Tuesday, September 18, 2007

DAP, Babi Dan Ali Rustam?

Berita di bawah ini dikirimkan ke blog ini oleh Pemerhati yang kini sedang menjalankan tugas di luar negara. Saya tidak pasti dari mana sumbernya. Tetapi, oleh kerana saya tahu siapa Pemerhati sebenarnya, maka saya poskan berita tersebut untuk bacaan kita semua. – Ruhanie Ahmad

DAP DESAK ALI RUSTAM JANGAN MUSNAHKAN TERNAKAN

Selasa 18 September 2007: DAP hari ini mahu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, supaya akur kepada arahan kabinet dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya tidak menjalankan operasi pemusnahan babi secara besar-besaran dan membenarkan ternakannya diteruskan jika kawalan alam sekitar dipatuhi.

Di samping itu, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, Timbalan Perdana Menteri itu turut dilaporkan oleh Sin Chew Daily pada 16 September lalu sebagai berkata, kabinet telah memberikan arahan kepada kerajaan negeri Melaka untuk menggunakan formula penyelesaian yang praktikal dalam menyelesaikan masalah penternakan babi di Melaka secara baik.

Lim sebelum itu mengemukakan beberapa cadangan DAP dalam satu memorandum kepada Ali Rustam.

Malaysiakini.com melaporkan Lim memberitahu bahawa jawapan awal Ketua Menteri adalah diperlukan bagi mengelak pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab "bermaharajalela menyalahgunakan kuasa hingga menimbulkan ketegangan serius dalam masyarakat".

"Kami ingin menarik perhatian bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri telahpun dikecam oleh seluruh masyarakat Cina sebagai melampau, termasuk parti MCA yang hanya menyatakan ini dalam suratkhabar Cina tetapi tidak di depan YAB ataupun di suratkhabar bukan berbahasa Cina," katanya. – Pemerhati, 10:34 PM, 18 September 2007
Tambahan:

Pemerhati menghantarkan dua dokumen untuk menyokong berita yang dikirimkan seperti di atas. Dokumen itu boleh dibaca menerusi komen di sebalik posting ini. – Ruhanie Ahmad

24 comments:

kudakepang said...

MESEJ KHAS KEPADA PEMERHATI:

Saudara Pemerhati. Terima kasih atas kiriman info mengenai DAP dan juga mengenai kempen anti Tahun Melawat Malaysia TMM yang sedang berlaku di sebuah negara jiran atas tajaan satu lagi negara jiran terdekat kita.

Bagaimanapun, dari manakah sumber kisah DAP itu? Dan, kisah yang memburukkan Malaysia itu pula adakah dipetik oleh koran-koran di Indonesia?

Harap bekalkan saya dengan maklumat ini untuk membolehkan saya menulis dengan berwibawa. Terima kasih.

Salam takzim.

Berita dari gunung said...

Saya simpati dengan YB Ali Rustam. Siapa kata menguruskan racial balance sesuatu yang mudah. Nampaknya lebih mudah menggasak kaum sendiri dari kaum lain.

Dengan Pilihanraya kian hampir, dan arahan kabinet, kita yakin YB Ali tahu apa yang harus dilakukan.

Cuma kita masih terkilan, kenapa kita lalai dengan rasa hormat bangsa sendiri.

pemerhati said...

