Friday, September 07, 2007

ATM Disaran Kemaskinikan
Strategi Tangkis Ancaman Luar

Saya poskan di bawah ini sedutan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengenai pentingnya ATM mewujudkan strategi menangkis ancaman luar.

Titah Baginda ini amat tepat dan sangat sesuai pada masanya. Terutama sekali bila Baginda menegaskan bahawa "ancaman kepada negara bukan sahaja datang dalam bentuk pencerobohan ketenteraan, malah ia boleh (tiba) dalam bentuk komunikasi, sosial dan kebudayaan."

Menurut Bernama, dengan mengambil beberapa contoh kehancuran beberapa buah negara yang terlalu bergantung dengan kuasa luar, Baginda juga menegaskan bahawa perkara itu perlu dijadikan pengajaran, agar rakyat tidak cuai dan lalai dalam memperjuangkan kadaulatan negara.

Titah Baginda sepenuhnya boleh diakses menerusi link di bawah ini:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=283324

Titah di atas membuktikan bahawa Baginda amat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat jelata dan kedaulatan negara. Ini juga membuktikan Baginda memahami sepenuhnyua situasi sebenar di sekeliling kita pada hari ini.

Moga-moga titah sedemikian membolehkan Malaysia diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman luar yang juga datang menerusi strategi ekonomi, perdagangan dan juga “underworld” atau kumpulan penjenayah. Daulat Tuanku! – Ruhanie Ahmad

No comments: