Wednesday, September 12, 2007

Peristiwa Di Batu Buruk:
Siapa Nak Burukkan Siapa?

Saya sifatkan peristiwa di Batu Buruk, Terengganu, Sabtu lalu, sebagai ledakan “bom jangka” siri pertama yang akan menyebabkan Melayu/Islam berbalah panjang sesama sendiri sehingga menjejaskan keselamatan negara secara parah.

Ini bermakna, peristiwa itu tidak mungkin berakhir hanya di Terengganu sahaja. Ini juga bermakna, peristiwa itu mungkin melarat ke lain-lain tempat, walaupun atas sebab dan alasan yang berbeza.

Saya membuat jangkaan pesimis ini kerana banyak pihak kini mula membuat perbandingan secara rambang tentang apa yang telah berlaku di Batu Buruk, Terengganu, dengan apa yang telah terjadi dalam satu peristiwa membabitkan penternak haiwan “hidung penyek” di Melaka baru-batu ini.

Masyarakat umum juga sudah mula bertanya secara emosional, mengapakah wujud dua pendekatan yang berbeza dalam menangani dua peristiwa tersebut?

Adakah kerana satu daripada peristiwa itu ditangani dengan perkiraan untuk mengekalkan sokongan pihak-pihak tertentu terhadap kerajaan, sementara di satu pihak yang lain pula, pendekatan itu dilakukan atas perkiraan kemungkinan terhakisnya sokongan terhadap kerajaan?

Soalan yang emotif ini pula disusuli dengan pelbagai lagi pertanyaan yang provokatif dan mungkin boleh mencetuskan implikasi negatif terhadap status quo perkauman di negara ini.

Memang salah untuk mana-mana pihak meniupkan api perkauman. Tetapi, siapakah yang akan salahkah bila rakyat jelata yang naïve bertanya: kalaulah betul dalang di Batu Buruk adalah pihak pembangkang, siapakah pula dalang di sebalik apa yang berlaku di Melaka?

Kalau kedua-dua insiden tersebut mempunyai dalangnya, kenapakah tidak dihebahkan kepada umum, siapakah dalang di sebalik peristiwa di Melaka? Atau, mungkinkah dalang kepada kedua-dua peristiwa itu adalah pihak ketiga daripada luar yang memang berniat serong terhadap Malaysia dan rakyat jelatanya?

Saya timbulkan persoalan ini kerana saya bimbang bahawa perbandingan secara rambang, emosional, emotif dan berbau perkauman inilah yang mungkin akan menyemarakkan lagi kemarahan masyarakat Melayu/Islam terhadap kerajaan.

Lantaran itu, tidak wajarkah peristiwa di Batu Buruk ditangani secara bijaksana dan berhemah? Dan, tidak wajarkah peristiwa di Melaka itu juga diselesaikan dengan ketegasan yang setegas-tegasnya?

Malangnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dipetik oleh Bernama 11 September 2007, hanya sebagai berkata bahawa rusuhan di Batu Buruk itu “merupakan satu taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang yang gagal membangunkan” Terengganu.

Katanya lagi, insiden itu mungkin berpunca daripada pembangkang yang merasa tertekan kerana tidak mampu membangunkan Terengganu di zaman pemerintahan pembangkang.

Untuk berita sepenuhnya, sila akses link di bawah ini:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284453

Kenyataan Abdullah ini tidak mempersoalkan mengapakah peristiwa itu terjadi, tidak mempersoalkan wajarkah tembakan dengan peluru hidup dibuat sehingga mencederakan dua nyawa yang hampir-hampir fatal, dan tidak juga menjawab tuduhan pembangkang kononnya dalang peristiwa itu bukannya dari kalangan mereka.

Untuk membaca lain-lain berita mengenai kisah di Batu Buruk, sila layari seluruh link berikut:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284418
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=8062
http://malaysia-today.net/blog2006/sayuti.php?itemid=8069
http://www.malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=8048
http://www.malaysiakini.com/news/72231
http://www.iht.com/articles/ap/2007/09/10/asia/AS-GEN-Malaysia-Rioting.php

Sesudah itu, kita tanyalah diri sendiri: siapakah sebenarnya yang berniat untuk memburukkan siapa menerusi peristiwa di Batu Buruk? Dan, siapakah pula yang sebenarnya mungkin akan ditimpa keburukan daripada implikasi peristiwa di Batu Buruk? – Ruhanie Ahmad

10 comments:

pemerhati said...

A'kum Dato.. harap pembaca KK membuat homework menilai sendiri kejadian berlaku. Gunakan akal fikiran dan jangan terlalu emosi. InsyALLAh kita boleh temui jalan kebenaran.