Cabinet tomorrow should censure Malacca State Government and Abdullah remove Ali Rustam as Malacca Chief Minister for defiance of Cabinet decision on formula to end pig-rearing crisis in Malacca as well as spoiling the national mood and spirit of celebrations of 50th Merdeka anniversary in the country for all Malaysians
________________
Media Statement (2)
by Lim Kit Siang
___________________
(Parliament, Tuesday): The Cabinet tomorrow should censure the Malacca State Government and the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as Barisan Nasional Chairman should remove Datuk Seri Ali Rustam as Malacca Chief Minister for defiance of Cabinet decision on the formula to end the pig-rearing crisis in Malacca as well as spoiling the national mood and spirit of celebrations of 50th Merdeka anniversary in the whole country for all l Malaysians.
It is shocking that Ali Rustam and his State Government were allowed to defy the Sept. 5 decision of the Cabinet that there should not be any destruction of pigs and the two-point formula to resolve the pig-rearing crisis in Malacca, viz: the Malacca state government to allow the pig rearers to change the use of the land and secondly, pig rearers allowed to get bank loans for waste disposal systems with the state government giving the guarantee that it would not revoke TOL to ensure security of the industry to justify such investments by the pig-rearers.
With such a Cabinet decision two weeks ago, why was the Malacca Chief Minister and his gang allowed to through the charade and their “terror tactics” of forcing the pig rearers to comply with the unreasonable and impossible target to cull or reduce 97,000 heads of pig in 17 days by Sept. 21, or face another “show-of-force” like the confrontation against defenceless men, women and children by 2,000-strong personnel including fully-armed police FRU, enforcement squads from multi-agencies including immigration, state and local authorities together with personnel in “space suits”, tear gas, water cannons, and a hovering helicopter?
What is most shocking is that such arrogant, high - handed and coercive tactics employed by the Malacca state authorities violate every concept of a good and democratic governance, with the elected government shamefully treating law-abiding citizens making a proper and honourable living from the pig-rearing industry like criminals and even terrorists!
What is even more shocking is that the MCA was a party to the whole charade, as the actions taken against the pig-rearers in the state was not that of Umno Malacca State Government but that of the Barisan Nasional Malacca state government, comprising MCA and Gerakan state excos.
It is utterly disgraceful that 50 years of Barisan Nasional “power-sharing” has totally changed character from “equal political partners” of Barisan Nasional component parties to “UMNO political rulers and MCA and Gerakan subjects” in the State Government, with MCA and Gerakan state exco members denuded of any right to participate in the state government decision-making process.
It is very sad that 50 years after Merdeka and the “social contract”, MCA and Gerakan state excos in Malacca have been reduced to the status of “petition-writers” whose role is to appeal to the Chief Minister, Umno State Exco members, State Secretary and even Umno parliamentary secretary to try to modify harsh and unreasonable decisions instead of ensuring that such decisions are not taken in the first place.
The Sept. 4 stand-off at Paya Mengkuang, the 17-day directive to cull or reduce 97,000 heads of pigs, the compulsory land acquisition notices and the show cause demands as to why properties should not be confiscated for improper land use are instances of gross abuses of power and should never have been allowed to happen if the MCA and Gerakan are meaningful parts of the Malacca state government, and not just hangers-on and “petitioner-writers” after substantive decisions are taken whether with or without their presence.

This is why I had said that MCA and Gerakan State Exco members should quit the Ali Rustam Malacca State Government so as not to set a dangerous and disgraceful precedent of being silent part of the Malacca State Government oppression of the pig farmers.
Or has the MCA and Gerakan leaders, whether at state or national level, reached a stage where they dare not even express condemnation of Ali Rustam’s abuses of power and contempt for proper Barisan Nasional “power sharing” in the state?
What justification could there be for MCA and Gerakan to continue to be part of the Ali Rustam Malacca State Government even if all the abuses of power could be revoked – the high-handed and unreasonable decision to cull or reduce 97,000 heads of pigs by Sept. 21, the compulsory land acquisitions and the refusal to comply with the Sept. 5 Cabinet decision to allow pig rearers in Malacca to get Bank Negara Fund for Food assistance for proper waste disposal systems with State government guarantee of security of tenure of the pig rearing industry?

pemerhati said...

18 September 2007

YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam,

Ketua Menteri Melaka, Pejabat Ketua Menteri,

Blok Bendahara, Aras 4(Suite) Seri Negeri,

Ayer Keroh, 75450 Melaka.

