kini, ketua bahagian dan bekas ketua bahagian tak terpilih jadi calon. Now ade dua group yang akan sabotage undi UMNO. Walaupun ada cakap-cakap yang UMNO bagi RM 1 juta kepada ketua bahagian agar tak sabotage, ini belum menjamin apa-apa.

jadi dato, pada pendapat saya, selain dari faktor kekuatan DSAI sendiri di PP, cara kempen dan sabotage oleh pihak-pihak tertentu akan memenangkan DSAI dengan majoriti yang lebih besar.

bat8

----------------------------

Kepada sahabat ku Ketam

Sudahlah dok jaja pasal ramai orang tak percaya dengan sumpah muhabalah saiful tu kat merata blog politik yang ada dalam internet ni....buat malu kita orang melayu je!

sdra peon pencen dah bagi jawapan yang terang dan jelas kat atas ( sila scroll).

daLyaanoon said...

tahniah Datuk...
pertimbangan yang bernas..

sedangkan MP Lenggong masih mahu pertahankan penguasa UMNO..

Unggal said...

Salam Datuk..
Good luck to Anwar - Arif? no contest. From what I hear, Permatang Pauh voters will go for Anwar - sebab dia anak PPauh...!!tentunya mereka mahu Anwar menang dan munkin jadi PM...!!!
If only orang Johor (kubu kuat UMNO) sokong Muhyidin ...!! may be than UMNO boleh dimertabatkan kembali..!!!
Hm...may be you can highlight me... What actually did PakLah promise W Azizah when Anwar seeked safety in Turkish Embassy ... if PakLah guarantees Anwar's safety ...then he must be the chief mafia ..!! or may be Najib has no chance..!!

KHAIRUL said...

tahniah Datuk Ron..cma masa tak cukup.sya tgk samsul anuar nasarah 2 pun kaki belit juga la.ckp soal ahli umno n komponen ramai n boleh menang kat sane.tp yg membuat saya tertanya-tanya mna perginya mereka masa penamaan calon tempoh hari.malu dgn kehadiran kita.selama nie kita je yg ramai.samsul 2 adalah salah satu golongan pembodek.cakap soal akar umbi kononnya.masing2 ada kepentingan sendiri.harap Datuk teruskan perjuangan yg belum selesai ini.
//suaraperubahan.blogspot.com/

Syahir said...

A'kum Dato' Ron. Saya berkesempatan menonton siaran itu tadi. Ternyata hujah Dato' Ron amat bernas dan wakil Barisan Nasional itu sentiasa memutarbelitkan keadaan semasa. Amat parah melihat UMNO ada pemimpin saperti ini yang dicocok hidung...

Saya rasakan memang benar ada ugutan di banyak cawangan..ada juga politik wang berlaku di mana mereka akan disuap dengan wang ringgit..

Ironman said...

Hi

MELAYU Umno
MELAYU PKR
MELAYU Pas
MELAYU Ultra
Melayu apa lagi haa

Siapa nak bela anak2 dan cucu2 tuan2?

Pas,PKR,Umno? siapa?

Seperti kata LKY, semua team division 2 atau 3, tak ada team division 1, apa macam mau maju?

VACANCY: Required a Bumi to become PM. Must NOT be (1)'left, right, centre left or centre right'
(2) a sleepy head
(3) flippy floppy
(4) fighting for 'HIM ONLY'
......if I continue, will we ever see a candidate!

Melayu di Siamamir

Quantum Metal Consultant said...

Pilihanraya PP sebeanrnya sudah jauh dari matlamat asal pilihanraya sebenar iaitu memilih seorang calon yang berwibawa untuk membangunkan kawasan dalam ertikata mengambilberat dan menjaga hal ehwal penduduk di kawasan tersebut samada mengundinya ataupun tidak.

Pilihanraya PP sudah jadi medan perang untuk lebih mengejar cita cita peribadi ke matlamat 'menang' untuk menutup segala bentuk dosa.

Pengundi PP disajikan dengan pelbagai menu dan akhirnya mungkin ada yang muntah apabila terlalu kenyang dengan sogokkan. Walaupun musim durian sudah hampir ke penghujung di Malaysia tetapi 'durian runtuh' di PP baru saja bermula, terlalu sukar untuk ditolak.

Mereka cuba menghalalkan cara. Siapa memang bukan lagi menarik, kerana sudah ramai tukang ramalan, tetapi berapa banyak kesan yang ditinggalkan untuk rakyat Malaysia dalam merencanakan masa depan negara yang harus kita beri perhatian.

Yang menang bukan bererti menang semua, yang kalah bukan bererti kalah segalanya, yang memang belum tentu benar dan betul, yang kalah belum tentu salah.

Rakyat masih keliru mencari kilau antara kaca dan permata.