Tuesday, September 11, 2007

Suwandi Selamat Menjalani Pembedahan

Suwandi Abdul Ghani - mangsa tembakan peluru hidup di Batu Buruk, Kuala Trengganu, Sabtu lalu – diberitakan telah selamat menjalani pembedahan di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.

Sumber-sumber yang boleh dipercayai memberitahu blog ini jam 3.00 pagi, Selasa, 11 September 2007, bahawa khabar angin yang mengatakan Suwandi yang terkena tembakan di bahagian dada telah meninggal dunia adalah tidak benar.

Seorang lagi mangsa, Muhamad Azman, yang terkena tembakan di leher masih dirawat di Hsopital Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pihak polis tidak perlu lagi menyiasat kes tersebut secara adil, teliti dan terperinci. Lebih-lebih lagi bila penembak terbabit disyakki oleh banyak pihak sebagai bertindak kononnya atas arahan sesuatu pihak yang mungkin berniat menangguk di air keruh.

Sementara itu, pihak yang mendesak supaya diwujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kes berkenaan, wajar juga memikirkan sama ada perlu ditubuhkan satu NGO untuk menganjurkan kutipan tanda tangan dari kalangan rakyat jelata Malaysia bagi mendesak supaya pasukan keselamatan negara - PDRM dan ATM – diletakkan di bawah tanggungjawab SPB Yang DiPertuan Agong.

Berhubung kait dengan hal ini, pihak yang sama wajarlah terlebih dulu mengkaji beberapa peruntukan dalam perlembagaan negara untuk memperkuatkan lagi hujjah-hujjah mereka.

Pihak-pihak yang mengutarakan supaya PDRM dan ATM diletakkan di bawah kuasa Agong yakin cara ini akan mengelakkan pasukan keselamatan negara daripada pengaruh politik partisan.

Dengan cara ini juga, hujjah mereka, keselamatan dan kedaulatan negara dapat dipertahankan sepenuhnya, sementara kesejahteraan rakyat jelata pula diberikan pembelaan secara saksama. – Ruhanie Ahmad

12 comments:

Dr. Hamizi said...

datuk...

saya bukanlah penyokong pembangkang... cuma agak terkilan dengan double standard yang digunakan polis (kerajaan) terhadap manusia dan babi...

nampaknya menjadi babi lebih dihargai nyawanya berbanding menjadi manusia...

perkara sebegini jika tidak ditangani dengan bijak, akan menjadi isu besar...

p/s: patutlah beberapa hari ini terdapat merata pemeriksaan polis @ road block di jalan klang lama (area rumah saya)... mungkin kerajaan dah terfikir yang bukan-bukan...

kudakepang said...

Hamizi, elok juga kalau kita ikuti dulu hal di terengganu ni. Ikut maklumat yang saya terima ada dalang di sebalik kes ni. entah ya entah tidak kawan kurang periksa. Tapi, yang tembak tak pakai uniform.

Salam takzim

Unknown said...

Pada pendapat saya, elok juga adakan NGO kutip tandatangan minta Agong tanggungjawab pasal pasukan keselamatan kita. Hal ni kena gerak segera. Kalau tak, nanti masuk angin keluar asap. BERSIH patut fikirkan hal ni...

kudakepang said...

Putera Bentan, terima kasih.

Terserahlah kepada pihak-pihak yang prihatin dan berminat.Rasanya tak salah kalau ada pihak nak menyumbangkan usaha untuk kepentingan, keselamatan dan kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat jelata. Syaratnya, usaha itu mesti dijalankan secara berhemah, bijaksana dan penuh diplomasi. Selamat maju jaya.

Salam takzim.

Unknown said...

Asalamualaikum Datuk. Kerajaan tak patut anggap apa yang terjadi di Terengganu perkara kecil. Kemarahan rakyat makin meluap dan merebak.

Saya bimbang kalau permainan provokasi seperti yang terjadi di Terengganu berlaku di tempat lain juga, alamat kelam kabut kita dibuatnya.

Tak lama lagi kita puasa dan raya. Harga barang dikatakan dah mula naik. Mana tau satu hari nanti ada pihak api-apikan rakyat sampai berentap dengan peniaga pasar. Haru biru nanti jadinya.

Saya cadangkan pihak kerajaan kaji hal provokasi ni secara serius. Sapa dia orang? Sapa upah dia orang? Apa niat dia orang? Adakah dia orang tu orang luar? Adakah dia orang kongsi gelap Singapura? Ada tak kaitan dia orang dengan orang-orang besar dan yang ada kuasa?

Kita kena cemburu. Kita kena waspada. Hari ini, kisah anai-anai Singapura dah mula serang kita banyak dibualkan di mana-mana .. Jangan kita dok leka. Jangan kita dok syok sendiri. PM pun jangan dok diam tak buat kenyataan..

kudakepang said...