DENGAN TANGAN

Yang Amat Berhormat,

Kerajaan negeri Melaka mesti akur kepada arahan Kabinet dan YAB Timbalan Perdana Menteri agar tidak menjalankan operasi pemusnahan khinzir secara besar-besaran dan terus membenarkan penternakan khinzir dalam keadaan yang mematuhi kawalan alam sekitar

Bagi pihak DAP, kami ingin mendesak YAB akur kepada arahan Kabinet dan YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak menjalankan operasi pemusnahan khinzir secara besar-besaran dan terus membenarkan penternakan khinzir dalam keadaan yang mematuhi kawalan alam sekitar. Dalam satu temubual khas dengan suratkhabar Sin Chew Jit Poh pada 16 hb September 2007, YAB Datuk Seri Najib dipetik bercakap, di mana penterjemahan disediakan dalam lampiran untuk tatapan YAB Ketua Menteri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib mengatakan bahawa Kabinet telah memberikan arahan kepada Kerajaan negeri Melaka untuk menggunakan formula penyelesaian yang praktikal dalam menyelesaikan masalah penternakan khinzir di Melaka secara baik, dan mengemukakan dua formula penyelesaian alternatif.

Dua formula penyelesaian alternatif ialah: pertama, Kerajaan negeri Melaka bersetuju memberikan kebenaran kepada penternak khinzir mengubah tujuan kegunaan tanah; kedua; Kerajaan negeri Melaka memberi jaminan kepada bank bahawa tidak akan mengambil balik geran sementara tanah penternakan khinzir, memastikan bank meluluskan permohonan pinjaman bank kepada para penternak khinzir, dan memastikan para penternak khinzir meningkatkan kemudahan mereka supaya mematuhi piawaian perlindungan alam sekitar.

Saya telah memberikan arahan kepada Kerajaan negeri Melaka supaya tidak menjalankan operasi pemusnahan khinzir secara besar-besaran, ini adalah untuk mengelakkan salah faham pihak luar bahawa Kerajaan menggunakan kekerasan dalam memaksa penternak-penternak khinzir mematuhi arahan tersebut. Kita akan mencari satu formula penyelesaian yang bersesuaian.”

Jelas sekali, kerajaan negeri tidak boleh menjalankan operasi secara besar-besaran. Memandangkan kerjaan negeri Melaka juga adalah kerajaan BN sama dengan kerajaan pusat dan YAB Timbalan Menteri adalah ketua YAB Ketua Menteri dalam UMNO, tidak mungkin YAB Ketua Menteri lawan atau mencabar arahan ini.

Kerajaan Negeri tidak boleh gunakan tindakan keras dan ganas sepertimana yang digunakan pada 4 hb September 2007, di mana penduduk yang patuhi undang-undang dan hidup aman di Kampung Paya Mengkuang, Kampung Baru Man Lok, Ayer Moleh dan Bukit Beruang di kawasan Kuala Sungai Baru diburu seperti pengganas dan penjenayah. Peristiwa hitam itu di mana 2,000 anggota kerajaan termasuk FRU, kereta perisai air dan helicopter mengepung penduduk mengingatkan kami macam mana penduduk Palestin dikongkong, didera dan dianiayai oleh rejim Israel yang begitu ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Adalah dikesali YAB masih belum mengumumkan penerimaan cadangan penyelesaian oleh Kabinet baik dalam aspek membatalkan operasi besar-besaran memusnahkan khinzir pada atau selepas 21.9.2007 mahupun membenarkan ternakan khinzir diteruskan. Sebaliknya YAB meria-riakan sokongan padu daripada dua ahli EXCO MCA dengan mengumumkan bahawa EXCO Negeri Melaka menerima cadangan MCA mengurangkan pengeluaran ternakan khinzir daripada 145,241 kepada 48,000 ekor khinzir.

Perlu diingatkan ada kilang-kilang yang diambil tindakan kerana mencemarkan aliran Sungai Melaka. Akan tetapi kerajaan tidak sampai hati menutup kilang tersebut selain daripada mengenakan hukuman denda. Mengapa ladang ternakan khinzir yang bersih dan tidak mengotorkan aliran sungai kena ditutup tetapi tidaknya kilang yang mencemarkan sungai dengan bahan kimia toksid yang memudaratkan kesihatan rakyat?

