Alhamdulillah….
Amaran Tsunami Ditarik Balik
Gempa Bumi Kuat Melanda Selatan Sumatera
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Negeri-negeri di pantai barat Semenanjung mengalami gegaran berikutan gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter di 155km barat daya Bengkulu, selatan Sumatera dan 718km barat daya Johor Baharu pada 7.10 malam ini.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.
Penghuni-penghuni di bangunan tinggi di negeri-negeri itu termasuk di Lembah Kelang yang paling merasai gegaran itu telah lari turun meninggalkan pejabat dan penginapan mereka ke kawasan lapang.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284746
Lebih 2,000 Penduduk Di Kuala Muda Siap Untuk Berpindah
SUNGAI PETANI, 12 Sept (Bernama) -- Pengalaman mengajar kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284766
Gempa Bengkulu: Waspada Tsunami Ditarik Balik
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini menarik balik waspada tsunami bagi negeri-negeri utara pantai barat Semenanjung tiga jam selepas gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter di selatan Sumatera.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284777

5 comments:
assalamualaikum. selamat berpuasa kepada umat islam di malaysia.
semasa di indonesia 3 minggu lalu, kiyai berkata, negara singapura akan dilanda gempa dan banyak bangunan condong atau runtuh. saya buat tak kisah saja. kerana itu hanya omong omong kosong.
Tapi, memang benar, ada memang ada gempa sehari dua yang lalu. saya baru call kiayai, bertanyakan lagi , katanya pada saya.." kok kamu nggak percaya sewaktu aku ngomong duluin?. Nanti ada lagi tuh yang lebih dahsyat" kata beliau. Mudah2an negara kita terselamat dari marabahaya.
keserata nusantara aku mencari, bukan untuk diri sendiri, tetapi ingin berbakti, pada bangsa dan saudara seugama sebelum ku mati.
Saudara Haji, terima kasih.
Kiayai itu, serupa dengan para saintis, pastinya ada ilmu untuk meramal. Tetapi, sebagai umat Islam, kita sering berkata bahawa segala-galanya adalah kehendak Allah SWT jua!!!
Bagaimanapun, tidakkah kita harus berfikir mengapakah hanya Nusantara kita sahaja yang dilanda tsunami dan gempa bumi yang berpanjangan keblakangan ini, mulai 2004?
Dan, mengapakah letusan yang terbaru dan kini berterusan, berlaku menjelang awal Ramadhan kali ini?
Selepas tsunami 2004, saya ada menulis dalam Utusan Malaysia, [berasaskan sedikit research]bagaimanakah manusia dan sains kini boleh memanipulasikan cuaca dan gempa bumi. Ada orang kata saya mengarut....
Tidak mungkinkah dasar Laut Hindi kini sudah dimanipulasikan pelantarnya mengikut cara sains dan teknologi supaya wilayah Islam terbesar di dunia ini jadi tidak stabil dan terus-terusan di landa malapetakan dan bencana?
Walau pun mungkin karut, tidak mungkinkah ini permainan manusia? Mengapakah gempa yang kini terjadi, berlaku hanya beberapa hari sesudah satu armada kapal perang Amerika, siap dengan kapal selamnya, berlabuh di Pelabuhan Kelang? Tidak mungkinkah pada ketika mereka berlabuh itu ada juga pihaknya yang buat sesuatu kerja di Selat Melaka atau di Laut Hindi?
Ini mungkin hanya satu teori konspirasi yang gila... Tapi, macam mana kalau my gut feeling ini benar???
Pada ketika tsunami melanda, ada jurutera bernama Joe Villas mengulas kes itu secara ilimiah dan komprehensif. Ulasan beliau [kini sudah meninggal dunia] meragui bahawa ledakan yang menyebabkan tsunami itu ledakan natural. Sebaliknya beliau mendakwa itu adalah perbuatan Amerika...
Kalau anda sudi menyingkap kembali episod tsunami, anda pasti akan ketemu beberapa ironi dan coincidences yang jelas, mengapakah Villas berpendapat begitu.
Bagaimanapun Tuhan Maha Besar, Maha Berkuasa dan Maha menentukan segala-galanya. "KUN FAYA KUN". Tetapi, jangan pula kita lupa bahawa pada ketika ini ada juga kelompok manusia yang menganggap diri mereka tuhan...
Inilah mungklin satu dari petandanya akhir zaman. Semoga kita semua insaf. Semoga negara kita dan rakyat jelatanya sentiasa berada dalam peliharaan dan perlindungan Allah SWT...
Salam takzim dan selamat mnjalani ibadah puasa.
Ya datuk, itulah kebenaran Islam dan Kekuasaan Allah SWT. Orang memperlekeh ilmu dalam ajaran islam. Tidak ramai yang tahu ttg ma'rifahtullah. Jika mereka menghayati, mereka akan insaf.
Saya belum baca artikal datuk tu krn saya tak suka akhbar pengampu. Tetapi saya yakin agenda USA dan Israel. Mmg negara islam menjadi sasaran dari muncung senapang, bom, roket dan laser weapon. Kita tak nampak apa yang dihalakan dari angkasalepas..lihat saja Iran, Turki, Indonesia, Pakistan ada saja gempa berlaku.
Namun Allah maha pelindung. DIA lah tempat kita meminta pertolongan, dan kepada DIA jugalah kita berserah.
Wassalam
salam semua, persoalan mengenai gempa bumi ini, kenapa perlu kita tahu bila akan berlaku...ia berlaku bila ianya berlaku...semudah itu bagi saya. Meramalkan tidak mencapai apa-apa matlamat. Apakah semua gejala fonomena alam seperti tsunami, gempa dan sebagainya telah tersurat di dalam kitab menandakan bumi ini telah kepenghujungnya..? Sesuatu yang tertulis untuk berlaku akan berlaku namun atas doa dan keyakinan kita kepada Allah s.w..semoga sentiasa terpelihara negara kita ini seadanya. Amin..
Salam semua, tertinggal satu lagi poin...mengenai umat islam dijadikan sasaran muncung senapang USA dan Israel...Sememangnya itu pasti berlaku untuk membolehkan kita sampai di satu agenda yang telah ditetapkan oleh Allah azzawajalla, perang besar yang terakhir nanti..Ini semua adalah bibit-bibit permulaan yang semestinya perlu dilalui dalam sejarah peradaban manusia yang baru ini...wallahualam.
Post a Comment