Monday, September 17, 2007

DAULAT TUANKU
Selamatkanlah Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Melawat Wisma Putra

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berangkat melawat Wisma Putra di sini kira-kira sejam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada kira-kira pukul 9.45 pagi di Wisma Putra diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin.

Ini merupakan lawatan pertama Seri Paduka ke Wisma Putra sejak memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-13. Seri Paduka berdua kemudian mendengar taklimat daripada Syed Hamid Albar.

-- BERNAMA

Komen:

Saya harap Syed Hamid memberikan taklimat yang sebenar-benarnya mengenai dasar luar negara mutakhir ini, dalam konteks senario global dan regional.

Adakah taklimat itu sekadar ceremonial atau merangkumi masalah-masalah kritikal di peringkat bilateral dengan sesetenah jiran tetangga kita seperti Singapura? Adakah soal Pulau Batu Putih yang mungkin akan jatuh ke tangan Singapura dihuraikan? Adakah soal ura-ura Amerika Syarikat mahu menguasi Seat Melaka ditaklimatkan? Adakah soal geopolitik di Asia Barat, Asia Tengah dan Asia Tenggara disuarakan? Adakah soal wujudnya sesetengah elemen regional yang mahu mengadu-dombakan Malaysia dengan Indonesia dibangkitkan? DAULAT TUANKU,,,,– Ruhanie Ahmad

5 comments:

putera bentan said...

Datuk ada hint pasal Pulau Batu Putih dalam posting ini. Mungkinkah kita akan kehilangan pulau tu kerana ICJ berikannya kepada Singapura?

Kuda Kepang said...

Putera Bentan, terima kasih.

ICJ sudah bersidang, keputusan belum diumumkan lagi. Saya cuma dengar desas-desus aje. Mintak-mintak ini tak betul.. Tapi, kalau betul, tergadailah satu lagi sebahagian daripada wilayah TANAH MELAYU..

Salam takzim.

nakhoda said...

Daulat Tuanku.

Patek harap TUANKU selamatkanlah negara ini dari kegilaan Lebagi Hadhari, Beruang Hitam, Kalimutu, Jin Perdana & Co.

Kami rakyat Melayu hari ni rasa macam dah jadi warganegara kelas ketiga di negara sendiri.

Daulat Tuanku!!!!!!

limado said...

Saya rasa dah sampai masa Agong gunakan kuasa yang diberikan oleh perlembagaan negara kepada Baginda. Ini dapat elakkan sebarang kemungkinan negatif yang boleh menjejaskan kita semua.

Daulat Tuanku......

Kuda Kepang said...

Nakhoda dan Limado, terima kasih.

Perasaan anda mungkin mewakili perasaan sebilangan orang Melayu/Islam Malaysia masa ini. Bagaimanapun, saya yakin SPBY di-Pertuan Agong pastinya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan tanpa usul periksa atau berasaskan desakan sentimen yang meluap-luap.

SPBY di-Pertuan Agong, kalau memilih untuk bertindak, memerlukan sokongan majoriti rakyat dan berasaskan fakta-fakta yang jitu.

Soal kemungkinan sesuatu yang negatif akan terjadi tidak dapat diketepikan secara mudah. Senario kekecewaan dan kemarahan sesetengah rakyat jelata amat jelas. Harga barang melambung. Kemarahan rakyat kepada polis akibat Batu Buruk meningkat, soal kedaulatan negara akibat WPI terus menerus jadi perbualan umum di Johor dan di merata negara.

Pada waktu yang sama, keleluasaan sesetengah individu yang dikatakan berada di sekeliling PM terus menghantui pemikiran rakyat marhaen.

Oleh itu, terserahlah kepada SPBY di-Pertuan Agong untuk membuat penilian sebijaksana yang mungkin sebelum bertindak. Kepada Allah Berserah. Daulat Tuanku.

Salam takzim.