Monday, September 10, 2007

Musa Hassan Dilanda Gerhana?

Berita Bernama 10 September 2007, dengan jodol Khidmat Musa Hassan Dilanjut Berdasarkan Kredibilitinya, memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebagai berkata bahawa keputusan melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sehingga 13 September 2009 adalah disebabkan kredibiliti dan komitmennya memerangi jenayah tanpa jemu.

Kata Abdullah, faktor utama ke atas keputusan itu juga disebabkan oleh Musa yang sedang berusaha gigih membanteras segala bentuk jenayah yang berlaku sekarang.

"Berdasarkan ciri-ciri kerja yang ada pada beliau, saya dapati Musa mempunyai kriteria yang perlu ada bagi seseorang untuk mengetuai pasukan polis," katanya. dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Hock Seng (DAP-Bagan) pada Persidangan Dewan Rakyat.

Berita sepenuhnya boleh diakses menerusi link berikut:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284219

Komen: Saya yakin Abdullah memang meyatakan hakikat yang sebenar-benarnya. Tapi, benarkah Musa kini sedang menghadapi “gerhana” kerana ada elemen-elemen tertentu yang mahukan beliau segera dinyahkan daripada PDRM?

Benarkah elemen-elemn tersebut dipercayai sedang berusaha mengadu-dombakan kepimpinan PDRM?

Betulkah elemen-elemen itu juga dikatakan berusaha menggagalkan apa jua dayausaha Musa untuk melaksanakan seluruh program bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan PDRM disamping melonjakkan imej dan integriti PDRM?

Adakah satu realiti bahawa elemen-elemen berkenaan dipercayai dipayungi oleh seorang individu tertentu yang sangat berpengaruh? Adakah Abdullah tahu dan insaf akan hal ini?

Apakah insiden di Batu Buruk, Terengganu, dua hari yang lalu, juga sebahagian daripada usaha terancang untuk menjejaskan nama baik Musa dan PDRM secara amnya? – Ruhanie Ahmad

4 comments:

Unknown said...

Datuk, bila saya baca berita kat bawah ini, hati kecil saya bertanya, proses naik pangkat ni ikut senarai sapa? Kalau bukan senarai KPN, rosak polis kita... Jangan sampai anai-anai cap todak pun masuk ke Bukit Aman!!!

15 pegawai kanan polis naik pangkat

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Othman Harun mengetuai senarai pertukaran dan kenaikan pangkat 15 pegawai kanan polis yang akan berkuat kuasa dalam masa terdekat.

Dengan pertukaran itu beliau bakal menyandang jawatan Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman dan akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC II).

Menurut senarai kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Ketua Penolong Pengarah (D7B), Tahanan JSJ, Bukit Aman, SAC II Law Hong Soon @ Low Hong Soon pula akan menjadi Komander Briged Sarawak PGA.

Penolong Pengarah Perjawatan (Audit) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Nadzri Ismail akan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) di jabatan sama dan memangku pangkat SAC II.

Ketua Penolong Pengarah (Komunikasi) Jabatan Logistik, Bukit Aman, ACP Dr. Chai Kin Chung dinaikkan pangkat memangku SAC II.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mazlan Mansor dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan memangku SAC II.

Tempatnya diisi oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Arjunaidi Mohamed yang akan memangku pangkat ACP.

Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohd. Rodwan Mohd. Yusof pula menjadi Ketua Pengarah (D7B) Tahanan JSJ, Bukit Aman dengan memangku SAC II.

Jawatan lamanya diisi oleh Pemangku ACP Mohamad Mat Yusop yang kini merupakan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Tatatertib) Bukit Aman.

Dengan pertukaran itu, beliau terus memangku pangkat ACP.

Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, ACP Chee Cheng Wan pula dilantik sebagai Ketua Pengarah D4 (Risikan/Operasi Rekod) JSJ Bukit Aman serta memangku pangkat SAC II.

Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) IPK Kuala Lumpur, ACP Khaw Kok Chin pula akan memegang jawatan Ketua Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum (MSOB), Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur.

Supritendan (D10) Sekolah Analisis Dadah JSJ, Bukit Aman, Supritendan T. Selven dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bahagian (D10) Narkotik, Makmal Forensik JSJ, Bukit Aman dengan memangku ACP.

Pertukaran juga melibatkan Supritendan Gan Tian Kee, Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas di IPK Johor, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) di IPK Selangor dengan memangku ACP.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Pentadbiran) Kuala Lumpur, Supritendan Ramli Mat Arshad yang ditukarkan ke Bahagian Risikan/Operasi jabatan sama akan memangku ACP.

Timbalan Ketua Polis Daerah II Ipoh, Supritendan Lai Yong Heng dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Awam) Jabatan Pengurusan dengan memangku ACP.

Sementara itu, Supritendan Azisman Alias dari Seksyen Pengurusan Bencana, Maktab PDRM, Kuala Lumpur dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh dengan memangku ACP.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

kudakepang said...

Cyber, terima kasih.

Saya tak mampu nak jawab soalan anda. Ini kita kena tanya KPN. Hanya dia tau siapakah yang layak untuk jawatan mana. Kalau ada pihak tertentu yang terlibat dalam menentukan soal naik pangkat ini, harap-harap pihak itu adalah pihak yang mementingkan PDRM, imejnya, maruahnya dan keberkesanannya.

Salam takzim.

Gatom Tani said...

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan Sticker MALAYSIA-TODAY.NET, sila hubungi saya di alamat labisman@yahoo.

We Walk With
Malaysia-Today.Net
Demi Agama, Bangsa dan TanahAir

kudakepang said...

Labisman. Terima kasih dan selamat majujaya.