Sebelum ini, DAP telahpun mencadangkan enam langkah untuk menyelesaikan krisis penternakan khinzir agar mengelakkan peristiwa yang tidak diingini sekiranya berlakunya operasi pemusnahan secara ganas oleh pihak berkuasa dan pada masa yang sama memenuhi kawalan alam sekitar yang bersih dan sihat. Enam langkah adalah:-

a) Menutup lading ternakan khinzir yang kotor atau gagal memenuhi standard alam sekitar selepas suatu tempoh masa yang diberikan di mana tempoh masa ini akan dirundingkan di antara penternak khinzir dan Jabatan Haiwan dan Jabatan Alam Sekitar;

b) Mengeluarkan lesen ternakan khinzir kepada penternak yang dibenarkan menternak khinzir kerana bersih dan akur kepada piawaian alam sekitar;

c) Mengarahkan kedua-dua ahli EXCO Negeri Melaka MCA Datuk Koh Nai Kwong dan Datuk Seah Kwi Tong menarik balik cadangan mereka kepada EXCO negeri untuk mengurangkan pengeluaran khinzir daripada 145,241 ekor khinzir kepada 48,000 ekor khinzir dalam masa 15 hari yang sama dengan arahan menutup ladang khinzir tanpa kira bersih atau tidak;

d) Sekiranya lading ternakan khinzir di ambil oleh kerajaan makan bayaran ganti rugi yang penuh mesti dibayar termasuk bangunan, alat perkakas, jentera dan ternakan khinzir agar mereka tidak kehilangan segala hasil darah dan titik peluh mereka.

e) Memastikan Notis 7B yang dikeluarkan kepada penternak khinzir di bawah seksyen 129 Kanun Negara tetap terbatal dan mengambil tindakan disiplin ke atas pegawai Pejabat Tanah Alor Gajah yang mahu merampas tanah mereka tanpa sebarang bayaran pampasan.

f) Membatalkan sebarang tindakan ganas yang dicadangkan pada atau selepas 21.9.2007 untuk memusnahkan ternakan khinzir secara paksa yang akan menghancurkan harmoni dan muafakan sosial di kalangan masyarakan majmuk negara.

Secara prinsip am, cadangan YAB Datuk Seri Najib adalah sama dengan cadangan DAP. Sekiranya YAB enggan menerima pun cadangan DAP, tak kan YAB Timbalan Perdana Menteri pun tak diterima pakai!

Jawapan awal YAB perlu supaya pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab seperti YB Setiausaha Kerajaan tidak dibenarkan bermaharajalela yang menyalahgunakan kuasa menimbulkan ketegangan serius dalam masyarakat kita. Kami ingin menarik perhatian bahawa YB Setiausaha Kerajaan Negeri telahpun dikecam oleh seluruh masyarakat Cina sebagai melampau termasuk parti MCA yang hanya menyatakan ini dalam suratkhabar Cina tetapi tidak di depan YAB ataupun di suratkhabar bukan Cina.

YAB harus menimbang samada YB Setiausaha Kerajaan Negeri masih berkemampuan dan berkesan menjalankan tugas untuk semua rakyat Negeri Melaka tanpa kira kaum atau agama atau lebih suka mainkan sentiment perkauman. Jelas sekali, YB Setiausaha Kerajaan tidak boleh lagi merupakan wadah perpaduan rakyat tetapi unsur perpecahan rakyat Melaka, maka beliau harus dipecat dengan serta-merta. Sekian.

Yang benar,



LIM GUAN ENG

SETIAUSAHA-AGUNG
http://www.dapmalaysia.org/newenglish/

kudakepang said...

Pemerhati dan Berita Dari gunung, terima kasih.

Pemerhati: Ramai penghuni kuarters 1007 tercari-cari di mana anda sekarang. Kedua, terima kasih atas kiriman statements Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Saya publishkan di sini buat tatapan umum.

Berita Dari Gunung: Anda berada di tempat yang tinggi. Pastinya anda dapat memerhatikan keadaan di sekitar kita secara totality.

Saya juga simpati dengan YAB Ali. Beliau dalam dilema untuk menguruskan racial balance di negerinya. Sekarang pun bahana kisah babi tu dah jadi bahan perbandingan dengan kes Batu Buruk. Sapa nak disalahkan di sini? Polis? Kabinet? Atau siapa?

Apa rasanya kita semua bila soal babi ni pun dapat perhatian dan keputusan Kabinet? Ada tak arahan Kabinet mengenai Batu Buruk? Ada tak Kabinet supaya kes tembakan peluru hidup di Batu Buruk disiasat secara rapi, professional dan berhati-hati?