Nakhoda, salam perkenalan dari saya dan terima kasih.

Saya pun seperti anda. Saya rasa pihak berkuasa kenalah serius, tegas dan telus dalam kes di Terengganu baru-baru ini.

Siasatan kenalah menyeluruh. Pihak yang dikatakan buat provokasi kenalah didedahkan, tak kiralah siapa mereka.

Pokoknya, kes macam ini jangan dibiarkan merangsang pihak-pihak yang berniat serong ambil kesempatan di lain-lain tempat di negara kita yang aman damai ini.

Soal PM tak buat kenyataan, saya yakin beliau akan buat bila sudah dapat maklumat terperinci. PM perlu buat kenyataan berasaskan maklumat yang secukupnya.

Salam takzim.

Unknown said...

Datuk,
Saya percaya apa yang terjadi adalah diluar jangkaan pihak polis dan semua yang terlibat. Saya juga bersetuju dengan pandangan datuk berhubung dengan "bom jangka".

Kejadian tersebut memberi sedikit kekuatan dan pertolongan kepada pihak yang selama ini berusaha mempertahankan hak dan kebenaran daripada pihak yang mengenggam kuasa dengan cara yang tidak menyenangkan.

Saya percaya dengan meningkatnya tekanan dan desakkan yang diterima rakyat akan melahirkan satu gelombang kesedaran dan semangat untuk membela nasib kita semua.

Hitam takkan jadi putih dan kejahatan tidak akan dapat bersatu dengan kebaikkan.

Biarlah kerajaan memikirkan hal ini. Mereka tidak akan selamanya dapat menyembunyikan kelemahan dan kepincangannya sekiranya apa yang mereka ucapkan tidak selari dengan apa yang terkandung di hati.

Cepat atau lambat bergantung kepada sunnahtullah...ayuh Hijrahkan minda bangsa melayu!!

kudakepang said...

Terima kasih Saudara Azlan.

Pandangan anda logik. Saya cuma bimbangkan soal keselamatan kita secara umumnya. Kelihatannya hari ini wujud elemen-elemen tertentu yang seolah-olah sedang ambil kesempatan daripada kelemahan kita.

Elemen-elemen ini seakan-akan bergerak menggunakan doktrin perang sun-tze. Mereka bergerak secara halus dan penuh misteri. Susunan strategi mereka berlapis-lapis sehingga kita terpaksa seperti mengupas bawang untuk mengetahui siapakah mereka sebenarnya. Elemen-elemen ini juga seolah-olah bergerak menggunakan proksi yang legitimate dan halal di sisi undang-undang.

Memanglah akhirnya kebenaran akan menjelma. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang sudi dan sanggup menegakkan kebenaran? Bagaimanakah kalau penjunjung dan penegak kebenaran itu pula dicap sebagai pengkhianat? Dan, bagaimanakah pula bila sipengkhianat itu pula yang mendakwa sebagai penjunjung obor kebenaran?

Ini dilemma Melayu semasa. Dilemma ini wujud bila majoriti kita rasa kita amat selesa dan selamat. Kita lupa bahawa datuk nenek kita dulu berjuang mati-matian kerana kita mahu selamat dan kuat. Hari ini ada antara kita tidak lagi sanggup berjuang menjunjung kebenaran kerana kita ada persepsi yang kita sudah selamat. Mereka lupa kalau kita dah selamat, adakah kita kuat?

Sama-samalah kita renung, fikir dan insafi hakikat ini. Dan, sama-samalah kita menyumbang ke arah pembaharuan sumpah dan tekad kita membetulkan kepincangan di sekeliling kita. Buatlah apa yang terdaya dengan komitmen kepada Allah, agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Salam takzim dan selamat menjalani ibadah puasa.

Anonymous said...

Betul ty Mizi. Nampaknya babi lebih diselamatkan dari islam yang syumul. Pihak berkuasa lebih rela melihat darah orang melayu mengalir dari darah babi atau bangsa x. MasyaAllah!!! mengapa perkara begini boleh terjadi? Mana perginya pejuang bangsa yang sayangkan bangsa melayu? Apa nak jadi Datuk. Yang pasti datuk, BN semakin sukar berkuasa di Trengganu. Kita lihat nanti!

Anonymous said...

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku !Daulat Tuanku. Allah Selamatkan Islam dan penganut nya. Amin

kudakepang said...

Saudara Haji:

Komen anda merupakan cetusan sentimen Melayu/Islam yang kini agak menyeluruh. Saya harap semoga pihak berkuasa sensitif terhadap kesan perebakan sentimen seperti ini kepada perpaduan dan ketahanan nasional.

Salam takzim dan selamat menjalani ibadah puasa.

daddyjoe said...

Nampaknya dalang2 dah berjaya melagakan melayu2 yang penuh bersemangat berperang sesama sendiri...pikir2 lah