Saturday, September 15, 2007

DAULAT TUANKU
Selamatkanlah Malaysia

Hari ini, 14 September 2007, Bernama menyiarkan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengucapkan tahniah kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan ulang tahun ke-74 ATM pada 16 Sept ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua sangat berbangga dengan prestasi ATM dalam usaha mengawal keselamatan negara. Baginda berdua juga berharap kecemerlangan yang dicapai oleh ATM akan berterusan.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=285128

Pada Jumaat, 7 September 2007 blog ini membuat posting berikut:

ATM Disaran Kemaskinikan
Strategi Tangkis Ancaman Luar

Saya poskan di bawah ini sedutan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengenai pentingnya ATM mewujudkan strategi menangkis ancaman luar.

Titah Baginda ini amat tepat dan sangat sesuai pada masanya. Terutama sekali bila Baginda menegaskan bahawa "ancaman kepada negara bukan sahaja datang dalam bentuk pencerobohan ketenteraan, malah ia boleh (tiba) dalam bentuk komunikasi, sosial dan kebudayaan."

Menurut Bernama, dengan mengambil beberapa contoh kehancuran beberapa buah negara yang terlalu bergantung dengan kuasa luar, Baginda juga menegaskan bahawa perkara itu perlu dijadikan pengajaran, agar rakyat tidak cuai dan lalai dalam memperjuangkan kadaulatan negara.

Titah Baginda sepenuhnya boleh diakses menerusi link di bawah ini:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=283324

Titah di atas membuktikan bahawa Baginda amat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat jelata dan kedaulatan negara. Ini juga membuktikan Baginda memahami sepenuhnyua situasi sebenar di sekeliling kita pada hari ini.

Moga-moga titah sedemikian membolehkan Malaysia diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman luar yang juga datang menerusi strategi ekonomi, perdagangan dan juga “underworld” atau kumpulan penjenayah. Daulat Tuanku! – Ruhanie Ahmad

1 comment:

kudakepang said...

Saudara Pemerhati:

Anda betul-betul sibuk. Toyol ada sampaikan pesan pasal gelombang tsunami yang kuning tu. Kalau ada pelajar-pelajar kita meramalkan akan ada tsunami macam tu kawan tak tau lah sapa punya cerita. Kawan manalah ada contact dengan student lagi...

Apa pun selamat berjuang dan selamat berpuasa di perantauan.

Salam takzim.