Salam takzim.

kudakepang said...

Saudara Pemerhati.

Penghuni kuarters 1007 kirim salam. Bila di Madina, dan sembahyang di Raudah, doa-doakanlah tanah air kita terhindar daripada bala bencana. Dan bila berdoa di bawah Talang Emas di Mekah, doa-doakanlah semOGA umat Islam Malaysia sedar bahawa tanah air mereka dah hampir nak tergadai kepada Hang Todak.

Selamat menjalankan ibadah umrah dan salam takzim.

limado said...

Saya baru habis baca teks kenyataan Kit Siang dan Guang Eng yang dikirimkan oleh Pemerhati. Panas betul hati saya. Kenapalah pada Ramadhan hari baik bulan baik ni Kabinet pun kecoh pasal BABI????

Unknown said...

Saya pun kesian kat YAB Ali. Dibuang mati emak. Ditelan mati bapak. Serba salah dia. Tak ikut perintah, jawatan akan melayang.

kudakepang said...

Limado dan Cyber, terima kasih.

Sama-samalah kita tenangkan suasana dan sejuk kehangatan. Kita berpuasa untuk cari keredhaan Allah SWT.

Salam takzim.

limado said...

Kita memang nak cari kedamaian. Kita juga berpuasa untuk melupuskan dosa-dosa kecil kita, kalau diredhai Allah.

Tapi, kenapa pada bulan Puasa ni Kabinet keluar arahan pasal BABI?? Ada tak arahan Kabinet pasal Bt. Buruk supaya diselesaikan dengan baik. Kenapa kalau dengan kaum Cina berlembut. Kenapa bila dengan Melayu/Islam berkonfrontasi? Ini yang saya tak faham.....

kudakepang said...

Limado, harap bawa bertenang. Pastinya pemerintah mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri. Sabarlah. Moga-moga ibadat puasa juga akan buat pemimpin kita insaf akan apa yang anda suarakan di sini.

Salam takzim.

Unknown said...

Datuk,

Orang UMNO dah mula mempersoalkan cara Ali Rustam mentadbir negeri sekangkang kera ni. Ada yang berkata, beliau tak layak jadi KM dan perlu undur. Ada yang kata dia tak akan dipilih lagi oleh perwakilan UMNO sebagai Naib Presiden tahun depan. Kita tunggu dan lihat. Mmg ada rasionalnya kenapa beliau terlepas pandang ttg apa yang berlaku dalam negerinya. Orang Melaka terutama Pengkalan Balak, Kuala Sg Baru dan Linggi kalau sebut nama Ali Rustam, mereka "tak senang" datuk. Fahamlah tu.

joe penang said...

Saya paling terkilan dekat penyokong UMNO. Seolah dianak tiri selama 50 tahun. Macam saya tak kisahlah.

Kes babi kat Melaka tu dah lama dah. 50 tahun merdeka. Kira isu dr awal merdeka. Nak tak nak memangkah UMNO gak. Berbeza dgn cha ya nun alif. Pangkah bila depa dapat sesuatu. Sebab tu kes ini berlanjutan.

Bagi saya takde cara lain. Ladang babi tu kan haram(takde lesen). Amik tindakan. Tak usah bimbang pas ni tak jadi KM Melaka. Janji kita dah prove bahawa melayu yg mengundi kita juga mendapat sesuatu.

Alahai. 50 tahun negaraku merdeka....

kita suadah tiada masa, bangunlah dengan maha perkasa, janganlah terlalai teruskan usaha, .....kan gagah di nusantara

bendera merah said...

Saya simpati dengan DAP..bab surat rasmi.. yang lain dlm teks tu kira boleh la..tapi bab dikepung macam palestin tu yang buat gua pecah perut...kalu mcm Israel dah lama kena tembak dgn rubber bullets selang seli peluru hidup...baricade tu dah lama pecah beb..guan eng..guan eng ..lu mau bodohkan saper guan eng...korang provoke lebih-lebih buat dinner tak mau citer..lawak pagi posa..muhahahaa

nikrahim said...

Mengapa kerajaan kita berlembut dengan bukan Islam tetapi berkeras dengan orang Islam. Bukan Islam diperlukan sokongan politik? Sesama Islam dah sah tak akan sokong kerajaan? Orang Islam tak bayar cukai ke?