Teruskan menulis Dato' dan salam perjuangan anak JOHOR.

Ryzals said...

Assalamualaikum Y.Bhg Datuk,

Apabila membaca kenyataan yang mengatakan bahawa ada dalang dalam insiden ini saya termenung sejenak. Jikalau betul apa yang dikata maka saya berpendapat ORANG KITA MASIH KURANG MATANG BERPOLITIK.

JIKALAU UKURAN GENGSTER DIGUNAKAN UNTUK POLITIK MAKA AMAT MENYEDIHKAN. INI MENGUNDANG KEPADA PEMIKIRAN YANG BERCORAK POPULAR YANG DIKETENGAHKAN OLEH Niccolò Machiavelli ....YAKNI TINDAKAN YANG MENGHALALKAN CARA. SATU BENTUK TINDAKAN YANG MERBAHAYA. DAN INI MENUNJUKKAN BAHAWA KITA TELAH MENGUNDUR KE ZAMAN BELAKANG. SUKA SAYA NYATAKAN DI KELANTAN DAHULU KALA, ADA SATU KUMPULAN YANG BERTIUNDAK BEGINI YANG DIPANGGIL KUMPULAN KAPAK BUNGKUS. APAKAH SENARIO SEPERTI INI CUBA DIHIDUPKAN SEMULA..? JIKALAU BETULLAH, MAKA PDRM PERLU MEMANTAU DENGAN SERIUS KERANA KESANNYA IALAH KESELAMATAN RAKYAT JELATA YANG TIDAK BERDOSA.

BAGI SAYA KITA MEMERLUKAN SATU BENTUK POLITIK YANG MATANG. TEWAS DENGAN KEMATANGAN. BER"GOCOH" DENGAN KEMATANGAN; BERHUJAH DENGAN KEMATANGAN DAN ASASKAN PRINSIP-PRINSIP YANG DI BAWA OLEH NABI S.A.W.: BIAR DIHINA, BIAR DICELA, BIAR DIKASARI TETAPI BELIAU TETAP MENGGUNAKAN CARA YANG PALING BERHIKMAH DAN MENGGUNAKAN AKAL.

SEMALAM PAK LAH TELAH MENGULAS ISU INI DAN SEBAGAI RAKYAT MARHAEIN , SAYA MENONTONNYA DARI PETI TV DI RUMAH. SATU ULASAN YANG PADA SAYA TIDAK BOLEH MEMBERIKAN KEPUASAN, PUN BEGITU JAWAPAN TTETAP JUGA DIBERIKAN OLEH BELIAU. SOALNYA SEKARANG...APAKAH RAHMATNYA PERISTIWA INI?

SALAM RAMADHAN, MOGA BULAN INI EMBAWA SERIBU RAHMAT UNTUK SEMUA.AMIN.

Kua Kia said...

Your Islam Hadhari government does not DARE to shoot our pig farmers in Malacca...

Because if they do Melaka MCA will pull out of Barisan Nasional...

It doesn't matter if Khairy or wan farid framed PAS for the 'riot' or incident by getting their agents to burn the stage or the flag...

The terrorist PAS deserves to be blamed...If PAS is not properly labelled as a terrorist organization now, later they WILL cause a bombing in Bukit Bintang, Penang, China town or Ipoh...

nakhoda said...

Hari ini Pas kata dia orang nak buat roadshow pasal kes Batu Buruk. Tentunya polis tak akan beri permit. Tapi macam mana kalau dia orang gunakan majlis buka puasa? Macam mana kalau dia orang juga gunakan arguement popular bandingkan Batu Buruk dengan kes babi di Melaka?

Pada pandangan Datuk, tak kah ini akan menyebabkan sentimen rakyat Melayu dan Islam lebih meluap-luap? Kalau gini, apa kerajaan nak buat? Bedil lagi dia orang guna peluru hidup?

Saya harap pihak berkuasa kaji saranan Datuk dengan ikhlas. Ini untuk elakkan kes ni merebak..

azlan said...

Datuk,

Orang yang lemah biasanya akan melakukan apa sahaja bagi menunjukkan bahawa dia sebenarnya kuat pada pandangan orang ramai. Ini bisa berlaku pada siapa sahaja. Namun kelemahan itu sendiri ialah apabila seseorang itu gagal mengakui kelemahannya. Orang yang sedar akan kelemahannya dan mengakui kelemahan tersebut akan memberikannya kelebihan dan manfaat secara tidak langsung pada masyarakat. Konsep ini jarang kita lihat diamalkan oleh pemimpin Malaysia hari ini. Mungkin Tun M dan beberapa pemimpin UMNO dahulu menyedarinya. Dinegara maju seperti Jepun konsep ini berjalan dengan baik.

