Tun Mahathir Makin Pulih
Dan Sudah Boleh Berbual
KUALA LUMPUR, 6 September 2007: Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Selasa lalu, menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan, dan beliau kini boleh bernafas dengan sediri tanpa bantuan alat sokongan pernafasan.
IJN dalam satu kenyataan hari ini berkata sejak pukul 2.10 petang semalam, bekas Perdana Menteri itu sudah bernafas dengan sendiri tanpa alat sokongan pernafasan, dan beliau sedar sepenuhnya, peka, dan boleh berbual dengan anggota keluarganya.
"Beliau kini menjalani fisioterapi intensif bagi mengoptimakan fungsi pernafasannya.
"Mahathir juga ada melakukan senaman ringan bahagian tangan dan kakinya. Petunjuk penting berhubung kesihatannya kekal stabil.
"Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu akan tetap ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pengawasan berterusan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata Dr Mahathir sudah memulakan diet cecair sejak pagi ini, dan menambah bahawa selepas pemantauan rapi oleh para doktor dan juru rawat selama 48 jam, IJN berpuas hati dengan perkembangannya.
Bagaimanapun pelawatnya masih dihadkan kepada anggota keluarga yang terdekat sahaja.
Dipetik daripada Bernama

No comments:
Post a Comment