Kamalkamal said...

Datuk,
Dari berita ini, kita boleh lihat sejauh mana perjuangan orang Cina, mereka sanggup berjuang demi bangsa mereka tanpa mengira parti. Orang Melayu tentunya macam kes di Batu Buruk. Beginikah situasi yang kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah mahukan, atau inikah konsep Islam Hadhari??

Ryzals said...

Assalamualaikum Y.Bhg datuk dan semua,

Maaf sekali lagi saya mencelah kali ini; Maaf juga celahan saya ini dibuat walaupun saya bukan orang Melaka; Sekadar menggunakan kapasiti sebagai rakyat tanah air Malaysia.

Sungguh tertarik saya kepada apa yang DAP tengah perjuangkan sekarang ini iaitu BABI. Pada hemat saya ada dua senario di sini yang boleh kita jelujuri. Satu pihak ialah permainan DAP dan satu lagi ialah permainan Datuk Ali. Sekali lagi DAP cuba menjadi hero dalam isu ini kerana mereka yakin bahawa jika masalah babi ini diselesaikan dengan cara yang tidak memuaskan hati mereka maka mereka akan mendapat sokongan massa masyarakat Cina dan jika isu ini ditangani dengan baik -mungkin melalui pembayaran pampasan dan seumpamanya maka keuntungan tetap juga kepada pihak mereka, jadi NO BIG DEAL bagi mereka untuk diperjuangkan.Teringat saya posting Y.Bhg Datuk baru-baru ini iaitu, kenapa DAP senyap, rupa-rupanya mereka bukan senayap tetapi mengatur strategi. Jadi....DAP tetap DAP walaupun sudah 50 tahun merdeka.

Situasi kedua ialah Ketua Menteri. Macamana hendaknya berlaku penternakan babi secara tidak terkawal di Melaka tanpa pengetahuan itu satu persoalan saya. Mana EDO atau DO?. Mana laporan bulanan daripada setiap daerah?. Dilaporkan bahawa ladang itu adalah didirikan secara HARAM dan yang terbesar di Asia Tenggara. Jadi jikalau haram kenapa tidak boleh dimusnahkan?. Kenapa gerai mak cik senah yang dibuat untuk meniaga goreng pisang yang hanya dapat seringgit dua sehari boleh di robohkan atas alasan gerai itu didirikan secara HARAM.Jadi mana ketelusan kita?.

Betul demi menjaga sensitiviti politik tetapi jikalau sampai mengorbankan kepentingan rakyat yang terbanyak saya fikir itu sudah tidak tepat.Sedih bila diimbau apa yang dilihat dalam TV3 sebelum ini...kebiadapan; ketidakeruan; ketipisan semangat menghormati orang lain jelas terpapar.

Jadi saya yang berada jauh di USA ini hanya mampu mendengus dan mengeleng kepala. Harapnya semangat negeri Melaka yang mana ia satu negeri yang keramat keramat suatu masa dahulu dan antara negeri yang terawal diISLAMkan akan dapat dipulihkan semula hendaknya. Amin.

Ryzals said...

Assalamualaikum Y.Bhg Datuk,
Sekadar untuk memberikan info : terdpat satu artikel menarik dalam KMU mengenai penjualan balik saham agusta oleh syarikat yang membelinya baru-baru ini yang perlu diketengahkan. Sekarang siapa yang memangsakan PROTON....
Warmest Regards,
Ryzal.
( No need to display this posting)

cicitmoyangbeng said...

Dato.
Saya ingin merakamkan ucapan t/kasih berbanyak kepada Dato
1.permerhatian isu bangsa,agama dan negara.
2.Pandangan jauh masa depan bangsa melayu dan generasi cucu cicit kt
3.Harap terus benamkan idea idea yang tajam untuk survive orang melayu.

