Bom Jangka Dah Mula Meledak?
Pada Khamis, 6 Septembar 2007, saya membuat satu posting dengan satu persoalan: Benarkah Kita Sedang Duduk Di Atas Sebutir “Bom Jangka”?
Posting itu telah menerima pelbagai reaksi. Ada yang berasa insaf. Dan, tidak kurang juga yang bersikap sinis sehingga berkata kononnya saya cuba menggunakan posting itu untuk memprovokasi situasi keselamatan negara.
Kini apa yang dah terjadi? Apa yang dah terjadi di Batu Buruk, Kuala Terengganu? Kenapakah sehingga polis perlu gunakan peluru hidup untuk meleraikan suatu perhimpunan yang didakwa tidak mempunyai permit? Di manakah letaknya kebijaksanaan dan di manakah nilainya kewarasan dalam konteks ini?
Apa yang berlaku di Kuala Terengganu adalah di luar kemampuan sesiapa untuk menganlisisnya secara menyeluruh. Lebih-lbih lagi bila maklumat mengenai keadaan sebenarnya sudah mula dimanipulasikan. Lebih-lebih lagi bila media alternatif sahaja yang kelihatannya jadi lidah kebenaran untuk rakyat jelata.
Dan, mulai hari ini, kejadian di Kuala Terengganu itu sudah mula diberikan satu perspektif baru hanya menerusi satu persoalan yang penuh emosi dan mempunyai racial undertone yang amat berbahaya.
Persoalannya adalah: kenapakah pihak keselamatan boleh berlembut dan bersabar dengan apa yang berlaku di sebuah ladang babi di Melaka baru-baru ini, tetapi seolah-olah tidak menghargai nyawa rakyat jelata bila berhadapan dengan apa yang tercetus di Batu Buruk?
Bacalah sendiri seluruh link di bawah ini dan buatlah kesimpulan peribadi terhadap apakah kemungkinan yang akan menyusul selepas ini. Dan, mungkinkah tidak lama lagi kita akan dilanda “bom jangka” yang lebih parah dan berbahaya ledakannya?
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9660&Itemid=85
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9655&Itemid=28
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9652&Itemid=28
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9647&Itemid=28
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=8016
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284137

Link tambahan:
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1071&Itemid=49
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1077&Itemid=49
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1073&Itemid=49
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1072&Itemid=49
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1070&Itemid=49
Akhir kata, salahkah kalau saya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya insaf bahawa keselamatan negara bukan hanya membabitkan soal harta benda serta penderitaan dan kelaparan rakyat jelata, bila keselamatan juga amat penting untuk mempastikan kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan negara?
Dan, salahkah bila saya berkata bahawa pihak berkuasa mesti prihatin terhadap keselamatan negara dalam konteks yang seluas-luasnya, meliputi kesan, impak dan implikasinya kepada soal perpaduan dan ketahanan nasional serta kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan tanahair? – Ruhanie Ahmad

9 comments:
Akum Dato.. Ini bukan BOM JANGKA tetapi sudah di JANGKA pasti berlaku. Kita lihat kesudahan epsiod sebenar sebelum PRU 12.
Anai2 sudah banyak buat sarang kerana pemilik tanah tidak tahu musnahkan. Mungkin pemilik tanah mempunyai beruang hitam jadian. Faham saja Dato.. makanan beruang anai2.
Selama ini belum pernah ramalan kawan meleset, semuanya berlaku. Sama2 kita lihat sebutan 'MERDEKA" dari anak2 M'sia di PRU 12 nanti apabila mereka 'MERDEKAKAN" Malaysia dari cengkaman Beruang Hitam jadian. Kawan dan rakan2 Harimau Malay.
Salam dari seberang.
Saudara Pemerhati.
Kawan ucapkan terima kasih atas maklum balas ini. Kawan juga minta jutaan maaf kerana ter publishd info yang terdulu.
Kawan pun rasa macam ada yang tak kena dengan suasana pada hari ini. Kawan dapat tau, ada kalanya pihak-pihak yang prihatin terhadap keselamatan secara ikhlas memberitahu pihak berkuasa. Tapi, tindakan mereka cuma disifatkan seolah-olah seperti "anjing menyalak bukit sahaja."
Perkembangan seperti ini pastinya buat manusia seperti kita jadi seram sejuk dan ada kalanya marah-marah juga. Apa nak jadi dengan kita semua?