Bagi pemimpin yang lemah, jika kelemahannya kelihatan semakin ketara dan berleluasa, maka tidak hairan sekiranya usaha atau cara yang dilakukan bagi menaturalkan keadaan tersebut terkadang melanggar konsep keadilan dan kemanusiaan itu sendiri.

Kelemahan tidak dapat ditutup dengan cara yang membabi buta atau tergesa-gesa. Ia akan menyebabkan lebih banyak lagi kesan buruk yang bisa terjadi.

Kelemahan perlu diakui dan disusuli oleh konsep belajar daripada kelemahan tersebut agar kelemahan tersebut bisa diganti dengan kekuatan. Namun harus dipersoalkan mengapakan wujudnya sesuatu kelemahan?

Mungkinkah kelemahan pemimpin pada hari ini menjadi punca berlakunya segala macam hal yang tidak menyenangkan hati rakyat atau adakah kita adalah rakyat yang mempunyi kelemahan dalam menentukan untung nasib sendiri.

Kuda Kepang said...

Pemerhati, Ryzals, Kua Kia,Nakhoda dan Azlan. Terima kasih.

Pemerhati: Jam kawan ikut waktu Malaysia. Bukan waktu Indonesia. Kawan cemas juga dengan anda yang kelihatannya hypractive sampai subuh pun masih buat posting ke blog. Keduanya, toyol yang seekor tu resah kerana anda dah putuskan radio contact sejak beberapa hari lamanya.

Seterusnya, kawan rasa negara kita ni sedang menuju ke arah masalah yang mungkin parah. Sebabnya, anda tau dan saya pun tau..

Soal di Batu Buruk tu kawan sangat-sangat risau. Kalau diukur dari cetusan sentimen bloggers dan tukang komen, saya jangkakan akan berlaku sesuatu yang amat dikesali tidak lama lagi. Hakikat ini jadi makin parah kerana masalah Batu Buruk kini diperkatakan dengan cynicism yang berat racial undertonenya..

Satu lagi hal adalah mengenai PDRM. Kalau apa yang sedang berlaku dalam PDRM terus berlaku, dan kalau "KPN" yang tidak ditauliahkan terus berleluasa, rosaklah nama KPN dan seluruh pasukan akibat karenah golongan itu.

Terima kasih atas semangat dan galakan yang diberikan kepada saya untuk terus berusaha menjunjung obor kebenaran dan kesaksamaan.

Ryzals: Salam perkenalan dari KK. Apa yang anda komn di sini relevan. Kematangan politik memang seharusnya sudah wujud di Malaysia. Bukan itu sahaja, strategi-strategi berpolitik juga perlu di refine. Ilmu-ilmu perjuangan juga perlu diterap dan disuburkan.

Saya ahli UMNO. Saya dapati emfasis UMNO dulu dan sekarang jauh berbeza,Kini, sesetengah ahli menganggotai UMNO sekadar untuk kmewahan diri - dapat gesel bahu dengan pembesar, mampu pakai kereta besar dan berjenama, kandar golf set ke hulu ke hilir, dapat kontrek kerajaan, dapat jawatan dan sebagainya.

Golongan ini semakin jadi majoriti. Mereka lahir dan besar dalam zaman selesa. Mereka tidak kenal kesusahan. Mereka kurang prihatin terhadap agenda sebenar perjuangan parti.

Ada pula golongan elit dalam UMNO yang mempunyai kiblat dan idola Barat. Mereka juga dipercayai jadi abdi Barat dalam konteks yang membahayakan kedaulatan dan keselamatan negara.

Lantaran itu, seharusnyalah UMNO melalui satu pembaharuan sikap, tekad dan matlamat supaya relevan dengan cabaran global dan neo-imprialism.

Kua Kia: Ini kali kedua anda berkunjung ke KK. Let me put it to you that if the next time you posted comments with racial or religious undettone to this blog, I will not hesitate to ban you for life from my domain and territory.

This time I accept your comment just to share it with the rest of us of the very existence of such a racist Malaysian like you are. If we allow more of your kind to exist, I am sure Malaysia will forever be in turmoil and chaos. So please take note. We do not tolerate racist like you in this country. I hope Pemuda UMNO will take note of this and recommend that you be banished to timbaktu.

Nakhoda: Apa yang akan Pas lakukan adalah di luar kawalan saya. Tapi, apa yang akan Pas lakukan adalah reaksi kepada kemungkaran yang terjadi di Batu Buruk dan dipertuduhkan kepada Pas sebagai pengangkaranya. Ini bermakna Pas cuma bertindak untuk mencari kesaksamaan.