Dato,
panas hati dengan apa yang berlaku sejak kita mempunyai pemimpin yang dayus! memikirkan kedudukan dan pangkat sahaja.Inikah Hadiah 50 tahun kemerdekaan Malaysia.Kita selalu beralah..tapi tidak lagi mulai saat ini.
apa akan terjadi pada anak cucu cicit kita nanti ? Apakah satu hari nanti kita adalah BONEKA dalam tanah tumpah darahku.
Kenapa jalur gemilang di bakar.,sejak zaman Tunku hingga Ayahanda Tun yang di sebut pas sebagai maha firaun tiada rakyat yang membakar jalur gemilang tapi apabila gagasan islam ada had n ada hari di momokkan inilah yang terjadi rakyat dah jelek muak dgn apa yang berlaku pembunuhan,rompak
tidak berperikemanusian, rogol dll
Buatlah keputusan yang tegas,tidak
berlembut untuk kebaikan sebelah pihak.Kita rakyat berbilang kaum maa..
YAB Ali Rustam tahu apa yang patut di buat.Jawapan ada padanya.Lakukan
kita orang melayu yang ada maruah bangsa melayu yang ada semangat panglima Salleh,Dato bahaman,Mat Kilau,Zaaba,Tun Razak,DrM dll
Kita semua terkilan...........maa

Hamizi Hamdan said...

wah DAP nak menyamakan penduduk ISLAM Palestin dengan penternak BABI dan kerajaan/polis sebagai ZIONIS...

siapa yang guna sentimen perkauman dan agama di sini? nak kena tempeleng lim guan eng ni...

jaguar07 said...

Salam kpd Dato Sidg Pengarang dan pembaca budiman.

1st time hantar komen sekakar ingin bertanya. Rasanya Hari Raya nanti TPM dan CM Melaka buat rendang apa untuk jamu pada orang UMNO?

2 insan Batu terima peluru hidup konon menganas, bagaimana pula haiwan di Melaka dengan ganasnya melepaskan sisa kotoran pada penduduk setempat?

Harap pengundi jangan lagi asyik suka TIMBANG saja. Kali ini kita buka MATA terima cahaya BULAN sinari hidup dari kegelapan selepas Hari Raya Haji nanti.

Kepada sdra pemerhati, selamat bertugas dan selamat kembali ke Tanahair.

kudakepang said...

Haji, Joe, Bendera, Ibnu Nukman, Kamal, Ryzals, Cicit, Hamizi dan Jaguar. Terima kasih.

Pandangan serta buah fikiran anda semua sangat relevan, tajam dan serius. Saya harap cybertroopers pemerintah bertindak kepada apa jua yang anda suarakan.

Secara umumnya, inilah negara kita sekarang. Segala-galanya menjurus kepada chaos, kelamkabut, porakperanda. Segala-galanya berpunca daripada kelemahan dan insensitivity pembesar, serta korupsi, neopotisme, dan kemaharajalelaan sesetengah individu di sekeliling persada kuasa.

Paling malang sekali, dalam semua senario ini nampaknya Melayu dan Islam yang teruk jadi mangsanya. Tak payah saya huraikan soal ini. Anda pastinya bijaksana untuk membuat kesimpulan sendiri.

Bagaimanapun, izinkan saya ulangi pertanyaan saya sebelum ini - APA DAH JADI KEPADA MELAYU/ISLAM DI TANAH MELAYU TERCINTA INI??? ADAKAH KITA WARGANEGARA KELAS KETIGA ATAU KEEMPAT???????

Harap tanyakah soalan yang sama kepada diri masing-masing. Kenapa jadi begini?? KENAPA??? DAN APA PERLU KITA LAKUKAN???????

Salam takzim dan selamat berjuang.....

Unknown said...

Malacca State Secretary is racist.
Hua Zong (Federation of Chinese Associations of Malaysia) has made a press statement that it will bring it to pa la and najib.
State Secretary you watch out. We will see who has the power...

kudakepang said...

Kua Kia. Terima kasih.

Tak ada gunanya tuduh orang lain racis. Sesiapa membaca ruangan komen kepada posting ini AKAN TAU SENDIRI SIAPAKAH YANG RACIS???

Oleh itu, harap reserve komen anda dan menuduh orang lain sebagai racis. Dan, harap baca kenyataan Lim Kit Siang dan Liam Guang Eng yang diposkan oleh pemerhati ke blog ini untuk mempastikan siapakah yang racis. Ok??

Salam takzim.