Friday, September 28, 2007

Tabung Haji Jual Saham LKT Bhd
Kepada Syarikat Temasek-Linked?

Ini berita terbaru mengenai aktiviti korporat Malaysia-Singapura yang wajar kita ketahui. Tabung Haji menjual sahamnya dalam LKT Industrial Bhd di Pulau Pinang kepada sebuah syarikat Temasek-linked di Singapura.

Tabung Haji - pelabur kedua terbesar - mempunyai 19.52 peratus saham dalam LKT Industrial Bhd. Pelabur utama syarikat tersebut - dengan 23.54 peratus saham - adalah Datuk Loh Khee Lian.

Temasek Holdings (Pte) Ltd yang memiliki banyak syarikat dalam pelbagai bidang adalah sayap pelaburan milik kerajaan Singapura. Ini bermakna bahawa Tabung Haji, walaupun dengan secara tidak langsung, telah menjual sahamnya dalam LKT Industrial Bhd kepada kerajaan Singapura.

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses
www.puteramalaysia.blogspot.com

4 comments:

Unknown said...

Pemerintahan Dollah wajar mendapat pengiktirafan dan direkodkan dalam Guiness Book of Record kerana akan membelanjakan RM500 billion untuk projek koridor nya dlm tempuh 4 tahun menjadi PM. Tahniah Lah!!

kudakepang said...

Tuan Haji.

Ini suara sinis ke suara hati yang ikhlas.

Terima kasih dan salam takzim

Unknown said...

Hal ini pun bikin kita rasa pelik. Sekarang ni Temasek menonjol betul nama dia kat Malaysia. Sapa proksi dia?

kudakepang said...

Cyber:

Akibat Temasek Thaksin ditumbangkan menerusi coup de'tat. Malaysia tak mungkin sampai begitu. Tapi, kemarahan rakyat sapa dapat bendung? Fikirkanlah..

Terima kasih dan salam takzim dari saya.