Menjelang hari baik bulan baik tak lama lagi, elok juga rasa kawan, kalau lemang-lemang yang ada tu mula dikirimkan kepada sahabat handai yang layak menerima supaya juadah itu dapat dinikmatinya dengan sepenuh selera. Nak tunggu raya, kawan takut ada yang kempunan dan hilang selera untuk menjamah kenikmatannya.
Salam sejahtera, selamat berjuang dan selamat berkembara.
Saya turut cemas bila baca posting Datuk. Saya bimbang akan ada pergaduhan Melayu lawan Melayu dan puak Islam lawan bukan Islam.
Kerajaan kita patut bijaksana dalam hal-hal macam ni. Pasukan polis kita pula kena dibetulkan. Jangan pasal ada masalah dalaman maka seluruh integriti polis dikorbankan.
Mudah-mudahan SPB Yang Di-Pertuan Agong juga akan bertindak membetulkan keadaan. Daulat Tuanku!!!!!
Limado
Terima kasih. Tapi, kita serahkanlah kebimbangan itu kepada pihak berkuasa. Kita hanya rakyat biasa dan tak boleh bertindak apa-apa.
Macam mana pun, saya juga sependapat dengan anda bahawa Agong perlu buat sesuatu untuk menyelamatkan negara kita dari kehancuran.
Selamat maju jaya dan salam takzim.
Peristiwa di Kuala Terengganu boleh mencetuskan bantahan rakyat terhadap PDRM dan kerajaan. Ada maklumat mengatakan tembakan peluru hidup itu bukan oleh FRU atau polis beruniform. Tapi oleh seorang yang disyakki sebagai polis yang berpakaian preman.
Kenapakah jadi begitu? Adakah dia betul-betul polis atau seseorang yang menyamar dan berperanan buat provokasi kerana dia diupah oleh sesuatu kelompok tertentu?
Saya dengar salah seorang mangsa tembakan tu dah meninggal dunia. Betulkah begitu? Kalau betul, teruk pihak polis dan kerajaan nak buat damage control. Implikasinya juga serius buat semua pihak....
Mungkin tak orang yang lepaskan tembakan peluru hidup tu orang upahan singapura? Saya tanya hal ni pasal hari ni banyak orang kata yang negara tu memang nak kucar kacirkan kita semua. Betul tak?
Datuk. Saya khuatir apa yang terjadi di Terengganu merebak ke negeri lain. Kalau macam ni, susah Malaysia.
PM merangkap Menteri Dalam Negeri kenapa tak buat kenyataan? Timbalan dia buat kenyataan bikin lebih ramai orang marahkan kerajaan.
PM kena serius. Lebih-lebih lagi bila hal tu berlaku di Terengganu, satu daripada negeri majoriti Melayu.
Cyber dan Putera Bentan, terima kasih.
Cyber: Saya pun ada terbaca posting seorang blogger bahawa yang lepaskan tembakan peluru hidup tu tidak pakai uniform. Lebih daripada itu, saya kurang periksa. Sama ada orang tu upahan negara tertentu lagi saya kurang periksa. Smuanya terserah kepada pihak berkuasa menyiasatnya secara rapi.
Soal sama ada salah seorang mangsa tembakan itu sudah menginggal dunia pun saya kurang periksa. Kalau apa yang anda dengar tu betul, kita kenalah tunggu berita rasmi mengenainya.
Politica: Soalan anda pun tidak mampu saya jawab. Saya harap pihak berkuasa akan menjawabnya secara ikhlas. Kalau tidak, nanti kabar-kabar angin ni merebak luas dan susah nak dikawal.
Salam takzim dan selamat menjalankan ibadat puasa.
Politica, terima kasih.
Kekhuatiran anda saya yakin dikongsi oleh ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin terhadap keselamatan negara tercinta ini. Tapi apa kita boleh buat?
Soal PM tak buat kenyataan mungkin kerana beliau sedang berada di luar negara. Sibuk.. Tapi, memang sewajarnya beliau buat kenyataan. Timbalan beliau dah buat semalam. Tapi, betullah macam anda kata, nampak gayanya memang banyak pihak panas dengan kenyataan serupa itu.
Macam saya katakan tadi, kita apa boleh buat? Kita baca, kita dengar, kita komen, itu saja. Lebih daripada itu adalah hak pihak berkuasa untuk bertindak.
Tapi dalam keadaan yang explosive macam di Trengganu tu, tak wajarlah buat komen yang lebih memanaskan suasana. Bagilah komen yang boleh meredakan perasaan dan hati rakyat jelata. Itu cuma pandangan saya saja...
Salam takzim dan selamat berpuasa.
Post a Comment