Azlan: Saya harap sangat pembesar negara kita membaca komen anda. Tapi, sampai kucing bertanduk pun ini tidak akan terjadi. Sebabnya, beliau yang dimaksudkan, saya dapat tau, agak kurang celik internet dan agak kurang membaca.

Oleh itu, suara anda yang wajar dan masuk akal ni mungkin akan hanya lesu dibuai bayu petang sahaja.

Bagaimanapun, marilah kita punya keyakinan diri bahawa kita tidak akan jemu-jemu untuk menyumbang kepada usaha memperkasakan bangsa kita selaras dengan keagungan agama, bangsa dan tamadun kita di zaman silam.

Sebagai satu food for thought, apa reaksi anda kalaulah satu hari nanti anda bangun pagi dan dapati sistem kenegaraan kita sudah berubah kepada apa yang serasi dengan citarasa dan aspirasi kita selama ini? Anda akan kagum? Anda akan keliru? Atau anda akan terus menyokong?

Salam takzim dan selamat menjalani ibadah puasa.

putera bentan said...

Datuk tak wajar bagi racist macam Kua Kia siar komen dalam blog Datuk. Mana kita boleh terima bila dia tuduh Pas sebagai pertubuhan teroris? Dia ni sapa? Penulis buku 13 Mei tu ke? Atau dia ni menyamar? Tapi dia ni memang racist. Adakah dia ni anai-anai dari Singapura?

Harap Datuk ambil tindakan.

limado said...

Saya jangka Malaysia akan kecoh. Jadi kita kenalah berhati-hati. Saya juga berharap Tuanku Agong akan bertindak menyelamatkan keadaan. Jangan dibiarkan segelintir pihak yang buat jahat semua jadi mangsa. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Ampun Tuanku. Patik pohon semoga Tuanku ambil tindakan segera. Kerajaan hari ini lemah. Ada orang kata, macam lembu dah kena coocok hidung.

Daulat Tuanku...

pemerhati said...

Dato apa suad jadi.. pls read

KUALA LUMPUR — Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has said that those who want to leave Islam should be counselled by the religious authorities, and, if they still choose to convert, they should be allowed to do so. . Mr Abdullah made it clear later that he was making these comments in his personal capacity. . "Religious officials should be ready to listen to the problems of those people who want to leave the religion. They should not torture them but they should counsel them," said Mr Abdullah, speaking to reporters after opening an Islamic conference in Putrajaya. . Asked about the growing number of religious disputes dominating news headlines, the Prime Minister proposed that Muslims who want to convert to other faiths should be allowed to do so. .
"This is not something that cannot be done. For those who don't want to be Muslims anymore, what can you do? If they want to leave the religion, what are you going to do? You might as well let them go." . Under Sharia or Islamic law in Malaysia, it is the duty of religious authorities to determine whether a Muslim can leave the religion or not. Just last week, a 29-year-old Indian woman who wanted to renounce Islam was released from a rehabilitation centre run by the state's Islamic authorities. Ms Revathi Masoosai (picture), also known as Siti Fatimah, has said her mother was a Hindu and her father a Christian, but both subsequently converted to Islam, AFP reported. She told reporters she had been ill-treated while at the centre. She was separated from her Hindu husband and 18-month-old daughter for six months. . Ms Revathi had expected her bid to be a Hindu to be approved after her period of detention. — Channel NewsAsia

Kuda Kepang said...

Putera Bentan, Limado, Pemerhati, terima kasih.

Putera Bentan: Saya pun macam anda. Saya benci racist. Tapi saya poskan juga komen Kua Kia untuk anda semua insaf bahawa di Malaysia hari ini masih juga wujud racist seperti dia. Jadi, kita kenalah hati-hati. Dan, kita tidak boleh leka. Suara-suara racist seperti ini perlu ditangani dengan bijaksana.

Limado: Pihak polis dah bagi kenyataan bahawa peristiwa Batu Buruk tidak akan dibenarkan untuk merebak.

Saya yakin pihak polis hanya boleh menyekat perebakan itu menerusi kawalan permit untuk ceramah. Soalnya, bagaimanakah polis nak mengawal perebakan sentimen yang tersebar dari mulut ke mulut? Ini satu perkara yang agak sukar dikawal.

Pemerhati: Segala maklumat dan input kiriman anda diucapkan terima kasih. Kisah kenyataan PM mengenai umat Islam yang memilih untuk murtad telah saya ulas dan jadikan satu posting untuk direnungkan di bulan Ramadhan ini. Anehnya kenapa buat kenyataan dalam kspasiti personal?

Salam takzim.